CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 28, 2008

duplicate keys

mungkin sudah menjadi suratan yang aku tidak sebulu dgn pekerja di opis nusaibah sejak aku kecik sampailah sekarang..

kisahnya bermula dengan kunjungan hormat aku ke opis tersebut pada pagi jumaat, 18apr2008.

11.50am - aku pinjam kunci stor blok d, level 4 dari opis tersebut.. matrik kad bercip milik mutlak aku sebagai cagaran..

12.00pm - aku pulangkan balik kunci stor yang tak berjaya memecahkan da vinci code di tombol pintu stor yang berdekatan dgn bilik aku tu.. pastu aku minta tolong 'dia' bukak stor tu guna master key (student macam aku ni tak leh pinjam kunci master tu..) kendian 'dia' cakap; sis datang after lunch lah.. (i.e.2.45pm).. aku ty knape nak kena datang after lunch? 'dia' jawab, sbb saya yg akan buka pintu stor tu..

aku BENGANG!! ape kes 'dia' nak aku datang after lunch? xleh ke 'dia' bukak pintu stor tu before 'dia' gi lunch..? (i.e. 12.15pm).. dalam masa 2jam 30minit, dah brape banyak barang yang aku bleh simpan dalam stor? tapi aku bleh sabar lagi.. mungkin dia ada kerja penting yang nak disiapkan sebelum kuar gi shopping dikala kaum adam sedang menunaikan solat jumaat..

3.00pm - aku pergi opis lagi skali.. minta tlg 'dia' buka pintu stor tu la! tetiba aku dengar 'dia' mengeluh; huh!baru je naik.. dah nak kena naik lagi..! aku BENGANG lagi skali.. darah muda aku yang dah nak tua ni mula naik ke muka sedikit demi sedikit.. ade ke patot 'dia' mengeluh ngan kerja yang diamanahkan? kerja yang dibayar setiap keringat yang 'dia' keluarkan? aku pun, dengan muka yang bengis lagi mengerikan (mampu buat orang meluat kat aku) terus remind 'dia' dengan suara yang tegas dan terang menggunakan bahasa ibunda aku.. tak perlu la aku taip kat sini ape reminder tersebut, tapi 'dia' dengan suara yang lantang dan nyaring terus cakap "hebat.. hebat..!" aku paham, dari nada dan jelingan matanya, 'dia' sedang perli aku.. hmm.. 'dia' memang tidak professional dalam menjalankan kerjanya.. akhirnya, 'dia' arahkan seseorang tuk gi buka pintu stor menggunakan da vinci code yang keramat tu..

'dia' ~ aku tak nak tahu ape nama penuh @ nama samaran dia..

petang tadi, aku pergi lagi ke opis yang sama.. wah.. kali ni aku rasa betul2 hebat.. belum sempat aku bagitau ape yang aku nak, awal2 lagi dorang tanya sama ada aku nak amek barang kat stor da vinci tu ke?

moral:-
1) ketahuilah hak sebagai pengguna, CAP..
2) pekerja2 kat opis nusaibah dah cam muka bengis aku nih!
3) jangan la korang cari gaduh ngan orang sbb mereka akan ingat sampai mati
4) wahai anis!! jaga diri, hiasi peribadi..

1850hrs, 28apr2008, itd

0 comments: