kisah seorang yang bernama anne (bukan nama panggilan ataupun nama sebenar)..
masa anne jadi komiti interskul debating championship baru2 ni, antara tajuk debat yang menarik minat anne ialah Global Warming.. ramai orang memperkatakan pasal pemanasan global atau suhu dunia yang meningkat dengan mendadak.. akibat yang paling ketara ialah pencairan ketolan2 ais di kutub utara selatan timur dan barat.. anne yakin, bongkah ketolan ais yang kapal titanic lanngar dahulu kala tu pun dah cair jadi air laut biru..macam2 cara yang dicadangkan agar pemanasan dunia dapat dikurangkan.. tapi, berapa ramai yang benar2 praktikkan ape yang mereka cadangkan? tolonglah!!
tajuk lain yang best ialah Go Green Campaign.. kempen ni kononye nak menghijaukan bumi lah.. nak kawal penebangan pokok sesuke hati dia dan mak bapak dia lah.. nak kitar semula barang2 buangan lah.. nak cipta barang kegunaan harian yang mesra alam lah.. nak kurangkan penggunaan plastik yang amek masa beratus tahun tuk dilupuskan lah.. tapi, berape ramai yang benar2 praktikkan ape yang mereka cadangkan? tolonglah!!
Biofuel dan Biodiesel.. tajuk ni benar2 menarik minat anne! biofuel dan biodiesel yang dihasilkan daripada bahan makanan.. (makanan yang mengenyangkan perut dijadikan bahan bakar..) wajar ke tak? kajian telah dibuat.. biodiesel dapat dihasilkan daripada tebu, jagung dan juga kacang soya.. ha..!! lepas ni, korang mungkin kena fikir banyak kali sebelum nak beli air tebu @ nak makan tempe @ nak buat bubur jagung.. kerane harga makanan tersebut akan meningkat dengan mendadak kerana para petani mungkin lebih berminat menjual hasil tanaman mereka untuk diproses menjadi biodiesel yang sah lagi termaktub akan memberi pulangan yang menguntungkan.. maka, penduduk di negara yang makanan ruji mereka ialah cornflakes terpaksa la makan kokokrunch yang diperbuat daripada gandum.. dan orang yang suke makan tempe kene cari makanan tambahan yang lain untuk kekal awek mude! tolonglah!!
~anne nak tanam tebu.. dia nak jadi ratu gula..
~~nasib baik beras tak senasib dengan tebu, jagung @ kacang soya.. but,who knows??

0 comments:
Post a Comment