CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 25, 2006

satu penilaian

Siapakah diriku ?
Siapakah yang menciptakanku ?
Kerana apakah aku diciptakan ?
Apakah itu Al-Quran ?
Apakah itu As-Sunnah ?Dari manakah ia datang ?
Kepada siapakah ia ditujukan ?
Adakah ini persoalan yang timbul di dalam kotak fikiranku
Sedangkan aku tahu bahawa…
Aku adalah seorang hamba
Allah itu tuhanku
Muhammad itu RasulNya dan ikutanku
Aku diciptakan untuk beribadah kepadaNya
Al-Quran dan As-Sunnah itu petunjukku
Tetapi…
Kenapa diri ini begitu degil
Untuk mengikuti kebenarannya
Sedangkan aku juga mengetahui
Bahawa tiada selepas KEBENARAN itu
Kecuali KESESATAN
Aku juga mengetahui bahawa
Iblis itu musuhNya dan RasulNya
Tetapi…
Aku sangat suka untuk mengikut jejak langkahnya
Dan tidak mempedulikan ancaman
Daripada Tuhanku dan RasulNya
Aku tidak tahu adakah aku mengalami kepayahan
Untuk mengikut apa yang telah diperintahkan
Hakikatnya…
Ia adalah mudah tetapi
Ia menjadi amat susah kerana
Nafsuku dan hasutan syaitan
Adakah ia menjadi suatu kepayahan bagimu untuk mengikut apa yang telah ditetapkan oleh tuhanmu dan RasulNya. Adakah kamu merasakan segala kepayahanmu untuk mengikut perintahNya dan RasulNya itu tidak berbaloi dengan syurga yang akan diberikan jika kamu taat. Coretan ini hanya akan menjadi suatu perhiasan jika kita hanya membaca tanpa muhasabah dan mengubah diri, tetapi ingatlah bahawa ia akan menjadi suatu mutiara yang amat berharga jika membaca, muhasabah dan mengubah diri kita.

>> dipetik drpd emel dlm amal-maahad nyer yahoogroups...<<

Monday, August 21, 2006

what happened last week?

14aug2006(Monday)
****
: Anis,aku rsla baik aku quit jd asst ko.Ko lntikla mn2 subcom ko yg buat keje ontime 2 sbb aku xlh nk best all e time. I do/did my job even x ontime,tp aku mmg settlekn b4 event. Tp skrg aku mmg pntgkn stdy aku,sorila. Kalo dh aku sorg xdtg cat banner smlm blh stuck ur work,then aku xnk dhla merosakkn keje ko dh pasni. 4 now let me settlepsl srt mtct 2 n handbill td n dh. That’s it. If u dun trust me,I better quit b4 u hate me.

>assistant aku merajuk sbb aku ‘marah’ dia krn gagal membuat kerja yang dia sendiri volunteer nak buat.
>>act, bkn niat aku nak marah dia, tp pd ms tu, jiwa aku kacau. Rupe2 aku ada masalah ngan hormone2 ku..
>>>bukak pose selepas mendengar azan asar..(I have to)

15aug2006(Tuesday)
Ida
: A’kum nis,lm xtny khbr mu,bz ke lanie,nis..sblm pose ni klu ad cuti mu blk ke,insaallah,ak tune sblm pose ni,trkh xttp lg,nati ak oyk erk,mu mai deh.

>my better fren plan to tie a knot.. Wow! I cannot believe it because last time she said that mebi not this year. Her mom want both parties finish their study first..

Anis su :Salam nis..no mu hok 0129529527 tu pah mane?
Anis di :Hp aku tercicir fr kereta, tak sempat aku amek, dh ada org tlg amek and bw lari. Then maxis terminate that num for a while b4 activate it back and sell it. Another girl bought and use it. Now, I always ask her to sell me back tt num, but she refused.
Anis su :O ptut le..aku siap tduh die pncuri lg.sbb ari 2 aku nk msg mu,tsend no2.die rply.pah2 mu rply gok.aku kate la die amik hnset mu.hehe.sian die.pmpuan lak tu..

>kalau boleh aku nak sangat kembali menggunekan number 0129529527 tu because there are a lot of sentimental value, i used tt num since form4 until 1st yr at main camp.. tp org tu tak nak kasi.. but, kami selalu gak berSMS..
*test yang paling aku takot.. tp terkejut giler sbb soklan dia direct and bleh dikatakan senang
**hp aku buat hal ms aku tengah memerlukan ia..

16aug2006(Wednesday)
Dato’ Efendi ucp thniah pd dato’ K ktnya”Khalid,u utg dpt pkai Honda CITY baru,aku cm pkai TIARA secondhand.Dato’ K jwb”Gi ar jpe Chef Wan kot2 blh pkai SERENA bru.”

>number yang aku tak kenali hantar sms ni kat aku..bila aku tanya ni saper(aku bgtau la yg hp aku rosak,sumer no dlm fon memory,tak dak dlm simkad)..dia ckp aku gune alas an lama. then aku terus maki hamun dia via SMS, stop sms me if u refuse to introduce urself.. terus dia minta maap.. rupe2nye dia adelah kakak senior aku ms kat mmp dulu.
>>aku kuar kl tuk repair enset. Sambil tu survey hp br,kot2 la nk bli..aku bekenan ngn Motorola L7. tp,rsnye function nokia lg best..


17aug2006(Thursday)
*meeting. Seperti biasa, part aku settle dgn jayanya..
**pegi dgr talk privatization of mahallah after meeting, tak byk yg aku dgr directly fr. ust. hamidon.. tp aku suke ngan kata2 sorang bro tu. Katenye “go wireless should be pronounced as go useless” sbb dia byr rm25 for only 1 bar. Not worth it!
***dorg rancang nak sign agreement 1st nov ni..harap2 tak jadi.. ader masalah yang turun dr langit..

18aug2006(Friday)
*got interview for LAP at 11:15am, but madam forget about our meeting and it was postponed until 12:10noon.
**6.00pm,test again.. I’m not fully ready to seat for that test and I hate true and false questions!

19aug2006(Saturday)
*went to class with black and white themes. Had ‘blucnh’ with all my classmate and our trainer had paid for it.
**one of my roommates teringin nak makan sandwich telor. Aku dgn rajinnye pegi beli mayonis kat shop sumayyah and beli 3bijik telor+roti kat shop nusaibah..
***sebijik telor pecah semasa dibasoh oleh rumate aku tu..kami tepek kat muka telor(putih) yang pecah tu sbb tak nak membazir..!
****taip assignment dgn malasnya sbb due date lambat lagi..

20aug2006(sunday)
*turun cucuk duet kat library,bacer paper kat lib gak..
**arra n intan gi kendoori..dorg jnji nk bw blk mknn..
***so,aku bukak pose ngan megi, share ngn yanie sambil tunggu mknn yg dijnjikn..
****kami berempat mkn nasi myk kui 12:15am.nasi sket jer.. tapi lauk byk giler.. then arra nak buat sandwish telor, tp at last dorg makan tt telor rebus+mayo jer sbb kenyang tahap lupa dunia.. tak bagus tu..

Friday, August 18, 2006

wanita keturunan abu bakar

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN *

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Thursday, August 17, 2006

they called me..

ANIS
~~family members(including ummi n abah), relatives, ordinary frens, enemy, lecturers, advisor, strangers n others.

KAK ANIS
~~those who younger than me. but if they are my batch, i ask them juz to call me anis..

DIANA
~~extra ordinary frens and those who dislike to call me 'ANIS'

KAK LONG
~~only my lil sis

ADEQ
~~only kok n kak mie( my big sistas)

CIK ANIS
~~all my nephews n nieces except yaya called me "CIK SU" becoz she do not remember my name..(marah aku!) before this she called me "xbest" becoz i always 'torture' her..
*cik su is (ayuni) my lil sis..

