CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 25, 2006

satu penilaian

Siapakah diriku ?
Siapakah yang menciptakanku ?
Kerana apakah aku diciptakan ?
Apakah itu Al-Quran ?
Apakah itu As-Sunnah ?Dari manakah ia datang ?
Kepada siapakah ia ditujukan ?
Adakah ini persoalan yang timbul di dalam kotak fikiranku
Sedangkan aku tahu bahawa…
Aku adalah seorang hamba
Allah itu tuhanku
Muhammad itu RasulNya dan ikutanku
Aku diciptakan untuk beribadah kepadaNya
Al-Quran dan As-Sunnah itu petunjukku
Tetapi…
Kenapa diri ini begitu degil
Untuk mengikuti kebenarannya
Sedangkan aku juga mengetahui
Bahawa tiada selepas KEBENARAN itu
Kecuali KESESATAN
Aku juga mengetahui bahawa
Iblis itu musuhNya dan RasulNya
Tetapi…
Aku sangat suka untuk mengikut jejak langkahnya
Dan tidak mempedulikan ancaman
Daripada Tuhanku dan RasulNya
Aku tidak tahu adakah aku mengalami kepayahan
Untuk mengikut apa yang telah diperintahkan
Hakikatnya…
Ia adalah mudah tetapi
Ia menjadi amat susah kerana
Nafsuku dan hasutan syaitan
Adakah ia menjadi suatu kepayahan bagimu untuk mengikut apa yang telah ditetapkan oleh tuhanmu dan RasulNya. Adakah kamu merasakan segala kepayahanmu untuk mengikut perintahNya dan RasulNya itu tidak berbaloi dengan syurga yang akan diberikan jika kamu taat. Coretan ini hanya akan menjadi suatu perhiasan jika kita hanya membaca tanpa muhasabah dan mengubah diri, tetapi ingatlah bahawa ia akan menjadi suatu mutiara yang amat berharga jika membaca, muhasabah dan mengubah diri kita.

>> dipetik drpd emel dlm amal-maahad nyer yahoogroups...<<

0 comments: