hari pertama kat pejabat ni, aku dapat set lengkap alat tulis.. antaranya:-
1)pen hitam, biru dan merah 2)pen marker biru dan hitam 3)sebatang pensel 4)gam 5)gunting 6)highlighter warna oren 7)sebiji stapler 8)sekotak dawai kokot 9)sebuah buku nota @ planner 10)kalkulator 11)klip kertas 12)bekas alat tulis, dan 13)getah urat warna warni
aku tertanya sendiri, "apa aku nak buat dengan benda2 tu nanti?"
sekarang, hampir 3bulan aku kat pejabat ni.. kesemua benda diatas aku guna untuk aktiviti harian.. aku sudah dapat jawapan apa kegunaan benda2 tersebut.. tapi, aku ada satu soalan baru, "mengapa aku seorang saja yang dapat set lengkap alat tulis, sedangkan rakan2 yang lain tidak?"
Thursday, April 29, 2010
e,z&k
Posted by deyanah at 4/29/2010 06:44:00 pm 2 comments
Labels: kerja
Saturday, April 24, 2010
macam-macam
1) bila kita kerja bawah orang --> tak semestinya kita hanya buat kerja untuk beliau, tapi kadang2 kita kena jadi pemandu beliau atau teman beliau pergi bersosial dengan rakan2..
*Alhamdulillah, syukur ada kerja nak dibuat.. ada kerja untuk mendapat rezeki halal..
2) bila dah dapat jerat 3ekor tikus kat rumah sewa kami dalam masa 5jam --> dah tak de tikus2 lain mengganggu aktiviti harian dan barang2 kami..
*Harga perangkap tikus RM5 satu.. alah membeli, menang memakai..
3) bila asyik buat silap --> aku rasa sangat 'down'.. sehingga hari ni, nilai kesilapan aku RM364.00..
*teman aku pernah pesan, "kesilapan boleh buat sekali jer, lebih dari tu bukan lagi silap, tapi cuai.." (okay, aku akan pastikan aku tak buat kesilapan yang sama)
4) bila kerja belambak dan bertimbun atas meja aku --> aku tertanya sendiri "adakah aku yang lembab atau kerja terlalu banyak sampai tak menang tangan..?"
*teman aku pernah cakap, "ko ni slow buat kerja, tapi ko jenis teliti dan kemas.." (aku akan buktikan aku tak slow okay..!)
5) bila terpaksa datang pejabat hari sabtu --> rasa sangat malas nak bangkit dari tidor..
*huwaaaaa.. aku kat pejabat di pagi sabtu.. huu..
Posted by deyanah at 4/24/2010 10:56:00 am 0 comments
Thursday, April 15, 2010
hai kak mad..!
Ya Allah, jauhilah aku dari sifat suka menipu kerana aku benci mereka yang suka menipu..
Ya Allah, jauhilah aku dari sifat suka mengambil kesempatan @ mempergunakan orang untuk kepentingan sendiri kerana aku benci mereka yang bersifat sedemikian..
Ya Allah, jauhilah aku dari sifat 'talam dua muka' kerana aku benci mereka yang bermuka2 dan hipokrit..
Pendek kata--> Ya Allah, perelokkanlah akhlak ku..
Posted by deyanah at 4/15/2010 07:48:00 pm 0 comments
Wednesday, April 07, 2010
Allah Maha Adil
hari ni sangat GERAM dengan kelambatan dan ketelitian dan kelembapan Cube 2 MMS, KL..
3jam duk tunggu giliran, dan hakikat sebenar, aku hanya masuk mengadap Puan tak sampai seminit pun..
dan bukan aku seorang sahaja yang GERAM tapi semua orang yang ada urusan dengan Cube 2..
Alhamdulillah, esok tidak perlu lagi buang masa tunggu giliran nak masuk Cube.. hanya ambil tarikh baru untuk Sebutan.. (maka, esok aku nak pakai baju kurung warna merah!! hoorey..)
*Allah itu Maha Adil..
Posted by deyanah at 4/07/2010 08:07:00 pm 1 comments
Labels: kerja
Tuesday, April 06, 2010
shortcall ~ 6.4.10
hari ni:-
i) duit aku 'terbang' RM200 ~ refiling 4bijik saman yang kena strike out minggu lepas
ii) panggilan pendek ~ terima kasih kepada mr.lawyer yang jadi mover dan ms.lawyer-to-be yang hadir ke majlis panggilan pendek aku
iii) tidur dalam surau kat pejabat sebab sangat penat ~ master datang kejut, hehe
semalam:-
i) terjumpa hamba Allah yang aku ingat setiap hari, setelah lama tak jumpa ~ dengan izin Allah
ii) datang pejabat pukul 11 malam ~ ambil barang yang tertinggal dalam laci pejabat, kemudian hantar barang tersebut ke UIA
Posted by deyanah at 4/06/2010 08:18:00 pm 0 comments
Labels: cinta hati, kerja
Thursday, April 01, 2010
mood ~ MURAM, SEDIH, JIWA KACAU
4 biji 'Judgment in Default' kena strike out semalam..
Posted by deyanah at 4/01/2010 05:15:00 pm 5 comments