CIK NIS
~~oying, my good fren

POH
~~mc kim n asna, also my good frens

MAMA
~~extra(7x) ordinary frens, starting from matric..

muhasabah diri

pagi tadi ada sorang jejaka yang best tanya aku.. soklan dia adelah,(lebih kurang la..)

"aku ni hensem tak?"

aku jawab dengan panjang lebarnyer,

"bagi aku, ko tak hensem.. tapi ko ader daya tarikan, bukan tarikan pada rupe, tapi pada perangai ko.. cara ko cakap ngan orang, kelebihan ko yang tak der pada orang lain.. kat dalam **** sendiri pon, xde yang hensem.. eh, ader la.. *** tu boleh dikire hensem la.."

pastu aku tnya dia soklan yang sama.. dia jawab,

"ko tak kacak dan hensem.."

hehe.. dia pon jujur dalam memberi jawapan..
pastu aku tanye pandangan dia terhadap perangai aku.. ok ke tak ok.. dia jawab dengan pendeknye,

bagi aku, ko ok.."

my comment:
>aku tak tau naper tiber je dia tanya soklan cenggitu.. mungkin ader orang reject dia sbb tak hensem kot..(eh,jgn lah!) tapi bagi aku, nak cari yang hensem susah sbb mereka tak ramai.. lagipon,once dah dapat, nak 'jaga' lagi la susah.. for me, first things yang aku tgk kat seseorang tu adelah sikap dia dan rasa selesa.. baru la aku kawan ngan dier..
>>kepada kawan aku yang best td, walaupon aku cakap ko tak hensem, tp ko ader rupa, ader nama dan ader aper yang tak der kat orang lain.. ko mmg spesel n aku hepi dapat kawan ngan ko..

Wednesday, August 16, 2006

'keychain' D2.1


Why Did the Chicken Cross The Road?
Kisah Ayam Melintas Jalan.
---------------------------------------------------------
Why Did the Chicken Cross The Road? What they have to say...

Kindergarten teacher:
Because it wanted to look for food on the other side.

Samy Vellu:
Kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk lintas itu jalan... lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, beritau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll....itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup.. kita bole survey mana ada rosak.

Karam Singh Walia (TV3):
Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling hebat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan, sekian saya sudahi dengan.........Ayam di jalan di lintaskan; Ayam di reban mati tak makan.

Wan Kamarudin (Edisi Siasat NTV7):
Ape kejadahnyer ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saje...Ayam semua dah besar kepala,..dan dah tak nak duduk reban...dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!

Zainal Ariffin Ismail (TV3 Kisah Misteri):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampung ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampung ini. Apakah sebenarnya maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, "Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri........."

Zainal Alam Kadir (Wayang Kita Astro):
"Ayam siapa kalau bukan ayam kita..."

Sisters in Islam:
We abhor the thoughts of the rooster enslaving the hen, that is why female chicken must be brave and know their rights before they cross the road,....and some cross to escape the master/slave marriage....but this Taliban minded syaria court is no help to the grieving hens...

Abdul Fatah Haron (PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yg melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL......

Md. Said Yusof (BN Jasin):
Apa salahnya...biarkan mereka lintas...tutup sebelah mata ajelah...ayam-ayam terlebih besar sikit shj...Lagi pun semua nya itu ayam saya.

Shahrir Abdul Samad (ex Pengerusi BBC):
Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan. Kalau beginilah, maka ia nya bertentangan dgn prinsip saya, maka saya RESIGN.

Bill Gates:
I have just released the new Chicken Office 2000, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook. Microsoft will pledge a billion for research on chicken AIDS.

Dr M:
You know, I am tired of all this...'apa-nama' chicken-chicken bisnes...you know that it is our right to build the bridge on our side of the straits....so why we chicken out?

Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja...jangan percaya khabar–khabar angin ini semua.. biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah-belahkan perpaduan ayam-ayam semua... jangan percaya... we've decided to scrap the scenic bridge for the best interest of the people...nothing to do with chicken. And of course others have the right to express their opinion....ini biasalah.

gambar: keychain yang di beri oleh intan+arra.. aku dapat warna biroo, yanie warna pink(same colour with arra) n intan punye warna putih.. kat benda ni ada loceng dua bijik.. so, kalo korg terdengar bunyi loceng, maka itu adelah kami.. tapi.. aku dah buat something agar loceng itu tak mengeluarkan bunyinyer.. rasa macam kucing jer kalo ader bunyi..hehehe

Monday, August 14, 2006

week 32 of 2006

isnin..
>byk benda aku nak kena buat hari ni, akedemik+society..sangat menekan perasaan but akhirnye aku berjaya settle kan mereka semua.. dah tak tertekan dah..

selasa..
>tak der aper yang best, juz ader xtra class from 8-10pm kat ltA. aku tak jadi nak pose sbb takut tak sempat berbuka..

rabu..
>tak ade ape2 yang best..aku nak rehat dari segala kerja2 duniawi..

khamis..
>meeting 8.30 until 10.30pm..xsentuh sangat part p-tech aku sbb tak dak masalah.. yes! aku bangga dgn diri sendiri.. suh kalipah taip surat tuk bukak booth kat dpn aikol and amek signature dr.iqbal..

jumaat..
>after tuto, lepak ngan kawan lama.. menurut ustaz nushi, kawan2 aku tu tergolong dalam golongan yang teraniaya..
>>dapat kawan baru, nama dia 'misha umaira' (tp aku sgt sure itu bukan nama sebenar dia)
>>>kasi kerja kat my subkom, tapi at last aku mintak balik coz nak buat sendiri. at that time br aku realize tt ader benarnyer kata kawan aku bahawa aku sepatutnya belajar how to trust people in helping you.. maksudnyer, aku ni jenis tak harapkan orang.. sbb tu aku nak buat sendiri..
>>>>a little bit serabut sbb so many things aku nak kena buat..

sabtu..
>gi kelas ngan theme colour must be in blue.. cukup best..next week theme dia adelah black and white n next two week, red (aku dah mulai suke warna merah yang mana dulu aku cukup marah bila umi belikan baju merah..)
>>ptg,balik nilai..
>>>orang ramai giler kat kl central

ahad..
>bgn pagi2, pegi seremban, aku drive.. tlg abang aku cat rumah dia.. cat xcukup, so kami balik awal.. aku cat dengan bagus sekali(better than my bro. himself) that's why dia import aku..
>>malam,cat baner kat area law centre.. aku sgt hepi sbb bila aku sampai kat situ at 8.10pm, sume my subkom dah ader.. dorang mmg punchual n i like it!
>>>tido 3jam jer

Friday, August 11, 2006

mereka sayang aku!

Thursday, August 10, 2006

jom berasmara dana

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Saya tinggalkan hati saya di sini,
Agar selalu dekat dengan kamu.
Saya tinggalkan hati saya dengan kamu,
Biar semangat dan ingatan kita bersatu.
Saya serahkan hati saya pada kamu,
Biar kamu tahu yang saya kasihkan kamu.
(sepertimana saya mengasihi diri sendiri, malah mungkin lebih dari itu)

Saya mahu kamu miliki hati saya,
Kerana saya yakin kamu mampu menghargainya.
(sama serupa dengan saya yang sebenarnya menghargai kamu, sebenar-benarnya)

Dan perkara wahidnya,
Tulus doa saya kepada Pemilik Mutlak hati saya dan hati kamu ;
Allah Azza wa Jalla,
Moga Dia patri lekat hati kita,
Moga Dia suluh terang hati kita,
Moga Dia jaga pelihara hati kita..
Dalam acuan, cahaya dan petunjukNya.
Hati, saya tinggalkan buat kamu sejujur-jujurnya.


p/s: hanya sekadar pembasuh minda yang sedang tuuutttt...

Wednesday, August 09, 2006

ku nyanyikan lagu rindu..

sila nyanyi dgn penuh perasaan dan penghayatan... ajak kawan2 nyanyi bersama-sama.. baru best>>>

tajuk: 21 ogos 2006
lirik: Nyanyi ikut rentak lagu yang dipopularkan oleh Sudirman, 31 Ogos.
cara nyayian: secara berkoir adalah digalakan..

Tanggal dua puluh satu
Bulan lapan dua ribu enam
Berkuda! Di kota!
Anak dara dan duda
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal dua puluh satu
Bulan lapan dua ribu enam
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan Khalid Md Jiwa

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari berkuda
Berkuda!
Dua satu bulan lapan dua ribu enam
Siaran langsung oleh TV3

Tuesday, August 08, 2006

di mana bumi di pijak..

i got 2 sms' this evening.. one from my good fren and one from my fren..

my good fren:
"tukarla pkai celcom.maxis penyumbng IFC.ptubuhan utk islam murtad.smlm lina joy mng.murtad dbenarkn undang2.astaghfirullah."

my fren:
"azlina jailani@lina joy..tlh menang d mkamah..ptubuhan melayu murtad tlh dlulus'n..sbrkan semoga umatislam slmt n brsatu..sbar'n kat kwn2 yg lain.."

aku:
>semoga tiada lagi kes sebegini di masa akan datang.. dan semoga orang yang telah murtad bertaubat serta kembali ke jalan yang benar.. ameen..btw, jaga diri, hiasilah peribadi..jaga iman, hiasilah islam.. kalau mampu, jadilah pendakwah yang baik..
>>and, yang pasti nyer, judgment for lina joy's case belum dibuat lagi semasa post ini ditaip..

kelas dibatalkan

my class at 12noon until 1pm had been cancelled, madam mc.. in my understanding, mc in malay means 'menipoo cuti' but in english of course it's stand for medical certificate..

meh aku nak cerita pasai umi n abah di nusaibah..

begini ceritanyer, last saturday, there was my cousin wedding ceremony at ampang.. n they promise to fetch me at 3pm.. and right after zohor prayer, i decided to have a kit kat aka have a rest for a while.. but unfortunately it's not only kit kat.. but king kong.. i was overslept..

suddently(jeng..jeng..jeng..), i heard someone knocked my door.. i woke up n opened the door.. i was shocked to see umi standing in front of me and kak jee behind her.. and of course umi's high blood presure at that time increased because of me..

cerita selanjutnye adalah, rupa2nyer dah hampir sejam umi sampai ke mahallah aku.. aku pon terkejut giler when i saw there was 2o missed calls.. aku pon tak paham naper aku tak dengar kesemua phone call tu.. nak kata henset aku in silent mode, tak jugak.. nak kata aku tidur mati, takkan kot.. aku hidup lagi nih..

without wasting my time,aku cepat2 bersiap, sebab malu kat spupu aku yang sedang tunggu kat bawah sana.. dalam masa 5min aku dah ader dalam kereta.. hmm.. dalam kete, teruk aku kena marah kat umi n abah.. kate umi, semua orang yang dia jumpa kat dalam kawasan nusaibah tu, semuanye dia tanya whether they know me or not.. at last, umi terjumpa kak gee and the gang.. maka kak gee adalah insan yang bertanggungjawab menyelesaikan misteri 'kehilangan' aku..
kesian, umi cukup risau bila aku tak angkat fon call.. dia takut anythings happened to me and i cannot answer that fon call.. katenyer lagi, penat dia besar kan aku selama 23tahun(thanks,aku memang besar pon)..

cerita overslept aku ni tersebar dengan cepatnye ke telinga kak mie, kak salwa n abang man.. of course dorang sumer tak sangka aku bleh wat gimmick like that kat umi.. kate mereka semua, biasanyer aku dah siap tunggu kat bawah pokok pada masa yang dijanjikan.. tak pernah2 aku hilang secara misteri selama sejam..

my comment: aku sangat suke accident ni berlaku.. dapat jugak umi kenal bilik aku sebab before this umi memang tak nak naik ke bilik aku.. ha.. this time, tak perlu aku pujuk rayu, umi sendiri tercegat di depan bilik aku..
moral: lain kali boleh buat lagi skali gimmick macam ni..

makan langsat!!!

Hari sabtu baru2 ni, aku pegi rumah abang aku kat nilai, * abah n umi datang amek aku kat nusaibah bersama2 dgn nan(sepupu aku) n sharen(anak buah sulongaku yang berumur 20thn). Sampai kat nilai, aku berehat kejab, borak2 ngan umi, semayang asar+maghrib, goreng cucur udang etc.
Tibe2, shahren kol aku, ajak aku teman dia pegi amek kok(kakak sulong aku/mama shahren) kat taman ibu kota kanan.. aku agree..
Oleh kerana shahren adalah lelaki, maka aku memberi penghormatan kepada dia utk drive.
7:50pm
Dari nilai nak gi taman ibu kota, kami sesat dalam bandaraya kuala Lumpur.. hampir stengah jam lamanya aku pusing bandar kl tu.. akhir skali, aku cari jalan ke sogo n dari situ aku ikut laluan bas metro #91 sehingga lah sampai ke destinasi at 9:15pm..
moral: lain kali aku kena alert ngan jalan kat kl yang bersipang siur..
9:30pm
Perjalanan balik ke nilai lagi mencabar.. sepatutnya, paling lama pun 1jam, sure dah sampai nilai dari gombak.. nak dijadikan cerita, shahren lagi skali buat silap.. ade ke patut dia tak masuk exit ke nilai… bahkan go straight to kelang! Hangin aku ngan dia.. nak marah pun, dah besar panjang.. akhirnyer kami masuk exit banting and from there, it’s takes almost 1hour tuk ke nilai.. tangki minyak yang separuh pada mulanya, bertukar menjadi empty, gara2 makan langsat! 11:55 sampai di apartment nilai perdana...
moral: aku xleh biarkan shahren buat desicion dia sendiri.. aku lebih dulu makan garam..
12:15am
kok ajak aku teman dia tidur di rumah mak cik tee kat bandar baru salak tinggi,sepang.. aku agree..nak pegi sana pun, shahren yang drive.. n lagi skali kami sesat.. kali ni aku betul2 marah kat dia sebabnye ni bukan kali pertama dia drive from nilai ke sepang.. munkin dah berbelas kali... so, he supposed to know the right way..
moral: of the story adelah.. aku tak nak dah naik kereta yang di‘drive’ shahren, aku nak drive sendiri..!

:::: makan langsat dikalangan masyarakat melayu kelantan bermaksud sesat ::::
*ader cerita best disebalik kedatangan umi n abah ke nusaibah..lain kali la aku cerita..

Friday, August 04, 2006

food for thougt..hanya wanita


Muslimah Sejati

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al- Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." - (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.
Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri.

Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu." - (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: "...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah..." - (Surah an-Nisa: 34)
Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: "Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya." - (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga." - (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah- rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain."

Wednesday, August 02, 2006

hari kawan


semalam ramai orang wish aku hepi frenship day.. aku pon wish gak, tapi kat certain people jer ,which i consider them as my good fren/ better fren/ best fren.. but, to be frank, i do not have even a best fren since year 2000! donno why..
em, for those who xdpt my wish, anggaplah korang bukan sekadar kawan kepada aku, malah lebeh daripada tu.. and also mebi less than that.. hahaha..

gambar: kat ngan aikol, br balik dr makan kat hs, hari sabtu..
baju: 'recycle' from akhi gold workshop1
plastik kuning: keropok kacang hijau,belian balas untuk arra
ayahder: batuk2, demam,selsema
mock:tolong bawa barang aku..

