CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 17, 2007

07.07.07

upload khas buat oyen.. gambar aliah + faizul





tahniah aliah..walaupun agak sedih+nangis sebelum akad nikah atas sebab2 yang dirahsiakan, but i know you are happy dik! semoga bahagia sokmo.. n, am i still your VIP? heheh..

saper2 nak tgk gambar loyah tunang, ada kat folder December 2006..

bertarikh pada 17 haribulan Julai 2007

Monday, July 16, 2007

roti expired

diary di hujung minggu..

Sabtu, 14/07/07
pergi ke KCN & Co., buat ape yang patut, sangat gembira sbb tugas yang dilakukan berjaya disiapkan, masa nak balik, hujan lebat, tunggu hujan reda kat ground floor wisma methodist, bila hujan reda sket, decide nak redah je hujan tersebut, dayah yang baru turun dari tingkat 5 bersama kak wati bagi pinjam payung, share ngan yb, jalan kaki ke stesen lrt cm, bli tiket bas PDS KL rm4.20 (setelah 'bergaduh' ngan penjual tiket), sejam kemudian, sampai seremban, kak wa amek, lepak2 kat rumah dia, petang teman dia gi guardian. malam, abg man family sampai dari tanjung malim, dia bawa durian+manggis banyak giler, makan ala kadar, tido depan tv atas toto ngan ayuni n anak2 buah after tgk movie night at the museum + ulangan super natural..

Ahad, 15/07/07
pergi rumah mak cik ti kat bandar baru salak tinggi ngan umi, abah, ayuni, abe shah n kak wa, talk heart to heart ngan umi, nothing interesting, abang man hantar balik nusaibah at 10pm, ada sebijik kren tarik kete masuk kawasan nusaibah, rupa2nya ada kerete iswara hitam (if i not mistaken) telah 'panjat' divider yang memisahkan longkang dalam dan jalan bertar, kete tersebut terpaksa ditarik oleh kren warna kuning tu, aku naik ke bilik kat level 4, letak barang, pastu gi bilik dil kat blok F, amek barang, dia hantar aku sampai ke bilik kat blok D, kemas bilik, take a cool shower with intan, tido dengan selimut biru yang best..

moral: baca lah doa naik kenderaan dan selawat ke atas Rasul junjungan before memulakan perjalanan, i'allah selamat..
salah sorang daripada rakan sebilik bagitau aku bahawasannya terdapat satu kemalangan yang melibatkan kereta waja di depan kulliyyah ekonomi n kereta tersebut terbalik..

nasihat: jangan kena hujan yang berlebihan, tak baik untuk kesihatan, kan dah dapat selesema!

jom belajar..

SEMESTER I 2007/2008 SESSION

LECTURES :
09/07/2007 (Monday) - 02/09/2007 (Sunday) 8 weeks

BREAK:
03/09/2007 (Monday) - 05/09/2007 (Wednesday) 3 days

LECTURES :
06/09/2007 (Thursday) - 10/10/2007 (Wednesday) 5weeks

'EIDUL FITR BREAK :
11/10/2007 (Thursday) - 17/10/2007 (Wednesday) 1 week

LECTURES :
18/10/2007 (Thursday) - 24/10/2007 (Wednesday) 1 week

REVISION PERIOD :
25/10/2007 (Thursday) - 28/10/2007 (Sunday) 4 days

EXAMINATION PERIOD :
29/10/2007 (Monday) - 13/11/2007 (Tuesday) 2 weeks 2days

INTER SEMESTER VACATION :
14/11/2007 (Wednesday) - 02/12/2007(Sunday) 2 weeks 5days

NOTES :
National Day August 31, 2007 Friday
Nuzul Qur'an September 29,2007 Saturday
'Eid Ul-Fitr October 13-14, 2007 Saturday - Sunday
Deepavali : Nov 08,2007 Thursday

Tentative Date for IIUM 23rd Convocation August 25 - 27, 2007 Saturday – Monday

School Holidays: August 18-26, 2007 Saturday-SundaySchool Holidays: November 17,2007-January02, 2008 Saturday-Sunday
dated this 16 day of July 2007, at 1:59pm

Friday, July 13, 2007

air mata kucing garfield v senyum seindah suria



D4.4.. yeay! new room but old roomates! Alhamdulillah, aku dapat balik my old rumates setelah naik turun mahkamah office nusaibah.. bukan senang nak dapat rumate yang fun and chill! and, for the first time aku dapat compartment yang luas, aka compartment D.. pasni leh la aku ajak 2/3 orang kawan2 skoting kat my compartment.. jom!



