CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 28, 2009

ITU KERJA GILA!!

1) apabila aku telah hantar seorang hamba Allah yang aku tak kenali, dari Taman Melati ke Gombak, pada jam 10.30 malam, disebabkan beliau tertinggal anak kunci motosikalnya di pejabat beliau di Bukit Jalil, dan agak mustahil bagi beliau untuk patah balik ambil kunci motor beliau, dan kemudian dipaksa oleh nenek dan mak hamba Allah tersebut untuk makan laksa Johor dan laksa Kelantan, pada jam 11.00 malam, aku rasa amat kekok dan janggal kerana terpaksa makan lewat malam di rumah banglo indah milik hamba Allah yang aku tidak kenali, dan aku cuba sebaik mungkin untuk sesuaikan diri dan melayan si nenek dan si mama yang melontar seribu satu soalan cepu mas..

**syukur di atas rezeki laksa Johor & laksa Kelantan, sesuai dengan diri aku yang sedang kelaparan selepas pulang dari kerja lewat malam..


2) apabila aku, eddie, zul, mira & nana telah pergi makan kenduri kahwin di rumah siti pada jam 11.30 malam, selepas waktu kerja kami, lepak di rumah siti hingga jam 1.00 pagi dan tuan rumah dah menguap + tak larat nak celik mata..

**syukur rezeki kurniaan Tuhan yang sangat banyak pada tengah malam tersebut..

Friday, December 25, 2009

I FEEL BAD =(

health: flu & headache..

work: mistake.. mistake.. mistake.. simple mistake, but big impact..! i hate!

Tuesday, December 22, 2009

MS. WATI & HER MINI BIRTHDAY PARTY


birthday cake & mp4 from us..

the meal

bibi doing her job..

me --> taking order

ms.S

mr.AS --> taking order

miss liza --> also taking order

miss riya --> wearing glass due to red eyes..!

our heavy dinner..

happy birthday ms. wati.. i love you..! a very good & lovely boss..!
Allah bless you..

Friday, December 18, 2009

PUTERI BERSIRAM

pernah tak korang tak mandi sebelum pergi sekolah?
--->aku tak pernah..

pernah tak korang tak mandi sebelum pergi kelas masa belajar kat kolej@universiti?
--->aku pernah..! tapi aku akan balik mandi kalau ada gap sejam atau lebih..

pernah tak korang tak mandi sebelum pergi peperiksaan akhir?
--->aku pernah..! hehe.. tapi aku akan mandi lepas balik dari peperiksaan..

pernah tak korang tak mandi sebelum pergi kerja?
--->aku pernah..! aku rasa sangat teruk sebab aku kerja 12jam pada hari tersebut.. harap itu kali pertama dan terakhir aku tak mandi sebelum pergi kerja.. nasib baik tempat aku kerja sekarang ni berhawa dingin, peluh pun segan nak keluar..

oh Tuhan, aku bukan pengotor, bukan juga pemalas.. tapi masa sangat mencemburui..

Thursday, December 17, 2009

RIDER MANA YANG ACCIDENT?

kelmarin;

-bangun pagi-pagi, masak 2 bungkus mee goreng sedap (bubuh sebiji telur ayam), makan dengan dil sebelum kami pergi kerja.. sangat sedap okay mee goreng Sedap perisa asli tu..

semalam;

masa nak buat u-turn, aku secara tak sengaja telah gilis anak kucing dengan tayar kereta.. serius, aku nampak kucing tu lintas jalan dan berlari ke arah kereta aku, tapi aku tak tahu yang si anak kucing tu ada kat bawah kereta..! cumanya, masa aku nak buat pusingan U, aku dengar kucing mengiau 2 kali.. lepas aku buat pusingan-U, aku tengok kat side mirror dan aku nampak kucing tu tengah menggelepar.. huhu.. aku doa kucing tu cepat mati..