Tuesday, August 01, 2006

KASOT




first time aku tengok gambar kasut nih.. terus berkenan.. tak tau tang mana yang aku suke tu, mebi sebab rupe dia macam kasut bundle yang cantik! (hehehe)..tapikan, aku rasa aku pernah tengok this pair of shoes somewhere.. but i cannot remember where n where.. most probably in one of my friends' pc..
my friend said, this shoes quite similar with ^^^^^'s and i think so..

biroo

cerita di sebalik kasut ini..

one n half year ago, aku ader induction course kat frim,kepong.. pegi sana ngan geng CGG.. dia punyer program utama adalah jungle trekking.. hampir 4jam kami meredah onak dan duri yang ada di hutan simpan tersebut.. sebelum start jungle trekking, 'tourist guide' kat situ tunjukkan kami dengan dua ekor ikan gergasi yang dibela olih frim. tak tau plak ikan tu jenis aper.. tapi yang best nyer, bila kita tepuk tangan kuat2, dorang akan melompat di atas permukaan air.. takut pun ader.. tak silap aku, dayne hampir jatuh dalam kolam tuk dan dia berjaya buat kak ani (our advisor) risau..

berbalik kepada jungle trekking tadi.. setelah 4jam, kami memang penat giler.. ader sorang brother hensem tu, sampai boleh perah baju dia sebab berpeluh yang amat.. sian dia, dah la tlg bawa beg dil(yang mana kat dalam tu ade brg2 dil+aku), kena buli kat aku lak tu.. aku suh dia jadi cameraman kami.. hahaha.. thanks brother dayne.. ko memang best!

pastu, lepas turun dari hutan simpan tu, kami sumer have our lunch n zohor prayer.. haaaa.. kat sini la bermula nyer kisah kasut aku tu.. kat surau frim yang besar tu, ader ramai jemaah.. oleh kerana sumer kepenatan, maka kami pun curik2 tido.. tibe2, aku terjaga n tengok hanya aku, dil n sorang lagi makhluk Allah yang ader kat situ.. alamak! diorang tak kejut kami pon! marah aku!

aper lagi, kami pun cepat2 sembahyang secara tak berjemaah.. jeng2.. bila aku keluar dari surau tu, aku terkejut giler sebab kasut aku yang koyak tak rabak (kayak sikit2 la tu) dah tak der! yang ader hanya kasut yang ok, kasot dil n kasut makhluk Allah yang lagi sorang tu.. aku amek keputusan tuk pakai kasut yang ok tu, dengan niat aku nak cari balik my real shoes.. tapi tak jumpa sampai ke hari ni.. dan kasut yang ok itu adelah kasut biru north star anis diana (seperti yang terkandung dalam gambar di atas.)

my presumption: i think, the owner of that shoes want to buy a new+latest sneakers.. that's why she took mine..

Monday, July 31, 2006

skyblue83


cuba korang teka saper footballer nih..
btw, aku suke baju black n white dia tu..

bulan dipagari bintang



deyanah: suke2 catering



diana: suka suki

comment anisdiana: ah! karut la formula nih.. suke hati dorang je..

Friday, July 28, 2006

yesteday

- class at 8-9am and 12noon-1pm..
- 2 classes, postponed..
- 1st tuto for this week @3pm (only for about 20mins)
- ffsu called, mentioning that my soft booking for main audi had been rejected. i'm panic!
- met my asst and also sec+pm
- went to ffsu, chit chat with kak zana, she ask me whether i want to be a part-timer at ffsu
- i took the form, but completed it on behalf my fren, ****
- went back to nusaibah
- mass-gathering for sub-committee mock trial from 8.30-9.30pm
- attend akhi gold workshop1 from 9.30-10.20 and 11.20pm-12.15am
- ate nasi gorang cendawan. thanks a lot to effa coz served me n najib for top up my nasi..
- got meeting with ***** at OR convest @10.30pm, but he was late! marah aku..!
- 12.30-1am, mass with myself
-1-3am, shifa' n yanie came to my compartment; chit chat, eat arra's keropok n ...
- sleep at 3am

hehe..so? is my english ok? i know it is not good as yours, but i have to try how to write in english..