
one day journey to Ipoh, menziarahi ayah angkat (Apok) yang baru keluar wad setelah sebulan ditahan di dalam wad.. sejak keluar dari wad sehingga sekarang, Apok tinggal di rumah anaknya aka Kak Ton..

menziarahi ayah angkat (Apok) yang hampir lumpur sebelah badan. kaki kanan telah dipotong disebabkan sudah tidak berfungsi kerana darah tidak mengalir ke bahagian bawah kaki..
[terpaksa dipagar dengan kerusi kerana Apok pernah terjatuh dari katil tanpa dia sendiri sedar atau ingat..]

Apok minta nak tidor atas lantai, bawah kipas.. sempat lagi buat lawak semasa kami bantu Apok turun dari katil.. katanya; "maaf la, kaki Apok panjang sebelah pendek sebelah. terpaksa minta tolong orang angkatkan.."

Apok minta nak duduk atas kerusi roda sambil 'hantar' kami balik..
{dalam gambar: Azuzana, Mok, Anis & Apok}
Apok sebak kami nak balik KL.. dan2 tu jugak Apok cakap; "tak selera nak makan dah la.."
Walhal semasa kami baru samapi, Apok bukan main lagi berselera makan aiskrim dan minum air horlick..
{dalam gambar: Cucu Apok aka La, Mok, Anis & Apok}
Apok baru je boleh celik mata, makan suap sendiri dan gerakkan badan sebelah kanan sehari sebelum kami ziarah beliau.. mungkin Apok gembira apabila dapat tahu kami akan datang ziarah beliau..
{dalam gambar: cucu Mok aka Mohamad, anak Mok aka Abang Ei, Mok, Anis & Apok}
Apok (tok imam di kampung Lambor Kanan) pesan kat Mok (mak angkat kami) agar tolong catatkan berapa hari beliau tidak solat, kerana ingin qada' bila sihat nanti..
Kadang2 Apok azan / baca al-quran & kadang2 cakap merapu dalam tidur..

Apok [Haji Taib, 87 tahun, bekas polis] dan Mok [Hajjah Maimunah, surirumah]

..gambar Apok sewaktu muda..