CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 07, 2008

purple

Ramadhan 1429H;
sehari sebelum raya, my rumate sms me..

"sedeh.. ramadhan dah nak habis.."

aku agree ngan sms tersebut.. sedeh sebab aku tak betul2 mengimarahkan bulan yang dikhususkan untuk umat Muhammad s.a.w.. sama ada kerana malas beribadat atau sibuk dengan urusan dunia, semua itu adalah alasan yang tidak boleh diterima..

mungkin disebabkan dengan kelalaian dan kealpaan tersebut, aku terlibat dengan kemalangan jalanraya.. alhamdulilah, ketiga-tiga penumpang yang aku bawa semuanye selamat.. kalau sesuatu yang buruk berlaku, pasti aku akan dibelenggu dengan rasa bersalah sampai mati.. kemalangan tersebut berlaku semasa kami dalam perjalanan balik ke UIA slps berbuka puasa di SKBBS, ngan adik2 akhi..

bazaar ramadhan;
tahun ni bazaar ramadhan UIA bukan lagi diperkarangan CAC seperti tahun2 lepas, tetapi di convest hill (dekat giler ngan mahallah nusaibah..)

perbezaan bazaar ramadhan dalam kampus UIA dan bazaar ramadhan di luar kampus UIA ialah (berdasarkan kepada pemerhatian aku secara personel) :-

-harga jauh lebih murah
-majoriti orang yang membeli juadah berbuka ialah pelajar, umur dalam lingkungan akhir belasan tahun dan awal 20-an
-semua peniaga digalakkan memakai pakaian menutup aurat
-pilihan makanan yang variety (sesuai tuk citarasa antarabangsa)

satu benda yang kitaorang rumates selalu beli kat bazaar Ramadhan UIA ialah AIR SOYA GULA MERAH (kurang manis) dicampur dengan TAUFUFA.. harga rm1 sebungkus plastik yang diikat dengan tali rafia pink terang.. minum tiap2 hari pun tak jemu dan muak! sedap seh..

makan di siang hari;
aku start posa lewat lima hari dalam bulan ramadhan dan aku beraya awal lima hari dari tarikh 1syawal.. dua hari sebelum raya, aku pergi rumah seorang kawan yang terletak di bandar kota bharu.. masuk je dalam rumah, terus dia tarik aku ke dapur.. aku dijamu dengan air 100plus, roti john & kuih raya!! ada ke patut aku dan dia makan di siang hari dalam bulan Ramadhan secara terang2an (dihadapan abang&mak dia) ..?@#$%^&*(&^$#^)

papepun, masih belum terlambat tuk aku wish korang semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF BANYAK2..

chow!

2 comments:

Adlan said...

wah. seronok je dpt makan kt umah org time bulan pose.. hehe

tapi macam rugi la xdpt merasa ramadhan kat uia jugak. takpe2.. kt penang pun banyak kelebihan jugak!

Anonymous said...

eei..tak malu!!!!!!!!