CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 08, 2006

makan langsat!!!

Hari sabtu baru2 ni, aku pegi rumah abang aku kat nilai, * abah n umi datang amek aku kat nusaibah bersama2 dgn nan(sepupu aku) n sharen(anak buah sulongaku yang berumur 20thn). Sampai kat nilai, aku berehat kejab, borak2 ngan umi, semayang asar+maghrib, goreng cucur udang etc.
Tibe2, shahren kol aku, ajak aku teman dia pegi amek kok(kakak sulong aku/mama shahren) kat taman ibu kota kanan.. aku agree..
Oleh kerana shahren adalah lelaki, maka aku memberi penghormatan kepada dia utk drive.
7:50pm
Dari nilai nak gi taman ibu kota, kami sesat dalam bandaraya kuala Lumpur.. hampir stengah jam lamanya aku pusing bandar kl tu.. akhir skali, aku cari jalan ke sogo n dari situ aku ikut laluan bas metro #91 sehingga lah sampai ke destinasi at 9:15pm..
moral: lain kali aku kena alert ngan jalan kat kl yang bersipang siur..
9:30pm
Perjalanan balik ke nilai lagi mencabar.. sepatutnya, paling lama pun 1jam, sure dah sampai nilai dari gombak.. nak dijadikan cerita, shahren lagi skali buat silap.. ade ke patut dia tak masuk exit ke nilai… bahkan go straight to kelang! Hangin aku ngan dia.. nak marah pun, dah besar panjang.. akhirnyer kami masuk exit banting and from there, it’s takes almost 1hour tuk ke nilai.. tangki minyak yang separuh pada mulanya, bertukar menjadi empty, gara2 makan langsat! 11:55 sampai di apartment nilai perdana...
moral: aku xleh biarkan shahren buat desicion dia sendiri.. aku lebih dulu makan garam..
12:15am
kok ajak aku teman dia tidur di rumah mak cik tee kat bandar baru salak tinggi,sepang.. aku agree..nak pegi sana pun, shahren yang drive.. n lagi skali kami sesat.. kali ni aku betul2 marah kat dia sebabnye ni bukan kali pertama dia drive from nilai ke sepang.. munkin dah berbelas kali... so, he supposed to know the right way..
moral: of the story adelah.. aku tak nak dah naik kereta yang di‘drive’ shahren, aku nak drive sendiri..!

:::: makan langsat dikalangan masyarakat melayu kelantan bermaksud sesat ::::
*ader cerita best disebalik kedatangan umi n abah ke nusaibah..lain kali la aku cerita..

0 comments: