25.08.08
aku penat giler hari ni.. kelas pack dari pagi sampai malam.. tapi sempat gak gi jenguk saudari diena yang konvo kat CAC.. walaupun CAC tu jauh dari aikol, aku gagahkan juga..
*ramai kawan aku konvo tahun ni.. sangat ramai sebenarnyer.. tapi hanya diena sorang je yang aku bagi bunga.. yang lain, aku hanya bagi kerongsang (lebeh praktikal berbanding bunga) dan ada yang aku tak bagi pape..
26.08.0 8
8.25-9.25pm, ada test PIL, 20%.. soalan pertaining to General Assembly Resolution & Soft Law.. topic ni tidak dibincangkan dengan detail dalam buku text @ during lecture.. sangat lah susah dan agaknye aku akan dapat kurang dari 10%!!!
27.08.08
test evidence ditunda selepas cuti merdeka.. sebabnye? sebabnye ramai student jadi komiti @ involve ngan mock trial..
*bengang sungguh aku.. bukannye bengang sebab dah prepare 100% tuk test evedence ni, tapi after merdeka break ni aku ada banyak lagi test tuk subjek lain..
28.08.08
aku kena submit 2case review.. ada tutorial.. malas nak mampus.. tak bersemangat dan rasa down giler.. my good fren datang jenguk aku.. rasa sedikit tenang, aku hargai kehadirannye..
29.08.08
burn minta tolong hantar dia ke puduraya.. bus kul8pagi.. kami gerak dari nus kul7pagi.. kul6pagi dia kol aku suh bangun solat dan mandi.. aku yang tido kul3pagi terkedek2 jalan kaki gi toilet basuh muke, gosok gigi, amek wuduk etc..
*jalan ke puduraya melalui jalan kuching agak sesak.. tapi tak la sesak sangat sbb kami gerak awal..
*aku balik kampung (time kaseh a.long coz bagi tumpang kete).. sampai kul5pagi kat taman guru (rumah kak mie) keesokkan harinye..
30.08.08
abah datang amek, bawa balik kampung dewan beta.. masuk je halaman rumah, ada sebijik van besar gile warna putih.. aku tanye abah, sape yang datang? jawab abah, orang alek siam mari..
*aku ditugaskan tuk bawa rombongan seramai 12orang tu ronda bandar kota bharu..
*2orang daripada dorang adalah saudara aku yang menetap di pattani.. nenek saudara aku migrate ke sana..
*kerajaan thailand bagi peruntukkan kat cikgu2 area pattani keluar 'makan angin'.. dorang hidup dalam ketakutan akibat pergolakkan politik di daerah dorang..
*dorang nak release tensen sambil beli barang tuk sambut ramadhan..
*serius, nak gi ngajar kat sekolah pun ada askar yang iring cikgu.. keselamatan tak terjamin..
dia: alah mari takdi banyok sungguh kheto bowok dero malay & dero kala meroh blarok kat rata panje..
aku: dero kala meroh tu dero kelate..
dia: ohh.. dero kelate ko kala meroh tu? dero malay duk tengok sokmo doh..
31.08.08
pagi2 lagi abah kejut aku, suh tengok tv.. kot2 ternampak ayuni yang involve dalam sambutan merdeka di dataran merdeka kuala lumpur.. seminggu adik aku dan budak2 maktab semalaysia seramai 2,000orang berkampung di putrajaya, buat rehearsal persembahan tuk sambutan merdeka kali ni..
01.09.08
selamat berpuasa kepada seme umat islam.. abah,umi & aku bukak posa kat rumah kak mie..
*sangat senang hati tengok umi makan banyak dan berselera..
02.09.08 HEPPI BIRTHDAY QISTI.. hari ni anak hazami genap berusia setahun..
*dah boleh jalankah si kecik hazami tu? i love you hazami..