CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 18, 2008

vitamin A


Yer, beberapa bulan lepas aku telah keluar meronggeng bersama dua (2) orang teman.. salah sorang daripada mereka nak beli kanta sentuh berwarna.. katanya nak nampak cantik!

bagi dia, pemakaian kanta sentuh yang berwarna akan menarik perhatian seseorang dek renunganya melalui kanta tersebut.. tapi, ada orang yang tidak suka dengan kanta berwarna, tidak kira lah untuk pemakaian sendiri atau dipakai oleh orang lain.. bagi aku, suka hati dorang la.. yang penting, jika ditakdirkan aku memerlukan bantuan sesuatu untuk melihat dengan lebih jelas, aku akan pilih cermin mata yang berbingkai cantik.. sebabnya, aku memang suka cermin @ spek mata.. lagi jimat duit aku! tak de la aku nak kena pakai kanta sentuh setiap hari, kemudian rendam dalam air yang bergaram selepas 8jam menggunakan kanta tersebut @ sebelum tido.. leceh ma.. pape pun, ini dia keputusan yang aku dapat selepas membuat pemeriksaan mata di kedai england optical cawangan jaya jusco wangsa maju:-

mate kanan:-
rabun jauh = 50
silau = 50

mate kiri:-
tak rabun lansung
silau = 25

patut la mata aku rasa cam tak best je especially bila mengadap komputer! senak..

serius, mata seorang lawyer yang aku kenali pada 3 april 2007, yang bakal berusia 61 tahun pada 21 mei 2008 ni, masih lagi terang bederang tanpa memakai spek mata! aku rasa kerana beliau seorang yang buta komputer..maka, mata beliau tak rabun dekat @ jauh..

aku harap "kuasa" mata aku menten atau kembali normal.. aku tak nak menjadi insan pertama daripada lapan (8) orang adik-beradik aku yang pakai spek untuk melihat @ skodeng dengan jelas.. huwa.. ha.. ha..

papepun, aku nak mata yang hitam, bulat dan cantik macam budak dalam gambar di atas.. nama budak tu, nurul iffah binti amril syam bin nordin @ musa.. dilahirkan pada 30 januari tahun 1999.

Thursday, February 14, 2008

zanjabella bonjella

bahagian depan kad bergambar itik tiga ekor..

bahagian belakang kad tersebut..

14 February, 1130hrs

announcement yang aku baca kat website www.iiu.edu.my..

SOLAT HAJAT FOR SON OF BR. KHAIRULZAIN (S-DEV) & SR. NOOR AZAH (IIUM MOSQUE) Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh All IIUM community are invited for Solat Hajat at IIUM Mosque as follows: Date/Day : 14th February, 2008 Time : 8.30am Their son is currently warded at ICU, HKL Thank you. Wassalam

announcement ni menarik perhatian aku kerana Bro Khairulzain adalah trainer aku untuk kelas basic counselling skills. beliau jugak adalah asst. director s-dev, antara orang yang paling penting dalam organisasi Censerve IIUM..

sessi pertama aku bersama Bro Khairulzain:-
seperti biasa, ta'ruf.. beliau dengan gembiranya memberitahu kepada kami yang beliau mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia 3 bulan.. akan tetapi, anak beliau ada sakit jantung berlubang dan insyaAllah, akan buat pembedahan pada minggu hadapan..

semalam, dalam kelas skill kami..
beliau nampak cukup tenang dan tabah.. seolah2 tiada sebarang masalah yang membelenggu beliau..

dan hari ini..

aku dapat tahu anaknya berada dalam ICU..

* tak silap aku, pogram pertama yang bro khairulzain hadir as a VIP selepas beliau dilantik menjadi asst. director sdev adalah ANNUAL GENERAL MEETING AKHI PROJECT yang diadakan pada semester 1 2007/2008..

** lukisan itik berpasir di atas adalah pemberian Alin kepada aku as a Good Luck Card for SPM 2001.. menurut Alin, itik yang besar tu adalah aku, yang tengah adalah dia dan yang paling kiri adalah aisha.. masa tu alin berumur 9tahun, aka darjah tiga..

*** aisha telah meninggal dunia pada 28 November 2001, pada usia 1tahun 5bulan, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, dekat ngan skolah rendah setapak indah..

**** Bahasa Arab adalah last paper SPM aku. aku tak sempat nak jaga aisha apabila aku dah selesai menjawab kertas terakhir aku, seperti yang dijanjikan ngan kak mie kerana my
last paper was postponed from 22 Nov to 30 Nov due to Kemangkatan DYMM Agong at that time..

***** setiap yang bernyawa pasti akan dihentikan hayatnya.. innalillah..

Tuesday, February 05, 2008

ku rindui sajak2nya..


FEBRUARY..

hari ni, hari ke-5 dalam bulan februari.. masuk je bulan februari ni, perasaan aku cukup terganggu.. ada dua perkara yang buat aku sedih dan jiwa kacau.. perkara pertama, UMI.. and perkara kedua adalah, *-*-*-*-*- (rahsia!!)

esok, 060208 nak balik kampung lagi skali ngan abang long+aisy..

benda2 baru di sekitar aku:-
1) nusaibah stabazz (every monday, 4.30pm-9.30pm at nusaibah motocycle's garage)
2) 3 lecture rooms kat aikol telah diubah suai.. hasilnya, kelas tersebut bertukar wajah menjadi bilik mahkamah..

minggu lepas:-
isnin, 280108. aku telah masuk kelas tuto *** kul 2-3ptg, dengan harapan aku dapat keluar lebih awal dari uia untuk pergi klinik kat kuala lumpur.. tibe2, aku kena marah kat lecturer *** tu sebab 'lompat' kelas tuto.. (kls tuto aku yang sebenarnya adalah 3-4pm) tapi, nasib memang tak menyebelahi aku.. rupa2nya, silibes kelas tersebut ketinggalan berbanding silibes kelas aku.. maka, aku pun stay kat kelas tuto tu from 2-4pm.. habis je kelas, aku terus chow ke taman melati, naik tren, gi klinik, then naik tren lagi skali, gi pasar seni, balik kul 10.40mlm..

rabu, 300108. birthday iffah, anak buah aku yang bersekolah di sek.ren.jenis keb. cina di kuching.. hari ni gak, semasa sedang mengharungi lebuhraya karak, aku dikejutkan dengan paras meter suhu kete yang berada di tahap maksimum.. jika aku gagahkan jugak, mbi kete tersebut akan keluarkan asap yang banyak @ meletup sekaligus meragut nyawa aku @ rosak di tepi jalan.. tapi, aku beranikan diri, baca segala jampi yang ada agar kete tersebut bertahan sehingga ke TM..

jumaat, 010208. aisy datang amek kete aku yang masih bermasalah, bawa jumpa 'mekanik'. mekanik tu cakap, water pump rosak, dah lama.. sumpah! aku tak tau apa itu water pump.. yang aku tau, suhu kete aku naik secara mendadak sebab ada kebocoran di bahagian bawah timing belt.. and aku kena sentiasa tambah air sebelum memandu kete tersebut..

minggu ni:-
aku ada 3 bijik test dalam masa dua hari.. macam haram aku dibuli oleh dorang.. selepas habis test, aku rancang nak buang segala tekanan dengan bermain layang2.. tetapi, tak de sape yang nak teman.. takkan aku nak main sorang2.. gile ape! (thank you kepada gadis ayu kerana telah meng'offer' aku layang2nya..)

minggu depan:-
ada lagi 3 butir test on 12th,13th and 15th february.. tensen! balik kampung pun nak kena study..