CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 22, 2008

dosa besar ma..

27okt08 - exam
28okt - exam
29okt - exam
30okt - exam


-gap sehari-

1nov - exam

-gap 5hari, but got 2 assignments yang kena submit latest by 3rd nov-

7nov - exam

-gap 3 hari-

11nov - exam


sem ni paper aku beratur lagi sekali.. huhu.. jika dulu 5 papers, kini 4 papers..


*hari ni, 22.10.08 start revision week.. walaupun cuma 6hari, tapi dipanggil revision week gak.. aku cukup tak suke @ tak sokong @ tak bekenan dengan segelintir tenaga pengajar / pembantu mereka yang masih lagi 'buat' kelas / bagi assignment during revision week ni.. tak patut rasanye 'mencuri' masa belajar para pelajar..

*seb baik kelas aku dah habis hari isnin lepas.. syukur..

*kawan aku plak, esok masih ada kelas & ada 4 assignment yang nak kena hantar sebelum peperiksaan akhir bermula.. jadi, mana masa untuk kami ulangkaji?

Wednesday, October 15, 2008

hutang Tuhan

Apakah hukum seseorang terlupa dari membayar zakat fitrah sehinggalah selesai sembahyang hari raya?

Melewat-lewatkan pembayaran zakat fitrah sehingga selesai sembahyang hari raya hukumnya adalah makruh, kerana tujuan utamanya ialah untuk membahagiakan orang-orang miskin di hari raya, oleh yang demikian apabila dilewatkan pembayaranya maka hilanglah separuh kebahagiannya pada hari itu.


Ibnu Abbas meriwayatkan:Rasulullah s.a.w telah menfardukan zakat fitrah bertujuan menyucikan orang-orang yang berpuasa dari kelalaiannya. Sesungguhnya ia adalah salah satu daripada sedekah. Oleh itu sesiapa yang melewat-lewatkan pembayarannya sehingga terlaksananya sembahyang hari raya hukumnya adalah makruh (tidak berdosa), tetapi sekiranya dilewat-lewatkan sehingga terbenamnya matahari, hukumnya adalah berdosa dan di anggap sebagai hutang kepada Allah s.w.t yang perlu disegerakan pembayarannya (qadha).
*aku ada terbaca artikel, katenye zakat fitrah adalah hutang manusia dengan Allah.. wallahualam..


berita harian hari ini, harga minyak turun lagi.. adakah harga barangan lain yang naik secara mendadak baru2 ni pun akan turun..? hmm..

10.10.08
kelas aku until 1pm.. after habis kelas, balik bilik rehatkan badan.. penat buat openroom masih lagi terasa.. kul2.30, mun kol suh bersiap2 tuk gi raya rumah tipah, makan nasi puteh+lauk pauk yang tipah masak&minum air ribena sejuk dan sedap.. kami duk kat rumah dia until 6.30 (aku sempat lagi tertido kat atas sofa rumah tipah..) sampai je bilik, siap2 tuk solat maghrib..

kak wa kol:-
kak wa: bila nak datang seremban ni?? (dgn nada yang agak tegas dan serius)
aku: tengah siap la ni.. lagi 2jam sampai. (kalau lah kak wa tahu bertapa malasnye aku nak gi rumah dia!!)
aku tinggal kete kat tmn melati, naik lrt ke pasar seni & naik bas dan kul9.44 sampai kat terminal1.. tunggu punye tunggu, kul10.30 baru kak wa datang amek aku.. (huh! aku benci tunggu menunggu)

11.10.08
kak wa suh aku drive kete dia dari seremban2 (disebut sebagai seremban dua) ke batu 8 gombak.. baru aku paham nape dia beriya sangat suh aku datang seremban semalam.. rupenye dia tak biasa bawa kete tuk perjalanan yang jauh..

masuk je dalam kete:-
kak wa: abg. shah suh bawa anis gi buat blood test. cek kandungan lemak dalam darah..
aku: dah buat dah..
kak wa: bile? berapa rm kos dia?
aku: sambil2 tunggu umi kat wad HUSM baru2 ni, sambil2 tu la pi buat ujian kolestrol dalam darah.. bayar rm1 je, tuk pendaftaran..
kak wa: berapa result?
aku: ntah.. tak ingat. tapi doktor cakap normal la.. (terus aku amek hp dan bukak folder outbox, tunjuk result blood test aku kat kak wa)
kak wa: ok la ni.. leha tu, kurus gile.. tapi kolestrol tinggi!!

sampai gombak kul10.30.. sepupu aku dah selamat lafaz akad nikah.. selamat pengantin baru Azharul & Amelia.. kenduri makan2 start kul 1.30.. aku amek kesempatan masa terluang bawa umi dan kak wa ke bilik aku kat nusaibah, bleh dorang berehat sambil mengumpat.. (aku sempat dera umi lipat kain baju yang bertimbun kat atas katil aku..) he2..

siap makan kenduri, kitorang (umi, abah, ayuni, kak wa, afif & aku) gi shah alam.. kali ni memang mencabar.. pertama kali aku drive dalam hujan yang lebat GILE!! jarak penglihatan amat terhad.. rasa cuak pun ada.. risau kalau2 aku kemalangan lagi..

12.10.08
kenduri kat rumah mak cik aku kat bandar baru salak tinggi, sepang.. lagi skali aku kena bawa kete.. dari sepang, aku tumpang kak mi balik ke kampus kat gombak.. (kete aku masih lagi kat tmn melati..) sbbnye kunci kete+kunci bilik tertinggal kat bilik masa aku balik bilik jap semalam.. ni masalah aku sekarang.. aku asyik lupe nak bawa kunci!!

*gambar: bukan gamabr kawen azharul&amelia

Saturday, October 11, 2008

r a y e . l a g i

seperti tahun2 lepas, sejak aku kecil hingga sekarang, rumah umi akan jadi tempat berkumpul umi dan adik2nyer pada pagi hari raya pertama.. hari raya ke-2, giliran kami (umi&suami+anak2) gi beraya rumah adik2nyer..

dari kanan:-
azizul hazimi bin husain (hazim, jimmy, utuk @ prof. ti),
abdul hafiz bin muhammad (ngoh),
abdul azim bin muhammad
(azim @ adik),
ahmad hawari bin husain (ahmad),
azirul halimi bin husain (halim, joe @ g-joe),
abdullah bin muhammad (loh)

dorang bukan adik beradik, tapi ayah dorang adalah kembar.. baju tu, kebetulan warna sama! (dorang otw datang rumah umi)

dorang memang melampau! tak nak blah dari meja makan.. (ramai lagi tengah tunggu giliran tuk makan..)

menu makan2:-
nasi dagang lauk ayam, daging dan udang
rendang ayam+nasi impit (air tangan aku)
sandwich telur (juga air tangan aku)
agar2 koktel (pun air tangan aku!)

menu minum2:-
air teh rooibos panas (air tangan aku lagi..)
air oren sejuk (air tangan ayuni)
air masak suhu bilik

gambar umi bersama suaminye, anak2nye, adik2nye, adik2 iparnye dan anak2 saudaranye.. dah lame kami tak amek 'old family potret' macam ni..

ade dalam gambar:-
-keluarga ayah ngoh (kecuali amir, kak lin & nurul~masing2 beraya di rumah mentua)
-keluarga ayah chik
-keluarga che su (kecuali kak wani, abg jimi & aisy~masing2 beraya di rumah mentua)
-keluarga ayah chik
-kelaurga ayah zee
-keluarga ayah dee

tak de dalam gambar:-
-keluarga arwah ayah pa (abang umi)
-keluarga ayah yee (adik umi, datang beraya rumah kitaorang di malam hari)
-keluarga shu rini (adik bungsu umi, beraya di banting)

*time kaseh kepada saudara azim atas sumbangan gambar2 di atas.. [aku tak sempat nak tangkap gambar ngan kamere sendiri..!! aku juga tak sempat nak pegang henfon selama 5hari berhari raya di kampung.. henfon akan ku pegang sebelum tido (pada waktu ni lah baru aku ada masa tuk balas@hantar sms)..]

bilek terbukak

SMS jemputan yang kitorang bagi kat orang2 terpilih..

"OPEN ROOM RAYA 2008
Venue: Nus D1.1
Time: 7.30pm onwards
Dresscode: BAJU RAYA 2008
u r invited!Honour it =)
~arra,intan,anis&yanie"

akhirnye.. kami berjaya buat jamuan kecil2an sempena hari raya aidilfitri 2008.. (tahun lepas pun buat jugak..)

enjoy da pics.. (20 out of 151pcs)


menu:~
-spageti ayam (arra, mira n me masak kat rumah ilya)
-nasi goreng cina & nasi goreng thai (beli kat kedai makan cina muallaf)
-sandwich telur (intan buat, best gilkerrrr...)
-lemang+rendang ayam (bapak yanie sponsor)
-mini dunkin donut (sumbangan najwa & puteri)
-nasi impit, kek keju & kek marble (sumbangan ilya)
-naget ikan
-kuih2 raya
-air oren (buatan yanie & intan)

thank you very much for those who attended our openroom.. you guys are cool!! love you. yang tak datang tu, korang antara orang2 bertuah yang RUGI!!

