CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tuesday, September 07, 2010

tension kena marah tahap belum nak nangis

paling benci kalau kena MARAH dengan BIG BOSS..!!

kadang2 aku susah nak faham big boss nih.. macam KIMORA LEE SIMMONS jugak, susah nak jangka apa yang dia akan buat atau apa yang dia nak cakap, maki hamun etc..

Wednesday, August 11, 2010

aku bosan

musim nak raya, ramai orang minta tolong aku jahit manik kat baju mereka.. ada yang aku TOLAK awal2; sebab aku takut tak sempat nak siapkan jahitan manik tersebut.. ada yang aku terpaksa TERIMA; sebab tak reti nak tolak macam mana.. dan ada yang main hulur jer dan aku terpaksa terima; sebab tak de pilihan tuk tolak atau terima..
* pejam celik, pejam celik.. dah 7bulan aku tak jahit manik.. idea krestif makin tumpul ma..


minggu lepas dapat emel;
kes review;
pilih salah satu drpd topik wasiat @ hibah @ harta sepencarian @ pusaka
kalau kes mudah 2kes, kalau complicated 1 kes je
plg kurg 6 muka sura, paling byk 10
time new roman, font 12, double spacing
due date submission; kelas terakhir.
anything can ask him at t********@***.edu.my

* aduh.. dah lama jugak tak buat assignment..


minggu depan, aku akan 'absent' tiga hari dari kerja2 pejabat.. hopefully there is no pending work on my desk..
* minggu ni aku 'absent' 2days, balik kampung.. Alhamdulillah, tak ada kerja2 yang menimbun.. =)

Thursday, April 29, 2010

e,z&k

hari pertama kat pejabat ni, aku dapat set lengkap alat tulis.. antaranya:-

1)pen hitam, biru dan merah 2)pen marker biru dan hitam 3)sebatang pensel 4)gam 5)gunting 6)highlighter warna oren 7)sebiji stapler 8)sekotak dawai kokot 9)sebuah buku nota @ planner 10)kalkulator 11)klip kertas 12)bekas alat tulis, dan 13)getah urat warna warni

aku tertanya sendiri, "apa aku nak buat dengan benda2 tu nanti?"

sekarang, hampir 3bulan aku kat pejabat ni.. kesemua benda diatas aku guna untuk aktiviti harian.. aku sudah dapat jawapan apa kegunaan benda2 tersebut.. tapi, aku ada satu soalan baru, "mengapa aku seorang saja yang dapat set lengkap alat tulis, sedangkan rakan2 yang lain tidak?"

Wednesday, April 07, 2010

Allah Maha Adil

hari ni sangat GERAM dengan kelambatan dan ketelitian dan kelembapan Cube 2 MMS, KL..

3jam duk tunggu giliran, dan hakikat sebenar, aku hanya masuk mengadap Puan tak sampai seminit pun..

dan bukan aku seorang sahaja yang GERAM tapi semua orang yang ada urusan dengan Cube 2..


Alhamdulillah, esok tidak perlu lagi buang masa tunggu giliran nak masuk Cube.. hanya ambil tarikh baru untuk Sebutan.. (maka, esok aku nak pakai baju kurung warna merah!! hoorey..)

*Allah itu Maha Adil..

Tuesday, April 06, 2010

shortcall ~ 6.4.10

hari ni:-

i) duit aku 'terbang' RM200 ~ refiling 4bijik saman yang kena strike out minggu lepas
ii) panggilan pendek ~ terima kasih kepada mr.lawyer yang jadi mover dan ms.lawyer-to-be yang hadir ke majlis panggilan pendek aku
iii) tidur dalam surau kat pejabat sebab sangat penat ~ master datang kejut, hehe


semalam:-

i) terjumpa hamba Allah yang aku ingat setiap hari, setelah lama tak jumpa ~ dengan izin Allah
ii) datang pejabat pukul 11 malam ~ ambil barang yang tertinggal dalam laci pejabat, kemudian hantar barang tersebut ke UIA

Thursday, April 01, 2010

mood ~ MURAM, SEDIH, JIWA KACAU

rasa sangat TERUK!!!

4 biji 'Judgment in Default' kena strike out semalam..

Wednesday, March 17, 2010

hitam putih warna ku

hari ni:- PAKAI BAJU KURUNG WARNA MERAH JAMBU!!

saje nak cari publisiti.. setiap hari pakai hitam, putih & kelabu ~ orang senyum je kat kite..
tapi bila pakai selain dari warna tiga sekawan tu ~ semua orang berebut2 nak tegur..


i) eh, warna-warni hari ni?
--> a'ah, saja nak menceriakan diri dengan warna merah jambu..

ii) tak de kes ke hari ni?
--> ada, tapi minta tolong orang MOB (mention on behalf)..

iii) esok awak pakai hitam putih tau, petang ada kes.. awak yang pergi..
--> ok kak, no prob..

* masa nak key-in nombor saman kat kiosk mahkamah sesyen petang tadi, orang pakat duk tengok.. sebabnya mereka semua berbaju hitam putih, tetapi aku berbaju merah jambu..

* masa nak ambil borang untuk mention, penjaga kaunter tu tanya 'cik ni defendan ke?'

* esok nak mengadap big bos.. aku memerlukan kekuatan yang maksimum untuk perjelas kat big bos pasal saman yang bos aku buat.. saman tu tak berapa nak gagah sebab ada dua perjanjian yang bercanggah dan keliru antara kedua-dua pihak.. pesan bos:- "awak kena buat2 tahu depan big bos.." hahaha.. bos aku memang best!

*terima kiriman ekspres dari seorang teman, dapat hadiah sebuah beg tangan warna coklat.. yeay!! love you Yah..

Monday, February 08, 2010

aku seorang operator #2

hubungan sulit aku dengan 'bilik sejuk' dengan rasminya tamat pada awal bulan Januari 2010..

sememangnya aku tidak pernah jangka hubungan kami akan tamat di saat percikan bunga api tahun baru 2010 masih lagi menerangi langit malam..

ku sangka cerah hingga ke penghujung Mac 2010, tetapi mendung di permulaan Januari 2010..

"tu tandanya ko nak kena cepat2 buat chambering.." kata-kata shima dan sufyan menjadi kenyataan apabila suara aku masih lagi malu-malu nak keluar dari anak tekak & peti suara setelah genap sepuluh hari aku hidup 'tanpa' suara..

hai bilik sejuk, engkau cipta memori singkat yang indah.. kita dipisahkan tanpa rela.. huuu..

Monday, December 28, 2009

ITU KERJA GILA!!

1) apabila aku telah hantar seorang hamba Allah yang aku tak kenali, dari Taman Melati ke Gombak, pada jam 10.30 malam, disebabkan beliau tertinggal anak kunci motosikalnya di pejabat beliau di Bukit Jalil, dan agak mustahil bagi beliau untuk patah balik ambil kunci motor beliau, dan kemudian dipaksa oleh nenek dan mak hamba Allah tersebut untuk makan laksa Johor dan laksa Kelantan, pada jam 11.00 malam, aku rasa amat kekok dan janggal kerana terpaksa makan lewat malam di rumah banglo indah milik hamba Allah yang aku tidak kenali, dan aku cuba sebaik mungkin untuk sesuaikan diri dan melayan si nenek dan si mama yang melontar seribu satu soalan cepu mas..

**syukur di atas rezeki laksa Johor & laksa Kelantan, sesuai dengan diri aku yang sedang kelaparan selepas pulang dari kerja lewat malam..


2) apabila aku, eddie, zul, mira & nana telah pergi makan kenduri kahwin di rumah siti pada jam 11.30 malam, selepas waktu kerja kami, lepak di rumah siti hingga jam 1.00 pagi dan tuan rumah dah menguap + tak larat nak celik mata..

**syukur rezeki kurniaan Tuhan yang sangat banyak pada tengah malam tersebut..

Friday, December 25, 2009

I FEEL BAD =(

health: flu & headache..

work: mistake.. mistake.. mistake.. simple mistake, but big impact..! i hate!

Tuesday, December 22, 2009

MS. WATI & HER MINI BIRTHDAY PARTY


birthday cake & mp4 from us..

the meal

bibi doing her job..

me --> taking order

ms.S

mr.AS --> taking order

miss liza --> also taking order

miss riya --> wearing glass due to red eyes..!

our heavy dinner..

happy birthday ms. wati.. i love you..! a very good & lovely boss..!
Allah bless you..

Friday, December 18, 2009

PUTERI BERSIRAM

pernah tak korang tak mandi sebelum pergi sekolah?
--->aku tak pernah..

pernah tak korang tak mandi sebelum pergi kelas masa belajar kat kolej@universiti?
--->aku pernah..! tapi aku akan balik mandi kalau ada gap sejam atau lebih..

pernah tak korang tak mandi sebelum pergi peperiksaan akhir?
--->aku pernah..! hehe.. tapi aku akan mandi lepas balik dari peperiksaan..

pernah tak korang tak mandi sebelum pergi kerja?
--->aku pernah..! aku rasa sangat teruk sebab aku kerja 12jam pada hari tersebut.. harap itu kali pertama dan terakhir aku tak mandi sebelum pergi kerja.. nasib baik tempat aku kerja sekarang ni berhawa dingin, peluh pun segan nak keluar..

oh Tuhan, aku bukan pengotor, bukan juga pemalas.. tapi masa sangat mencemburui..

Thursday, December 17, 2009

RIDER MANA YANG ACCIDENT?

kelmarin;

-bangun pagi-pagi, masak 2 bungkus mee goreng sedap (bubuh sebiji telur ayam), makan dengan dil sebelum kami pergi kerja.. sangat sedap okay mee goreng Sedap perisa asli tu..

semalam;

masa nak buat u-turn, aku secara tak sengaja telah gilis anak kucing dengan tayar kereta.. serius, aku nampak kucing tu lintas jalan dan berlari ke arah kereta aku, tapi aku tak tahu yang si anak kucing tu ada kat bawah kereta..! cumanya, masa aku nak buat pusingan U, aku dengar kucing mengiau 2 kali.. lepas aku buat pusingan-U, aku tengok kat side mirror dan aku nampak kucing tu tengah menggelepar.. huhu.. aku doa kucing tu cepat mati..

hari ni;

aku kena buat cold calling.. target 100 orang pelanggan.. penat mulut cakap banyak ngan pelanggan dan penat telinga dengan dial tone sementara nak tunggu diorang angkat fon.. tapi ada juga yagn tak angkat.. lagi la sakit aku dengan dial tone..!
bila dapat tugasan buat cold calling, aku kurang gembira sebab cold calling ni sangat bosan dan kena deal dengan macam-macam kerenah pelanggan.. ada yang kurang ajar, ada yang baik hati dan ada juga yang ntah pape..

dapat panggilan dari orang yang tidak diketahui identitinya.. minah cina tu bagitahu aku yang pekerja n***** kemalangan di jalan 6/14, ampang jaya.. katanya kes langgar lari dan rider tu cedera teruk.. minah tu suh aku cepat2 bagitahu pengurus pasal kemalangan tu.. Ya Allah, rider mana yang kemalangan tu? Murad? Farid? Zainal?

Monday, December 14, 2009

AKU SEORANG OPERATOR

bila orang tanya aku kerja kat mana sekarang? aku jawab kerja kat n***** call center.. ada yang positif dan ada juga yang negatif mendengar jawapan tu..

terima kasih kepada mereka yang +ve dan kepada mereka yang -ve, korang sangat tak baik jika hina aku menjadi operator yang menjawap panggilan telefon adalah kerja HALAL yang aku pilih dengan rela hati tanpa pujuk rayu dari musuh ketat atau paksaan dari orang tersayang.. hati aku belum terbuka tuk menyibuk dengan segala macam benda yang ada kaitan dengan undang-undang @ law..



*sedang mencari jam dinding yang sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan & almari kayu warna warni untuk pakaian-pakaian aku yang masih lagi tersusun kemas dalam beg.. (susah jugak nak cari benda yang aku betul-betul suka..)

Saturday, December 12, 2009

strepsils & dequadin

hari ke lima aku;

demam..
sakit tekak..
panas badan..
sejuk kaki & tangan..

tak selesa okay..!
(kul 1 pagi, ajak dil teman beli air limau kasturi panas
kat kedai makan yang dipenuhi kaum ajnabi..)

*nikmat sihat sangat penting! begitu juga dengan suara aku.. walaupun harga suara aku tak semahal bayaran yang para penyanyi dapat, tapi ia tetap berharga okay.. =)

** Ya Allah, aku perlukan suara untuk mencari $$$..

Thursday, December 10, 2009

MY CUSTOMER & ME..

Mr.A : Erk.. can i ask you a question?
Me : Yesss..

Mr.A : Are you a Malaysian or Chinese?
Me: Pardon?

Mr.A : Are you a Malaysian or Chinese..? Malay..?
Me: Malay..

Mr.A : Aaa.. Because when you said Abdullah, you make it very good..
Me: Mr. Abdullah (using correct makhraj, i repeat once again his name) right..?

Friday, December 04, 2009

INDIAN LADIES, INDIAN MAN AND ME

LIZA pernah tanya, "akak, tak pakai macam ni ker?" sambil tunjuk baju T dan seluar jeans paras lutut yang dia sedang pakai..
AKU geleng & senyum dan jawap "i malu la nak pakai macam tu.."

beberapa hari kemudian, LIZA tanya lagi.. "akak, dengar ke (jawab telefon, dll) kalau pakai tudung?"
AKU "mesti la dengar.. kalau tak caye, try letak shawl u kat telinga and then amek order.."
*soalan ni agak kelakar.. tapi aku tak salahkan dia, dia tak pernah pakai tudung (dan aku tak sabar nak gi jamuan xmas kat rumah Liza 26hb Disember ni..)


PRIYA tetiba cakap kat aku, "saya tak pernah tengok akak pakai macam ni.." sambil tunjuk seluar jeans paras buku lali dan baju T yang dia pakai.. belum sempat aku respon, Priya bagi aku satu soalan, "tak panas ker kak?"
AKU, "tak lah.. mungkin sebab dah biasa.."


JOSEPH tanya, "macam mana akak solat dalam loker room yang ada banyak barang tu? boleh ker?"
AKU, "boleh je.. asalkan mengadap kiblat dan tempat tu bersih.. if u nak solat atas kerusi (bench) or atas pasir pun tak pe.."
*joseph suka tanya macam-macam soalan kat aku.. antaranya, bagaimana ayat al-quran disusun dan nama2 nabi..

Tuesday, November 10, 2009

KISAH KEBAB DAN PAHA AYAM..

perbualan singkat aku dengan ASNA (bukan nama sebenar):-

aku: asna tak sihat ker?
asna: tak lah.. ok jer..
aku: tapi asna nampak macam tak sihat.. nak celik mata pun tak larat..
asna: saya ok je kak.. (dah dia kata dia ok, aku biarkan jer..)


duk sekejap, ada orang tepon asna (perbualan singkat kami habis tang tu..) dan aku sambung mengular..


pastu ada orang tepon aku lak.. orang tu kata; "saya nak confirm pesanan no ******, dia nak drumstick untuk kebab kan..? kitorang tak de drumstick tuk kebab.. boleh tolong confirm balik dengan customer tak? tanya dia nak kebab yang macam mana?"

aku pun tanya asna sambil dahi aku berkerut; "customer awak nak drumstick tuk kebab? (kebab yang) macam mana tu?"

(sambil tu) asna tengok balik pesanan customer dia tu.. pastu dia gelak.. "kak, sebenarnye dia nak ayam bahagian drumstick , bukan kebab bahagian drumstick.."

aku sempat print screen Order Details yang asna tersalah klik tu (sebelum dia sempat betulkan pesanan yang sebetulnyer..) tengok.. jangan tak tengok gambar di bawah.. hehe..
*aku belum jumpa lagi kebab yang ada tulang.. =p


NAK TAHU APE JADI NGAN ASNA LEPAS PADA TU? TERUS DIA SEGAR BERMAYA DAN TIADA LAGI MUKA YANG MONYOK.. yeay!!

bukan hanya jawab telefon #4

TODAY ~ TUESDAY ~ 10 NOV 09


Cleaning Schedule

Locker Room - Priya
Toilet - Joseph
Sweep Floor - Liza
Cubical Area - Nana
Glass Door - Priya
Throw Rubbish & Wipe All Furniture - Siti
Pantry Area - Shima


Cold Calling Program

Liza - MIN (start at pg 30) id 219
Nana - BV (start at pg 19) id 220


Breaktime Schedule

2.30 - 3.00 - Zul, Anis & Siti
3.00 - 3.30 - Joseph, Nana & Liza
3.30 - 4.00 - Priya, Shima & Miera


Food & Fax

10 - 6 - Anis
6 - 10 – Shima

note: no cleaning schedule for me today!! yeay =))

YESTERDAY ~ MONDAY ~ 9 NOV 09

Cleaning

Locker Room - Shima
Sweep Floor - Nine
Cubical Area - Priya
Pantry - Siti
Toilet - Liza
Glassdoor - Nana
Throw rubbish & Wipe all furniture - Alex


Breaktime Schedule

2.30-3.00 - Zul, Liza & Anis
3.00-3.30 - Nine, Shima & Siti
3.30-4.00 - Nana, Priya & Alex


Food & Fax Monitoring

10 - 6 - Liza
6 -10 - Nana

note: (also) no cleaning schedule for me yesterday!! yeay =p

Saturday, November 07, 2009

TAKING AN ORDER..

*click picture to enlarge..

3:08pm, 1ST NOVEMBER 2009 ~ my first time taking an order.. guided by zul..

my first customer ~ Mr. Abd Karim..

hoho.. very very very nervous..!! and gagap..