hari ni;

aku kena buat cold calling.. target 100 orang pelanggan.. penat mulut cakap banyak ngan pelanggan dan penat telinga dengan dial tone sementara nak tunggu diorang angkat fon.. tapi ada juga yagn tak angkat.. lagi la sakit aku dengan dial tone..!
bila dapat tugasan buat cold calling, aku kurang gembira sebab cold calling ni sangat bosan dan kena deal dengan macam-macam kerenah pelanggan.. ada yang kurang ajar, ada yang baik hati dan ada juga yang ntah pape..

dapat panggilan dari orang yang tidak diketahui identitinya.. minah cina tu bagitahu aku yang pekerja n***** kemalangan di jalan 6/14, ampang jaya.. katanya kes langgar lari dan rider tu cedera teruk.. minah tu suh aku cepat2 bagitahu pengurus pasal kemalangan tu.. Ya Allah, rider mana yang kemalangan tu? Murad? Farid? Zainal?

Wednesday, December 16, 2009

CIK INTAN

saya tetiba terjumpa blog ni.. intanurulfateha.. secara tak langsung, blog cik intan banyak membantu saya yang dah lama berblog, tapi ilmu blog sangat lah kurang..

TERIMA KASIH CIK INTAN.. I LOVE YOU..! u banyak tolong i, walaupun hanya melalui gmail..

i janji, i akan jadi murah hati macam you..

Monday, December 14, 2009

AKU SEORANG OPERATOR

bila orang tanya aku kerja kat mana sekarang? aku jawab kerja kat n***** call center.. ada yang positif dan ada juga yang negatif mendengar jawapan tu..

terima kasih kepada mereka yang +ve dan kepada mereka yang -ve, korang sangat tak baik jika hina aku menjadi operator yang menjawap panggilan telefon adalah kerja HALAL yang aku pilih dengan rela hati tanpa pujuk rayu dari musuh ketat atau paksaan dari orang tersayang.. hati aku belum terbuka tuk menyibuk dengan segala macam benda yang ada kaitan dengan undang-undang @ law..



*sedang mencari jam dinding yang sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan & almari kayu warna warni untuk pakaian-pakaian aku yang masih lagi tersusun kemas dalam beg.. (susah jugak nak cari benda yang aku betul-betul suka..)

Saturday, December 12, 2009

strepsils & dequadin

hari ke lima aku;

demam..
sakit tekak..
panas badan..
sejuk kaki & tangan..

tak selesa okay..!
(kul 1 pagi, ajak dil teman beli air limau kasturi panas
kat kedai makan yang dipenuhi kaum ajnabi..)

*nikmat sihat sangat penting! begitu juga dengan suara aku.. walaupun harga suara aku tak semahal bayaran yang para penyanyi dapat, tapi ia tetap berharga okay.. =)

** Ya Allah, aku perlukan suara untuk mencari $$$..

Thursday, December 10, 2009

MY CUSTOMER & ME..

Mr.A : Erk.. can i ask you a question?
Me : Yesss..

Mr.A : Are you a Malaysian or Chinese?
Me: Pardon?

Mr.A : Are you a Malaysian or Chinese..? Malay..?
Me: Malay..

Mr.A : Aaa.. Because when you said Abdullah, you make it very good..
Me: Mr. Abdullah (using correct makhraj, i repeat once again his name) right..?

DEWAN PUTRI SA'ADONG ~ GRAND RIVERVIEW ~ 5-12-2009 ~ 8.00-11.00PM

Menu & Puan Shafini Hassan..

unagi.. mantap!! the rest ok la..

yang ni paling mantap..! sup ikan yu..

ikan ape ntah.. SEDAP.. kami makan sampai tinggal tulang jer..

kurang sedap.. ayam tak segar & terlalu banyak tepung saluti ayam..

agak tawar & no taste, tapi boleh la.. syukur..

nasi goreng yang paling akhir dihidangkan.. semua orang dah kenyang meratah lauk2 kat atas..

kelapa laut+madu.. yang ni paling aku suka.. aku habiskan semangkuk besar okay (kecuali ais..)!!

Wednesday, December 09, 2009

KB MALL & HABUK.. #2

rupa2nya remaja yang memandu kereta tu adalah budak kampung aku.. tapi aku tak kenal dia.. SILA BACA KALAU NAK TAHU LEBIH LANJUT.. aku tak paksa tau..

bukan dia saja, tapi majoriti anak muda di Kampung Dewan Beta aku tak kenal.. kat kampung tu, lebih ramai kenalan tua yang aku ada berbanding kenalan muda, tu pun umi yang kenalkan aku dengan geng2 veteran kampung Dewan Beta..

bukan aku sombong tak kawan dengan remaja @ belia kampung, tapi aku bukan jenis lepak luar rumah.. duk terperap dalam rumah jer..

masa sekolah dulu pun, aku sekolah di bandar Kota Bharu walaupun jarak Sek Keb Dewan Beta dengan rumah aku lebih kurang 50meter.. jalan kaki tak sempat nak peluh @ penat, dah ada kat depan kelas dah..

aku sekolah menengah pun kat bandar Kota Bharu gak walaupun jarak Sek Men Dewan Beta (Juara Sekolah Harapan 2007) dengan rumah lebih kurang 2.5km je..

sebab tu aku tak de kenalan muda mudi di Kampung Dewan Beta..!! (tak best tau..!)

Tuesday, December 08, 2009

nurqamelia & nuralin


ini yaya dan alin.. alin si puteri sulung dan yaya si puteri bongsu..

kalau korang perasan, yaya jarang sengih dalam gambar.. mungkin yaya malu nak tunjuk 2 batang gigi dia yang RONGAK kat tengah tu atau yaya perasan comel kalau senyum.. haha

alin pun sama, ada masalah gigi.. iskh, iskh, iskh.. kesian kat kak lin.. (ops.. sensitif ke? hehe..)

YAYA'S ANNUAL CONCERT AND GRADUATION DAY (05-12-2009 ~ 2.00-6.00PM)

sweet, friendly & talkative YAYA ~ 5 years old girl..

theme: NURTURED TO LOVE

'mini' opening speech by Yaya

Medley song ~ Q-dees' song & Q-dees Kid a Leap A Dee's song.. (yaya two from left)

1 Malaysia dance (Malaysia, Hindi & China).. Yaya leads Hindi dance..!!

a song from 5 years old kids (yaya in blue)

nasyid performance by 4, 5 & 6 years old kids (yaya in blue)

sketch Pendidikan Islam class (5 pillars of Islam)

yaya's tok mi & cik su

excellence in performance award..

yaya & friend (rania roslan)

yaya & dedi

yaya & mami

hi-tea

Monday, December 07, 2009

KB MALL & HABUK..

pagi AHAD 06/12/2009 ~ aku plan nak pusing bandar Kota Bharu dengan kawan-kawan since dah lama aku tak buat ibadah tawaf tu.. bangunan ape yang naik @ jalan mana yang ditutup kat bandar KB tu pun aku tak tau..

tapi ~ aku tunda hasrat tu sebab keadaan rumah orang tua aku yang berhabuk memerlukan tenaga orang muda untuk halau habuk2 tersebut..

petang tu ~ kawan (yang aku janji nak jumpa kat KB pagi semalam) datang rumah.. dia sempat bagitau ada kemalangan maut dalam pasaraya KB Mall..


kat bawah ni gambar tempat kejadian (yang aku copy paste dari facebook kawan aku..)

tempat letak kereta atas bumbung KB Mall

siling KB Mall yang runtuh..

kereta yang terjatuh dari tempat parking atas bumbung..

* rugi aku tak de kat tempat kejadian.. mana tau kot2 aku boleh jadi saksi atau aku yang jadi mangsanye..
** siapa sangka akan temui ajal dilanggar@dihimpit kereta dalam pasaraya..?

BANJIR @ KELANTAN..

terima kasih kepada mereka yang bertanya, (itu tandanya korang ambil berat kat rumah aku..) haha..

