*Melur Hasanah adalah novel bersiri dalam Majalah Aniqah..
“Maria benar-benar ikhlas dan sedia untuk menjadi isteri?” Pertanyaan Puan Anis menyerlahkan sifat tegas dalam lembut keibuannya. Maria senyum sederhana, sebelum mengangguk.
“Maria malu, ibu. Kalau-kalau…”
“Kalau Maria dikatakan ‘menawar’ pada yang tak sudi membeli?” Puan Anis memotong dengan kiasan, percaya bahawa anak gadis itu sudah dewasa untuk memahami. Maria menjawap dengan anggukan, sedikit teragak-agak.
“Usah rasa malu atau rendah diri, Maria. Jika kena dengan caranya, perempuan juga boleh dahulukan ‘penawaran.’ Kita bukan buat ‘lelongan,’ kan?” Puan Anis merasionalkan dalam jenaka hingga kedua-duanya ketawa hampir serentak, sedikit-sebanyak menyelesakan perasaan Maria untuk terus meluahkan.
“Isteri pertama Nabi Muhammad dahulu juga jadi orang pertama yang menawarkan diri untuk berkahwin dengan baginda. Tiada pelik, walaupun mungkin pada sesetengah orang hal ini nampak janggal.” Puan Anis terus meyakinkan.
“Yang penting, dia lelaki yang baik.” Masing-masing diam sebentar. Air sirap yang siap dihidangkan dinikmati sementara menanti kepulangan Melur Hasanah untuk makan tengah hari.
“Juga, dia lelaki yang memahami agama kita dan boleh jadi pembimbing yang baik.” Puan Anis menyambung. Ketika itu wajah Ridhwan datang menyapa. Air mukanya yang jernih biarpun kulit wajahnya sedikit gelap kerana sering dipanah matahari di ladang sudah menggambarkan pekerti yang dia miliki.
“Ibu, masakan orang seperi Maria sepadan dengan Ridhwan. Apa pula penerimaan Ridhwan nanti.” Maria bersuara selepas beberapa ketika percakapan banyak didominasi oleh Puan Anis, ada rasa ragu-ragu yang menyelinap di sebalik keyakinan yang diberi oleh Puan Anis. Sirap di dalam gelas hampir separuh dihabiskan.
“Selama mana perasaan disimpan, selama itulah ia menjadi rahsia. Bagaimana Maria tahu Ridhwan akan menolak?” Puan Anis menduga, bikin Maria mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah mata ibu itu. Dalam diam, kata-kata Puan Anis diakui kewajarannya.
“Jadi, biar ibu yang tanyakan sendiri pada Ridhwan bagi pihak Maria…” Maria terbatuk dan segera meletak kembali gelas minumannya ke atas meja. Sedikit titisan sirap yang melekat di hadapan bajunya ketika dia terbatuk disapu.
“Maksud ibu?” Wajah Puan Anis dipandang tanpa kedip.
“Supaya tiada lagi rahsia hati. Sebagaimana Khadijah lalukan hal yang sama untuk mengahwini Rasulullah.” Puan Anis ringkas membalas, dalam tenang dan berisi hikmah.

Anis Diana
PUAN ANIS??? terima kasih kerana abadikan nama aku dalam Melur Hasanah. kata-kata yang aku akan ucap:-"NASRIAH TU KAWAN MAMA.."

Nasriah Abdul Salam
Anis, masihkah kau ingat...hehe, mung oyak gitu masa kita OTW balik dari JJ / Carrefour Wangsa Maju...waktu tu mu sokong aku menulis novel ni n mung suh aku letak namamu sebagai watak. tu tanda menghargai sokongan...

2 comments:
wow! penulis muda yang semakin hari semakin bertambah bakatnya..
BAKAT SESEORANG.. AKU HANYA SOKONG DARI BELAKANG, SISI, DEPAN, BAWAH DAN ATAS..
Post a Comment