CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Tuhan. Show all posts
Showing posts with label Tuhan. Show all posts

Tuesday, September 07, 2010

Ramadhan & Dock Brief

BULAN PUASA
-sebelum ni, aku makan je depan orang perempuan yang puasa (jika aku diharamkan puasa).. satu hari, seorang sahabat lama telah kata "memang kita boleh makan di siang hari kalau kita uzur syari'e, tapi seelok2nya kita kena hormat orang lain sekeliling kita yang berpuasa.."
moral: jangan makan secara terbuka.. nanti orang puasa teliur.. tak baik..

CONDITIONAL PLEA
-tetiba je Tuan tu tanya nama aku, Pelatih dalam Kamar dari firma mana dan aku buat banking litigation atau criminal? aduh.. mesti ada yang tak kena.. tup2, Tuan tangguh kes.. "awak tanya kawan2 awak, ape itu conditional plea.."
Serious, aku dengan jahilnya tak tahu benda jadah ape tu..! tapi aku yakin aku telah salah buat rayuan.. kalau tak, tak de nye Tuan tu nak tanya nama aku..

TAYAR PANCIT
aku pelik, kenapa meter minyak petrol kete aku laju je menuju 'E aka Empty'.. aku check tayar.. sah, dah kena buh angin..! tayar belakang hampir jadi flat tyre.. terus aku gi stesen minyak isi angin tayar.. meter kat pam angin tu tunjuk angka 44..! dah kurang sangat dah angin dalam tayar tu.. sepatutnya tekanan angin yang betul adalah 200 @ 220..

Thursday, April 15, 2010

hai kak mad..!

Ya Allah, jauhilah aku dari sifat suka menipu kerana aku benci mereka yang suka menipu..

Ya Allah, jauhilah aku dari sifat suka mengambil kesempatan @ mempergunakan orang untuk kepentingan sendiri kerana aku benci mereka yang bersifat sedemikian..

Ya Allah, jauhilah aku dari sifat 'talam dua muka' kerana aku benci mereka yang bermuka2 dan hipokrit..

Pendek kata--> Ya Allah, perelokkanlah akhlak ku..

Monday, December 28, 2009

ITU KERJA GILA!!

1) apabila aku telah hantar seorang hamba Allah yang aku tak kenali, dari Taman Melati ke Gombak, pada jam 10.30 malam, disebabkan beliau tertinggal anak kunci motosikalnya di pejabat beliau di Bukit Jalil, dan agak mustahil bagi beliau untuk patah balik ambil kunci motor beliau, dan kemudian dipaksa oleh nenek dan mak hamba Allah tersebut untuk makan laksa Johor dan laksa Kelantan, pada jam 11.00 malam, aku rasa amat kekok dan janggal kerana terpaksa makan lewat malam di rumah banglo indah milik hamba Allah yang aku tidak kenali, dan aku cuba sebaik mungkin untuk sesuaikan diri dan melayan si nenek dan si mama yang melontar seribu satu soalan cepu mas..

**syukur di atas rezeki laksa Johor & laksa Kelantan, sesuai dengan diri aku yang sedang kelaparan selepas pulang dari kerja lewat malam..


2) apabila aku, eddie, zul, mira & nana telah pergi makan kenduri kahwin di rumah siti pada jam 11.30 malam, selepas waktu kerja kami, lepak di rumah siti hingga jam 1.00 pagi dan tuan rumah dah menguap + tak larat nak celik mata..

**syukur rezeki kurniaan Tuhan yang sangat banyak pada tengah malam tersebut..

Friday, December 04, 2009

INDIAN LADIES, INDIAN MAN AND ME

LIZA pernah tanya, "akak, tak pakai macam ni ker?" sambil tunjuk baju T dan seluar jeans paras lutut yang dia sedang pakai..
AKU geleng & senyum dan jawap "i malu la nak pakai macam tu.."

beberapa hari kemudian, LIZA tanya lagi.. "akak, dengar ke (jawab telefon, dll) kalau pakai tudung?"
AKU "mesti la dengar.. kalau tak caye, try letak shawl u kat telinga and then amek order.."
*soalan ni agak kelakar.. tapi aku tak salahkan dia, dia tak pernah pakai tudung (dan aku tak sabar nak gi jamuan xmas kat rumah Liza 26hb Disember ni..)


PRIYA tetiba cakap kat aku, "saya tak pernah tengok akak pakai macam ni.." sambil tunjuk seluar jeans paras buku lali dan baju T yang dia pakai.. belum sempat aku respon, Priya bagi aku satu soalan, "tak panas ker kak?"
AKU, "tak lah.. mungkin sebab dah biasa.."


JOSEPH tanya, "macam mana akak solat dalam loker room yang ada banyak barang tu? boleh ker?"
AKU, "boleh je.. asalkan mengadap kiblat dan tempat tu bersih.. if u nak solat atas kerusi (bench) or atas pasir pun tak pe.."
*joseph suka tanya macam-macam soalan kat aku.. antaranya, bagaimana ayat al-quran disusun dan nama2 nabi..

Wednesday, December 02, 2009

LEMBU KORBAN #2

orang melayu panggil saya LEMBU,
mat salleh panggil saya COW,
orang india panggil saya MADEE (sebutan 'mother')

walau apa pun orang panggil saya, tiap-tiap tahun saya akan disembelih ramai-ramai sambil disaksikan orang ramai.. ini sempena menyambut Aidiladha dan menjalani ibadah korban..

orang Malaysia suka pilih saya tuk dikorbankan kerana harga saya (satu bahagian daripada tujuh bahagian) lebih murah berbanding harga seekor kambing atau seekor biri-biri..

tamat sudah cerita ringkas tentang seekor lembu..


cerita tentang aku dan lembu korban..

tahun 2009, adalah tahun pertama aku menjalani ibadah korban..ALHAMDULILLAH.. (aku mula pasang niat tuk korban sejak 3 tahun yang lepas.. tahun lepas aku simpan RM1 setiap hari, tapi akhirnya duit yang aku simpan tu aku guna tuk beli hadiah untuk orang yang sayang..haha..niat aku melencong...)

hari khamis, 26/11/2009 ~ umi suh aku siap2 tuk gi tempat sembelihan bagi upacara jual beli sebahagian daripada tujuh bahagian lembu dan mewakilkan tok imam sembelih lembu bagi pihak aku..

hari jumaat, 27/11/2009 ~ pagi2 lagi umi pesan agar aku pakai baju baru dan siap sedia pergi ke tempat korban (kira2 2km dari rumah kami).. pagi tu aku tak pergi solat sunat Aidiladha, jadi aku masak tuk makan pagi sementara tunggu diorang balik solat sunat raya.. aku masak nasik lemak jer..

bila umi, abah, ayuni & kak tie balik dari masjid, diorang makan nasi lemak jap.. kemudian aku, umi & abah pergi ke tempat sembelihan lembu korban tu..

pagi jumaat tu, tok imam yang masih muda trang tang tang sempat sembelih 5 ekor lembu sebelum kaum lelaki berebut2 nak gi solat jumaat..

menurut umi, sunat bagi kita untuk mengagihkan 1/3 bahagian korban kepada orang miskin, 1/3 bahagian korban kepada jiran tetangga@saudara mara dan 1/3 untuk dimakan oleh diri sendiri+ahli keluarga..

1/3 daging tuk diri sendiri dan keluarga tu aku masak DAGING MINANG.. *credit to kak kay for da recipe..

Sunday, November 08, 2009

LEMBU KORBAN

mooo... moooohhh... moooooooohhhhhhhhh...

satu malam, abah mesej aku tanya sedang buat ape?

aku jawab, tengah kerja, kul10 mlm baru balik..

abah balas mesej aku, "UMMI SURUH ROYAT (bagitahu), ANIS BOLEH (dapat) GAJI GERBANGLAH (korbanlah) TAHUN INI. RM300 SAJA. TK"

aku balas, "I'ALLAH.."

aduuhhh.. macam2 aku dah rancang ngan duit gaji pertama aku tu.. tapi bila aku fikir 14x, tak ada salahnya aku turuti kehendak ummi, untuk kebaikan aku juga..


dulu2, aku pernah tanya ummi, "UMMI BELI GAPO (ape) DENGAN DUIT GAJI PERTAMA?".. ummi jawab sepatah je, AL-QURAN..

aku tanya lagi, "KENAPA AL-QURAN DAN BUKAN BENDA LAIN..?".. kali ni ummi jawab dengan panjang lebarnya (tapi aku ringkaskan jawapan umi dalam blog aku ni), "AGAR GAJI2 YANG MENDATANG DIBERKATI ALLAH.."

hmm, lepas umi jawab camtu, aku diam je..


sekarang, aku rasa ada benarnya dengan 'harapan' umi tu.. dan harapan aku sekarang, agar aku diberi peluang untuk menjalani IBADAH KORBAN DENGAN DUIT GAJI AKU YANG PERTAMA.. ameen..

Sunday, October 11, 2009

H satu N satu

isu H1N1 seolah2 sudah hilang di bibir kebanyakkan orang..

sekarang isu hubungan antara Malaysia dan Indonesia serta isu gempa bumi di Padang menjadi tajuk hangat..

jom kita pakat amal doa pendek (doa tolak bala) ini untuk kesejahteraan bersama:-
Bis mil la hil la zi la ya dhur ru ma 'as mi hi syai un fil ar dhi wa la fis sa maa' wa hu was sa mi 'un 'a lim..

*pakai topeng setelah dipaksa berkali-kali..

Friday, August 04, 2006

food for thougt..hanya wanita


Muslimah Sejati

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al- Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." - (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.
Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri.

Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu." - (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: "...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah..." - (Surah an-Nisa: 34)
Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: "Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya." - (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga." - (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah- rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain."

Thursday, July 27, 2006

BULAN ALLAH

Fadilat Rejab:

-Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
-Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."
-Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti."
-Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus."
-Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga."
-Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."
Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
-Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)."
-Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
-Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."
-Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat."
-Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun."
-Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun."
-Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun."
-Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga."
-Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
-Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."

anis: i'm not so sure betul or not dia punyer faedah ni.. rajin2 la korang cari sendiri sesahihan dia.. ameen

Wednesday, July 26, 2006

bulan Allah



PUASA DI BULAN REJAB

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata: "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")

Niat puasa bulan Rejab ialah :

Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.


anis: i'm not sure bilakah bulan rejab bermula for this year.. but my rumate said on 26th july 2006.. pelik gak naper my mum tak remind me about this.. usually she will call all her children to remind us about bulan rejab and ask us to recite doa istighfar rejab.. btw, mai la kite berpuasa beramai-ramai especially kepada kaum hawa.. sebaik2nya puasa selama 15hr dalam bulan rejab nih!