CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 08, 2009

benda2 yang memberatkan beg aku!

antara benda yang dibeli dan yang menyusahkan aku untuk dibawa terbang bersama..

corned beef ~ isi daging lembu yang ditinkan.. rasanye lain dari daging cincang n katenye tiada dipasaran semenanjung..

sirap GRENADINE ~ dayang nadhirah aka dee yang memperkenalkan aku dgn air sirap jenis ni.. katenye tak de di semenanjung.. aku sangat suka rasa sirap ni, tiap-tiap hari aku minum.. lagi nyaman (sedap) jika dicampur jus perahan limau nipis.. (beli 2liter, bawa balik kampung)

kek lapis ~ biasanya aku beli kek buatan Dayang Salhah.. harga sebiji kek antara rm10-rm25 (saiz kecil).. aku suke kek lapis masam manis (ada kepingan gambir) dan kek lapis india (ada kepingan coklat cadbury)

pasar tamu a.k.a pasar satok ~ pasar yang sesak setiap hari.. tempat yang mesti disinggah sebelum balik ~ beli ikan terubok berpuluh ekor ~ orang kampung kirim..

ikan terubok masin ~ benda yang wajib beli b4 balik kampung ~ jgn percaya pada harga yang terpampang tersebut.. sbnrnye ada diskaun 50%!! (tapi mesti lah kena pakai tawar menawar..)

Monday, July 06, 2009

splatter pattern

my new blogger layout ~ Splatter Pattern..
yeay!
love the splatter itself+bright colours..

050709~birthday umi..

semalam birthday umi.. (mungkin juga tidak sbb umi lupa tarikh lahirnya yang sbnr & masa nak buat kad pengenalan, tarikh lahir umi dilewatkan 2tahun..)

walaupun aku tahu umi xbaca blog CCD ni, tapi aku nak juga ucap Selamat Hari Lahir ke-62 & semoga tahun hadapan aku berpeluang ucap Selamat Hari Jadi yang ke-63..

terima kasih byk2 kepada umi yang telah mendidik kami adik beradik.. terima kasih umi kerana mengajar Alif, Ba, Ta.. terima kasih umi kerana menyekolahkan aku di SK Sri ABIM Al-Hikmah+SRK Zainab(2) dan SMU(A)Maahad Muhammadi (P).. terima kasih umi untuk segalanya..

matang, jln matang, taman matang jaya

kadang-kadang kita menjadi dewasa dari umur sebenar, dengan rela hati..

kadang-kadang kita perlu menjadi lebih dewasa dari umur sebenar, untuk kebaikan orang lain..

kadang-kadang kita terpaksa menjadi lebih dewasa dari umur sebenar, apabila kita belum bersedia untuk terlibat dalam sesuatu perkara..

Friday, June 19, 2009

HP hilang lagi..

telefon pemberiaan seorang sahabat karib aku HILANG!!!
sedih tak terkata..

Friday, May 22, 2009

aku ingin

..aku ingin terbang tanpa sayap..
dan
..aku ingin berenang setiap hari..

kisah chicken wing dan noriah+azubir

gambar: lain kali fokus kat nama aku..! btw,congrats!!


apa pun yang terjadi, sekarang aku nak bodek noriah..

nak blajar masak ayam madu bakar dari mak dia..

sedap tahap dewa kot ayam madu 5ketol yang aku makan masa kenduri mek yah baru ni..

**yaa ahhhh,,, bila mu nak balik? aku nak gi rumah mu, nak blajar masak 'chicken wing'.. kalu mu nak suh aku tlg mak mu pun bleh.. ;p (kenyit mata sambil jelir tak gulung lidah)

laksa kelantan, pahang, terengganu

gambar: laksam kuah lemak kegemaran zaman sekolah dulu..

pada masa dahulu, ada seorang intan terpilih telah menjamu puteri anis dengan laksa lemak putih yang dibawa dari rumahnya.. laksa tu sedap gile okay.. pertama kali aku makan laksa yang sedap macam tu.. even ibu bukan orang kelantan, tapi ibu mmg pandai buat laksa lemak kelantan!!!

ni resipi kuah laksa lemak (yang sangat sangat serasi dengan selera masyarakat di kelantan) yang aku belajar dari ibu intan..

bahan-bahan (kuantiti agak2 sendiri ikut selera masing2):-

santan (jangan terlalu cair),
ikan kembung (jenis ikan bleh ubah ikut cita rasa) rebus,
bawang putih+merah,
bunga kantan,
daun kesum,
asam keping,
serai (aku ingat2 lupa sama ada serai ada dalam senarai atau tak),
garam dan gula.

mula2. masak santan, bawang putih+merah (yang telah ditumbuk/dikisar) sampai mendidih baru masukkan isi ikan (juga yang telah ditumbuk/dikisar).. kuah mesti dikacau setiap masa agar santan tidak pecah/berketul).. kemudian masukkan bunga kantan yang dibelah dua, daun kesum yang masih bertangkai, serai yang telah diketuk, asam keping dan akhir sekali sedikit garam dan gula (bahan wajib dalam masakan kelantan).. tunggu sampai glegok lagi skali baru tutup api dapur..
perlu diingatkan, kuah mesti dikacau setiap masa even api dah tutup until kuah jadi suam2 kuku..

ulam mentah:
kacang panjang, timun (masing2 dipotong halus) dan taugeh..

laksa:
aku tak tau macam mana nak buat laksa/laksam, tapi laksa segera ada je jual kat kedai runcit/pasaraya terpilih..

*glegok = menggelegak/mendidih


-->ibu cakap: bagi resipi je x jadi ape, mesti tengok cara dia masak!!! tu la secret recipe ibu..

sirap pandan special air tangan kak ngoh

picture: copy and paste from http://www.blalang.com/pictures/?p=771

koleksi lukisan2 menggunakan pensil..

>
>
>
hari panas terik,
aku buka peti ais,
jenguk2 cari air manis,
tak de yang menarik hati..
(aku sebenarnya teringin air sirap!!)

terus aku teringat kat si gadis puteh gebu, adnin wanis..
~rakan di sekolah rendah @SRK Zainab 2
~kawan di sekolah menengah @SMU(A) Maahad Muhammadi (P)
~sahabat di universiti @UIA

dia sangat pantang dengan air sirap.. dengan kata lain, dia tak suke (dan xleh) minum air sirap..
bila aku tanya kenapa tak suke air sirap? dia cakap rasa macam bodoh je minum air sirap..
aku tanya lagi, kenapa rasa macam bodoh? katanya air sirap tu kosong.. nothing special.. tak macam air2 manis yang lain..
aku tanya dia lagi.. habis, kalo gi kenduri kawen dan hanya ada air sirap, mum minum air gapo? jawabnye, aku rela tak minum air kat tempat kenduri tu..

dalam dunia ni, macam2 pantang larang orang yang kadang2 tak masuk akal..
ada yang xleh minum air holo (horlick+milo), carrot+orange juice atau air teh 0 limau..
alasannya, nape perlu campur horlick dan milo / carrot and orange / teh 0 dan limau..?
hohohoh..

yang penting, aku akhirnya minum air kosong je tuk hilangkan haus pada hari yang panas terik tu..

Tuesday, May 05, 2009

i like surprise!!!

bawa kete selama 8jam dari seremban ke kota bharu (tanpa henti dan tanpa tertido) benar2 menguji aku! besar tanggungjawab aku tuk jaga keselamatan kak ji (yang tak tido semalaman sbb baca new moon), keselamatan diri sendiri dan juga keselamatan pengguna jalan raya yang lain..

dah banyak kali.. hari ini bukan kali pertama aku balik kampung tanpa bagitahu kat mak bapak terlebih dahulu (sengaja aku buat begitu).. sampai je KB, aku terus tepon abah bagitau yang aku ada kat KB skrg ni. abah punya la terkejut sampai tak leh nak cakap ngan aku!! tak leh nak cakap okay.. abah terus bagi hp dia kat umi agar umi plak yang terkejut dan kelu tanpa kata!!

kak ji belum tido, duk baca new moon dari tadi lagi

twilight ~ new moon ~ eclipse ~ breaking down ~ midnight sun ~ ???
najwa, segalanya kerana najwa!! jika dia tidak promote twilight kat intan, tentu aku tidak tertarik nak baca novel mat salleh nih.. (terima kasih intan bagi pinjam novel twilight, teman hidup aku masa kat kch..)
masa movie twilight tayang kat panggung wayang; fiza, mek yah & aku rancang nak marathon twilight&cicak man2.. tapi rancangan tu tak berjaya sbb aku muntah2+cirit-birit tahap tak leh nak blah..

mata ngantuk tak leh nak tido

mood: nak nyanyi..

Puteri Santubong puteri sejenjang,
Penjaga gunung negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak dewa turun kayangan..


terima kasih tak terhingga kpd:-
kak su~
abang syam~
nani~(tlg masak, basuh + lipat baju etc)
dan anak2 buah aku yang nakal tapi MANJA!!!

hero pilihan hati setiap masa ~ CHUCK!

Jika dafi tak tahan dengan godaan ais krim vanilla,
Aku plak tak tahan dengan godaan cekelat daim..

Jika najwa tak tahan dengan godaan Twilight,
Aku plak tak tahan dengan godaan CHUCK!!

Jika kak mad promote roti butterscotch,
Aku plak promote CHUCK hampir kat semua orang..

..Tan, u memang ‘jahat’..
You make me crazy to CHUCK!

Dan, CHUCK s2.e19 adalah satu2nye episode yang berjaya buat air mata aku menitik keluar.. sangat menyayat hati tahap dewa!


~CHUCK dah reti kung fu!!!

Monday, May 04, 2009

air 3 lapis

dalam gambar:-

handbag aku (A for anis),
air teh C peng special (sangat sedap),
sayur (jenis ape ntah) kegemaran aku,
sudu (yang aku tak guna) & pinggan,
sotong celup tepung.

...zZzZzZz...

kl ~ srmbn ~ kch ~ srmbn ~ kl ~ srmbn ~ kb ~ ktn ~ kl ~ srmbn ~ kb ~ ??? ~ ??? ~
lama.
lama sudah.
lama sudah tidak.
lama sudah tidak kemaskini.
lama sudah tidak kemaskini blog.
lama sudah tidak kemaskini blog INI!!!

Monday, April 06, 2009

putih . hijau . merah hati .


06.04.2009
happy birthday iylia~
happy birthday dr.adnin wanis~
HAPPY DAY TO YOU ALL~~

Thursday, April 02, 2009

senyum. sengeh. sabar.

bila orang cakap dia lapar (walaupun masa tu dia&kawannya ada banyak kerja yang perlu disiapkan), kawan dia mungkin tak kisah kalau dia nak gi makan..
tapi, kalau dia pergi makan lebih dari dua (2) jam (dan biarkan kawannya buat kerja sorang2) itu melampau namanye..!

bila orang cakap dia kena balik rumah sekarang jugak, (walaupun masa tu dia&kawannya ada banyak kerja yang perlu disiapkan), kawan dia mungkin tak kisah kalau dia nak balik..
tapi, kalau lebih dari dua kali dia buat macam tu (dan biarkan kawannya buat kerja sorang2), itu melampau namanye..!

Wednesday, April 01, 2009

what is my APRIL FOOL?


bila kepala serabut,
muke jadi masam&garang giler..

bila kepala serabut,
kening mesti berkerut macam nak roboh..

bila kepala serabut,
mulut mesti ngaga luas2 tuk sumbat makanan..

bila kepala serabut,
gigi penat kunyah makanan sampai tak ingat diet sihat..

bila kepala serabut,
aku malas nak cakap ngan orang sekeliling.. buat tambah serabut je..!

Tuesday, March 31, 2009

mood jeles: diorang baru balik dari JAKARTA!!!


jauh lagi perjalan yang harus ditempuhi..

masih banyak warna kehidupan yang belum diterokai..

Ya Tuhan, kuatkan semangat aku mengharungi jalan yang tiada hujungnya..

Friday, March 27, 2009

sejuk. beku. kelu.

SMSs daripada makhluk Allah..
makhluk Allah #1: den nak pegi UK 10/4 ni.. nak ikut?
makhluk Allah #1 lagi: (lepas tu) nak pegi Holland, tgk tulip..
makhluk Allah #2: kami otw ke KL.. flight (ke bandung) pagi esok..
aku: diorang tu saje je buat aku @#$%^&*!... dari kecik sampai skrg aku mmg nak gi UK, nak naik ferris wheel.. kepada diorang semua, enjoy your vacation..!! jangan lupa buang duit banyak2 di negara orang..

Sunday, March 22, 2009

tido, makan, baha, DAISY & penat!!

puan mieha, akmar, effa, syarah..

dah banyak hari aku tak dapat tido yang berkualiti.. muka dah macam nak makan orang.. nak cakap ngan orang pun malas..

dah banyak hari aku tak makan dengan betul.. perut aku dipenuhi dengan angin dan gas beracun.. bila makan, mesti rasa nak kuar balik makan2an tersebut.. sangat perit tekak aku okay.. aku lebih rela lapar dari rasa tak selesa kat tekak!!

hampir seminggu aku duk buat keje yang Mr.Baha suruh.. sangat la susah nak tolong 'belikan' rumah tuk client.. maybe this is my first time but lama2 nanti mesti kacang punye..

jumaat (20.03.09)
after submit keje Mr.Baha, aku terus gi Chenor, Pahang (tanpa mandi terlebih dahulu..) nak kejar masa.. target nak sampai kat rumah daisy before Isyak @ before dia akad nikah.. terima kasih kat akmar yang tanpa henti borak ngan aku dalam pejalanan ke chenor.. kalo dia tido, tak mustahil aku pun akan tido sambil bawa kete..

malam tu kami tido kat rumah mieha instead of rumah Daisy..kenapa aku pilih tuk tido rumah mieha?? sbbnye aku nak bangun lewat pagi.. kalo tido rmh Daisy, sah2 kitorang kena bangun awal pagi n tolong2 dia buat keje..

sabtu (21.03.09)
aku bangun kul9.30, tu pun sebab efa kol tanya ape warna tema Daisy? kul11.30 baru kami (aku dan akmar) gi rumah pengantin.. hehe..
SELAMAT PENGATIN BARU SHAZILAH (daisy) & HAZLY
pesanan tuk Hazly, 'jaga daisy elok2.. aku sayang dia..'

before balik gombak, kami gi Bera (rumah Syarah).. akmar nak kenal rumah Syarah.. sampai je rumah dia, aku terus masuk toilet.. basuh muka ngan air paip, aku rasa muka aku segar macam bunga ros kat cameron highlands..

~~~ aku perlukan rehat yang banyak untuk kembali bermaya..

Monday, March 16, 2009

semalam..

gadis #1:
sdg khusyuk cerita kat aku yang sebentar tadi masa nak masuk dalam kedai mesra petronas lebuhraya karak, dia t'dgr org menjerit sbb kena ragut & dia nampak peragut tu blah ngan motor.. katanya, kesian kat mak cik tu tau..


tibe2 gadis #2 datang sapa kitorang..


gadis #2:
macam mana ni.. mak (saya) kena ragut..?

aku:
ha..? mak ko ke yang kena ragut kat petronas sakni? segarang-garang mak ko, kena ragut jugak eh..? (mak dia sangat garang okay..)

gadis #2:
ha'a.. macam mana tahu?

aku:
(gadis 1) baru je bagitau dia tgk org kena ragut kat petronas..

gadis #1:
haa.. patut la saya rasa macam mak cik td tu adalah mak kamu..

Friday, March 13, 2009

aku tgh tensen ngan dia..


Dulu2..
Aku tak suke pakai jam tangan..

Tahun 2004,
Kakak aku bagi jam tangan GL dia kat aku..

Sejak dari itu..
Baik waktu jaga atau tido,
Baik waktu solat atau lepak,
Baik waktu mandi atau berenang,
Tiap masa dan saat aku pakai jam tu..

Aku suka jam tu kerana..
Ia ada tarikh,
Ia guna nombor Roman,
Ia dia tak ada jarum saat,
Dengan kata lain, jam tu lain dari yang lain..

Tahun lepas, jam tu rosak.. huh huuu...
(AKU MASIH MENGHARAP IA BOLEH DIBAIKI..)
Kerana aku sayang ia..

Walaupun dah ada jam F yang baru, tapi jam tu tak de tarikh..
Tak best ok..
Aku hanya pakai jam tu jika nak kuar gi mana2 jer
dan jam tersebut aku tertinggal kat seremban!!!)

Sunday, March 08, 2009

i'll be the princess (diana)

terima kaseh kat mohaymen..

Taylor Swift - CMA awards 2008 - Love Story - Live

aku suke lagu ni.. (sebenarnya aku lebeh suke TENGOK klip vidoe dia.. beberapa kali tgk pun aku tak bosan..)

mungkin sbb baju warna ungu yang dia pakai atau mungkin sbb aku sangat suke ngan 'ball gowns'.. (tgh koya pakai gowns.. haha..)

the great old days..

OLD PICTURES..
..my cousin under umbrella..
..brilliant cousins ~ from sentul to wakaf bharu..

.. the bride was my childhood fren and will always be my neightbour and greatest cousin..

Friday, March 06, 2009

POWER OF CHEWING GUM

mengapa gula-gula getah diharamkan di singapura?

aku tak pasti sama ada cerita ini mitos atau benar..

1) katanya disebabkan oleh kelakuan beberapa orang budak NAKAL yang makan gula-gula GETAH, kemudian tepek benda tu dengan banyaknya di pintu MRL sebelum pintu tersebut ditutup.. akibatnya, pintu MRL tak leh dibuka bila sampai di stesen seterusnya..
MAKA~sistem rosak teruk..!! (kerugian banyak giler kot..)

2) untuk menjaga kebersihan negara tersebut.. kawan aku bagitau, masa dia umur 7tahun, gula-gula getah belum diharamkan lagi di negaranya itu.. setiap kali dia naik bas, tudung yang dia pakai mesti terkena gula-gual getah yang orang yang tidak bertanggungjawab tepek kat dinding bas / tempat duduk..

3) wallahua'lam.

kun fayakun..

kadang-kadang aku tak paham mengapa sesuatu itu terjadi..

Thursday, February 26, 2009

nak makan besar..

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

1. Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Wednesday, February 18, 2009

charles carmichael


jika dulu darling,
sekarang chuck plak..

jika dulu 10ketul,
sekarang 23ketul plak..

5stars 4 CHUCK!

Monday, February 16, 2009

she was my senior @ ZES, MMP & IIUM

kak tah :"Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes"
~penyakit moral ni perlu ditangani seperti kita menangani chikunya dan denggi~

kak tah lagi: "Tidak berguna jika kita mempunyai pokok yang mati sedangkan kita memerlukan pokok hidup yang boleh membantu pernafasan kita setiap hari. Begitu juga dengan moral ia patut dipelihara bukan dibiarkan"
~yer, betul tu.. jangan lupe siram tiap2 hari..~

Sejam bersama Senator Mumtaz Mohd Nawi bagaikan seminit masa berlalu.. aku memandu, dia bercakap tak henti2.. hanya kata2 yang meransang jiwa dan semangat yang membara keluar dari bibirnya.. her aim is to open a law firm branch in Dubai.. pesan kak tah, agar aku mendalami international law (bleh la aku keje ngan dia kat dubai nnt..haha)

aku darjah6, kak tah baru habis SPM (dtg bg ceramah motivasi kat sek aku, ZES..)

aku tingkatan4, kak tah dah jadi lawyer (pun dtg bg ceramah motivasi kat sek aku, MMP..)

8 is not my number..

Sesiapa Yang Tidak Sanggup Mengerjakan Yang Lapan , Maka Hendaklah Dia Berbuat Lapan Macam Perkara Bagi Mencapai Pahala Yang Lapan:-

- Siapa Yang Hendak Pahala Sembanyang Malam Sedangkan Dia Tidak Terjaga, Maka Jangan Membuat Maksiat Pada Siang Harinya.

- Siapa Yang Hendak Pahala Puasa Sunat, Maka Hendaklah Dia Menjaga Lidahnya.

- Siapa Yang Hendak Kelebihan Ulamak, Maka Hendaklah Dia Suka Berfikir Yang Baik.

- Siapa Yang Hendak Pahala Jihad, Maka Hendaklah Dia Duduk Dirumahnya.

- Siapa Yang Ingin Pahala Sedekah Sedangkan Dia Tiada Harta, Hendaklah Dia Mengajar Ilmu Agama Yang Telah Didengari.

- Siapa Yang Hendak Pahala Haji Sedangkan Dia Tidak Berkemampuan, Maka Hendaklah Dia Mengerjakan Sembahyang Jemaah.

- Siapa Yang Hendak Mencapai Fadhilat Orang Beribadat, Maka Jauhilah Persengketaan Dan Jangan Menimbulkan Sengketa.

- Siapa Yang Hendak Pahala Orang Orang Abdaal, Maka Hendaklah Beliau Redha Dengan Apa Yang Menimpa Dirinya.

Tuesday, February 10, 2009

everyday i miss u..!

...Jika ditanya,
Memang akan dijawab rindu..

Jika ditanya lagi,
Memang akan dijawab rindu setiap hari..

Tapi jika ditanya lagi,
Memang akan dijawab tak tahu bila rindu ini akan berakhir..


...Jika diberitahu,
Memang rasa ingin tahu..

Jika diberitahu lagi,
Memang rasa ingin tahu lagi..

Tapi jika diberitahu lagi,
Memang rasa tak ingin tahu lagi kerana rindu akan memuncak..

Tuesday, February 03, 2009

saidatina aishah dan saidina abu bakar

...gmbr kete terpacak luar rumah kawan aku... taman maju, jasin, melaka...

...aku ternampak 'stiker' ni kat cermin almari dalam bilik solat rumah dia... kenangan hari pendaftaran kami sbg pelajar baru..
...mungkin tengkolok (mercu tanda bandar jasin) ni milik hang tuah...

...rupa bandar jasin pada jam 8:27 pagi, 31/01/09 (happy 10th birthday Iffah)...

...masjid tua kat kg. ayer barok, tempat arwah ayah kawan aku sokmo gi solat berjemaah..

...tanah perkuburan (berhampiran masjid tua) tempat arwah disemadikan... ...aku beria nak berhenti solat kat RnR jejantas ayer keroh...

dah lama aku kenal ngan kawan aku ni.. sejak matrik.. dia salah sorang di antara kawan2 yang panggil aku mama @ moms..

masih ingat lagi, aku pernah bagitau dia yang aku nak kenal rumah dia.. dah bertahun.. akhirnya dapat gak aku jejak kaki dan tidor kat rumah dia.. tapi 'cara' dan 'masa' kunjungan aku ke rumah dia kurang tepat..

ayah dia meninggal secara mengejut.. dan secara mengejut gak dia 'ajak' aku teman dia balik rumah dia kat jasin.. seriau gak aku bila tgk dia menangis.. terus ingat kat mak bapak kat kampung.. ingat jugak kat parents kawan2 aku yang lain..

semoga Allah merahmati Allahyarham.. alhamdulillah, arwah telah meninggalkan dua (2) orang anak yang soleh dan solehah, buat bekalan ke akhirat..

*kagum sangat dengan senibina dan susun atur rumah nenek burn.. rumah orang dolu2..

Monday, February 02, 2009

kaktus ku membesar bagai juara #2

...tiber bunga ros puteh tumbuh disebalah pokok keladi...
...pengganti yang tidak setanding ngan kaktus ku...

dia dah kembali (boleh tgk tiap2 hari..), kembali bersama ku, ku sangat gembira, gembira yang tak seberapa..

kenapa?

kerana kaktus ku tak membesar bagai juara.. habis punah janam dikerjakan kanak2 riang yang sedang membesar bagai juara..

...before...
...after...

(huwaaaaa...)

*terima kasih kepada mereka yang telah menjaga kaktus ku semasa ia berada di kampung..

Wednesday, January 14, 2009

kaktus ku membesar bagai juara


apa khabar kamu di sana?

harap kamu sihat dan membesar bagai juara..

walau jauh di mata, tapi kamu sentiasa dekat di hati..

walau daku sudah ada pengganti, tapi tidak setanding dan serupa kamu..

~jumpe lagi..

Friday, January 09, 2009

as old as kitab kuning


THE LAW:-

S.90 of Evidence Act 1950 relates to the presumption of due execution and handwriting on a document which is 20 years or more . It applies to both public and private documents.

The presumption goes only to the genuineness of the document but not to the truth of the contents.

Augustine Paul, Evidence Practice and Procedure, 3rd Edition, 2003, at page 672


CASE:-

Per Sharma J in Commissioners of the Municipality of Malacca v. Sinniah [1974] 1 MLJ 77, 79

“Private or public documents twenty years old produced from proper custody and otherwise free from suspicion prove themselves and no evidence of the handwriting, signature, sealing or delivery need in general be given. If a document twenty years old or more is produced from proper custody and is on its face free from suspicion the Court may presume:

(1) that it has been signed or written by the person whose signature appears or in whose handwriting it purports to be; and
(2)that it has been fully attested and executed if it purports to be so.

*so, the above pic is my birth cert.. consider ancient, more than 20-year-old..

Allah selamatkan Gaza..

Doa Sesama Insan yang bergelar Muslim..

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah... turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis.. Amin. ...."

Wednesday, January 07, 2009

i love my sisters..

puteri2 abah:- anis ayuni (adik@ayuni), nor sabimi (mimi@kak mie), nor ashikin (ikin@kok), anis diana (adik@anis@kak long)..


what day is today?
~today is wednesday..

what date is today?
~today is 7th January 2009 (=10Muharram1430H)..

what happened today?
~i broke my 10th muharram fasting during adzan 'asr.. =(
(kelebihan puasa pada 10muharram..)


setiap tahun, aku mmg tunggu saat2 10muharram ni.. (bunyi macam baik je kan..?) tapi sebenarnye tak de la baik pun.. aku hanya teringin nak makan suro (atau dikenali sebagai) bubur asyura.. semalam masa cakap2 tepon ngan umi;

aku: anis nak makan suro yang sedap.. boleh tlg bawa from kg?
umi: kalo nak yang sedap, kena minta tlg kok buat..
aku: ala.. kalo nak minta tlg kok, tak tahu bila.. (semestinya aku kena balik kg tuk kacau suro dalam kawah.. [penat ma..])
umi: yang kok buat je sedap.. rempah dia tu yang sedap (secret recipe turun memurun nenek aku..)

kelebihan kok yang tak de kat adik2 dia yang lain:-
~sabar n lembut hati..
~pandai jahit macam2 jenis baju yang orang pompuan pakai..
~pandai masak makanan orang melayu sepanjang zaman (berguru ngan arwah tok wan aku..)

Monday, January 05, 2009

happy new year, luv..

salamualaikum buat semua..

setelah 20hari aku tak jenguk blogger, hari ni aku tunai kan niat aku tuk tulis sesuatu kat sini..

antara benda yang aku telah ubah & akan ubah tuk tahun baru 1430H ni:-

-->banyak, antaranyer:-
~jaga penampilan..
~jadi pembaca setia majalah ANIS..
~nak tiru & amal sikap positif yang ada pada fiza..
~potong rambut pendek giler tahap tak leh ikat macam dulu kala.. (kawan lama aku bertanya: 'eh, bukan ke identiti awak berambut panjang ke..?' Aku jawab: 'saye nak buang identiti tu..')

*tiber fiza jadi idola aku tuk tahun baru ni.. fiza ni bukan calang2 orang tau.. tak kenal maka tak cinta..
**alhamdulillah, niat aku tuk cari sesuatu yang baru kat tempat (kuantan) yang agak asing buat aku telah tercapai..
***i miss kuantan so much.. love you guys..

Friday, December 19, 2008

cicakman & big BOSS ku ~ part2

all of you can read HERE..

i don want to waste my time.. =p

kisah cicakman & big BOSS ku

dua hari lepas; hari rabu..

pagi2 buta lagi aku kena TENGKING kat BIG BOSS!!.. tapi alhamdulillah, boss tengking via phone je.. maknanye, dia tak tau saper sebenarnye yang dia tengking tu..

walaupun begitu, muke aku tetap pucat dan jantung berdebar2 tahap dewa! sampaikan kak siti (head account) tanya aku, kenapa anis? aku cakap; tak ada pape la, bos suh norr masuk bilik dia jer.. (fuhhhh.. masa tu tuhan je yang tahu bertapa TAKOTnye aku..) hehe..


to know da' details of da' incident can be read HERE..


tak tahu sebab ape, ptg tu perut aku tetibe je sakit yang amat.. terus aku stop buat keje yang kak mas bagi, then aku gi baring kat surau.. tapi sakit perut makin menjadi2.. aku pun cakap kat noyah, bleh tak kalo aku nak balik awal 15min? aku dah tak tahan ni.. noyah kata ok & dia volunteer tuk bawa balik handbag aku.. (pandai2 la nak hidup..)

kul8 malam, fiza n noyah balik dari office.. fiza tanye aku, mu ada mood nak marathon (movie) lagi tak? aku jawab, mesti la TAK DE!! perot aku sakit giler ma..

dgn baik hatinye, fiza sediakan air suam tuk aku & pergi balik ke pejabat tuk amek pil CHI KIT TECK AUN.. semasa pemergian fiza ke office, aku tetibe muntah bertubi2.. noyah dah risau.. risau dia makin menjadi2 sbb dia tahu aku ni jenis yang jarang jatuh sakit.. puas dia pujuk nak bawa aku ke klinik, tapi aku tak nak dgn alasan sakit tu akan hilang jap lagi..

sampai je fiza kat rumah, dia terus bagi 2kotak pil tu kat aku.. mak ai.. aku tak puas hati tgk bijik2 kecik yang byk tersebut.. mampu ke aku nak telan?? (aku penah muntah sblm ni sbb tak tahan ngan bau pil tersebut..) dgn baik hatinye lagi sekali, fiza 'pujuk' aku suh telan pil tu sekaligus!! (haram sungguh si fiza tu.. nak suh aku telan 77bijik pil chi kit teck aun sekaligus?? arghhh..)

lepas telan ubat tu, aku naik atas dan tido kat atas lantai dalam bilik noyah.. nak dekat tengah malam, aku terjaga sbb nak termuntah lagi sekali.. )@#$%^&*(


~nota~
kami tak jadi marathon movie hari rabu lepas disebabkan sindrom sakit perot aku belum lagi sembuh hingga ke pagi ni..

Thursday, December 18, 2008

QS = quran sunnah = quantity surveying

.sabtu-13-dis-2008.

bangun lambat ~ bersiap tuk ke KL ~ singgah uia main campus jap ~ singgah ampang point jap, beli domino pizza ~ gi rumah mc'yang kat sri kembangan ~ dorang shopping kat alamanda (1st aku gi situ) ~ lepak kat kedai mamak ~ balik rumah ~ borak2 ngan fiza ~ aku tido, fiza stady tuk interview kat JKR esok pagi..

.ahad-14-dis-2008.

pun bangun lambat ~ terkejut giler tgk hari dah cerah ~ fiza terlambat ke tmpt interview kat sek keb sultan hishamunddin ~ toroi & mc'yang lead kitaorang jalan nak ke sek tersebut ~ sampai kat sek tu kul9pagi ~ orang dah ramai ~ turn fiza no.70 ~ terjumpa mc'day, turn dia no.33 ~ tunggu sampai ptg ~ kul4 lebih baru sampai turn fiza ~ sebelum balik, singgah ampang point ~ beli domino pizza lagi sekali! ~ balik kuantan..

gambar2 from kamera merah noyah..

Tuesday, December 16, 2008

resipi: makaroni sup

seperti yang sedia maklum, jarak masa berjalan kaki dari rumah sewa noyah dengan pejabat touch matrix sdn bhd hanyalah 3minit..

jadi, kalo ada sedikit kerajinan kami akan balik rumah pada waktu rehat tengahari.. memasak makanan setakat yang mampu atau membasuh baju..

jumaat lepas, kiorang masak makaroni sup.. resipi mak & mak cik noyah.. siap je masak (lewat 15minit~harap2 bos tak masuk pejabat lagi..), kami terus berkejar (sebenarnye naik kereta) balik ke pejabat dan makan ramai2 bersama rakan sepejabat yang lain..kat bawah ni adalah rupa makaroni tersebut setelah dibubuh dalam mangkuk putih kecik..

kat bawah ni pulak adalah gambar rahman sedang kacau2 makaroni sup dalam mangkuk.. banyak tu je yang tinggal tuk isi perut dia yang selalu gastrik tu.. (ni gambar kandid)


kepada sape2 yang nak tunjuk bakat memasak makaroni sup ala2 vietnam (noyah keturunan vietnam) bleh cuba resipi di bawah:-

1. tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang (kuantiti ikut suke korang..)

2. bila dah wangi dan sedikit garing, masukkan sedikit sos tomato+sedikit sos cili+sedikit sos tiram+sedikit kicap masin @ juga dikenali sebagai kisap sotong (optional)

3. kemudian masukkan isi ayam yang dipotong dadu sebesar saiz ibu jari+udang kering yang ditumbuk (optional)

4. bila isi ayam dah masak, masukkan pula air yang mencukupi tuk dimakan ngan kuantiti makaroni yang korang nak makan tu..

5. jangan lupa bubuh garam dan gula (optional)

6. tunggu sampai menggelegak, masukkan makaroni yang telah direbus separuh masak..

7. pastu baru masukkan baun bawang dan daun sup yang dihiris sepanjang 1cm..

