CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 29, 2008

ballack 13

what da heck?
final euro 2008.. pasukan yang aku sokong dari awal is germany.. tapi, aku tahu germany akan kalah ngan spain yang tangkas dan cergas tu.. tak per, aku tetap akan sokong germany walaupun bukan pasukan pilihan tuk jadi juara.. kadang2 kita kena gak sokong pasukan @ individu @ ape2 aje yang nampak macam tak de harapan nak jadi jaguh @ juara.. bagi mereka harapan , bagi mereka kekuatan dan bagi mereka keyakinan tuk berlawan ngan bakal juara.. dok gitu???

asyik2 step yang melangkah bila aku bukak tv3..
kali ni dah tiga minggu turut2 aku bukak tv3, kumpulan step sedang performe.. aku bukan la peminat gang starz, tapi kat rumah aku tak de astro ataupun pun streamyx.. hanye 5 stesen tv yang ada.. huhu.. bosan! umi dah suh aku pasang internet kat rumah, tapi aku malas+tak reti.. if pasang pun, tak guna gak sebab after this kat rumah tu yang tinggal hanya umi dan abah yang tak tahu langsung IT.. (IT = Information Technology, bukannye Ikan Tongkol / Ikan Tenggiri masak kari @ Insyirah Thohirah..)

Thursday, June 26, 2008

tulisan jawi

swimming
sekian lama keinginan utk swimming di negeri sendiri hampir tercapai.. tapi, apabila tiba di kolam renang, aku tak jadi nak swimming sebab lifeguard kat kolam renang sekolah kompleks tu adalah ajnabi aku..! tak rela..

billion
lepas tu, aku pun gi jejalan&beli stok barang dapur kat billion.. selamber godok aku cakap kat akak cashier tu; "kak, saye nak cancel balik barang2 yang akak dah scan tu sebab beg duit saye ade dalam kete.."

tesco
lepas tu, aku gi rumah kak mie.. jenguk anak2 aku.. dorang mintak nak gi tesco.. nak beli aiskrim+kon aiskrim.. seb baik tesco tu 3km je dari rumah dorang.. kalau jauh, malas aku nak layan.. on the way ke tesco,

alin: cik anis, big apple tu sedap ke? esok kawan alin ajak gi makan klat sane..
aku: ntah, sedap kot.. if tak sedap, takkan my rumates beli sokmo..
alin: tapi alin tak suke epal..
aku: hoi! big apple tu bukan jual epal la.. dia jual donat..
alin: donat perisa epal pun alin tak suke..
aku: kat kedai tu tak de donat perisa epal.. yang ada perisa bla.. bla.. bla.. (aku sebut seme perisa yang ada..) nanti cik anis belanje korang donat big epal jab lagi..
alin: (sengeh macam kerang..)

Fakta @ Auta TESCO Kota Bharu


-Hari pertama TESCO dibuka ia menerima 15,000 pengunjung. -Setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari. -85% pelanggan TESCO Kota Bharu membuat pembayaran dalam bentuk tunai yg merupakan peratusan pungutan tunai tertinggi di Malaysia. -TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yg ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat, tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal, menggunakan tulisan jawi sbg sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan "Ta, ya, sin, kaf dan wau" menjadi maksud TESCO.

*serius, aku tak reti jawi.. baca bleh, tulis pun bleh.. tapi ejaan tak betul ma!!

Monday, June 16, 2008

aku cinta aku rindu

happy father's day..

first time kami sambut hari bapak..hampir 44tahun abah jadi seorang bapa kepada 5orang anak, baru hari ni kami rai abah on father's day..

korang mesti ingat kami rai secara besar2an kan? tak.. sudah tentu korang tersilap sbb kami hanya makan makanan segera, teh o ais perasa strawberi, kek keladi dan buah jambu batu..

papepun, ni nak bagitau kat seme orang bahawa abah adalah seorang abah yang baik.. sayang anak2nyer.. tak pernah marah.. tak pernah pukul malah selalu manjakan kami 5beradik.. tapi, abah tak de la baik 100% sbb setiap manusia mesti ada sifat positif dan sebaliknya..

che hae pernah cakap: "che hae dengki ngan anak2 abah.. abah sangat baik.. jika che hae jadi anak abah, che hae akan peluk cium abah setiap hari sementara abah masih hidup.. sayangi lah abah.. tunjukkan rasa kasih dan sayang tu.. hargai masa yang ada.."

doa: Ya Allah, permudahkanlah aku tuk berbakti kepada umi dan abah.. aku ingin 'asuh' mereka seperti mana mereka asuh aku dari dulu hingga sekarang.. amin..

