bila otak penat:-
i) nak telefon abah, tapi dial nombor telefon bimbit sendiri..
ii) lintas jalan tanpa tengok kanan, kiri dan kanan..(yakin jer tak de kenderaan lalu lalang..)
iii) cakap merapu..
iv) tersalah naik tren..
* terserempak dengan PENDEKAR moden.. =p
Monday, March 22, 2010
my pendekar
Posted by deyanah at 3/22/2010 06:42:00 pm 1 comments
Wednesday, March 17, 2010
hitam putih warna ku
hari ni:- PAKAI BAJU KURUNG WARNA MERAH JAMBU!!
saje nak cari publisiti.. setiap hari pakai hitam, putih & kelabu ~ orang senyum je kat kite..
tapi bila pakai selain dari warna tiga sekawan tu ~ semua orang berebut2 nak tegur..
i) eh, warna-warni hari ni?
--> a'ah, saja nak menceriakan diri dengan warna merah jambu..
ii) tak de kes ke hari ni?
--> ada, tapi minta tolong orang MOB (mention on behalf)..
iii) esok awak pakai hitam putih tau, petang ada kes.. awak yang pergi..
--> ok kak, no prob..
* masa nak key-in nombor saman kat kiosk mahkamah sesyen petang tadi, orang pakat duk tengok.. sebabnya mereka semua berbaju hitam putih, tetapi aku berbaju merah jambu..
* masa nak ambil borang untuk mention, penjaga kaunter tu tanya 'cik ni defendan ke?'
* esok nak mengadap big bos.. aku memerlukan kekuatan yang maksimum untuk perjelas kat big bos pasal saman yang bos aku buat.. saman tu tak berapa nak gagah sebab ada dua perjanjian yang bercanggah dan keliru antara kedua-dua pihak.. pesan bos:- "awak kena buat2 tahu depan big bos.." hahaha.. bos aku memang best!
*terima kiriman ekspres dari seorang teman, dapat hadiah sebuah beg tangan warna coklat.. yeay!! love you Yah..
Posted by deyanah at 3/17/2010 08:22:00 pm 2 comments
Labels: kerja
Tuesday, March 16, 2010
curi tulang amalan tidak berapa bagus
google image of chuck..MARCH 2010 --> CHUCK NEW SEASON!!
yer, hari ni kali pertama aku curi tulang..
sebaik sahaja duduk di atas kerusi di pejabat, aku terus sambung tengok Chuck Episod 6 Musim ke-3.. sangat puas dapat hiburkan hati di pagi hari menonton Chuck..
kemudian, minah pakai baju kurung datang kat meja aku dan bagi 20 letter of demand untuk aku siapkan hari ini gak.. (nah.. amek ko.. tadi curi tulang!! kan dah kena siapkan berpuluh LOD..)
Posted by deyanah at 3/16/2010 04:02:00 pm 0 comments
Labels: cinta hati