8. jika suke bleh masukkan hirisan buah tomato (digalakkan)


*pastikan makaroni tersebut dari jenis yang berkualiti, sbb ia menentukan kesedapan sup tu nanti.. (kepada kak ida & kak mass, selamat mencuba lagi sekali dan selamat berjaya..)

Friday, December 12, 2008

bidan terjun eda..


eda..
my skulmate merangkap housemate sekejap2..
housemate sekejap2..? yer, housemate sekejap2 la.. kitorang ni selalu melepak kat rumah sewa oyen masa tingkatan4 dulu..

eda..
-pandai giler MEMASAK.. pandai giler okay..?
-CANTIK.. iras2 pelakon popular abby abadi.. kenyataan ikhlas aku ini diakui oleh mak andam dan saudara mara belah pengantin lelaki..
-baik dan lemah lembut..

eda..
minta tolong aku duk tepi pelamin semasa dia bersanding dan bagi bunga telur kat orang yang tepung tawar pengatin baru.. hish.. eda eda.. tak pasal2 aku jadi 'bunga telur girl' terjun.. dah la muka aku waktu tu terang2an macam orang tak cukup tido.. tapi, sayang kat eda punye pasal, aku turut aje permintaan dia tu.. i love you eda..

khas untuk ayu (nor nadirah adam) yang tak leh hadir ke majlis perkahwinan eda (zaida abdul rahman) dan khas buat cbah (siti nasibah saufi) yang mintak nak tgk gambar ni..

p/s: ayu & cbah, enjoy some pics HERE.. lain2 gambar bleh mintak kat oyen dan dada.. roccho!

CCD bersalin kulit..

semalam..
akak yang selalu bagi aku keje tuk 'dikerjakan' ada meeting.. ntah nape b4 dia masuk meeting, dia tak bagi aku keje.. kalo tak, tak de la aku keBOSANan giler tahap dewa!! saya budak baru kat sini, tak leh nak memandai buat macam pejabat sendiri..

so, aku godam internet, cari skin baru tuk blog ni.. as a result, gambar si puting beliung dan bunga merah jambu tu telah menarik minat aku..

tak tipu, masa nak klik kat 'save templates' tu, hati aku jadi sayu kejap.. dari hari pertama blog ni dicipta (13julai2006) hinggalah semalam (11disember2008), aku duk guna skin warna oren tu.. sentimental value ma.. heh..

hari ni..
pagi2 lagi aku cakap kat kak siti, "akak, tlg la bagi saya keje.. kesian kat saya smlm, kebosanan sbb tak de keje nak buat.."

akhirnye..
NAH!! amek ko.. belambak keje aku dapat.. hihi.. tapi tak pe, aku suke.. at least tak de la aku makan gaji membuta tuli..

Thursday, December 11, 2008

atas permintaan fiza..

aku upload gambar2 kitorang gi funfair, 3rd december 2008.. malam tu, kamera mmg kat tgn fiza je.. dia tak nak bagi orang lain pegang ma.. (ape masalah si fiza tu, aku pon tak tau!!)

so fiza (dan juga org2 lain), gmbr tersebut bleh tgk kat SINI.

Wednesday, December 10, 2008

black & red


noyah oyak, jarok kuantan ke KB ney jey (6jam) jah..

khamis, 4disember2008.. aku tubek dari ofis kul6.. kelik rumoh sewo, amek bare.. pahtu singgoh amek duik kat mesin atm muamalat (daley kampus uia cawange kuantan + jupo adnin wanis jap..) adnin adalah saing aku sejak skoloh rendoh, skoloh menengoh dan uia.. tepat kul7.10maley, aku tolok kelik ke KB.. aku tok breti kat mana2 tempat kecuali buh minyok keto kat petronas kemaman..

alhamdulillah, slepah 6jey, yakni tepat kul12.00tgh mlm, aku sapa depan pintu pagar rumoh kat kg dewan beta.. aku kol abah suh tlg bukok ibu kunci kat pintu pagar rumoh.. abah terkejut aku ado kat depan pagar rumoh sebab aku tok oyak ko abah yang aku nok balik KB on that day.. aku jamin, kalu abah tahu aku kelik ssoghe di waktu maley, mesti abah tok wi aku kelik.. jadi, lebih baik aku buat kejutan ko abah.. (maksud aku, tetibe jah aku ado kat depan pintu rumoh..)

p/s: gmbr stereng keto tok laki dada.. sangatlah susoh nok pulah stereng tu.. habih mmulah tange aku..

Thursday, December 04, 2008

haik! see you..


gambar kitorang 'berjudi'.. banyak giler dapat anak patung kecik2 dan kiut2.. we love funfair!

jap lagi, aku nak drive balik kampong.. esok my good fren nak kawen.. so, aku buat cuti sendiri esok..

smoga aku slmt sampai.. this is my first time to drive from kuantan to kb.. dah la hari semakin gelap, aku sorang2 pulak tu..

tapi tak pe, i've to be strong now and forever..


Wednesday, December 03, 2008

increment??


gambar nie aku amek kat dlm internet.. masa tgk gmbr ni, aku terus gelak kuat gile tahap dewa.. sbbnye aku teringat kat satu kisah yang rumate aku penah cite dolu kala..

alkisahnyer, mak N**** pernah bawa balik troli milik pasaraya GIANT ke rumah dorang sbb lama sangat tunggu bapak dia nak datang amek..

of coz la kan, jarak rumah N**** n Giant tu dekat je.. jalan kaki pon boleh.. dan skrg, troli tu masih lagi ada kat rumah dorang..

sekian.. (sila pulangkan barang milik Giant tersebut.. =)

Monday, December 01, 2008

jen jen jeng..

ini berita yang baru aku terima..

rupe2nye, masa aku duk kalut jadi receptionist td, ada orang dalam ofis ni permainkan aku.. haram tul..

dia: bleh saya cakap dgn cik fiza?
aku: cik fiza tak de.. dia ada miting kat luar..
dia: miting kat luar? kat mana?
aku: em, tak tahu la kat mana.. (aku bohong dia.. aku takot nak gtau tempat miting tu, takot pecah rahsia Ta' Mim..)
dia: kat luar tu kat mana..? (dia tanye lagi..)
aku: saya tak tahu.. (aku bohong lagi..) Ni sape ni? ada ape2 pesanan?
dia: saya supplier. saya nak buat appointment ngan cik fiza..
aku: ooo.. nanti saya kol cik fiza n tanya bila dia bleh buat temujanji.. ok? bleh bagi contact no cik?
dia: oh, takpe2.. saya akan kol balik nanti..
aku: ok.. tq..


after that terus aku kol fiza, tapi dia tak angkat.. aku kol man (yg gi miting skali ngan fiza), man angkat.. aku suh dia bagi fon dia kat fiza.. fiza kata dia nk cakap sendiri ngan supplier tuk tetap tarik temujanji.. aku cakap OK..

~lepas balik dari miting kat SUK; both fiza n man sengeh manis giler kat aku yang duk kat meja receptionist..
~~bila dah habis waktu keje, aku naik ke tingkat atas.. aku gi kat meja man.. duduk atas kerusi pusing2 dia sambil dgr fiza, norr & man berbincang.. then aku g kat meja fiza lak..
~~~masa kat meja dia, fiza tanya aku ttg supplier yang kol tadi.. (mbi dia dah panat berlakon..) fiza gtau aku man yang suh dia 'kacau' aku..!!!!!
~~~~argh.. KORANG JAHAT..!! pandai mu blakon fiza..

Ta' Mim = TM = Touch Matrix = Tg. Mahkota


"hello, selamat pagi.. touch matrix sdn bhd.. diana di sini.. boleh saya bantu?"
(ayat yang aku sebut berulang kali pada hari ni kepada orang yang berlainan..)

tibe hari ni aku jadi bidan terjun..

sedang aku khusyuk key in data dlm laptop Norr, Aida (HR kat ofis ni..) jerit panggil nama aku.. dia suh aku ganti tempat Eyka (yg cuti hari ni) as receptionist sbb bos dah marah2 tak de orang nak jawab phone calls..

aku dgn jahil tukilnye, tanye Aida ape yang patut aku buat??

Aida cakap, aku kena jawab panggilan yang masuk..

aku dgn bodohnye tanye dia lagi, pastu.. saye nak cakap aper kalo ada orang kol?

cakap "selamat pagi, touch matrix sdn bhd, boleh saya bantu..?"

aku dgn akurnye cakap "ok, saya cuba sebaik yg mungkin.."

HASILNYE; aku kelam kabut dan banyak kol yang aku ter'cancel'.. tapi, aku suke duk bawah ni.. keje agak relax walaupun aku perlu jawab semua panggilan masuk dan aku juga perlu buat panggilan keluar on behalf staff2 lain..

~tuk korang.. kat atas tu gambar aku kat kauter receptionist yang Norr amek guna kamera merah dia..



dari kiri:
norr, aida, kak mas, kak siti,(tak tahu sape), fiza, ina, eyka dan eni.
(dorang bergaya sakan tuk jamuan hari raya 2008)

Sunday, November 30, 2008

batman vs superman


sekarang,
aku kat ofis..

sekarang,
aku pon tak tau nape aku ada kat ofis..

sekarang,
yang pasti, aku tgh tunggu Man Pink tuk teman dia dinner.. (atau dia yang teman aku dinner..)

sekarang,
aku tak pasti kul brape ktorang leh dinner..

sekarang,
sbbnye banyak lagi keje yang Man Pink perlu settle tuk presentation dia pada esok hari..

sekarang,
aku sdg gna PC Man Pink.. aku suke dgn kecanggihan gejet2 yang ada kat PC dia ni..

sekarang,
aku sdg dengar lagu "Terima Kasih Cinta", lagu kegemaran Man Pink.. lagu tersebut dikeluarkan oleh sebijik speaker yang digelar 'SUPER WOOFER' dgn kuatnye.. (sakit telingan aku dgr lagu kuat2 nih..!!)

sekarang,
aku nak wish All The Best Man for the presentation tomorrow.. even baru 7hari aku kenal ko, aku tahu ko seorang yang hardworking, dilligent and handsome.. (Man Pink, pasni belanje aku..)

chow! roccho..!!

~9.45pm, 30nov2008~

Thursday, November 27, 2008

nory and her rocky

hari ni..
kerja tak de la berat sangat..
hari ni..
just key-in data dalam laptop nih..
hari ni..
aku tak lunch, tapi balik tido kat rumah jab..
hari ni..
aku penat.. aku letih.. aku pening.. aku nak balik..
hari ni..
tringin nk tgk high school musicl3 kat panggung wayang..
(tapi hanya ada kul12tghri.. dan, ini minggu terakhir movie tu kat panggung wayang.. mana bleh camni.. takkan aku nak curi tulang..?)

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..." aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Tuesday, November 25, 2008

main tolak2 kerusi beroda hitam

taip2 yang cambest:

xde makne nye..politik bole tahan hebat kat sini.. jnj xkacau org..tp org kacau kite gak.. hehe

pengalaman yg xdapat nak beli kat mane2 pasar malam..

malas nye nak buat keje.. tapi esok mdm mai ofis..
~takot kat madam la ni..? takot Allah lagi best..

i rase cam nak jalan2 kuantan je weken nih.. i nk reserve grand kon nih.. beli barang2 hantaran.. kunun..

ade 'kuda' x kalo naik bas?
~'kuda' jenama kelisa ada la..

i baru tgk bond 007 smlm

tapi best nye if u jadi dtg.. i betul2 mati kutu dis wekend..

berpeluh2 i buat kerja berat dalam aircond ni..

nak chow awai..i dh 2 ari merempat umah kak zana
~rumah sendiri lg best walau mcm tongkang pecah!


**,jalan 19/2c,seksyen 19,40300 shah alam,selangor

Monday, November 24, 2008

touch matrix sdn bhd kuantan

hari ini
hari baru

hari ini
dunia baru

hari ini
nama baru

hari ini
kawan2 baru

hari ini
suasana baru

hari ini
segalanya baru
(kecuali pakaian yang aku pakai hari ini..)

Thursday, November 20, 2008

amah.dada.daisy.kakzana.rajaK.

saudari daisy and her laptop..

tiber signature orang lain..

unit dorang jadi juara tuk pertandingan hari merdeka ke-50

gambar2 ni daisy tepek kat dinding rumah dia.. terharu aku dibuatnye..

terima kasih kepada mereka2 yang rindu kat aku..
(aku pun rindu kat korang..)

terima kasih kepada mereka2 yang sudi tanya khabar aku..
(aku selesema.. satu benda yang ajaib sbb aku susah nak demam/selesema..)

terima kasih kepada mereka2 yang belanja aku makan..
(semoga korang semua belanja aku lagi..)

terima kasih kepada mereka2 yang bawa aku jalan2 di bumi yang tidak asing bagiku, tapi aku tak tau jalan kat sini..
(kalau korang gi kota bharu, aku akan layan korang macam anak mak korang!)

terima kasih kepada sya aka daisy kerana bagi guna laptop ni..
(aku nak laptop baru..)

yer, skrg aku sdg duduk atas kerusi warna biru dalam bilik daisy.. dia tak de kat depan aku, gi solat kat bilik AHU..

chow! ------from ganu kite..