CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 11, 2008

kem komando

dalam post yang lepas, aku ada bagi tau tempat yang aku nak pergi adalah cameron highlands dan mana2 pulau yang ada di malaysia..

alhamdulillah, aku berjaya menjejak kaki ke cameron pada 8 april 2008..

naik bas unititi, sengsorang.. bus dijadualkan bertolak jam 1petang dan aku keluar dari uia jam 11.45 pagi.. park kete kat taman melati, kemudian naik lrt menuju ke masjid jamek.. sampai kat hentian bas pudu tepat2 jam 1petang selepas berjalan laju giler macam lipas kudung.. walaupun aku orang last yang sampai, tapi aku jadi orang first yang naik bas tersebut.. 7minit kendian, aku jadi bengang dengan pemandu bas apabila dia cakap bas akan gerak lambat sikit, kot2 ada orang lain lagi yang baru nak beli tiket.. pejamcelik2 sambil bermesej-mesej, jam1.45 baru bas tu bertolak dari pudu dan sampai kat tanah rata jam 5.45petang..

cakap pasal delay ni, ada seorang pemandu kenderaan awam pernah bagitau aku yang dia jadi stress sampai tahap kena makan 3jenis ubat stess yang dibeli di farmasi sebab kena tunggu passenger yang lambat.. dah la tu, passenger yang lain duk marah dan sumpah seranah kat cabin crew dan driver kenderaan tersebut sebab delay.. yang pasti, orang tak tahu driver ni terpaksa tunggu passenger yang lambat.. dan biasanya mereka yang lambat tersebut adalah dari golongan V*P atau V**P sebab mereka sibuk dengan tugas2 mereka yang lain.. wallhu'alam..

tempat yang aku pergi semasa berada di cameron adalah brincang, kea farm, agro farm, ladang teh bharat dan cc.. thank you kepada puan ieda sebab sudi bawa aku jalan2 walaupun sedang mengandung 8bulan dan penat setelah kerja shift malam di hospital cameron highlands yang dipenuhi dengan pesakit O.A. yang tak wangi, berpenampilam slumber dan berjiwa cool.. thank you jugak sebab bagi pinjam kete wira auto DL878 mung.. bleh la aku pusing2 cameron seorang diri ketika mung tidor di rumah, mengumpul tenaga..

yang tak best no satu, kat sana barang2 keperluan harian semuanya mahal.. yang murah hanyalah buah2an dan sayur2an yang ditanam di tanah tinggi tersebut.. yang tak best no dua, hidung aku jadi pedih sebab hirup udara sejuk..

tapi yang best nye.. suhu kat sana sejuk even ada matahari, udara segar dan nyaman.. kuku bertukar jadi warna pink, cantik..!! kipas/air-cond lansung tak de dan tempat parking di segenap ceruk cameron adalah free.. jimat duit..
destinasi idaman aku yang seterusnya adalah pulau lang tengah..


1300hrs, 11apr 2008, iium.

0 comments: