
semalam, tanpa sedar apa yang aku dah buat atau utarakan, aku telah buat major mistake.. selepas beberapa patah percakapan dan sms dengan orang yang aku buat salah tersebut, mebi aku dah tau ape silap aku.. tapi thing become worse sbb aku tak tau ape yang perlu aku buat.. kalau boleh aku tak nak benda yang tak best tu berlaku.. dan,ini semuanya gara2 satu SMS, [T*** *** ** *** ** aku meluat tgk muke ko.] yang aku terima pada petang yang hampeh tersebut [on 28jun2007, at 18:34:12..] terima kasih sbb berterus terang, so maybe after this aku kena cover muka aku agar dia tak meluat dan terseksa tengok wajah aku yang kaya dengan jerawat dan hitam bak diconteng arang ni..
tiber aku tringat kat D**.. dlu dia selalu datang bilik aku,crita segala masalah dia ngan her bestfren, R***.. aku hanya mampu mendengar sbb aku tau D** sayang kat bestfren dia tu walau ape pun masalah dorang.. D** gak selalu berdoa agar Allah perelokkan akhlak dia n selalu pesan kat aku, "cakaplah yang benar walaupun pahit.."
hari ni, aku sengaja gi lambat ke office! sempat lagi aku lap2 kete warna hitam sambil basuh cermin depan kete tersebut(cermin depan mesti clear, baru la bergaya bila bawa kete buruk!).. walhal at that time jam tunjuk kul 9.45pagi.. but, b4 that aku msg my big boss, inform pasal kelewatan ku itu..
Dalam tren odw pergi CM, lagu di bawah terngiang2 di telinga aku.. macam best gak lirik dia.. jom baca(nak nyanyi pun tak per)..
Dikaulah kejora yang menerangi hatiku kala sepi
Termenungku sendiri
Maafkanlah sekiranya
Kesilapan ku yang dulu
Menyentuh kalbumu
gambar: aku curik dari cpu arra yang sedang skoting kat bilik aku.. ada betul dan ada salahnya kata2 yang terpampang di gambar tersebut..
doa: semoga Allah perelokkan akhlak ku jugak.. dan tak de orang yang akan tersinggung dengan post ni, ameen..
moral: jgn cakap banyak, nanti banyak salah dan silapnya..
..KEPADA SEMUA ORANG, POHON AMPUN DAN MAAF SEPERTI YANG DIPOHON..MAAF ZAHIR DAN BATIN..
Friday, June 29, 2007
u la la
Posted by deyanah at 6/29/2007 09:45:00 pm 0 comments
Friday, June 22, 2007
bunga-bunga citra cinta
selama tiga hari, DRB Hicom akan berkampung di UIA.. memang besar program yang dorang anjurkan ni.. melibatkan peserta seramai 7,000 orang.. serba sedikit mengenai DRB Hicom:-
"DRB-HICOM is one of Malaysia's leading corporations, playing an integral role in the nation's road to industrialisation.
DRB-HICOM maintains a strong position in the Automotive Manufacturing, Assembly and Distribution industry through its involvement in passenger cars and four wheel drive vehicles market segment, the national truck project and the national motorcycle project; among others.
Besides Automotive, the Group's core business focuses are also in Services, Property & Infrastructure and Defence sectors."
kata2 ni aku ciplak dari laman web di jer.. oo.. patut la buat carnival besar2an! rupanya2 buat bisnes kereta..
DATED THIS 22 DAY OF JUNE 2007
gambar: tak de kaitan ngan DRB Hicom.. serius, bunga2 tersebut diimport dari holland dan china..
Posted by deyanah at 6/22/2007 10:10:00 pm 1 comments
Thursday, June 21, 2007
terasing di bumi sendiri
tiber.. tajuk ni memang kena ngan situasi aku sekarang.. aku rasa terasing apabila pada kebiasaannya tempat ni hanya untuk perempuan sahaja, akan tetapi sejak kebelakangan ini suasana tempat ini telah berubah kerana majoriti pengunjungnya adalah lelaki.. dah lah tu, mamat2 negro lak tu..
btw, hidup aku sebagai attachment student hari ni agak bosan pada awalnya.. masuk je ofis, aku offer diri tuk basuh akuarium yang ada beberapa ekor ikan berwarna emas kat conference room.. selesai misi mahkamah yang mulia tersebut, aku bagitau kak watie yang aku tak nak basuh dah akuarium tersebut after this.. penat nak mati + aku tak minat ngan hal2 kebajikan haiwan ni..
petang; mr. koo panggil aku, suh buat 2 kopi.. then aku gi bilik dia, tanya nak 'copy' aper? he replied; ala anak ini.. 2 cawan kopi la.. bukan 2copy!
20min before balik, mr.koo suh aku buat 2 surat.. tensyennye tuhan je yang tau.. dah la ofis ada sindrom blackout after 6pm.. lagi la menguji kesabaran aku n dayah.. kat luar office kilat tangah bersabung ayam.. as usual, mk.koo offer aku tumpang rolls royce aka mercedes dia hingga ke stesen lrt CM.. alhamdulillah.. tak la aku kena panah dek kilat n basah bak ayam dek hujan..
malam; feeder bus yang aku naik mati kat depan mahallah asma'.. sah2 aku dan penumpang2 lain kena jalan kaki balik ke mahallah masing2.. sebaik dia tak mati kat karak highway.. lagi naye ma..
ingat: sabar itu separuh daripada iman kita
last but not least, kindly acknowledge the said documents..
Posted by deyanah at 6/21/2007 10:31:00 pm 0 comments
Tuesday, June 19, 2007
komen dari adik2 mantap
komen dari adik2 akhi seramai 65orang yang menghadiri kem ibadah selama 3hari 2malam di masjid uiam..
kesilapan yang tak boleh diterima: tarikh ditulis sebagai 20 zulhijjah 2007
kelemahan: ada segelintir adik2 yang tak dapat mengeja dan menyusun ayat dengan baik.
kakak glamor: kak mimi+kak azu.. abang glamor: abang hafiz / abang roy+abang ikhwan
ok,have fun with da comments from adik2 kami ni..
ABANG ROY PALING HANDSOM ABANG BUCK NIE TEMBAM AH KAK ANIS CANTIK PAKAI BAJU KURUNG PINK ABANG WADY and ABANG IKHWAN KEMBAR KE KAK ZU BAIK BETULAH ABANG NAJIB SOMBONG AH KAK MIMI LUKISAN KAK MIMI CANTIKLAH ABANG IZI HANDSOM MACAM DAREAMON ABANG DIN POTONGLAH JANGUT MACAM SHIN CHANLAH TERIMA KASIH SEMUA KAKAK ABANG
Tanda Tangan: ZULAIKHA
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK INDAH (DARJAH 6 MAJU)
Tarikh: 20 ZULHIJAH 2007
1) Program ni bestlah juga tapi adalah yang sikit tak best.
2) Sikp abang2 dan kakak2 di sini baik lah juga. Terutama abang Buck dan kak Mawaddah.
3) Saya dapat berkenalan dengan rakan2 dan kakak yang menjadi mentor saya.
4) Dapat ilmu pengetahuan daripada ustaz dan dapat berkenalan dengannya.
5) Dapat mempersembahkan satu persembahan yang sederhana.
Tanda Tangan: (AFIQ)
Sekolah: S.K. Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007
Saya berasa seronok sekali dan saya mendapat tahu tentang ilmu yang menyeronokkan dan saya tak akan melupakan dan menjadi satu kenangan. Saya suka dengan satu aktiviti yang bernama fear factor. Saya suka dengan Abg.Roy kerana handsome dan Kak Syarah kerana comel, serperti baby.
Tanda Tangan: Asiah / sentiasa senyum selalu.
Sekolah: Sekolah Kebangsaan setapak indah
Tarikh: 20 Zulhijjah 2007
Boleh lah, sederhana. Kalau makanan, boleh lah.
Tanda Tangan: Suhaina by. Mohd Samsuddin
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20. Zulhijjah. 2007
ABANG ROY PALING HANDSOME, ABANG BUCK NIE TEMBAM LA. ABANG2 DISINI BAIK2 BELAKA. ABANG IKWAN DAN ABANG WADY KEMBAR KE MUKA SAMA JE. ABANG IZZI MUKA MACAM RUPA DORAEMON. KAK ANIS CANTIK BILA PAKAI BAJU KURUNG BERWARNA APA SAJA-SAJA. ABANG LAN TINGGI SANGAT.
Tanda Tangan: (tandatangan – sayidatul azura)
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK INDAH
Tarikh: 20 MEI 2007.
Saya mendapat banyak ilmu daripada abang2 dan kakak2. Abang2 dan kakak2 disini sungguh baik terhadap saya. Saya berasa selesa apabila tidur di masjid. Saya berasa sungguh gembira sepanjang program ini. Abang Roy sungguh baik terhadap Kumpulan 3.
Tanda Tangan: FARAH SYAKILA BT. MOHD RAZIFF
Sekolah: S.K. SETAPAK INDAH
Tarikh: 20 ZULHIJAH 2007
Saya dapat ilmu daripada kakak dan abang Kak Mawaddah ini baik.
Tanda Tangan: Shahril
Sekolah: Sekolah Kebangsaan BANDABARU
Saya rasa gembira. Masa saya di gulung dalam tikar saya dibuai macam saya dibuai macam bayi. saya rasa seronok apabila melakukan aktiviti ini. Kakak dan abang semua baik. Kakak Azu baik dan peramah. Saya sukakan Aktiviti ini.
Tanda Tangan: (tandatangan)
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU Sentul
Tarikh: 20/5/07
1. Saya rasa genbira.
2. Saya rasa memuaskan.
3. Kakak comel lah. tetapi abang wady suka buat lawak.
Tanda Tangan: hidayah
Sekolah: Sek.keb. Bandar Baru Sentul.
Tarikh: 20.5.2007
Makanan memang sedap dan best. Abang2 di sini sangat baik dan kakak di sini pun cantik dan baik lagi satu kak mimi comel, baik, cantik di LDK 5 saya dapat belajar dan berlakon saya sangat gembira.
Tanda Tangan: (tandatangan yg cun! Tak dapat baca..)
Sekolah: Bandar baru Sentul.
Tarikh: 20.5.2007
Saya amat berminat akan Kem IBADAH AKHI ini, kerana makanan disini memang sedap dan abang-abang, kakak-kakak disini semua baik. Saya memang suka akan kak mimi kerana ia guru yang mengajar dan tidak pernah marah kami.
Tanda Tangan: (tandatangan yg unik! Tak dapat baca..)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul.
Tarikh: 20/5/2007
1. Komen saya tentang disini ialah waktu saya pening kepala. Dapat tidur dalam aircorn. Saya suka LDK sebab best. SAya suka UIAM sebab abang dan kakak baik seperti Abang Roy, kakak Mimi, Abang Wadi sebab mereka tu best sangat dan suka buat lawak. Saya harap saya dapat jumpe lagi mereka.
Tanda Tangan: (NURUL AIN NAQUIAH)
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK Indah
Tarikh: 20/5/2007
Saya sangat seronok apabila berada di lDK1 kerana didalam sangat sejuk. Kakak dan abang disitu sangat baik. Saya berasa macam mahu pergi ke (uiam). Penginapan disini agak memuaskan. Makanan disana Juga memuaskan
Tanda Tangan: (Muzhaffar Syahmi)
Sekolah: Bandar Baru Sentul
Tarikh: 20.5.2007
Seronok. Suka masa pembukaan dan belakon makanan pun sedap. Saya suka abang dan kakak sebab baik. yang paling saya suka kakak fitra, kakak mimi, kak su dan kak nab dan Juga saya suka bermain.yang saya suka juga permainan pop quiz Islam. Fear factor-Factor.
Tanda Tangan: (tandatangan tersendiri! Tak leh baca..)
Sekolah: SKSI
Tarikh: 20/5/2007
Saya dapat ilmu daripada kakak dan abang. Kak Mawaddah ni baik..
Tanda Tangan: (Faiz)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah.
Tarikh:
Saya amat berminat akan seLamat. Saya suka waktu LDK, sebab kami bertaraining berlakon. Saya sangat suka kam ibadah uiam. Saya sukaLDK 1-5 Dam motivasi 1-3 Penutup. Saya suka kak mi dan Din.
Tanda Tangan: Syawal
Sekolah: Sekolak Keban
Tarikh: 20/5/2007
1. Abang dan kakak semua Ada yang garang ada yangbaik.
2. Abang ikwan ini memang best dan kakak mimi best.
3. ketika sembahyang subuh memang best
4. makanan memang tak best.
5. Dan masa makan Abang Ikwan garang.
Tanda Tangan: adila
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bandar baru Sentul.
Tarikh: 20.5.2007
Takda apa nak komen
Tanda Tangan: (tandatangan berbelit! Tak dapat baca..)
Sekolah:
Tarikh: 21 Mei 2007
Saya suka pergi kem ni sebab ramai kawan dekat sini. Saya suka pergi kem ni sebab ada kakak dan abang. Saya suka dekat abang dengan kakak. Saya tahu saya tak dek kakak tapi saya ada kakak dekat UIAM ni. Saya sanggat gembira.
Tanda Tangan: (YASMEEN) aaa
Sekolah: S.K. Bandar Sentul Kuala Lumpur
Tarikh:
1. Komen saya ialah Best sangat la…
2. Komen saya ialah suka sangat Belatih dan Best dengan kakak. Kakak yang saya Suka kak mimi, Nan, Zu, Sara, Azu dengan kak anis.
Tanda Tangan: Haziqah
Sekolah: SKSI
Tarikh: 20/5/2007
Saya rasa best, main explorace tarbawi. Kakak dan abang yang paling best, kakak Mimi dan abang roy. Saya rasa okey la kat sini.
Tanda Tangan: fatin Noorazlina
Sekolah: SK SETAPAK INDAH
Tarikh: 20/5/2007
Best ar dapat belajar jawi dan Main fear factor. Ok ar sampai di sini tak de komen .^_^. Lagi satu Harap2 selepas ini kalau cam akhi mesti lebih seronok. Abang ikhwan seronok ar.
Tanda Tangan: Ruzaini
Sekolah: SKSI
Tarikh: 20/5/2007
Memang best giler. Kakak Mimi baik sangat. Abang2 di sini boleh tahan laah kelakar. Asyik di sini boring tak ada tempat lain, kalau dekat sini tak boleh Jalan-jalan. dekat LDK 5 best. Abang wadi dan din ehsem lah.
Tanda Tangan: (tandatangan warna warni! Susah nak baca..)
Sekolah: Sek. Keb. Bandar Baru Sentul 5100 K.Lumpur
Tarikh: 20.5.2007
1. Saya suka pada waktu senaman 2.
2. Saya dapat pelajaran sesuatu.
3. Saya suka kat kanak-kanak semua.
4. Muka yang garang ialah abg mizi.
5. Saya dapa mengenali lebih ramai kawan-kawan.
Tanda Tangan: (tandatangan ringkas! Tak dapat diterjemah..)
Sekolah: S K Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007
1. menarik
2. bosan dan malu
3. menarik
4. menarik
Tanda Tangan: (tandatangan..)
Sekolah: SKBBS
Tarikh: 20/5/07
Saya amaat gebira kerana Boleh belajar
Tanda Tangan: (tandatangan dia je tau..)
Sekolah: Kebangsaan Bandar Baru Sentul.
Tarikh: 20. MEI. 2007
Saya belajar LDK. Saya rasa seronok belajar di sini. Saya suka belajar dengan kakak dan aban di sini. Saya suka sangat belajar di sini. Saya rasa saya akan datang kesini lagi
Tanda Tangan: Farisha
Sekolah: S.K Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007
(1) Alok mengenai Aurat memang bagus dipelajari
(2) Semua kakak memang baik.
(3) Abang ady selalu mengacau sahaja.
(4) Semua Abang Baik sanga.
(5) Bagus kalau datang sini setiap hari.
Tanda Tangan: (nur Afiqah Najihah)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20/Zulhijjah/2007
Saya sangat gembira kerana berpeluang mempelajari tentang bagaimana hendak beribadah dengan sempurna, dan saya juga gembira kerana mempelajari sesuatu ilmu yang baru iaitu kisah2 Nabi dan juga dapat beriadah. Saya ingin mengucapkan ribuan terim akasih kepada abang-abang dan mentor-mentor terutamanya kepada abang Roy Atau A-HAfIZ
Tanda Tangan: good cool
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007
Komen tentang LDK saya rasa dah banyak ilmu yang saya dapat dari LDK yang abang ikhwan. Komen tentang abang ikhwan. Sebelum persembahan abang ikhwan datang lambat tak sempat nak berlatih untuk persembahan. Lain kali buatlah satu minggu ke dua minggu ke ni tak 3 hari je.
Tanda Tangan: Nur Azzleenda Binti Mohd Razalee
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007
1. Adik suka dengan LDK 1, 2, 3, 4, 5 dan saya suka pelajarannya.
2. Sikap abang dan kakak sangat baik dgn saya sayang pada kak yusna dan lain-lain.
3. Saya dan kumpulan saya berkenalan dengan kakak dan abg.
4. Saya seronok duduk di sini selama 3 hari
5. Makanan di sini sedap saya sukakan nya.
Tanda Tangan: Syafikah
Sekolah: SK. Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007
1) Saya dapat Belaja Bayak Saya Suka Belaja
2) akak dan abang baiklah.
3) Saya berkenalan akak dan Abang dengan kumpulan
4) Saya suka apa-apa je
Tanda Tangan: Aminah
Sekolah: Sekolah Badar Baru SentuL
Tarikh: 20 Mei 2007
1. Saya dapat ilmu, pengajaran, seronok dan bagus.
2. kak Husna dan Abang izi selalu bagi ilmu dan pengajaran yang boleh saya faham.
3. kakak-kakak dan abang-abang membagi saya sau pengajaran
4. abang-abang dan kakak-kakak terima kasih kerana menjaga kami dengan bagus
5. Saya mengucapkan terima kasih kepada abang kakak dan ustaz
Tanda Tangan: (Muhammad Shafiq bin Md. Azam)
Sekolah: S.K Bandar Baru Sentul
Tarikh: 20.5.2007
Seronok pergi sana yang saya pergi Kem. saranok saya pergi kem.
Tanda Tangan: (tandatangan yg cantik! Tak leh baca..)
Sekolah: Bandar Baru Sentul
Tarikh: 20.5.2007
gambar saja2..
Saya amat gembira kerana dapat belajar ibadah dan kisah2 para nabi. Saya amat gembira kerana dapat memasuki kumpulan 3. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada abang dan kakak yang mengajar saya tentang ibadah.terutama abang roy. Thank you very much.
Tanda Tangan: (Syazwan/wan) (Kumpulan 3)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. (Kuala Lumpur 51000)
Tarikh: 20. MEI. 2007
saya seronok mendapat hampers Dan sebagainya. Sewaktu saya berlakon ramai orang bagi semangat Akhirnya saya mendapat tempat ke 2.
Tanda Tangan: WAN
Sekolah: s.k.b.b.s.
Tarikh: 20-5.07
(no komen at all dari mentee ni..)
Tanda Tangan: Haizun
Sekolah: Sekolah s.k.b.b.s bandar baru Sentul.
Tarikh:
Seronok nya belajar di UIA saya suka
Tanda Tangan: Mohd Nasir
Sekolah: banda baru sentul S.K.B.B.K
Tarikh: 20.5.2007
Program ini memang. Makanan semua memang sedap. Saya akan menhadiri program ini nanti. Memang seronok. Sikap abang2 dan kakak2 Memang baik. Motivasi dapat mendengar ceramah dari ustas di Masjid UIAM.
Tanda Tangan: Rezuan
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
Tarikh: 20/5/2007
Best tapi kena lama sikitlah kem nanti lepas tu kalau kem 5 hari Buat berlakon BI lah Best tu. Dan lepas tu buatlah aksi lawak sikit. Lepas tu bagilah saya kump power2 SIKIT. Dan kenapa tak ada muhasabah.
Tanda Tangan: (FAZLY)
Sekolah: S.K.SETAPAK INDAH
Tarikh: 20 MEI 2007
(no komen)
Tanda Tangan:
Sekolah: SEK. KEB. BANDAR BARU SENTUL
Tarikh: 20.5.2007
Ldk memang best. Abang mentor baik.
Tanda Tangan: Amirul
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK Indah
Tarikh: 20.5.2007
1. adik suka LDK 1 sebab berkenalan dengan budak SKBBS
2. sikap kak dan abg sangat baik Paling baik sekali abg roy dan semua
3. tentang berkenalan mula mula bes lama-lama boring
4. ini tentang menari kumpulan dua malu gila rasa nak menagis memang menagis.
5. tentang makanan semua sedap2 dan juga minuman.
Tanda Tangan:
Sekolah: SK Setapak Indah.
Tarikh: 20. Mei. 2007
1) komen saya, kakak-kakak yang ada disi baik.
2) Abang pun baik juga. Yang paling bestnya...
3) ketika semahyang subuh berjemaah dan mendengar ceramah ustaz2 yang hadir. Dan lagi satu menyanyi bersama-sama makan-makanan yang sedap kakak baik, dan abang juga baik.ini ajelah....
Tanda Tangan: (syakilla)
Sekolah: Sekolah kebangsaan Setapak Indah (S.k.S.I)
Tarikh: 20/5/2007 sekian terima kasih.
Seronok dekat sini, boleh makan bbq. Abang dengan kakak baik di sini.
Tanda Tangan: Rizuan Shah
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
Tarikh: 20/Mei/2007
Projek Akhi memang best. Saya suka pergi ke projek akhi. Sangat menyeronokkan. Saya berasa gembira. Kak Azu memang baik terhadap saya.
Tanda Tangan: Ashabal Khairi 2-2-50 kampung puah bahagia
Sekolah: S.K.B.B.S
Tarikh: 20.5
Saya rasa gembira kerana mendapat kakak Azu kerana dia baik.
Tanda Tangan: Nurul Shafieza Shuhaimi
Sekolah: S.K.S.I
Tarikh: 20.5.2007
saya berasa amat bembira mengikuti kem ini. Muka abang jai comel macam kucing. Saya dapat berkenalan dengan kakak dan Abang Fasi. Abang dan kakak semua baik.
Tanda Tangan: Adina
Sekolah: SKBBS
Tarikh: 20/5/2008 (haram sungguh budak ni! Ada ke patut tahun 2008?)
saya rasa gembira kerana kam
Tanda Tangan:
Sekolah: S.K.S.I
Tarikh: 20.5.2007
progm ini sagat dan dapatpelajarem dan makanan nya sagat sedap dan menarik dan dapat makan bbq ini sagat sedap dan saya pun Betambah.
Tanda Tangan: Akmal
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Banda Baru Sentur
Tarikh: 20/5/2007
saya berasa sangat gembira kerana dapat mengikkuti camp ini. Kakak fasi kami yang bernama kak Azu baik.
Tanda Tangan:NURHIDAYAH ROSULDAN
Sekolah: SKSI
Tarikh: 20/5/2007
abang bayik dan kakak bayik semung. Makanan ok. Senamanz. ok..
Tanda Tangan: Atiq (nur atiq Natasya)
Sekolah: Sekola S.K.B.B.S
Tarikh: 20.5.2007
1) LDK 1 sederhana boring dan mengantuk
2) LDK 2 sederhana boring dan mengantuk
3) motivasi 2 memuaskan tetapi ada boring juga
4) senaman 1 sederhana je
5) senaman 2 best sangat.
Tanda Tangan: (SITI HAZIRAH)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20.5.07
best dapat main. Ok dah tak de komen. .~v~.
Tanda Tangan:
Sekolah: SKSI
Tarikh: 20/5/2007
Komen saya tak ada semua seronek dan kakak, abang sagat baih ada yang tak bih.
Tanda Tangan: Intan
Sekolah: S.K.S.I
Tarikh: 20.5.07
Feor factor sangat hebat dan saya rasa bangga. Abg Hafiz, Abg Din, Abg Back, Kak Husnah dan dan izi. Baik sangat. Saya ucap terima kasih pada yang mengajar di sini kalau cikgu suruh pergi saya pergi. Buat la lagi tau. Sekian terima kasih
Tanda Tangan: HAIKAL
Sekolah: SK Bandar Baru Sentul – S.K.BBS
Tarikh: 20/May/2007
(no comment at all from her)
Tanda Tangan: Manja (Hayatun)
Sekolah: S.K. Bandar Baru SentuL
Tarikh:
saya sangat suka kem ibadah uiam. Saya suka LDK1-5 Dan Motivasi 1-3 Penutup sangat best Dan waktu berlakon.
Tanda Tangan:
Sekolah: s.k.b.b.s
Tarikh: 20.5.2007
tak cukup tidur.
Tanda Tangan: Noor maziani
Sekolah: Sk setapak
Tarikh: 20 zuhijjah 2007
Saya semua yang saya berlajar best. tentang kakak pulak dan abang Yusuf Baik hati lupa Pulak kakak zu sangat Baik. Saya berjalan-jalan di sekeliling masjid. Saya suka pergi kem ini kerana Banyak kawan. Saya suka kakak dan abang di sini
Tanda Tangan: (ku azizah
Sekolah: SK.B.B S.
Tarikh: 20 Zulhijarah 2007
bagus dalam semua ini. Baik-Baik seronok
Tanda Tangan: uniseviti Islam
Sekolah: Sekolah Bandar baru sentul
Tarikh:
1) Saya rasa saya dah berlajar macam-macam. 2) kakak Mawaddah baik, lemah lembut cantik! Abang lan baik kacak dan pelabagai lagi keranah Abg lan. 3) Bekelalang Abang, kak dan kawan-kawan yg lain. Kak ajar dengan baik. 4) Kita orangbuat baik apabila meming cang. 5) Tentan malam kebudayaani
Tanda Tangan: Siti Aminah
Sekolah: S.K.Bandar. Baru. Sentul. 51000 Kuala Lumpur.
Tarikh: 20. Mei. 2007
Semua kakak-kakak dan abang-abang baik.
Tanda Tangan: Syafika
Sekolah: SK setapak indah
Tarikh: 20 Zulhijjah 2007
1. lain kali buat la ujian. Lagi satu bawak la ehem-ehem.
2. buat la kem dekat hotel. Tak kisah hotel mana asalkan hotel. Pasal boring.
3. bila nak dapat sijil / Buat da dekat tempat lain.
4. boleh tak saya ajak awek saya. Kalau tak bagi saya ajak juga. ek. ek. Jangan marah
5. lain kali nak motivasi. Motivasi la macam nak dapat 5A UPSR
Tanda Tangan: (Mohd al-Syahidan B.Mohd Al-Latif)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20.5.2007
Saya sangat gembira kerana di sini banyak boleh dilakukan. Saya juga gembira mendapat sembahyang berjemaah. Dan senaman pagi. Saya juga berada di LDK. Kerana di LDK ramai abang2 dan kakak2 yang pramah, bertanggungjawab dan baik Hati.
Tanda Tangan: (azni Hazira bte Abu Bakar)
Sekolah: SKBBS – Sekolah Rendah KeBangsaan BanDar BaRu sentuL)
Tarikh: 20.05.07
Posted by deyanah at 6/19/2007 09:55:00 am 1 comments
Friday, June 15, 2007
kahitna
Kau ungkapkan... kepadaku
‘Kan ada saatnya nanti engkau milikku satu
* Ku menunggu... dalam bimbang
Adakah sesungguhnya aku
Kasih yang kau inginkan
Reff: Biar aku pergi, bila tak juga pasti
Adakah selama ini, aku cinta sendiri
Biar aku menepi, bukan lelah menanti
Namun apalah artinya cinta pada bayangan
* * Pedih aku rasakan
Kenyataannya cinta tak harus s’lalu miliki
Jujur aku tak yakin bisa
Jalani hari tanpa dirimu ohh…
Namun apalah artinya cinta pada bayangan
Biar aku yang pergi, bila tak juga pasti
Adakah selama ini... aku cinta sendiri
Biar aku menepi
Namun apalah artinya cinta pada bayangan
Oh… pedih aku rasakan
Kenyataannya cinta tak harus s’lalu miliki
lagu ni: diperkenalkan oleh yanie..
gambar: tulisan cina kat pagar odw ke wisma methodist
Posted by deyanah at 6/15/2007 10:11:00 pm 0 comments
Thursday, June 14, 2007
RAINBOW @ pelangi

baru-baru ni terbaca satu berita yang TPM sebuah negara membangun, cadangkan agar bahasa melayu ditukar kembali kepada bahasa MALAYSIA. ini kerana, bahasa tersebut adalah untuk semua kaum dan bukannya untuk kaum melayu sahaja..
tapi, aper cerita ngan penggunaan istilah bahasa inggeris dalam perkara yang selalu kita guna? satu contoh yang jelas; penggunaan Palace of Juctice.. kenapa tidak dinamakan Istana Keadilan yang lebih mencerminkan bahasa MALAYSIA?
dan, ada nama sesetengah tempat bercampur di antara bahasa melayu dan bahasa inggeris.. contoh; taman rainbow yang terletak di jalan ipoh.. kenapa taman rainbow, tapi bukan taman pelangi? ada lagi, sesetengah nama tempat 100% menggunakan bahasa inggeris, ada yang kata, nama tempat tersebut dibubuh sejah zaman pemerintahan British dahulu kala.. persoalannya, kenapa tidak tukar je nama tempat tersebut.. tahniah kepada teluk anson yang dah ditukar namanya menjadi teluk intan..
questionaire: adakah pembelajaran matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris memberi kesan yang lebih baik kepada pelajar sekolah? kalau lah dapat tengok statistik pencapaian murid2 skolah seluruh malaysia, dalam dan luar bandar, sebelum dan selepas menggunakan bahasa inggeris dalam pelajaram M3 dan sains, kan best..
pesanan: harap post ni tak masuk dalam perbincangan di p******n! mati aku kena buang negara..
serius, mamat forener sebelah ni baru je buang angin tanpa segan silu.. kuat giler bunyi dia.. tapi aku tak kisah sbb angin yang kuat bunyinya, baunya tidak mengganggu persekitaran! haha..
GAMBAR: anak2 abang syam.. iffah drjh2, anas drjh1, arwa tadika 5thn, farih 2thn..
Posted by deyanah at 6/14/2007 09:59:00 pm 0 comments
berita harian..
tajuk2 utama berita harian 14 JUN 2007
NASIONAL
-Tambahan RM100j untuk projek tebatan banjir (Kabinet meluluskan peruntukan segera RM100 juta untuk melaksanakan pelbagai projek tebatan banjir tambahan di ibu negara bagi mengelak banjir teruk )
* banjir: satu bala dan peringatan dari Allah
-Alam Flora minta seminggu cuci kesan banjir (Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) memerlukan seminggu lagi bagi menyelesaikan kerja pembersihan jalan raya dan longkang yang tersumbat dan diselaputi pasir, lumpur serta sampah)
* xbaik buang sampah merata-rata.
-Gaya rambut ala-Johor diperkenal (Jabatan Pelajaran Johor memperkenalkan gaya rambut hampir sama dengan penyanyi, Mawi)
* jimat duit, potong rambut 3bulan skali
-Bomba tebuk simen selamat budak (kaki budak berumur 1 stengah tahun tersepit kat lubang air yang bergaris pusat kira-kira empat sentimeter)
* benda dah nak berlaku..
-Waris 2 pelatih PLKN terima pampasan (Kedua-dua pelatih tersebut meninggal dunia di luar kem latihan tetapi masih dalam tempoh perlindungan insurans)
* rezeki buat keluarga allahyarham
DUNIA
-Pepsi berperisa timun mula dijual
* nak rasa air ni!!!
-Wanita pilih suami ikut ciri bapa: Kajian
* my rumate selalu cakap pasal ni
-Guru hamil anak pelajar dipenjara
* iskh, iskh, iskh..
-AS sekat bayi guna nama Ahmed Yassin
* berumur 3tahun,tapi dicop pengganas!
SUKAN
-Brazil tak benar Robinho beraksi buat Real Madrid
* xbaik paksa orang, biar dia buat pilihan sendiri, baru la dia buat dgn ikhlas..
CITRA
-Tiada istilah bohong sunat
* hmm.. pernah dibicara dalam post sebelum ni..
HIP
-Demi Muallaf
*pompuan Islam botakkan kepala? huhu.. no komen! sensitif ma..!
Posted by deyanah at 6/14/2007 09:30:00 pm 0 comments
Wednesday, June 13, 2007
same gender lagi better?

location: satu tempat ber'aircond'
no pc: ITD-FE-46
user percentage: 75% male n 25 female..
huhu..tiber aku tak suke ngan situasi tempat ni skrg!
hari ni: malas gila nak gi kerja.. masuk ofis lambat, kena marah kat big bos, tapi tak rasa bersalah sangat sbb ... (tak leh bagi tau!)
tudung: sedang pakai tudung warna hitam, pinjam (tak hantar2) dari umi kat kampung
brooch: amy punye, warna silver, ada diamond tiruan warna putih n pink.. tapi ada sebijik berlian yang jatuh.. mati la kena gantiyang baru kat minah amy suara sedap tu!
beg: warna hitam, ada gambar kiwi.. amek kat rumah di kampung, tak tau saper punyer, yang pasti abang syam beli kat *** ******* 2 tahun lepas. (hepi belated 34th beday to you abang syam, 7june07)
kasut: pun warna hitam.. beli 2tahun lepas dengan harga RM20 kat *******, serius! kasut ni dah banyak kali gi 'jumpe' tukang kasut.. kos upah khidmat tukang2 kasut melebihi harga asal.. ah! selagi boleh pakai n boleh repair, blasah je la..
sarung kaki: warna krim, hadiah dari kak salwa.. (mebi ni cara halus dia nak promote adik ipar dia agar pakai sarung kaki..)
buku Accounting - Theory & Practice A Malaysian Perspective: baru jer renew kat library on behalf FAM.. kena fine RM1.80, dua date tuk return tt book ialah 9days ago..
mata: tengah ngantuk tak giler.. hmm, hari ni ada orang tegur cara aku pandang dia.. sebenarnya bukan hari ni jer, tapi dah banyak kali dah dia tegur.. tapi aku still gak pandang dia dengan pandangan yang ___ (aku sendiri pun tak pasti macam mana cara aku pandang dia, adakah berbeza dengan cara aku pandang orang lain).. hehe..
R&R: abang man cakap, kat britain maksud dia Rest&Relax.. bila applt kat malaysia,jadilah Rehat&Rawat..
M&R: suke hati korang la nak bagi maksud ape! tapi, petang tadi ada orang tanya aku aper maksud M&R? then,fikiran aku terus kata maksud dia adalah MNR dan bukannya M&R
warna:walaupun hari ni aku banyak guna barang yang berwarna hitam, tak bermaksud aku obses ngan warna hitam.. yang aku tau, HITAM ITU MENAWAN.. tapi, adakah salinan fotostat yang bahagian tepi dia penuh ngan warna hitam yang tak dikehendaki tu menawan?
glory: bunga morning glory.. ada sorang budak kat KCN & Co. berjaya 'kuasai' KCN agar tak bawa balik file2 tuk di'study'kan di rumah.. kalau KCN bawa balik pun, dia bukan ada masa nak baca pun! rehat&rawat lagi penting.. KCN gi swimming hari ni..
morning kiss: dapat hadiah berus gigi dari sorang teman.. aku sengeh panjang masa tgk benda tu ada dalam paper bag yang ada macam2 benda lagi! kebetulan dua tiga hari before dapat berus gigi tersebut, aku selongkar barang2 yang disimpan dalam kotak kat bawah katil semata2 nak cari berus gigi baru (berus gigi lama aku tertinggal kat rumah oyen masa gi wedding dia!).. hehe.. thank you for da berus gigi..
gambar: cover album muse.. lagu2 dorang memang 'berhantu' and masyuk!
Posted by deyanah at 6/13/2007 10:19:00 pm 0 comments
Tuesday, June 05, 2007
PIRAMID
sekarang ni aku obses ngan gambar2 yang terpampang kat iklan pepsi dalam LRT RAPID KL.. gambar2 tersebut amat menarik walaupun hanya berwarna biru n putih.. generally, aku suka tengok gambar2 yang terpampang dalam tren RAPID KL tersebut.. aku jamin, harga nak buat iklan ngan rapid kl mahal macam harga emas tujuh (7) kilo!
aku gak obses ngan tidorku.. balik jer keje, mesti tido tak ingat dunia.. if arra or akmar ada kat bilik aku pun, aku tak layan dorang sbb aku layan nak tido ku yang enak..
selain tu, aku obses ngan emosi aku yang berubah2.. macam2 aku pikir.. ape yang terbaik untukku? aper yang patut aku buat after this? macam mana aku nak settle that thing,macam mana nak jadi orang baik lagi positive? mengapa aku anis dan bukannya orang lain? kenapa aku dijadikan sebagai perempuan? dan macam2 lagi lah!
gambar: diambil oleh saudara N**** hensem kat dalam tren Rapid KL
Posted by deyanah at 6/05/2007 10:52:00 pm 1 comments
3 permissible lies..
baru2 ni, dalam satu lecture yang dihadiri oleh lebih kurang 50orang, seorang lecturer telah berkata bahawa 3jenis tipu yang dibenarkan dalam Islam..
1. si suami menipu isteri dengan tujuan untuk mengelakkan isterinya lari dari rumah/wujudnya pergaduhan besar yang mengakibatkan keruntuhan rumah tangga.(suami je boleh tipu isteri,tapi dalam kes si suami curang, wallahu'alam..)
2. apabila ada dua pihak bergaduh, maka pihak ketiga dibenarkan untuk menipu bagi meleraikan pergaduhan tersebut yang berkemungkinan akan menjadi parah.(pihak ketiga jer dan bukannya pihak yang terlibat dengan pergaduhan tersebut..)
3. semasa perang berlaku, maka dibolehkan untuk menipu terutamanya pihak musuh agar kemenangan berpihak kepada barisan yang memperjuangkan Islam..(eg: si A tipu pasukan B[orang2 kafir] bahawa pasukan C [muslimin] telah mengaku kalah..)
komen penulis: jika dulu beliau hanya anti kepada orang yang mungkir janji dengannya, tapi sekarang beliau juga telah anti terhadap orang yang menipu beliau.
moral: berkatalah benar walaupun pahit..
Posted by deyanah at 6/05/2007 10:15:00 pm 2 comments
Monday, June 04, 2007
macam macam telah berlaku
TOWEL:
satu pagi, aku dapati towel warna ungu kesayangan ku telah hilang.. ntah mana ntah dia "pergi".. yang pasti, aku ingat dan pasti last time aku guna that towel ialah pada pagi sehari sebelum kehilangannya..
then aku msg arra, intan n yanie; tanye dorang mana towel i pegi? arra reply "kan smlm cik anis selimut ngan towel tu.." aku reply balik; "no. not that one yang warna orange tu, tapi yang warna purple.." intan reply "u better be careful cik anis! barang asyik hilang jer.." yanie lak tak reply papepun..
pastu, aku tanye lak rumate aku; "shazia, ada nampak towel anis warna purple tak?" dia dgn pantas jawab "tak.."
esoknya, lepas balik dr attachment, aku ternamapak towel tersebut kat atas lantai level1.. OH! rupenya towel tersebut jatuh dari level4 le level1.
catatanku: towel tu hadiah dari kak mie n aku akan sidai towel kat luar bilik setiap kali lepas mandi..
LONGKANG:
satu malam lepas balik dari basuh kete kat taman melati, aku terjatuh ke dalam longkang kat car park nusaibah.. aku tak tau macam mana leh jatuh, sedar2 dah terbaring dalam longkang yang kering tersebut sambil mengerang kesakitan.. masa tu nak jer kol saper2 soh datang tolong aku kuar from longkang sedalam 5kaki tersebut, tapi malangnya hp aku tak der kredit n kalau ada kredit sekali pun, aku tak tau mana hp tu tercampak... lama gak aku "brehat" dalam longkang tu, agak2 dah hilang sakit, aku cuba bangun n berusaha gigih tuk panjat dinding longkang tersebut.. alhamdulillah, aku berjaya keluar.. oh ya, before jatuh aku teringat kat seseorang.. mebi sbb orang tu kot aku jatuh(aku tgh bc msg dia masa tu) tapi, yang pasti dia tak bersalah..
kesan jatuh: kedua-dua belah slipar aku putus dan aku terus buang ke dalam tong sampah, banyak giler lebam kat kali kiri ku, luka kecil kat kaki kiri gak, tudung tercabut dari kepala ku(masa jatuh), terseliuh kat lutut dan tulang dada ku sakit hingga ke hari ni..(aku malas nak gi jumpe doktor)
BAD MOOD:
satu hari aku bad mood.. hari tu agak tensen sbb banyak benda yang aku kena buat, tapi masa yang ada cukup terhad.. mood aku yang kurang enak ni disedari oleh isteri KCN.. tapi,hari tu gak aku terima elaun bulanan dari KCN sebagai "hadiah" aku buat attachment kat firm dia.. (aku gembira dapat duit hasil peluh sendiri)
tiber2, masa balik dari 'keje', KCN kejar aku dr belakang (n aku dapat dengar nafas dia yang tercungap2).. dia cakap cikgu (refer kpd isterinya) marah kat dia.. marah pasal aper pun aku tak tau, mebi cikgu ingat aku tak puas hati ngan jumpal RM yang aku dapat.. yang aku tau, KCN telah tambah lagi elaun aku sebanyak RM*0. alhamdulillah n tx a lot KCN.. lain kali boleh bagi lagi..
moral: hidup tak selalu indah, tapi tak juga selalu perit..
SANG KANCIL:
alhamdulillah, aku dapat lesen D2 pada august 2000. tahun ni genap 7tahun aku dapat lesen memandu kereta.. n tahun ni gak first time aku dapat accident ngan kereta kancil abah.. bagi aku kesan kemek tu teruk gak, tapi abah cakap tak la teruk sangat.. oleh kerana aku tak nak accident lagi sekali, aku telah menghulurkan sedikit wang kpd abah untuk repair pintu kancilnya.. abah refused to take it.. tapi aku paksa suh amek gak agar dijadikan pengajaran buat diri sendiri..
before accident: aku telah buat dosa ngan abah.. maaf zahir batin yer abah.. i love you very much!
after accident: duit aku melayang.. huhu.. n aku jugak agak fobia tuk bawa kete lebih2 lagi kat KL.. tapi hidup mesti diteruskan..
Posted by deyanah at 6/04/2007 10:32:00 pm 2 comments
Sunday, June 03, 2007
tahniah asni!
she is my good friend when i was in standard one, standard two and standard three at SRK Zainab 2.. we went to school and back from school together.. i miss that moment very much!
komen:
dia memang cantik n genius sejak kecik lagi..
sedikit fakta:
1. kami kenal sbb naik bas sekolah yang sama ke sekolah (SRK Z(2), sessi petang)
2. asni selalu baca kamus semasa dalam bas n even masa jalan kaki dari tempat kami turun bas hingga ke pintu sekolah kami
3. mak asni cikgu kat sekolah menengah zainab (beberapa meter dari sekolah kami)
4. anak sulung (n bagi aku anak sulong semuanya bijak dan bergeliga!)
5. ada adik nama aslah, asna n asma
6. ayah asni, seorang pegawai kat MPKB
7. lepas habis blajar kat Z2, asni gi TKC n aku tercampak ke MMP. then kami jumpa balik kat UIA, tapi different batch..
8. setiap kali lalu kat depan rumah dia, mesti aku teringat zaman kami kecik2 dulu esp. bila abang lidan n kitorang yang berada dalam bas t'tunggu2 asni yang sedang pakai stokin dan seterusnya kasut skolah warna putih.. pastu, aslah n maid dia lambai2 kat asni n kitorang bila bas dah gerak..
9. tak pernah sekelas ngan asni sbb aku asyik duk kelas HIJAU (kelas kedua drp 5 bijik kelas for each batch) n asni kelas MERAH (kelas pertama)
10. well, jika ada buat reunion Z2 batch kitorang, aku nak join ma.. tapi aku tak pernah dapat invitation or information about it!
Posted by deyanah at 6/03/2007 08:53:00 pm 1 comments
Friday, June 01, 2007
selamat pengantin busuk oying and am
she's my very good friend!
antara kenangan aku ngan oying..
1. form4/5: tido kat rumah yang disewa oleh abahnya khas tuk kitorang lepak sambil buat kerja2 jahit butang baju jubah warna putih dan iron.. serius, kitorang je yang kuasai rumah sewa tersebut dan baju jubah yang bermacam2 saiz tu banyak nak mati.. sakit jari jemari kitorang jait butang baju!
2. matrik UIA: oying datang dari kusza dan paksa anis,huda n aku teman dia gi genting highland.. kami pergi berempat n main sumer game walaupun takot nak mati!
3. form4: duk rumah sewa tok ma. kami masak, basuh baju, rewang n macam2 benda lagi kami buat bersama.. (oying pandai bodek tok ma ngan layanan baik dan urutannya yang melegakan tok ma)
4. form 4(17 tahun): baru dapat lesen keter, kitorang sewa kete kat CC MEGA n rewang sampai ngantuk kat bandar kb yang sunyi.
5. oying, satu2nya orang yang paham rentak dan gaya aku bila marah.. dia tahu macam mana nak 'cool'kan aku..
6. oying, suke gesek betis atas tilam yang tak ******** sampai tertidor. adakah habit tu akan berterusan?
7. first time aku gi kusza, oying tunjuk kat aku lelaki idaman dia iaitu AM(masa tu dorang tak kenal lagi). aku dengan slumber jerit 'AMMMMMM.....' dari kejauhan sbb aku nak kenal jantan yang berjaya buat oying muye.. tapi aku gagal kenal AM on that night sbb AM tak layan panggilan aku tu.. selepas beberapa bulan, oying bgtau aku yang AM masih ingat orang yang panggil dia malam tu, tapi tak kenal saper.. for me, AM seorang yang pemalu n tak bergaul ngan pompuan.. dan, oying mengiyakannya.. katenye AM hanya bercakap ngan adah n aku sbb kami banyak cakap!
Posted by deyanah at 6/01/2007 06:19:00 pm 1 comments