"Rahsia bilik tau..!"
kata2 ni selalu diucap oleh salah sorang rakan sebilik kepada si Botak Black..
kemudian, dalam satu majlis perjumpaan *******s baru2 ni, si Botak Black telah menyampaikan hasrat hati dia untuk menarik diri dari barisan utama pejuang yang berjihad ke arah kebajikan kepada rakan seperjuangan.. dan setahu aku, bukan senang bagi si Botak Black tu nak buat keputusan tersebut, tak sanggup untuk meninggalkan rakan sejihad yang lain di kala keadaan memerlukan bahu untuk memikul segala macam benda.. tapi i'Allah, si Botak Black tu akan sentiasa menghulurkan bantuan di saat memerlukan dan menjadi tulang rusuk kepada barisan yang masih gagah berjuang.. di akhir perjumpaan tersebut, majlis telah bersetuju bahawa perkara menarik diri itu hanya akan diperkatakan dalam majlis perjumpaan *******s sahaja.. we'll see whether it works or not..

"Jangan kecewakan harapan orang"
kata2 ni plak pernah dipesan oleh FIZ kat temannya.. maka, secara tak langsung, mulai dari saat itu teman tersebut terus 'mengamalkan' motto si FIZ tu.. mungkin dia tahu bagaimana perasaan orang yang harapannya dikecewakan.. tapi, jangan plak asyik berharap kat orang.. diri sendiri pun kena usaha jugak.. selagi berdaya dan mampu, go ahead! balajar berdikari..

"Ikut rentak orang jika seseorang itu tidak dapat ikut rentak kita"
rasanya itulah nasihat terbaik yang dapat diberikan kepada seseorang.. jika rasa diri kita tidak masuk atau ngam ngan seseorang, tetapi kita kena atau terpaksa berhadapan atau bersama orang tersebut, maka ikutlah rentak dia.. takkan kedua-dua pihak nak berelemen api, salah sorang mestilah berelemen air.. dan, mungkin satu lumrah atau ketetapan, elemen api sifatnya tegas dan keras manakala elemen air agak lembut dan fragile.. si api akan puas dengan kejayaannya, manakala si air akan memendam apa yang patut.. hehe

"Pinggan tak dingin, nasi tak retak"
tiber aku dapat msg ni malam kelmarin dari si dia.. oleh kerana aku tak mahir dalam ilmu peribahasa, aku tanya la si dia ape maksud peribahasa tu? si dia kata "yang sebenarnya macam ni, yang tadi tu terbalik.." [Pinggan tak retak, nasi tak dingin, oranng tak hendak, kita pun tak hingin..] aku agak si dia berada dalam situasi murung dan berdukacita.. wahai si dia, semoga mu cepat2 cure dari segala jenis problem yang tak best.. if u got a problem, it's also mine.. cheer up fren!

"curah air ke daun keladi"
masa kecik2 dulu, kat kampung, ada banyak pokok keladi yang tumbuh liar dalam parit depan rumah usang milik bapak ku.. masa sekolah, cikgu ajar peribahasa yang berkaitan dengan daun keladi iaitu bagai mencurah air ke duan keladi.. maksudnya usaha / perkara yang dibuat tidak memberi hasil.. dah tahu daun keladi tu bukan agen penampung air, ko curah jugak air ke atasnya.. dah tahu ko takkan dapat, ko mintak jugak.. dah tahu ko akan gagal kalau tak usaha, ko main2 dan tak serius.. lebih kurang camtu lah maksud dia..


Dated this 13 day of July 2007


Happy 1st Birthday to CCD! thanks to Umar kerana telah melahirkan CCD di lab AIKOL pada 13 julai 2006.. ada bersama, saudara rentaka..