ALHAMDULILLAH, rumah aku di kampung selamat daripada ditimpa musibah banjir.. sejak aku kecik, hingga aku besar macam sekarang, tak pernah lagi air banjir berkunjung ke kampung aku..

cumanya, jalan yang menghubungkan kampung aku dan bandar Kota Bharu serta jalan lama nak ke bandar Machang (dari kampung aku) telah rosak teruk.. hujan lebat tanpa henti menyebabkan jalan tar merekah dan berlubang.. lubang-lubang tersebut sah-sah akan rosakkan tayar kereta kalau pemandu tak perasan lacunae-lacunae tersebut..

jika dulu boleh pecut sesuka hati, tapi sekarang semua pemandu kenderaan ringan fikir 14 kali sebelum berbuat sedemikian (sayang kereta ma..)

*tahun ni banjir teruk di daerah Tumpat, Pasir Mas dan Kuala Krai.. rumah aku dalam kawasan@daerah Kota Bharu.. sekian, terima kasih..

Friday, December 04, 2009

JOM RAYA..!

MALAM NI BALIK KAMPUNG.. SAMBUNG RAYA.. YEAY!!

INDIAN LADIES, INDIAN MAN AND ME

LIZA pernah tanya, "akak, tak pakai macam ni ker?" sambil tunjuk baju T dan seluar jeans paras lutut yang dia sedang pakai..
AKU geleng & senyum dan jawap "i malu la nak pakai macam tu.."

beberapa hari kemudian, LIZA tanya lagi.. "akak, dengar ke (jawab telefon, dll) kalau pakai tudung?"
AKU "mesti la dengar.. kalau tak caye, try letak shawl u kat telinga and then amek order.."
*soalan ni agak kelakar.. tapi aku tak salahkan dia, dia tak pernah pakai tudung (dan aku tak sabar nak gi jamuan xmas kat rumah Liza 26hb Disember ni..)


PRIYA tetiba cakap kat aku, "saya tak pernah tengok akak pakai macam ni.." sambil tunjuk seluar jeans paras buku lali dan baju T yang dia pakai.. belum sempat aku respon, Priya bagi aku satu soalan, "tak panas ker kak?"
AKU, "tak lah.. mungkin sebab dah biasa.."


JOSEPH tanya, "macam mana akak solat dalam loker room yang ada banyak barang tu? boleh ker?"
AKU, "boleh je.. asalkan mengadap kiblat dan tempat tu bersih.. if u nak solat atas kerusi (bench) or atas pasir pun tak pe.."
*joseph suka tanya macam-macam soalan kat aku.. antaranya, bagaimana ayat al-quran disusun dan nama2 nabi..

Thursday, December 03, 2009

bakpo jea sokmo tunjuk 10:10?

.google image.
~I LOVE..!! WATCH WITHOUT NUMBERS
~


I have noticed for several years that every advertisement for a clock or watch ALWAYS show the hour hand on 10 and the minute hand on 2.

REASON #1,
Symmetrical Look: When the watch is at 10:10 we get a vertical symmetry in the face of the clock. But we get the same with 9:45 or8:20 or some other time. Then why is it 10:10 ?

REASON #2,
Smiley Look: When we look at a watch at 10:10, we see as if the watch is smiling. It is better to have a smiling face, rather than having a crying face when the time is at 8:20. Well that is one good reason, since it enlightens peoples mind while looking at the ad.

REASON #3,
Victory: When the clock is at 10:10, the hands are similar to the letter "v" which symbolises victory. May not be the actual reason, but we can say this as one of the reasons.

REASON #4,
Abraham Lincoln: Many say that it is due to Abraham Lincoln died at that time and so the watches are showing 10:10. But some say that, Lincoln is shot at night at around 10:15, and died in the next day morning at around 7:22. So this ain't the correct the reason.

REASON #5,
Visibility: When the hands are at 10:10, we have the makers name and other details (if any) clearly visible when they are placed at above or below the center.

REASON #6,
First Watch: Some say that first watch is made/completed at that time. But why are most companies adopting it ? and in fact clocks are been around for many 100s of years. So this ain't the reason.

REASON #7,
Hiroshima and Nagasaki Attack: Few say, it is because during that time, first atomic bomb was used and in remembrance of all the victims, all unused clocks or the clocks which are presented in show-cases have the same time of 10:10. But it seems the practice of 10:10 has been in there from 1920s. So I doubt this also.


* whatever the reason(s) is, my doubt has been answered!! yeay..!!
** but i prefer reason #4 and #7..

DAGING MINANG..

BAHAN-BAHAN YANG WAJIB ADA..

1kg daging (tanpa lemak)
10 ulas bawang merah (dimayang)
10 ulas bawang putih, 1inci halia, 50 cili kering (dikisar @ ditumbuk @ digiling)
1 cawan kicap
4 sudu besar cuka
1 cawan minyak
2 cawan air

1~ panaskan secawan minyak dan tumiskan bawang merah sampai garing..
2~ masukkan bahan-bahan yang telah dikisar+gula&garam, masak sampai garing..
3~ kemudian baru masukkan daging yang telah dihiris nipis dan melintang urat..
4~ masukkan kicap & air..
5~ tunggu sehingga daging masak dan lembut (tak liat)

*resipi ni lebih kurang resipi DAGING RENDANG MINANG.. daging rendang minang ditambah santan dan tidak ditambah kicap..
**tak rugi korang cuba masak sebab sangat sedap okay..

Wednesday, December 02, 2009

LEMBU KORBAN #2

orang melayu panggil saya LEMBU,
mat salleh panggil saya COW,
orang india panggil saya MADEE (sebutan 'mother')

walau apa pun orang panggil saya, tiap-tiap tahun saya akan disembelih ramai-ramai sambil disaksikan orang ramai.. ini sempena menyambut Aidiladha dan menjalani ibadah korban..

orang Malaysia suka pilih saya tuk dikorbankan kerana harga saya (satu bahagian daripada tujuh bahagian) lebih murah berbanding harga seekor kambing atau seekor biri-biri..

tamat sudah cerita ringkas tentang seekor lembu..


cerita tentang aku dan lembu korban..

tahun 2009, adalah tahun pertama aku menjalani ibadah korban..ALHAMDULILLAH.. (aku mula pasang niat tuk korban sejak 3 tahun yang lepas.. tahun lepas aku simpan RM1 setiap hari, tapi akhirnya duit yang aku simpan tu aku guna tuk beli hadiah untuk orang yang sayang..haha..niat aku melencong...)

hari khamis, 26/11/2009 ~ umi suh aku siap2 tuk gi tempat sembelihan bagi upacara jual beli sebahagian daripada tujuh bahagian lembu dan mewakilkan tok imam sembelih lembu bagi pihak aku..

hari jumaat, 27/11/2009 ~ pagi2 lagi umi pesan agar aku pakai baju baru dan siap sedia pergi ke tempat korban (kira2 2km dari rumah kami).. pagi tu aku tak pergi solat sunat Aidiladha, jadi aku masak tuk makan pagi sementara tunggu diorang balik solat sunat raya.. aku masak nasik lemak jer..

bila umi, abah, ayuni & kak tie balik dari masjid, diorang makan nasi lemak jap.. kemudian aku, umi & abah pergi ke tempat sembelihan lembu korban tu..

pagi jumaat tu, tok imam yang masih muda trang tang tang sempat sembelih 5 ekor lembu sebelum kaum lelaki berebut2 nak gi solat jumaat..

menurut umi, sunat bagi kita untuk mengagihkan 1/3 bahagian korban kepada orang miskin, 1/3 bahagian korban kepada jiran tetangga@saudara mara dan 1/3 untuk dimakan oleh diri sendiri+ahli keluarga..

1/3 daging tuk diri sendiri dan keluarga tu aku masak DAGING MINANG.. *credit to kak kay for da recipe..