CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 13, 2010

malas nak balik, jalan tengah jem giler..

minggu lepas, aku teringin sangat nak makan pengat durian.. tapi malas nak buat.. tahu nak makan yang dah siap masak jer.. siap suruh office mate masak lagi..


tup2, masa balik seremban hujung minggu hari tu, kak kada telefon tanya "awak nak makan pengat durian tak? akak nak masak ni.. tapi awak kena tolong beli daun pandan la, husband akak lupa nak beli tadi.. durian dan santan dah beli dah.." Aku dengan gembiranya jawab "nak.. nak.. ok kak, nanti saya beli daun pandan dan roti skali.."

sebagai balasan, petang tu (selepas kenyang makan laksa dan pengat durian di rumah kak kada) aku bawa kak kada dan anak-anak daranye ke taman di Seremban 2..


kak kada selalu duk komplen kulit dia kering dan gatal.. aku dengan lajunya cakap sabun Himalaya bagus kak.. kawan saya memang pengguna setia sabun tu..

sempena hari jadi kak kada, aku hadiah kan sabun Himalaya [Neem & Tumeric].. esoknya kak kada terus tunjuk kulit dia yang dah takkering.. (dan dan tu jugak..)


masa kanak2 dulu, aku dan sepupu sepapat suke petik bunga biru nih.. pastu main tulis2 dan lukis2 kat dinding rumah guna bunga tu.. kuar dakwat wakna biru kot.. mak bapak jenuh marah, tapi kami tak pernah nak dengar..

sekarang bunga ni dah tak tumbuh meliar di halaman rumah aku @ di parit2 berdekatan.. papepun, bunga ni orang dulu2 guna tuk masak NASI KERABU BIRU.. tapi zaman sekarang orang dah guna pewarna sebab susah nak jumpa bunga nih..