CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 07, 2008

panazz,hangit,karut!!

hari: sabtu
masa: 4.22pagi
tarikh: 7jun2008
kumpulan: shades
lagu: Jangan diucap selamat tinggal
lokasi: ruang tamu rumah akmaRina
web pilihan: hot.fm
tadah telinga: koleksi terbaik panggilan hangit..
tempoh: 1jam 20minit

iyer, selama satu jam dua puluh minit kami melayan koleksi panggilan hangit oleh FBI dan fafau.. memang syok dorang kenakan orang..

masa kami selama 1jam 20minit dihabiskan macam tu jer.. kalau lah kami buat benda lain yang lebih berfaedah kan bagus.. qiamullail ke, tanam pokok jagung ke, baca buku MP Jain ke, kemas rumah ke, berenang ke, bla bla ke..

papepun, kami puas sbb bleh layan koleksi panggilan hangit.. kami bukan ape, kami hanya amek kesempatan internet free tajaan akmaRina da' peanut.. (peanut? kenape bukan hazelnut atau walnut?? tadaa.. peanut tu rahsia kami ma..)

okes, kami stop sini je lah.. mata dah terkebil2 macam bang bil dah ni.. pedih tengok skrin komputer lama2.. kami kena jaga pancaindera tajaan tuhan kami baik2.. kami nak guna pancaindera ni sampai mati!! innalillah..

jam0555, 7jun2008, bandar tasik selatan

~hepi 35th birthday to abang syam, 7th june 2008, a month after mine..

Thursday, June 05, 2008

minyak oh minyak

petrol naik 78sen!!??
diesel naik 100sen??!!
terima aje la..

Wednesday, June 04, 2008

balik kampung

30~31mei # 1~3jun

selama lima hari cik nis menapak di kampung halamannyer.. banyak pantang larang yang diamalkan secara haram (illegal) sejak turun temurun telah dilanggar a.k.a dirempuh oleh beliau.. haha.. padan muke.. sape suh langgar pantang2 tersebut..? kan dah dapat balasan..

jumaat, 30mei

lipstick cik anis hadiah hari jadi dari seorang sahabat telah dimusnahkan oleh budak nakal nih!! sedeh + hangin cik anis dibuatnyer.. budak ni sangat la aktif.. pantang 'bebas', habis la jawabnyer..

Friday, May 30, 2008

10kg

penyu menangis tak saper yang tahu..
anna menangis pun tak saper yang tahu..
anna buntu, anna kusut, anna pening..

keadaan diri yang 'kotor' sebulan sekali makin mengusutkan keadaan..
Ya Tuhan.. hanya zikir yang mampu diucap ketika ini.. kitab dan solat ditegah buat sementara waktu..

Wednesday, May 28, 2008

kanda & dinda


28th may, happy birthday diena.. bertuah sungguh ko diena.. dah suku abad pun umur ko.. sama umur ngan uia yang sambut jubli perak minggu lepas.. pak lah datang wo..

kat atas tu gambar ko ngan 2 orang pompuan yang pakai tudong pink.. sorang cerah, sorang gelap.. sorang lahir 25th may, sorang lahir 7th may.. sorang cun2 comel, sorang chubby2 gomel.. sorang tunjuk "peace", sorang tunjuk tahi gigi.. sorang zodiak gemini, sorang zodiak taurus (lembu, haha!!).. mak ai!

bila nak kawen..? orang nak beli tu, jual je la.. nanti ko bleh jait baju kawen guna combination warna hijau & pink.. jangan sia2 skill yang dipelajari kat uia! lagipun, nampak sesuai je 2ketul warna pink kiri dan kanan mengapit setongkol warna hijau ditengah.. ape2 ajer..

biobiol

kisah seorang yang bernama anne (bukan nama panggilan ataupun nama sebenar)..

masa anne jadi komiti interskul debating championship baru2 ni, antara tajuk debat yang menarik minat anne ialah Global Warming.. ramai orang memperkatakan pasal pemanasan global atau suhu dunia yang meningkat dengan mendadak.. akibat yang paling ketara ialah pencairan ketolan2 ais di kutub utara selatan timur dan barat.. anne yakin, bongkah ketolan ais yang kapal titanic lanngar dahulu kala tu pun dah cair jadi air laut biru..macam2 cara yang dicadangkan agar pemanasan dunia dapat dikurangkan.. tapi, berapa ramai yang benar2 praktikkan ape yang mereka cadangkan? tolonglah!!

tajuk lain yang best ialah Go Green Campaign.. kempen ni kononye nak menghijaukan bumi lah.. nak kawal penebangan pokok sesuke hati dia dan mak bapak dia lah.. nak kitar semula barang2 buangan lah.. nak cipta barang kegunaan harian yang mesra alam lah.. nak kurangkan penggunaan plastik yang amek masa beratus tahun tuk dilupuskan lah.. tapi, berape ramai yang benar2 praktikkan ape yang mereka cadangkan? tolonglah!!

Biofuel dan Biodiesel.. tajuk ni benar2 menarik minat anne! biofuel dan biodiesel yang dihasilkan daripada bahan makanan.. (makanan yang mengenyangkan perut dijadikan bahan bakar..) wajar ke tak? kajian telah dibuat.. biodiesel dapat dihasilkan daripada tebu, jagung dan juga kacang soya.. ha..!! lepas ni, korang mungkin kena fikir banyak kali sebelum nak beli air tebu @ nak makan tempe @ nak buat bubur jagung.. kerane harga makanan tersebut akan meningkat dengan mendadak kerana para petani mungkin lebih berminat menjual hasil tanaman mereka untuk diproses menjadi biodiesel yang sah lagi termaktub akan memberi pulangan yang menguntungkan.. maka, penduduk di negara yang makanan ruji mereka ialah cornflakes terpaksa la makan kokokrunch yang diperbuat daripada gandum.. dan orang yang suke makan tempe kene cari makanan tambahan yang lain untuk kekal awek mude! tolonglah!!

~anne nak tanam tebu.. dia nak jadi ratu gula..
~~nasib baik beras tak senasib dengan tebu, jagung @ kacang soya.. but,who knows??

Monday, May 26, 2008

anis dan sastera

anis - dia bukanlah seorang yang gemar membaca, apatah lagi menulis atau berkarya.. anis hanya baca jika tajuk atau isu sesebuah tulisan menarik minatnya yang sememangnya nipis terhadap susunan huruf2 vokal dan konsonan.. (general rule ini dikecualikan kepada tugas2 istimewa anis untuk membaca kitab tuhan dan buku2 ilmiah..)

seawal jam8pagi tadi, anis telah pergi ke bilik nasriah, tuk baca cerpen pendek karya sahabatnya itu, yang telah dicetak dalam akhbar bahasa melayu semalam (hari ahad).

tajuk:-
khatimah sebuah ekstradisi

nama penuh nasriah:-
khairunnasriah abdul salam
Watak-watak dalam cerpen ini:-
Cendera Hati - watak utama.. Cendera Wasih - kakak kandung cendera hati.. Peter - suami cendera hati.. Encik Najib - peguam yang mewakili cendera hati.. ibu dan ayah cendera hati..
Petikan dari karya tersebut yang menarik according to anis:-
[Tulis Kak Cendera Wasih lagi; bagaimana papan congkak daripada kayu rambutan yang dibuat arwah ayah yang kami mainkan sejak kecil tidak berbubuk andai sudah lama tidak digunakan. Dan, bagaimana pula ia boleh dimainkan jika tidak berpasangan? Kak Cendera Wasih cuba menggugah dengan pertanyaan; 'lupakah Hati bagaimana kita bersenda di anjung ketika memasukkan satu demi satu biji saga ke setiap lubang 'kampung'? Atau, barangkali Hati sudah lupa bagaimana bijak dan banyak sekalipun Hati meraih biji saga, dan berapa lama sekalipun Hati 'menapak' dari satu 'kampung' ke satu 'kampung', biji saga itu akan tetap kembali dimasukkan ke dalam 'rumah.' Begitu juga denganmu dik, kami tetap doakan agar Hati kembali.']

baca keseluruhan cerpen tersebut di:-

jam1717,26mei2008,itd.

happy birthday

isnin, 26mei2008. pagi ni cik taj yang sedang tido dengan lena dikejutkan dengan nada dering lagu RIMAS, laungan bingit dari fabulous cat.. hai kucing! bertuah sungguh ko.. ramai yang suka kat ko termasuklah pussycat dolls dan cat farish..

benda pertama yang cik taj ingat apabila celik mata ialah CAM atau nama penoh nye ialah carry marks.. sampai je di aikol, cik taj terus gi check CAM yang terbaru, selepas ada beberapa amendment.. thank god, it was increase 12marks..
syukur.. syukur.. syukur.. ini bermakna subjek yang saya gagal tu sudah bertukar jadi lulus..

Saturday, May 24, 2008

lolipop

jumaat sabtu ahad.. 23 24 25.. bulan mei..

tolong jangan gantung tanpa tali, tell kak nad da truth:-

jumaat, teman nas gi cari kain di kamdar jalan TAR tuk buat jubah.. nak pakai gi spesel occasion yang meraikan kejayaannye menggondol hadiah utama berjumlah rm2,500.. dia nak tampil dengan imej cantik dan lawa pada malam yang melakar sejarah kedua buatnye itu.. tahun lepas dia dah gondol hadiah yang sama.. you memang hebat lah nas! semoga you jadi penulis yang disegani, dihormati dan disayangi.. tahun depan menang lagi yer!

drama air mata ika & tasya, sedeh beb.. kak nad pun nangis:-

sabtu, seawal 4.30 pagi kak nad bangkit dari tido, mandi sampai tapak tangan jadi biru, pakai baju kurung cantik tapi menggeleber macam lemak yang tak diingini, jalan kaki gi masjid SHAH (seb baik tak dek anjing jadian!), tak sempat qiam berjemaah ngan adik2 akhi (kak nad lambat!).. tolong gadis2 cun buat breakfast.. masuk LDK.. adik2 kak nad ada 5orang.. azizah.. azurah.. madira.. farah.. dan fatin.. dorang seme dah ngenal (istilah org kelantan yang bermaksud boleh baca ayat2 suci al-quran tanpa gagap).. makan sedulang ngan adik2 yang tak habis portion mereke (perut kak nad tong sampah).. daisy datang.. bawa buah epal n lai best!.. kuiz ilmiah.. obh yang kak nad kategorikan berjaya mencuakkan abang (amar) dan kakak (ika) yang hilang adik (eddie & tasya) mereka.. sebenarnyer eddie & tasya disorok hantu susu bernama ikhwan dan aida.. eddie & tasya tak tahu dorang "dihilangkan".. ika nangis kuat gile.. pesan kat tasya 'ko jangan hilang lagi, aku risau'.. tasya cakap "aku pun tak tahu kenape, tapi tak de sape pun amek aku kat pintu pagar besar".. sebenarnye tasya kene sorok kat post office, bukannye di main gate..!! tasya kene tipu..

rahmat disebalik ujian-Nye:-

sejuk, tido kat mesjid tanpa selimut.. azan subuh, bangun balik bilik???.. jalan kaki lagi.. basuh kain 2 baldi guna tangan.. ada LDK lagi.. adik2 nampak dah penat after baca surah al-insan & al-jum'ah.. kak nad tukar modul tilawah kepada modul matematik, bahasa inggeris dan jawi (kak nad tak reti jawi).. bagi2 adiah kepada pemenang.. adiah same besar je dari no.1-no.7.. spesel performance (tarian yang menghauskan selipar @ kasut dalam masa dua hari) daripada adik2 jantan.. hujan lebat.. habis baju kak nad diampaian basah disimbah hujan asid kota metropolitan neh!

Thursday, May 22, 2008

berus gigi

rutin harian saye selame tige hari ni (hari selase, hari rabu dan hari khamis)..

bangun pagi,pergi tandas,amek wudhuk,solat subuh,baca doa,gosok baju,bersih badan,pakai baju,susun buku,pakai tudung,kemas bilik,pergi kuliah..

minggu lepas saye balik kampung lagi sekali.. saye sendiri pun dah lupe berape kali saye balik kampung during semester pendek ni..yang pasti, habis je kelas hari selase & rabu, saye akan balik.. ade2 aje..

minggu lepas saye gi jalan2 ke utare malaysia.. ikut rombongan umi, abah dan kawan2 umi.. total kesemue peserta rombongan ialah 72orang.. tidak termasuk anak2 kecil di bawah umur yang belum tahu mengurus harta yang banyak..

alhamdulillah, sejak tahun 1995 saye mengimpikan tuk ke langkawi.. sudah menjadi kebiasaan tuk budak2 darjah6 di SRK Zainab 2 buat lawatan ke langkawi.. tapi saye tak ikut sebab nak kene bayar rm100.. tak mampu ma..!

akhirnya saye telah berjaya menapak di langkawi selama dua hari satu malam.. walaupun seketika cume, tapi saye puas.. jika ada rezeki, saye nak gi lagi, nak naik kerete kebel, nak masuk underwaterworld, nak panjat monumen burung helang yang menjadi mercu tanda langkawi..

time kasih umi!

Wednesday, May 14, 2008

kaktus

menurut seorang teman dalam mesejnye kepada saye:-
"tanam menanam ialah 1 kerja yg dekat kan diri dgn Allah.percaya ckp aku!"

sewaktu proses menghabiskan duit di cameron highlands baru-baru ni, saye telah beli 3bijik pokok kaktus.. niatnye nak belajar mencintai dan menjage kebajikan tumbuhan.. kenape saye pilih kaktus? haha.. sebabnye, tak payah nak kene siram tiap2 hari..
sekarang, saye kene salin pokok2 tersebut kepade baju yang lebih besar.. akar2 yang berserabut lagi banyak tu memerlukan kawasan tanah yang banyak! die akan mampos jike saye biarkan die memakai pakaian yang ketat.. (hanya buah nangka saje yang boleh berpakaian ketat!)
tindakan spontan tanpa pikir panjang, saye keluar dari bilik, buka tong2 sampah yang ade di blok saye, cari botol air mineral 1.5liter, balik bilik, kerat & tebuk lubang di botol guna pisau, korek & amek tanah, salin pakaian baru tuk pokok2 tu dan siram dengan air.. =)

puas.. saye puas.. saye puas berkebun..

Tuesday, May 13, 2008

kami dizalimi?

dah lama saye tak check email.. hari ni, antara emel yang menarik (bukan saje menarik, tapi terbelalak mata ni selepas baca emel tersebut!) perhatian saye ialah..,,

"SALAM,
BROTHERS AND SISTERS TAKING **** **** WITH USTAZ ******* ******* LAST SEMESTER, YOU ARE REQUIRED TO RESUBMIT YOUR SECOND TEST TO SIS KHAIRUN NISA BT BACHOK AT AIKOL GENERAL OFFICE IMMEDIATELY SO THAT YOUR C.A.M MAY BE RECOUNTED. PLEASE PASS THIS NEWS FOR OTHER STUDENTS IN SECTION 1 AND SECTION 3. USE WHATEVER MEANS AS NECESSARY TO ENSURE THAT YOUR ASSIGNMENT REACH THE OFFICE BY NEXT WEEK. GOOD LUCK"

sender emel di atas dikenali sebagai sarah semsubhari.. sape ntah budak ni.. saye tak kenal..

according to assoc. prof. dr. najibah, for the first time ever, in aikol's history, more than 60 students from 2 sections made a petition to recheck their result due to unbelievable, unexpected, unpredictable, and so many un un lagi lah.. so many failures and i one of them.. (hmm.. tanpe segan silu saye menulis fakta ni di CCD..)

saye jadi bengang, saye jadi geram dan saye jadi tertekan.. kenape kami kena buat lagi skali take home test..? kehilangan take home test (yang berkemungkinan menjadi punca markah kami kurang) bukan salah kami.. kenape kami jadi mangse..? saye cukup pantang jika saye yang dipersalahkan atas kesalahan yang tidak dilakukan oleh saye..
tapi, saye tak leh protes dan saye juge dah penat protes.. saye kene akur dengan arahan tersebut.. argh.. tensen, saye kena karang lagi sekali jawapan yang saye tulis sebanyak 4 helai tu.. take home test yang yang hilang tu saye tulis guna tangan, bukannye ditaip guna keyboard berhuruf2 ni.. saye amat yakin, orang lain pun same, diorang kene karang THT yang baru sbb diorang pun tulis gune tangan masing2.. hanye segelintir je yang guna microsoft word..

chow! chow kit road..

jam1334 (azan sdg b'kumandang), 13mei2008, lr7

Monday, May 12, 2008

anis & jururawat

mesej nas kepada saye:-

weh, jgn lupe wish hari jururawat ko ieda hari ni..

mesej saye kepada ieda:-
happy nurse ieda.. take care my luv..

isnin, 12mei 2008..
saye terjaga lewat pagi..sungguh tak bagus untuk kesihatan..biasanya saye akan mula lupekan katil yang best tu jika matahari dah mula jenguk bumi..dan akan ingat kembali kepada beliau di kala malam mula bertukar menjadi pekat seperti kopi kapal api..

KOPI
saye teringat kat soalan mak kawan saye.. mak die tanye saye suke minum kopi tak? saye jawab tak.. tanpa ditanya, mak cik tu cakap dia suke minum kopi.. jadi, setiap kali saye tgk kopi, saye akan ingat kat mak kawan saye tu.. semoge mak die bahagia dengan air kopi kegemarannye!

KATIL
cakap pasal ingat mengingat ni.. setiap kali saye kemas katil saye, saye akan teringat kat fizie,senior saye masa di matrik dulu.. setiap pagi, fizie akan kemas katil dia.. hasilnye, sangat lah kemas dan cantik berseni.. saye cukup tertarik susunan bantal2 die yang banyak tu..
* fizie, ko ape khabar.. bertuah ko sbb aku igt kt ko setiap pagi..

COKI-COKI
diena, ingatan i kat u menjadi2 bila i makan coki2 kegemaran u tu..!

gambar: ieda pakai uniform nurse.. [hmm.. tak dek dalam simpanan saye gambar umi pakai uniform nurse..]

Saturday, May 10, 2008

we love food

Dia:-
Darling darling.. i have an idea.. Why dont we go out saturday nite? Kite kan dah c****k. Xpayah lame nk siap pun kan?? Lepas tusyen.. Kite g.. Jalan sket2 je pun xpe. Then we dine.. Grandly..the four of us, wat we do best is eat. So we eat.somewhere grand..and great.ahad.. Yanie teman mama.i balik umah.

Saye:-
Grand and great? ktne tu?

Dia:-
I kene pk. I was thinking tgi.. Ok tak? Kite celebrate semua skali.
Jan ~ New year.
Feb ~ Valentines day.
Apr ~ birthday arra
May ~ birthday anis
Jul ~ friendsahip day
Sep ~ bukak puase and raye
Oct ~ birthday yanie
Nov ~ arra grad
Dec ~ birthday intan
so i rase berbaloi la mahal sket. Ok tak?

Saye:-
wah..! byknye bnda nak celebrate.. i ok je..

Thursday, May 08, 2008

today is wednesday

last sem, rumates aku suka tanya 'what day is today..?'. siap ngan gaya and berlagu ceria daa! seme ni hasil hasutan dan racun yang mitchelle bagi kat dorang.. ada banyak lagi ayat2 power beracun yang budak kecik tu bagi, tapi aku malas nak ingat.. 8 seasons ma! bukan sikit tuk aku mohon mengadap skrin komputer..

