CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 29, 2007

28/04/07


hari: sabtu

tarikh:28/04/07

jam: 1835

special event: hari ni arra's 22nd birthday!

cuaca: matahari tak nampak, hujan pun tak

suhu: sejuk.. suhu sebenar tak diketahui sbb nokia 5210 ku hilang..(series, hp warna oren tu boleh check suhu)

kipas: speed no 5 sbb nak keringkan rambut yang basah selepas dishampoo dgn shampoo jenama ******e dan dibilas dengan air mutlak yang keluar dari paip shower..

bilik: mahallah nusaibah block D level 4 nombor 2 aka nusD4.2..

rumate: sorang pun tak der..sumer kat rumah masing2.. bila ntah nak datang!

kereta: ada tiga bijik jer kat parking lot nusaibah (termasuk kete bapak yanie yang hantar dia..

yanie: tengah daki tangga naik ke bilik yang tinggi ni (skrg dah sampai dan tgh bukak kad birthday+tulis ucapan utk arra+bercerita pengalaman LAP)

stadium: beberapa orang lelaki tgh bermain bola

SMS: nurul (kawan arra) baru je msg suh kitorang get ready coz lagi 20min dorang akan datang amek kitaorang gi rumah intan tuk makan2 sempena birthday arra..

aku: skrg ni tgh menaip benda alah ni..

chow!

hujan ammonia

Kat luar sana, hujan lebat giler.. tapi aku amatlah malas nak angkat baju2 ku dijemuran.. baju2 tersebut aku basuh pagi semalam (21/04/07), sebelum gi kerja.. so, petang tu sepatutnyer dah kering la, tapi hujan rahmat turun masa aku baru jer sampai bilik (lepas balik dari kerja). Then, dengan penuh gaya, aku angkat baju2 tersebut, buh dalam baldi, letak kat luar bilik, gi cc amek kunci bilik ngan akmar, balik bilik lupa nak bawak masuk baju2 tersebut.. Maka, pagi tadi, masa nak re-jemur baju2 tersebut, ada bau yang tak best melekat kat baju ku.. dan bau tersebut datangnya dari binatang yang berbulu yang asyik berkeliaran kat level2 block D.. terus aku jadi prejudis, jahat sungguh binatang tu tido atas longgokan baju ku di dalam baldi kat luar bilik! Tau la ko nak tido kat tempat yang selesa! Tapi jangan la tinggalkan bau yang busuk kat baju2 ku tu..

Moral:-
- jangan letak barang berharga kat luar bilik.. nanti kena curi macam GRENDA warna putih ku..
- jangan bagi baju kena hujan, mebi tu hujan asid dan bukannye hujan rahmat. Nanti kena kanser kulit.
- bilas baju betul2, jangan bagi ada sisa2 sabun basuh kat baju.. nanti kulit gatal..

ADMA
- teringat kat KCN.. semalam dia ckp sambil tunjuk kat sorang gadis “this lady give luck! or (gadis tu bawa rahmat!)
- aku tak suka tapi tak juga benci kat binatang perliharaan.. jangan bagi aku bela dorang sudah! Malas nak maintain makanan dorang..
- mana akmar nih, tak reti-reti nak balik bilik ker? Tak sabar nak guna shampoo baru! Biar wangi rambut kitorang yang kerinting macam spagetti.. hehehe.. jangan jeles..

D4.2

Kawan? Sahabat? Teman? Or what..

Dalam dunia ni, pastinya sume orang ada kawan/ sahabat/ teman.. tak kira lah kawan tu di kategori kawan baik or kawan biasa.. even orang yang tak bergaul ngan orang pun still ada kawan.. mereka berkawan ngan diri sendiri or boleh juga berkawan ngan buku.. maka, orang tersebut dikenali sebagai kera sumbang or ulat buku.. kan?

Persoalannya, sejauh manakah usaha kita untuk mengekalkan tali persahabatan yang telah dibina tanpa disedari? JAwapan nyer, ada yang memilih untuk terus berhubung dengan sahabat2 mereka, tapi tak kurang juga yang memilih untuk memutuskan ukhuwwah yang terbina.. ape jua pilihan yang diambil, yang pasti mereka ada sebab tertentu untuk terus contact or tak contact langsung sahabat2 mereka, terutamanya yang jarang ditemui.

Orang selalu cakap, bila susah/memerlukan pertolongan baru nak cari kawan.. perkara ni sering berlaku dalam kehidupan seharian kita.. contoh yang mudah dan senang tuk difahami, seseorang tu akan menelefon kawannya apabila ingin meminta tolong sesuatu perkara or mintak hutang or nak pinjam duit or nak melepas tensen or nak tumpang kereta ke tempat kerja etc.

Soalan yang seterusnya, wujudkah insan yang bila dia senang, cari kawan.. bagi aku, kawan macam ni still wujud, tapi agak susah tuk jumpa orang macam mereka sebab mereka golongan minority.. bukan minority report eh..

Ah! papepun, lantak korang la nak jadi kawan yang macam mana pun.. jangan jaga tepi kain orang sudah!

Moral of the story: hargailah sahabat anda..
Comment writer: kawan yang aku nak jumpa; kak ah (senior sek men dulu), kak yah (kawan ms keje kt kilang Ramly), geng2 sek ren dulu (azizan afiza, syazra, edelin..)

Catatan ini ditaip pada jam 2134, 22 april 2007, kat D4.2.. yer, D4.2.. bilik baru..

ibnu sina..


Baru-baru ni atau lebih tepat pada 7-8 april telah berlaku satu peristiwa yang bersejarah kat Sek. Men. Agama Al-Mahmudi, Temerloh Pahang, kerana sekolah tersebut telah mengadakan satu pogram yang julung kali dibuat iaitu Kem Bina Insan 1 (mungkin selepas ini akan ada Kem Bina Insan 2 / 3 / 4 dan seterusnya).

Cikgu Salmiha, salah sorang guru sandaran dan bekas members AKHI Project yang mantap dan juga merangkap Setiausaha kepada Kem Bina Insan tersebut telah menjemput kami, penuntut2 UIA untuk menjadi Fasilitator kepada para pelajar di sekolah tersebut

Serba sedikit mengenai sekolah tersebut:
- asalnya sekolah persendirian, sekarang ni dah jadi sekolah bantuan kerajaan
- pengetua bernama Dato’ Haji Mahmud bin Haji Mat Taib, pengasas sekolah tersebut
- sekolah bercampur antara lelaki dan perempuan.
- Mempunyai jumlah murid lebih kurang 180orang
- Tenaga pendidik seramai 18 orang
- Semua student duk hostel except 5orang yang berulang dari rumah.
- Berbukit bukau macam UIA!
- Ada dua surau (satu surau umum and satu surau tahfiz)
- Ada empat jenis asrama (satu asrama putera, satu asrama puteri, satu asrama tahfiz putera dan satu asrama tahfiz puteri. Tapi, asrama tahfiz puteri tidak berpenghuni).
- Ada pelajar biasa (yang menggunakan sukatan pelajaran daripada kementerian pelajaran, tetapi mereka gak ada blajar subjek arab menggunakan kitab dai Al-Azhar!) dan ada pelajar Tahfiz (mereka ni belajar hafal quran dan pelajaran agama jer..tak amek PMR/SPM, tapi still blajar subjek BM,BI and M3)

Kak anis Diana dan kak ros zieta telah diamanahkan untuk menjadi fasi group 6. Ahli kumpulan tersebut terdiri daripada 20 orang adik2 lelaki tingkatan 1,2 dan3. Jika nak bandingkan mereka dengan adik2 AKHI, jauh bezanya. Mereka lebih suke untuk berdiam diri dalam LDK except 4/5 orang jer yang benar2 aktif..

Overall program, amatlah penat even dua hari jer.. tapi, agak terkilan sebab tak sempat nak talk from heart to heart with all of them, personally.. banyak benda yang nak disampaikan secara personal..

Kat bawah ni, adalah nama2 dorang.. tapi ejaan sebenar aku tak tau la.. list name yang incomplete tersebut aku mintak dari saudari Daisy, salah sorang AJK pogram ni.. di samping tu, aku buh umur dorang+tempat asal and idola mereka..

1 Ibnu Sina

1. M. Khairunnas bin Ridzuan, 13 tahun, Temerloh, Ronaldinho
2. M. Muzakkir bin Ramli, 13 tahun, Kuantan, Ustaz Dayat (saper ustaz ni?)

1 Ibnu Khaldun

3. Khairil Asyraf bin M. Khaidzir, 13 tahun, Temerloh, Amir Ehsan.
4. M. Hafizul Alif bin M. Zaidi, 13 tahun, Kuantan, MAk+Ayah
5. M. Khairi bin Rosli, 13 tahun, Kuala Lumpur, Amir Ehsan
6. M. Annas Sufian bin M. Noh, 13 tahun, Kuantan, Ustaz Idris
7. M. Amirul Zariq bin M. Kamil, 13 tahun, Kuantan, Diana Rafar

2 Ibnu Sina

8. M. Amirul bin Azmi, 14 tahun, Bera, Rasulullah
9. M. Zahir bin Mat Ramly, 15 tahun, Mentakab, Ustaz Dayat

2 Ibnu Khaldun

10. Jamalullail bin Abdul Halim, 14 tahun, Chenor, Rasulullah
11. M. Zulmizan bin Othman, 14 tahun, Kuala Terengganu, Ustaz Bashari
12. M. Syamim bin Abdul Talib, 14 tahun, Kg. Awah, Amir Ehsan
13. M. Fitry bin Azman (NIL)

3 Ibnu Sina

14. Mohd Aizudin (Bob), 15 tahun, Kuala Terengganu, Ustaz Dayat
15. Amir Ehsan bin Hasanudin, 15 tahun, Paka, Imam Bukhari

Tahfiz

16. Amirul Salleh, 15 tahun, Ulu Selangor, Rasulullah
17. Hanif Fikri, 14 tahun, Ulu Langat, Imam Shafi’e
18. Afiq Azamuddin, 13 tahun, Perak, Amir Ehsan
19. Muhammad Luee, 14 tahun, Besut, Shafiq Hadi
20. Mohd. Iqbal Zahin (NIL)

Jika diberi peluang tuk follow up ngan diorang, aku nak jumpa ngan Luee, Amir and Shamim. Aku berpendapat mereka benar2 perlukan seseorang tuk bantu mereka..

Wallahua’lam.. Sekian saja catatan peribadi yang boleh dikongsi ngan korang summer!

Thursday, April 19, 2007

bosannyer..

hari ni result kuar..tapi aku tgk lambat sbb ptg td keje..
mmg tak best result yang ku dapat..tak best tahap dewa bosan!
papepun, sume tu datang dari diri ku sendiri.. saper suh malas blajar?

ada sorang kawan ku berpesan: MENUNTUT ILMU BUKAN SEBAGAI SATU BEBAN..

for me, mmg tuntut ilmu bukan satu beban.. tapi malas jer.. kita sume pun tau bahawasannya ilmu takkan habis untuk dituntut!(tapi, aper kaitan BEBAN dan TAKKAN HABIS?)

sekarang ni, ku tgh berfikir, either nak amek sem3 or not?kalau tak amek sem3, mebi ku tak wujud dalam pogram akhi for sem3 ni..uhhu.. sure rindu ngan adik2 kecik tu..

hari ni birthday kak Elindawati binti Ali..one of my good senior masa secondary school.. (mana location akak skrang yer?) HAPPY BIRTHDAY KAK ELINDA!

Wednesday, April 18, 2007

attachment


huargh...
dah lama tak update blog yang sempoi lagi bosan nih..
tak dak masa la..
pagi2, bangun lambat, then gi 'kerja'..
balik kerja, penat macam nak pengsan!
mana ada masa nak ngadap pc???




ENJOY YOUR ATTACHMENT KEPADA SEMUA BUDAK LAW!

gambar atas: my frens kat KCN!
gambar bawah: a nice room for a lawyer (according to KCN!)

Friday, April 06, 2007

KCN



yahoo..exam dah habis..tapi tak sempat2 nak enjoy dah start buat Law Attachment Program..buat kat satu firm kat jalan hang jebat..

antara benda yang berlaku masa exam terhadap diriku:

-kad matrik tercicir, tapi aku tak sedar pun sehinggalah ada sorang kawan call, suh datang bilik dia, amek kad matrik ku..tak tau saper yang baik hati tlg hantar benda tu kat bilik kawan aku..thanks a lot..
- malas giler nak study tuk paper ke-5.. lepas habis paper ke-4, aku kuar makan kat malinja n malam tu aku tdo jer.. pagi esok baru lah aku bangun pagi2 tuk study.. paper jam1430.. harap2 tak de pape yang buruk berlaku terhadap paper tersebut..

ok, jab lagi nak gi sekolah mieha kat pahang, ada pogram Kem Bina Insan1.(tapi pahang tu luas, specific location aku tak ingin amek tau..yang penting aku selamat sampai n selamat balik)..babai..

gambar: adik2 kumpulan 6.. consist of form 1,2 & 3