
22-23/11/09
kem akhi club kat kem XXX, sungai pisang.. dulu pernah buat program kat kem raudah, sungai pisang.. Jarak kedua-dua kem ni, tak lah jauh sangat.. Jalan kaki pun sampai & tak sempat nak peluh pun..
kem raudah ~ pengisian kat kem tu best dan tak membosankan.. antara aktiviti yang kami buat kat kem tu:- daki bukit, redah anak sungai dan kat hujung anak sungai tu ada air terjun yang tinggi dan best, masa night walk kitorang (tak semua orang) masuk dalam terowong yang katanya digali oleh orang Jepun zaman perang dunia ke-2 (untuk simpan makanan).. kami masuk seorang demi seorang.. dah la malam gelap gelita + dua orang jurulatih duk tunggu dalam terowong tu dengan tujuan nak menakutkan kami..
kem XXX ~ pengisian agak bosan dan isu yang berbangkit adalah; jurulatih yang akhi club bayar mahal-mahal hanya buat modul yang kami sendiri boleh buat.. adik2 sangat bosan dan ikhwan terpaksa buat mass untuk kawal diorang..
23/11/09
lepas habis program kat kem XXX, syarah & nana ajak aku tengok wayang kat KLCC.. aduh.. malasnya nak gi KLCC, tempat yang sentiasa sesak dengan orang ramai.. kitorang tengok movie 2012, aku bagi 2.5 bintang tuk citer tu.. aku kurang suka cerita fiksyen sains ni.. rasa macam mengarut jer..
Tuesday, November 24, 2009
NATURAL DISASTER
Posted by deyanah at 11/24/2009 08:13:00 pm 0 comments
Thursday, November 19, 2009
S.P.M. 2009
seorang rakan sekerja aku..
1) Alex ~ aku print out gambar di atas dan bagi kat Alex (as a good luck card..)
*jaga = jaga dengan penuh kasih sayang, suap makan, salin lampin pakai buang, dukung ke hulu ke hilir, dodoikan, mandikan, pakaikan baju, sikat rambut, tepek bedak, buat susu botol, pujuk bila nangis dll (aku rindu alin yagn kecik.. sekarang dah besar, semua dah reti buat sendiri..)
Posted by deyanah at 11/19/2009 02:48:00 pm 0 comments
Sunday, November 15, 2009
LYRIC I BELONG TO YOU ~ MUSE
(copy paste this pic from my fren's blog.. how i wish the cake is mine!)
*one of the new moon soundtracks, from The Resistance album..!
When these pillars get pulled down,
It will be you who wears the crown,
And I'll owe everything to you
How much pain has quaked your soul?
How much love would make you whole?
You're my guiding lightning strike
I can't find the words to say,
They're overdue,
I've traveled half the world to say,
I belong to you
And she attacks me like a Leo,
When my heart is split like Rio,
And I assure you my debts are real
I can't find the words to say,
When I'm confused,
I travelled half the world to say,
You are my muse
Ah! réponds, réponds à ma tendresse,
Verse-moi, verse-moi l'ivresse,
Réponds à ma tendresse,
Réponds à ma tendresse,
Ah, verse-moi l'ivresse,
Verse-moi, verse-moi l'ivresse
Réponds à ma tendresse!
Réponds à ma tendresse!
Ah! verse-moi l'ivresse
I belong,
I belong,
To you alone
I can't find the words to say,
They're overdue,
I've traveled half the world to say,
I belong to you
Posted by deyanah at 11/15/2009 07:02:00 pm 2 comments
Labels: hati
Tuesday, November 10, 2009
KISAH KEBAB DAN PAHA AYAM..
perbualan singkat aku dengan ASNA (bukan nama sebenar):-
aku: asna tak sihat ker?
asna: tak lah.. ok jer..
aku: tapi asna nampak macam tak sihat.. nak celik mata pun tak larat..
asna: saya ok je kak.. (dah dia kata dia ok, aku biarkan jer..)
duk sekejap, ada orang tepon asna (perbualan singkat kami habis tang tu..) dan aku sambung mengular..
pastu ada orang tepon aku lak.. orang tu kata; "saya nak confirm pesanan no ******, dia nak drumstick untuk kebab kan..? kitorang tak de drumstick tuk kebab.. boleh tolong confirm balik dengan customer tak? tanya dia nak kebab yang macam mana?"
aku pun tanya asna sambil dahi aku berkerut; "customer awak nak drumstick tuk kebab? (kebab yang) macam mana tu?"
(sambil tu) asna tengok balik pesanan customer dia tu.. pastu dia gelak.. "kak, sebenarnye dia nak ayam bahagian drumstick , bukan kebab bahagian drumstick.."
aku sempat print screen Order Details yang asna tersalah klik tu (sebelum dia sempat betulkan pesanan yang sebetulnyer..) tengok.. jangan tak tengok gambar di bawah.. hehe..
*aku belum jumpa lagi kebab yang ada tulang.. =p
NAK TAHU APE JADI NGAN ASNA LEPAS PADA TU? TERUS DIA SEGAR BERMAYA DAN TIADA LAGI MUKA YANG MONYOK.. yeay!!
Posted by deyanah at 11/10/2009 09:41:00 pm 0 comments
Labels: kerja
POS EKSPRES, AKU GEMAR..

dah berzaman aku guna benda pos ekspres ni.. macam-macam aku pos guna sampul putih kuning tu..
antaranya:-
1) kain pasang (beberapa kali)
2) butang baju melayu (sekali)
3) telefon bimbit (sekali)
4) kad raya dan kain pua kumbu (sekali)
satu hari, aku gi pejabat pos.. aku cakap kat akak tu, "KAK, SAYA NAK POS EKSPRES YANG SAIZ A4 TU, YANG HARGA RM4 TU.." Akak tu jawab, "HARGA DAH NAIK LA DIK.. SEKARANG RM4.50.." Aku, "TAK PE LA KAK, SAYA NAK JUGAK.." (dalam hati:- AIK?? BARU JE BELI TIGA HARI LEPAS, HARGA BELUM NAIK..) Akak tu, "ADIK NAK POS DOKUMEN KAN?" Aku jawab (sambil terpinga-pinga) "A'AH.."
pastu aku gi ke sebuah meja dalam pejabat pos tu, aku baca apa yang tertulis kat bahagian AKUAN PENGIRIM tu..
"SAYA MENGAKU BAHAWA SAMPUL INI MENGANDUNGI SURAT DAN DOKUMEN DAN TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG BENDA BERBAHAYA ATAU DILARANG*, SEPERTI BAHAN-BAHAN YANG MUDAH MELETUP, MUDAH TERBAKAR, MUDAH TERBAKAR, AEROSOL, DADAH DAN SEBAGAINYA.*Dapatkan maklumat lanjut di Pejabat Pos. PENGAKUAN INI MESTI DITANDATANGANI
sumpah!! baru hari tu aku baca kolum pengakuan pengirim tu.. habis, selama ni yang aku duk pos kain-kain pasang, butang baju melayu, telefon bimbit dan kain pua kumbu tu macam mana? adakah benda2 tersebut termasuk dalam definisi SURAT atau DOKUMEN?
jom baca definisi DOKUMEN dalam Bahasa Indonesia..
Posted by deyanah at 11/10/2009 07:52:00 pm 0 comments
Labels: hidup
bukan hanya jawab telefon #4
TODAY ~ TUESDAY ~ 10 NOV 09
Cleaning Schedule
Locker Room - Priya
Toilet - Joseph
Sweep Floor - Liza
Cubical Area - Nana
Glass Door - Priya
Throw Rubbish & Wipe All Furniture - Siti
Pantry Area - Shima
Cold Calling Program
Liza - MIN (start at pg 30) id 219
Nana - BV (start at pg 19) id 220
Breaktime Schedule
2.30 - 3.00 - Zul, Anis & Siti
3.00 - 3.30 - Joseph, Nana & Liza
3.30 - 4.00 - Priya, Shima & Miera
Food & Fax
10 - 6 - Anis
6 - 10 – Shima
note: no cleaning schedule for me today!! yeay =))
YESTERDAY ~ MONDAY ~ 9 NOV 09
Cleaning
Locker Room - Shima
Sweep Floor - Nine
Cubical Area - Priya
Pantry - Siti
Toilet - Liza
Glassdoor - Nana
Throw rubbish & Wipe all furniture - Alex
Breaktime Schedule
2.30-3.00 - Zul, Liza & Anis
3.00-3.30 - Nine, Shima & Siti
3.30-4.00 - Nana, Priya & Alex
Food & Fax Monitoring
10 - 6 - Liza
6 -10 - Nana
note: (also) no cleaning schedule for me yesterday!! yeay =p
Posted by deyanah at 11/10/2009 01:48:00 pm 0 comments
Labels: kerja
Sunday, November 08, 2009
LEMBU KORBAN
satu malam, abah mesej aku tanya sedang buat ape?
aku jawab, tengah kerja, kul10 mlm baru balik..
abah balas mesej aku, "UMMI SURUH ROYAT (bagitahu), ANIS BOLEH (dapat) GAJI GERBANGLAH (korbanlah) TAHUN INI. RM300 SAJA. TK"
aku balas, "I'ALLAH.."
aduuhhh.. macam2 aku dah rancang ngan duit gaji pertama aku tu.. tapi bila aku fikir 14x, tak ada salahnya aku turuti kehendak ummi, untuk kebaikan aku juga..
dulu2, aku pernah tanya ummi, "UMMI BELI GAPO (ape) DENGAN DUIT GAJI PERTAMA?".. ummi jawab sepatah je, AL-QURAN..
aku tanya lagi, "KENAPA AL-QURAN DAN BUKAN BENDA LAIN..?".. kali ni ummi jawab dengan panjang lebarnya (tapi aku ringkaskan jawapan umi dalam blog aku ni), "AGAR GAJI2 YANG MENDATANG DIBERKATI ALLAH.."
hmm, lepas umi jawab camtu, aku diam je..
sekarang, aku rasa ada benarnya dengan 'harapan' umi tu.. dan harapan aku sekarang, agar aku diberi peluang untuk menjalani IBADAH KORBAN DENGAN DUIT GAJI AKU YANG PERTAMA.. ameen..
Posted by deyanah at 11/08/2009 05:10:00 pm 2 comments
Saturday, November 07, 2009
TAKING AN ORDER..
*click picture to enlarge..
3:08pm, 1ST NOVEMBER 2009 ~ my first time taking an order.. guided by zul..
my first customer ~ Mr. Abd Karim..
hoho.. very very very nervous..!! and gagap..
Posted by deyanah at 11/07/2009 08:42:00 pm 0 comments
Labels: kerja
MESYUARAT BULAN NOVEMBER..
mesyuarat bulan november dijadualkan pada hari jumaat jam 10 malam.. (aiyyo.. kul berapa baru aku boleh balik..??)
tapi, dibatalkan (ALHAMDULILLAH.. dan aku tak nak tahu sebab apa ia dibatalkan..) yang penting aku boleh balik awal.. he2..
dalam perjalanan balik, mira mesej aku, "TOMORO 7/11/09 ADA MEETING WITH MS WATI. ATENDANCE COMPULSORY" (sila abaikan wrong grammar and bahasa rojak).. aku tak balas mesej tu.. duk sekejab, mira mesej lagi, "SOK MEETING KUL 7.45AM".. alamak!! kul berapa aku nak kena bangun, bersiap dan gerak ke tempat mesyuarat tu..??)
sejam kemudian, mira mesej lagi sekali, "BOM DIA ALL ERA. MEETING TOMORO CANCEL" (yeay!!)
petang ni, ada rumors cakap mesyuarat tu kul8.00 pagi esok.. hoh ho..
oh Tuhan, kuatkan semangat aku.. Ameen..
Posted by deyanah at 11/07/2009 12:55:00 pm 0 comments
Labels: kerja
Friday, November 06, 2009
TETIBA JE KENA HAFAL BENDA NI.. #2
Kami semua dikehendaki menggunakan PHONETICS apabila berkomunikasi dengan orang melalui telefon.. sebab tu aku diwajibkan hafal phonetics dari A-Z.. sila rujuk TETIBA JE KENA HAFAL BENDA NI..
aku tanya kawan2 sekeliling aku, "ADAKAH PHONETICS YANG KAMI-ORANG WAJIB GUNA TU PHONETICS YANG DIGUNAKAN SELURUH DUNIA?".. ada yang jawab tak tahu ada yang jawab "YUP, THE WHOLE WORLD USE THAT PHONETICS.."
satu hari, aku dapat call dari mat salleh.. dan aku sangat terkejut apabila dia guna phonetics.. sebabnya dalam banyak orang yang call aku, HANYA MAT SALLEH SE-ORANG ITU SAHAJA YANG GUNA PHONETICS.. yang lain pakat main sebut sesuka hati dia-orang..
dan hari ni, aku (yang kadang2 sahaja menggunakan phonetics) telah guna phonetics.. N for November, O for Oscar, E for Echo, L for Lima, S for Sierra, G for Golf and W for Whiskey.. habis je aku sebut WHISKEY, aku dengar dia gelak sambil bagitahu orang sebelah dia "she said W for Whiskey.."
tibe aku rasa macam nak marah kat mamat tu.. tapi nasib baik otak aku masih waras lagi.. mungkin dia tak tahu yang aku sedang guna phonetics dan bukannya sesuka hati sebut W for Wales, W for Wati, W for Whale atau W for Whatever..
yang kami-orang guna adalah versi NATO, tapi ada juga versi lain iaitu versi Western Union.. huruf V adalah satu-satunya huruf yang sama antara versi NATO dan Western Union.. V for Victor..
Posted by deyanah at 11/06/2009 05:04:00 pm 0 comments
Labels: kerja
bukan hanya jawab telefon #3..
ORDER TAKING ID:-
ANIS: 208
NANA: 209
SHIMA: 215
ALEX: 207
NINE: 217
JOSEPH: 203
CLEANING:-
SITI: SWEEP FLOOR (12PM)
JOSEPH: WIPE ALL GLASS DOOR & SWEEP STAIRS (12.30PM)
ANIS: WIPE ALL CUBICALS & CUPBOARD (1.00PM)
NINE: CLEAN PANTRY ( 1.30PM)
NANA: THROW RUBBISH ( NOON & END SHIFT) & WIPE BESI KT TEPI DINDING (2.00PM)
SHIMA: WIPE ALL TABLES & MS WATI'S DESK ( 2.30PM)
PRIYA: CLEAN TOILET ( 4.00PM)
LIZA: WIPE CPU (4.30PM)
ALEX: CLEAN LOCKER ROOM (5PM) & CLEAN ALL CUBICALS( END SHIFT)
BREAKTIME:-
2.30 - 3.00 : ANIS,JOSEPH,LIZA & ZUL
3.00 - 3.30 : MIRA,NANA,SITI & PRIYA
3.30 - 4.00 : NINE,SHIMA,ALEX & RJ
FAX & FOOD MONITORING:-
ANIS: 10 - 6
RJ: 6 - 10
HEPI WORKIN'
Posted by deyanah at 11/06/2009 11:23:00 am 0 comments
Labels: kerja
Thursday, November 05, 2009
LAMBANG BULAN SABIT!
apa? Peri-Medic???
kenapa Peri-Medic? dan kenapa Peri-Peri on-Call..
tapi masa Zul bagitahu apa makna disebalik Peri-Medic dan Peri-Peri on-Call tu, aku tergelak (dalam keadaan terpaksa tahan drpd gelak dgn kuatnya) sebab macam poyo je maksud dia..
korang nak tahu apa maksud dia? ejh, tak payah la.. nanti korang pun akan cakap macam poyo je.. he2..
tapi, kalau korang nak dengar suara RJ, nana, joseph, liza, anis, siti, alex, priya, shima, nine, kumar, naim, mira dan zul, korang boleh telefon no di atas (i.e. 1300886555)
*PERI-PERI = CILI PADI..