XoXo.. Gossip Girls.. hua ha ha.. unbelievable! akhirnya aku mencemar duli dua malam berturut2 tuk tengok ape yang serena buat kat besfren dia, blaire..

hari ni, birthday aku.. first time aku tiup lilin yang dipacak2 kat kek coklat.. tak tau la adegan tiup2 tu tahyul ke tak, aku gasak jer asalkan niat tak serong.. time kasih kak hasnah! semoga rezeki akak murah, lain kali bleh belanje lagi..

time kasih jugak kepada mereka yang telah kol, sms dan ucap selamat sempena beday aku.. (lebih dari sepuluh mesej aku terima keesokkan harinye.. viruz2 benci serang maxis' network kot! sebab tu lambat sampai..)

! @ #$%^&*(-=)_~ !+_)@*&()&^%^ @ #$%#~^.

2159, 7mei2008, itd

Monday, May 05, 2008

ayoh ngoh & ayoh chik

happy birthday to kak mie.. happy birthday to effa.. happy birthday to aiman and happy birthday to posh.. semoga korang seme dapat wish dari aku lagi next year.. tiber..

abah cakap:-
kak mie punya birth date sebenar ialah 28 april.. tapi tah nape tah, dalam surat branak and kad pengenalan kak mie, tarikh 5 may yang tercatat..

sebetulnya:-
tarikh, bulan dan tahun kelahiran umi and abah seperti yang tercatat dalam kad pengenalan dorang adalah tidak benar.. bila aku tanya ape tarikh yang sebenar dilahirkan, dorang berdua tak hingat sbb tok nenek aku tak pernah nak concern pasal tarikh dorang dapat anak!! yang penting anak mereka sihat dan ceria gembira.. yang dorang tau, umur sebenar dorang ialah 2tahun lebih tua berbanding tahun yang dicatat dalam kad pengenalan..

arwah tok ayoh:-
nama tok ayoh aku ~ hassan.. satu hari, tok mek aku branak anak kembar lelaki.. punya la excited and berkenan kat nama cucu Rasulullah, tok ayoh aku cadang buh nama Hassan dan Hussin kat si kembar tu.. tip top teko, masa gi daftar kelahiran, barulah tok ayoh sedar bahawa anak kembarnye akan bernama hussain bin hassan and lagi sorang nama hassan bin hassan.. (takkan kot..!!!)

pastu:-
aku tanya umi, ape yang tok ayoh buat? kata umi, yang nama hussain tu dikekalkan tapi yang nama hassan tu ditukar kepada muhammad..

sekarang:-
empunya nama hussain dipanggil ahmad and muhammad kekal dengan panggilan muhammad.. kenapa jadi camtu?? aku pun tak tahu..

2230, 5mei, taman guru

Monday, April 28, 2008

duplicate keys

mungkin sudah menjadi suratan yang aku tidak sebulu dgn pekerja di opis nusaibah sejak aku kecik sampailah sekarang..

kisahnya bermula dengan kunjungan hormat aku ke opis tersebut pada pagi jumaat, 18apr2008.

11.50am - aku pinjam kunci stor blok d, level 4 dari opis tersebut.. matrik kad bercip milik mutlak aku sebagai cagaran..

12.00pm - aku pulangkan balik kunci stor yang tak berjaya memecahkan da vinci code di tombol pintu stor yang berdekatan dgn bilik aku tu.. pastu aku minta tolong 'dia' bukak stor tu guna master key (student macam aku ni tak leh pinjam kunci master tu..) kendian 'dia' cakap; sis datang after lunch lah.. (i.e.2.45pm).. aku ty knape nak kena datang after lunch? 'dia' jawab, sbb saya yg akan buka pintu stor tu..

aku BENGANG!! ape kes 'dia' nak aku datang after lunch? xleh ke 'dia' bukak pintu stor tu before 'dia' gi lunch..? (i.e. 12.15pm).. dalam masa 2jam 30minit, dah brape banyak barang yang aku bleh simpan dalam stor? tapi aku bleh sabar lagi.. mungkin dia ada kerja penting yang nak disiapkan sebelum kuar gi shopping dikala kaum adam sedang menunaikan solat jumaat..

3.00pm - aku pergi opis lagi skali.. minta tlg 'dia' buka pintu stor tu la! tetiba aku dengar 'dia' mengeluh; huh!baru je naik.. dah nak kena naik lagi..! aku BENGANG lagi skali.. darah muda aku yang dah nak tua ni mula naik ke muka sedikit demi sedikit.. ade ke patot 'dia' mengeluh ngan kerja yang diamanahkan? kerja yang dibayar setiap keringat yang 'dia' keluarkan? aku pun, dengan muka yang bengis lagi mengerikan (mampu buat orang meluat kat aku) terus remind 'dia' dengan suara yang tegas dan terang menggunakan bahasa ibunda aku.. tak perlu la aku taip kat sini ape reminder tersebut, tapi 'dia' dengan suara yang lantang dan nyaring terus cakap "hebat.. hebat..!" aku paham, dari nada dan jelingan matanya, 'dia' sedang perli aku.. hmm.. 'dia' memang tidak professional dalam menjalankan kerjanya.. akhirnya, 'dia' arahkan seseorang tuk gi buka pintu stor menggunakan da vinci code yang keramat tu..

'dia' ~ aku tak nak tahu ape nama penuh @ nama samaran dia..

petang tadi, aku pergi lagi ke opis yang sama.. wah.. kali ni aku rasa betul2 hebat.. belum sempat aku bagitau ape yang aku nak, awal2 lagi dorang tanya sama ada aku nak amek barang kat stor da vinci tu ke?

moral:-
1) ketahuilah hak sebagai pengguna, CAP..
2) pekerja2 kat opis nusaibah dah cam muka bengis aku nih!
3) jangan la korang cari gaduh ngan orang sbb mereka akan ingat sampai mati
4) wahai anis!! jaga diri, hiasi peribadi..

1850hrs, 28apr2008, itd

semester 3

LECTURES
28/04/2008 - 15/06/2008 7 weeks (Monday) (Sunday)

EXAMINATION PERIOD
16/06/2008 - 22/06/2008 1 week (Monday) (Sunday)

INTER SEMESTER VACATION
23/06/2008 - 06/07/2008 2weeks (Monday) (Sunday)


nak tau ape benda yang aku korek tuk beli minyak kete balik kampung..?
meh nok ghoyak..

15apr2008
carton 13kg ~ 3.90
book mixed 30kg ~ 7.50
total ~ 11.40

16apr2008
n.paper 30kg ~ 9.00
plastic 8.5kg ~ 10.20
total ~ 19.20

18apr2008
black & white 27kg ~ 11.88
book 16.5kg ~ 2.64
carton 3kg ~ 0.90
plastic 5.5kg ~ 6.60
alu. can 0.5kg ~ 2.65
total ~ 24.70

19apr2008
black & white 15.5kg ~ 6.82
book 1.5kg ~ 0.24
n. paper 42kg ~ 12.60
alu. can 0.2kg ~ 1.06
plastic 1.5kg ~ 1.80
l. scrap 1kg ~ 0.83
total ~ 23.30

19apr2008 (second round)
n.paper 42.5kg ~ 12.75
book 3.5kg ~ 0.56
total ~ 13.30
grand total 91.9

idea nak korek mengorek ni aku dapat dari effa dan kemudiannye dari akak2 cleaners.. terima kasih kat dorang seme.. go GREEN, save our ENVIRONMENT, love our WORLD.. hidup mawi world..! satu benda yang aku dapat dari kempen selamatkan bumi kita ialah, setiap benda ada nilai dan beratnya yang tersendiri.. contoh yang paling senang ialah secebis kertas.. korang pikir la sendiri..

1803hrs, 28apr2008, itd

Wednesday, April 23, 2008

black 19.4.07~08

al-kisahnye, aku hanya dapat korek rm13.30 before aku balik kampung right after solat jamak maghrib n isyak pada hari sabtu, 19 april.. aku dah tak dek masa tuk cari gali lagi rm3.30.. so, aku kontek beberapa kawan tuk pinjam rm10.. dalam ramai2 yang aku kontek, hanya sorang yang bagi respon positif di saat-saat akhir.. semoga orang tersebut dimurahkan rezeki dan semoga aku dipermudahkan tuk tolong dia di lain hari..
~ kawan senang dicari, tetapi sahabat susah ma..!

on da way back, kami singgah kat stesen petronas di tengah2 hutan lebuhraya karak tuk makan malam.. walaupun kat tengah2 hutan, tapi tempat ni diterangi oleh lampu spot yang banyak gilerrr.. aku tak beli pepepun tuk dinner disebabkan tiga perkara.. 1) aku tak de baget tuk makanan. 2) makanan kat situ mahal beb! 3) aku takut ngantuk bila nak drive kete nanti (main reason aku..)
~~ nyawa penumpang adalah tanggungjawab pemandu..

ada satu ketika, aku ngantuk yang amat.. mulut dah nganga seluas yang mungkin mengeluarkan gas2 karbon dan menyedut gas2 oksigen.. tiba2 kereta yang aku pandu menonong ke arah yang bertentangan.. tapi, tuhan sentiasa bersama aku, aku berjaya mengawal keadaan dan kembali ke trek yang benar.. tanpa aku sedari, rupanya ada sesuatu yang mengekori dari arah belakang kereta aku .. dan lembaga tersebut dengan pantasnya menyambar tepon bimbitnya dan terus tepon aku.. katanye, if ngantuk, rehat la dulu.. take 5! tapi, aku refused atas sbb kedegilan aku yang memakan diri sendiri.. padan muka! terima kasih kat lembaga tersebut sbb sudi jadi pak gad aku..!
~~~ al-fatihah

aku sampai kat taman guru at 2.45am setelah nam jam bawa kete tanpa henti.. lenguh lioh kakiku.. jalan macam robot doraemon..! eh, tipu la.. aku stop sebenarnya kat kuala krai jab, top up minyak kete rm10.. hehe.. 1st time aku bayar guna kesemua duit syiling yang ada dalam beg tiruan yang dibuang tu..
~~~~ kdg2 kite di atas, kdg2 di bawah..

1017hrs, 23apr2008, taman guru

Saturday, April 19, 2008

penyu menangis

1600hours.. aku datang cc nusaibah tuk pulangkan kunci yang aku kuasai sejak 10 hari yang lalu.. tapi, cc tutup (i mean takdek fulltimer yang datang keje hari ni..) camne aku nak pulang kan kunci ni?

ketika otak ku sedang ligat b'pikir nak bagi kat sape kunci tersebut, aku decide tuk masuk cc ni kejap, barang stengah jam before aku buat kerja yang jarang pelajar universiti buat.. tapi aku tak kisah.. even kerja tu hasilnya ringgit malayisa nye tak banyak, tapi at least aku buat sumting dan tidak hanya goyang kaki, bergoyang..

kat luar cc ni, ada safiatun yang sedang tengok tv.. budak sabah, terer giler, baru lepas interview for AG Chambers, pernah hantar CV ke kcn&co via emel tuk jadi pupil chambering.. aku offer dia guna internet free, tapi dia tak nak sbb nak tgk citer best kat channel tv2..

after this aku ada dua benda tuk disettlekan before balik kampung ngan porche hitam aku.. serius, pada mulanya abang long nak aku balik ngan kete dia, then next week dia akan bawa balik kete aku, tapi tetiba je tadi dia cakap ada perubahan plan.. dia suh aku bawa balik terus kete aku malam ni gak.. (maknanye aku kena drive sorang2 lah ni!).. benda pertama yang aku kena buat apabila dapat berita tersebut ialah cari duit!!! aku hanya ada rm35 dan aku perlukan rm40 lagi tuk kos petrol (+-rm65) dan tol (rm8)..

alhamdulillah, sehingga saat ni, aku dah dapat rm23.40, maka aku perlukan lagi kira2 rm16.60..

ok, babai.. aku end post kedua aku for today stakat ni dulu.. aku nak gi korek tanah, nak cari gali nombor keramat 16.60 tu..

1624hrs, 19april2008,cc nusaibah..