CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 16, 2008

resipi: makaroni sup

seperti yang sedia maklum, jarak masa berjalan kaki dari rumah sewa noyah dengan pejabat touch matrix sdn bhd hanyalah 3minit..

jadi, kalo ada sedikit kerajinan kami akan balik rumah pada waktu rehat tengahari.. memasak makanan setakat yang mampu atau membasuh baju..

jumaat lepas, kiorang masak makaroni sup.. resipi mak & mak cik noyah.. siap je masak (lewat 15minit~harap2 bos tak masuk pejabat lagi..), kami terus berkejar (sebenarnye naik kereta) balik ke pejabat dan makan ramai2 bersama rakan sepejabat yang lain..kat bawah ni adalah rupa makaroni tersebut setelah dibubuh dalam mangkuk putih kecik..

kat bawah ni pulak adalah gambar rahman sedang kacau2 makaroni sup dalam mangkuk.. banyak tu je yang tinggal tuk isi perut dia yang selalu gastrik tu.. (ni gambar kandid)


kepada sape2 yang nak tunjuk bakat memasak makaroni sup ala2 vietnam (noyah keturunan vietnam) bleh cuba resipi di bawah:-

1. tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang (kuantiti ikut suke korang..)

2. bila dah wangi dan sedikit garing, masukkan sedikit sos tomato+sedikit sos cili+sedikit sos tiram+sedikit kicap masin @ juga dikenali sebagai kisap sotong (optional)

3. kemudian masukkan isi ayam yang dipotong dadu sebesar saiz ibu jari+udang kering yang ditumbuk (optional)

4. bila isi ayam dah masak, masukkan pula air yang mencukupi tuk dimakan ngan kuantiti makaroni yang korang nak makan tu..

5. jangan lupa bubuh garam dan gula (optional)

6. tunggu sampai menggelegak, masukkan makaroni yang telah direbus separuh masak..

7. pastu baru masukkan baun bawang dan daun sup yang dihiris sepanjang 1cm..

8. jika suke bleh masukkan hirisan buah tomato (digalakkan)


*pastikan makaroni tersebut dari jenis yang berkualiti, sbb ia menentukan kesedapan sup tu nanti.. (kepada kak ida & kak mass, selamat mencuba lagi sekali dan selamat berjaya..)

1 comments:

Anonymous said...

aikk...bila masa mu salin recipe ni???