Friday, June 13, 2008

nak nangis la tu..

hari ni aku exam.. semalaman aku tak tido sebab study last minute punya pasal.. tapi, tidak tido semalam bukan bermaksud aku bleh jawab paper tadi dengan sukses sekali.. lagipun amalan tak tido malam sebelum exam sangat lah tak bagus..
dua perkataan yang aku bleh katakan di sini ialah "macam haram" jawapan yang aku bagi tadi..

Thursday, June 12, 2008

wanita dan air mata

kisah eddy:-
pagi khamis 12jun08, dia telah tepon 5 orang, tetapi hanya 3 orang yang bagi respon.. kebetulannye ketiga-tige orang tersebut adalah mereka yang bergelar ibu.. sorang dia panggil umi, lagi sorang dia panggil mok dan lagi sorang dia panggil mak cik.. perasaan dia berada di ahap paling masyuk apabila bercakap ngan umi.. baginya, umi tidak pernah kering 'modal' untuk berbicara, baik secara langsung atau melalui tepon.. dia jugak berasa seronok apabila dapat borak ngan insan bergelar mok.. mok tidak pernah lupa untuk bertanya bila eddy nak bertandang ke rumahnye.. dia menjawab, insyaAllah, ada rezki bleh la saya gi rumah mok.. dan, apabila bercakap ngan mak cik, ada satu perasaan yang wujud dalam hati eddy.. (eddy cakap perasaan tersebut adalah hak milik dia sorang, xleh skongsi ngan orang lain..) tiber eddy jadi perahsia wanita..
tempoh bercakap ngan umi:- 26minit 17saat
tempoh bercakap ngan mok:- 13minit 13saat
tempoh bercakap ngan mak cik:- 19minit 30saat

Tuesday, June 10, 2008

ubat hati

umi tak jadi operate!! alasan yang diberi tak la kukuh sangat dan tarikh baru diberi.. aku kasihan kat umi yang kena tahan kesakitan until 28nov ni.. maknanye, 5bulan stengah lagi la..?
test aku = 30markah.. tajuk 'remedies'.. soalan senang dan pendek.. tapi aku jawab soklan test tu tak sesukses macam kawan2 aku yang lain.. lepas test, untie polis belanje aku makan mihun sup+air horlick.. terima kasih aunti..

Monday, June 09, 2008

matahari

esok umi dijadualkan buat pembedahan PCNL.. aku anak yang degil ni je yang tak balik kampung.. yang lain seme balik even seketika cuma.. aku bukan saje2 @ suke2 tak nak balik, tapi esok jugak aku ada test administration law.. 30markah pulak tu..
well, selamat maju jaya buat doktor2 dan misi2 yang akan bedah umi aku esok..

Saturday, June 07, 2008

panazz,hangit,karut!!

hari: sabtu
masa: 4.22pagi
tarikh: 7jun2008
kumpulan: shades
lagu: Jangan diucap selamat tinggal
lokasi: ruang tamu rumah akmaRina
web pilihan: hot.fm
tadah telinga: koleksi terbaik panggilan hangit..
tempoh: 1jam 20minit

iyer, selama satu jam dua puluh minit kami melayan koleksi panggilan hangit oleh FBI dan fafau.. memang syok dorang kenakan orang..

masa kami selama 1jam 20minit dihabiskan macam tu jer.. kalau lah kami buat benda lain yang lebih berfaedah kan bagus.. qiamullail ke, tanam pokok jagung ke, baca buku MP Jain ke, kemas rumah ke, berenang ke, bla bla ke..

papepun, kami puas sbb bleh layan koleksi panggilan hangit.. kami bukan ape, kami hanya amek kesempatan internet free tajaan akmaRina da' peanut.. (peanut? kenape bukan hazelnut atau walnut?? tadaa.. peanut tu rahsia kami ma..)

okes, kami stop sini je lah.. mata dah terkebil2 macam bang bil dah ni.. pedih tengok skrin komputer lama2.. kami kena jaga pancaindera tajaan tuhan kami baik2.. kami nak guna pancaindera ni sampai mati!! innalillah..

jam0555, 7jun2008, bandar tasik selatan

~hepi 35th birthday to abang syam, 7th june 2008, a month after mine..

Thursday, June 05, 2008

minyak oh minyak

petrol naik 78sen!!??
diesel naik 100sen??!!
terima aje la..

Wednesday, June 04, 2008

balik kampung

30~31mei # 1~3jun

selama lima hari cik nis menapak di kampung halamannyer.. banyak pantang larang yang diamalkan secara haram (illegal) sejak turun temurun telah dilanggar a.k.a dirempuh oleh beliau.. haha.. padan muke.. sape suh langgar pantang2 tersebut..? kan dah dapat balasan..

jumaat, 30mei

lipstick cik anis hadiah hari jadi dari seorang sahabat telah dimusnahkan oleh budak nakal nih!! sedeh + hangin cik anis dibuatnyer.. budak ni sangat la aktif.. pantang 'bebas', habis la jawabnyer..