Wednesday, July 04, 2007

Proclamation of Sale, 040707

-yang seronok..
dah dua kali makan nasi free, sempena Taaruf Week.. dina (komiti catering) simpankan nasi yang lebih utk aku n kawan2 dia yang lain.. semoga rezeki aku sentiasa murah!
wajah blog aku kembali kepada wajah asal setelah aku terbuat plastic surgery kat CCD baru2 ni..

-yang baik..
cgpa aku naik sedikit walaupun tak capai target yang aku nak.. still lagi dalam golongan orang yang kurang bijak dan pandai.. terus aku rasa bersalah ngan umi..

-yang tak best..
kena taip 3 surat on behalf our klient yang bernama Dennis C*** S*** V**, gila nak mati.. pening macam nak marah2 sume orang yang ada sekeliling aku.. dia punya salinan karbon punya la banyak.. sampai 8orang!
dah la tulisan bos aku tu macam tuuuuuutt.. bila gi tanya satu2nya clerk yang paham tulisan bos kami, akak tu 'paksa' aku minum sirap yang dia baru beli.. lagi tak best bila aku tak berjaya buka penutup bekas kordial tu.. bila dah boleh bukak dgn pertolongan kak wati, akak tu bagi aku can opener pulak dah n suh aku amek+bukak laici dalam tin kat dalam peti ais.. maksudnya, dia suh aku buat air sirap+laici sejuk tuk semua orang yang ada kat office.. overall, jika semalam tangan aku sakit+pedih+kemerah2an sbb bukak+ikat balik ikatan fail dalam stor, tapi it's better than today, kepala berserabut lagi teruk ma..

Tuesday, July 03, 2007

don't be too nice

kadang2 betul gak kata2 yang tertulis "don't be too nice" yang tertulis kat soft board bilik INAA.. ada sesetengah orang(maknanya tak semua orang), bila kita buat baik, dia balas sebaliknya.. my fren, andy(bukan nama sebenar) contohnya.. satu hari dia offer digital kameranya kepada si M, untuk dipinjam selama 4hari pogram, so hari kelima, dia tanya si M tu melalui SMS, kat sape kamera dia skrg? jawapan si M adalah, MasyaAllah, kemera tu ada ngan U**, saya dah suh di hantar kat a***, tapi dia lupa n skrg dia otw balik JB.. hari ahad (7hari hari selepas hari kelima) ni baru dia balik KL.. masa tu, hanya tuhan jer yang tau bertapa geram dan kecewanya si andy dengan si M dan si U**.. lagi membuatkan si andy sedih ialah, dia nak gi wedding kawan baik dia, maka xleh nak ambil gambar kawan kawen dengan kemera sendiri.. nak guna kamera orang, al-maklum sendiri la, susah nak dapatkan copy gambar daripada orang..

nasihat anis: hanya Allah yang mampu balas budi baik mu.. jangan serik.. n i know you andy, u memang baik n banyak benda baik yang u buat kat orang, tapi orang2 tersebut tak reti nak hargai.. kan?



ha.. ni nak habaq sket.. semalam, masa kat office KCN, i got a SMS from arra, suh pergi TS sbb ada orang nak blanje dia+3orang kawannya makan HCB sbb dia berjaya capai target dalam bisnes yang dia baru berjinak pinak.. so, i'm da lucky one among her frens(tapi sebenarnya aku replace orang).. ni kali kedua aku makan kat HCB, first time pergi pun orang belanja gak.. tapi overall, 2nd time lagi bagus sbb makanan yang dorang serve is better than my 1st time.. dulu, aku gi berdua, tapi semalam almost 30peoples join that dinner.. most of them are chinese and using english language as medium of their communication.. overall, nice to meet you Tom, Angel (they are H&W), Joanna and Normah.. you guys memang best!

doa anis: terima kasih kepada Najib dan Tom Wong+Angel Cheng sbb belanja aku makan HCB.. kenyang sampai term****h ..!! semoga korang belanja aku lagi lain kali.. hahaha..



gambar: jom makan tempat lain lak!!