*certain pics tak leh nak kongsi ngan korang sebab tak dapat permission drp orang2 yang tidak cover aurat pada jamuan makan2 yang hebat tersebut..

*masa utk hias bilik sangat terhad, so kami hias ala kadar je..

*ptg tu aku habis kelas kul5, terus balik bilik, amek ape yanjg patut, naik kereta arra, gi rumah ilya.. we masak until kul 7.45pm.. otw balik uia, intan sms suh we cepat sket, tetamu dah datang.. sampai je kat nus, aku tepon yanie suh tlg angkat barang.. sementara arra & aku mandi dan bersiap sampai wangi, intan & yanie tlg hidang makanan yang aku baru bawa balik dari rumah ilya..

*berbanyak terima kasih kat ilya hashim (ilya), wan nurul amira (mira) & nurul najwa (najwa).. korang banyak tlg kitorang menjayakan our openroom..

sms from siti aishah abu bakar aka burn:- (aku tak edit tau!)

"salam mama..thanks for the lovely fuds.smge mam n rumets sntiase murh rzki smpai ble2 sbb bg kiteorg mkn sdap2 td..thanks tau..jasamu allah je dpt bls.ameen..

aku reply:-

"thanks for coming.."

burn reply balik:- (pun aku tak edit tau sms drp burn ni..!)

"korg mmg superb la ma..respect ah.rajin bangat.ade cri istri solehah.hehe.gudnite mama.."

*thanks for da prayer burn! kalau lah ko tau prangai jahat ktorg, msti ko nyesal cakap kitorg ada ciri isteri solehah..!

Tuesday, October 07, 2008

purple

Ramadhan 1429H;
sehari sebelum raya, my rumate sms me..

"sedeh.. ramadhan dah nak habis.."

aku agree ngan sms tersebut.. sedeh sebab aku tak betul2 mengimarahkan bulan yang dikhususkan untuk umat Muhammad s.a.w.. sama ada kerana malas beribadat atau sibuk dengan urusan dunia, semua itu adalah alasan yang tidak boleh diterima..

mungkin disebabkan dengan kelalaian dan kealpaan tersebut, aku terlibat dengan kemalangan jalanraya.. alhamdulilah, ketiga-tiga penumpang yang aku bawa semuanye selamat.. kalau sesuatu yang buruk berlaku, pasti aku akan dibelenggu dengan rasa bersalah sampai mati.. kemalangan tersebut berlaku semasa kami dalam perjalanan balik ke UIA slps berbuka puasa di SKBBS, ngan adik2 akhi..

bazaar ramadhan;
tahun ni bazaar ramadhan UIA bukan lagi diperkarangan CAC seperti tahun2 lepas, tetapi di convest hill (dekat giler ngan mahallah nusaibah..)

perbezaan bazaar ramadhan dalam kampus UIA dan bazaar ramadhan di luar kampus UIA ialah (berdasarkan kepada pemerhatian aku secara personel) :-

-harga jauh lebih murah
-majoriti orang yang membeli juadah berbuka ialah pelajar, umur dalam lingkungan akhir belasan tahun dan awal 20-an
-semua peniaga digalakkan memakai pakaian menutup aurat
-pilihan makanan yang variety (sesuai tuk citarasa antarabangsa)

satu benda yang kitaorang rumates selalu beli kat bazaar Ramadhan UIA ialah AIR SOYA GULA MERAH (kurang manis) dicampur dengan TAUFUFA.. harga rm1 sebungkus plastik yang diikat dengan tali rafia pink terang.. minum tiap2 hari pun tak jemu dan muak! sedap seh..

makan di siang hari;
aku start posa lewat lima hari dalam bulan ramadhan dan aku beraya awal lima hari dari tarikh 1syawal.. dua hari sebelum raya, aku pergi rumah seorang kawan yang terletak di bandar kota bharu.. masuk je dalam rumah, terus dia tarik aku ke dapur.. aku dijamu dengan air 100plus, roti john & kuih raya!! ada ke patut aku dan dia makan di siang hari dalam bulan Ramadhan secara terang2an (dihadapan abang&mak dia) ..?@#$%^&*(&^$#^)

papepun, masih belum terlambat tuk aku wish korang semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF BANYAK2..

chow!