Posted by deyanah at 11/05/2009 12:32:00 pm 0 comments
AKU LAMBAT 9 MINIT..!
kalau semalam ada complaint ke atas aku (dan aku masih belum tahu ape hukuman yang akan dikenakan..), kelmarin nama aku masuk dalam rekod orang2 yang datang lambat..
aku lambat 9minit! ni semua gara-gara jalan MRR2 tetiba je jem.. dah lah area ampang point ni susah nak cari parking.. mmusing itik aku cari parking tau!
hoh ho.. benda (kes2 yang datang lambat) ni baru je apply kat kitorang semua.. kiranya hari yang aku lambat (kali pertama tau aku lambat!) tu, hari pertama dorang apply benda tu..
Posted by deyanah at 11/05/2009 12:00:00 pm 0 comments
A COMPLAINT UNDER ME!!! HUHU.. SOB3..
THIS IS A COMPLAINT UNDER ERA ANIS. PLS DO NOT REDO THIS ORDER.
1)ORDER TIME:3.15PM.
2)COMPLAINT TIME:4.20PM.
3)NATURE OF COMPLAINT:WRONG ORDER DETAILS.
4)DETAILS:CUSTOMER CALLED IN AND INFORMED THAT HE JUST RECEIVED THE ORDER BUT THE ORDER WAS WRONG.CUSTOMER INFORMED THAT HE ORDERED FOR RICE BUT HE RECEIVED PERI POTATO SALAD.
5)ACTION TAKEN:APOLOGISED TO CUSTOMER CALLED CASA TO SEND 1 RICE.REFER TO THE CALL LOG,CLEARLY CUSTOMER ORDER FOR RICE BUT WHEN ERA ANIS CONFIRM PERI POTATO SALAD CUSTOMER AGREED.
6)RESULT:APOLOGY ACCEPTED AND ACTION WILL BE TAKEN TO THE AGENT.
Posted by deyanah at 11/05/2009 11:09:00 am 0 comments
Tuesday, November 03, 2009
MELUR HASANAH (SIRI-8) Tiada Lagi Makhfi Hati

*Melur Hasanah adalah novel bersiri dalam Majalah Aniqah..
“Maria malu, ibu. Kalau-kalau…”
“Kalau Maria dikatakan ‘menawar’ pada yang tak sudi membeli?” Puan Anis memotong dengan kiasan, percaya bahawa anak gadis itu sudah dewasa untuk memahami. Maria menjawap dengan anggukan, sedikit teragak-agak.
“Usah rasa malu atau rendah diri, Maria. Jika kena dengan caranya, perempuan juga boleh dahulukan ‘penawaran.’ Kita bukan buat ‘lelongan,’ kan?” Puan Anis merasionalkan dalam jenaka hingga kedua-duanya ketawa hampir serentak, sedikit-sebanyak menyelesakan perasaan Maria untuk terus meluahkan.
“Isteri pertama Nabi Muhammad dahulu juga jadi orang pertama yang menawarkan diri untuk berkahwin dengan baginda. Tiada pelik, walaupun mungkin pada sesetengah orang hal ini nampak janggal.” Puan Anis terus meyakinkan.
“Yang penting, dia lelaki yang baik.” Masing-masing diam sebentar. Air sirap yang siap dihidangkan dinikmati sementara menanti kepulangan Melur Hasanah untuk makan tengah hari.
“Juga, dia lelaki yang memahami agama kita dan boleh jadi pembimbing yang baik.” Puan Anis menyambung. Ketika itu wajah Ridhwan datang menyapa. Air mukanya yang jernih biarpun kulit wajahnya sedikit gelap kerana sering dipanah matahari di ladang sudah menggambarkan pekerti yang dia miliki.
“Ibu, masakan orang seperi Maria sepadan dengan Ridhwan. Apa pula penerimaan Ridhwan nanti.” Maria bersuara selepas beberapa ketika percakapan banyak didominasi oleh Puan Anis, ada rasa ragu-ragu yang menyelinap di sebalik keyakinan yang diberi oleh Puan Anis. Sirap di dalam gelas hampir separuh dihabiskan.
“Selama mana perasaan disimpan, selama itulah ia menjadi rahsia. Bagaimana Maria tahu Ridhwan akan menolak?” Puan Anis menduga, bikin Maria mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah mata ibu itu. Dalam diam, kata-kata Puan Anis diakui kewajarannya.
“Jadi, biar ibu yang tanyakan sendiri pada Ridhwan bagi pihak Maria…” Maria terbatuk dan segera meletak kembali gelas minumannya ke atas meja. Sedikit titisan sirap yang melekat di hadapan bajunya ketika dia terbatuk disapu.
“Maksud ibu?” Wajah Puan Anis dipandang tanpa kedip.
“Supaya tiada lagi rahsia hati. Sebagaimana Khadijah lalukan hal yang sama untuk mengahwini Rasulullah.” Puan Anis ringkas membalas, dalam tenang dan berisi hikmah.
PUAN ANIS??? terima kasih kerana abadikan nama aku dalam Melur Hasanah. kata-kata yang aku akan ucap:-"NASRIAH TU KAWAN MAMA.."
Nasriah Abdul Salam
Posted by deyanah at 11/03/2009 01:28:00 pm 2 comments
Monday, November 02, 2009
SWEATER UNGU..
sejak2 aku selalu duduk dalam bilik sejuk ni,
baru aku perasan yang sebenarnye aku tak de sweater..
mula2 tu aku ok lagi, tapi bila aku tahu aku akan duduk dalam bilik ni selama 12jam, pagi2 buta lagi aku pergi Tesco dan beli sehelai sweater ungu, untuk lelaki, rm19.90.. walaupun sweater tu untuk lelaki, tapi aku tak kisah.. yang penting boleh memanaskan aku..
sekarang ni nafsu aku berkata "aku nak beli sweater merah, ada gambar strawberry.."
tapi semua tu nafsu je.. sama ada aku akan beli, atau tak akan beli, itu lain cerita..
Posted by deyanah at 11/02/2009 10:06:00 pm 0 comments
SEXUAL HARRASMENT!
hari ni, sebaik sahaja aku masuk ke bilik sejuk ni, terus liza bagitahu yang ALEX KENA CIUM masa tengah makan tengahari tadi, sorang2 kat bahagian atas sebuah restoran..
masa tu memang tak de orang lain kat level atas tu kecuali alex.. mula2 alex bagitahu mamat negro tu duduk depan dia dan borak2 kosong dengan dia..
pastu dia cakap nak bisik sesuatu kat telinga alex.. yang sebenarnye dia tak bisik papepun kat alex tapi sebaliknya dia cium pipi alex.. pastu dia blah sambil lambai tangan dan ucap babai kat alex..
alex ape lagi, terus bangun, turun bahagian bawah restoran, gi dapur restoran tu (otw nak ke dapur, mamat negro tu sempat babai lagi skali kat Alex..), letak pinggan dalam sink, kemudian naik ke bilik sejuk ni sambil menangis..
mungkin bagi alex incident tu sangat ngeri dan menakutkan.. tapi bagi kitorang semua, incident tu satu lawak yang menyebabkan aku gelak kuat gile tahap kena tegur kat leader suh gelak perlahan sket..
Posted by deyanah at 11/02/2009 09:11:00 pm 2 comments





