Hari ni hari jadi aku.. sejak pertengahan tahun lepas, aku pasang cita-cita nak sambut hari jadi kat kota London.. tapi, angan-angan dan cita-cita tu tak kesampaian.. tapi, siapa tahu? Mungkin tahun depan aku akan sambut hari jadi di Hawaii atau Mekah..? =)
Jam 8.15 bawa kereta gi pejabat, jem punya pasal, jam 9.10 baru sampai.. Duk kejap, bos aku tanya dah ready ke nak gi Putrajaya? Aku jawab, "Jap kak.. saya nak siapkan kerja yang perlu disiapkan dulu.. ada sikit je lagi.." Jam 9.45 bawa kereta gi bank panel cawangan Putrajaya.. bos aku ada meeting ngan person in charge bahagian litigation.. aku hanya jadi pemandu dan pengiring bos.. heh.. Balik pejabat jam 12.30.. Kek hari jadi aku dah ada, tapi nasi ayam kegemaran ramai belum ada.. Mungkin dalam perjalanan atau dalam lif.. apa-apa pun, yang penting, tepat jam 1.00, Shaq baca doa selamat dan doa makan nasi ayam nyum nyum..
Jam 5.00 petang, ada dialogue kat KL Bar Committee.. kerja kat pejabat berlambak, aku tinggal atas meja macam tu je.. nak buat macam mana kan? aku malas nak bawa kerja2 tersebut ke rumah, sebab, rumah adalah syurga dunia, bukan tempat aku nak buat kerja-kerja pejabat..
Esok rancang nak gi Tanjung Malim, tapi tetiba je big bos suh gi Workshop, pun kat KL Bar Committee.. dari 9pagi hingga 5.30.. hu..
Dan, yang paling geram, dialogue kat KL Bar jam 5.00 petang tu, dibatalkan dengan alasan penceramah baru habis kes kat mahkamah.. Kul 6.15 kot baru kami dapat tahu dialog tersebut dibatalkan.. panasss..
Friday, May 07, 2010
7 Mei 2010
Posted by deyanah at 5/07/2010 03:54:00 pm 3 comments
Labels: hari jadi
Thursday, April 29, 2010
e,z&k
hari pertama kat pejabat ni, aku dapat set lengkap alat tulis.. antaranya:-
1)pen hitam, biru dan merah 2)pen marker biru dan hitam 3)sebatang pensel 4)gam 5)gunting 6)highlighter warna oren 7)sebiji stapler 8)sekotak dawai kokot 9)sebuah buku nota @ planner 10)kalkulator 11)klip kertas 12)bekas alat tulis, dan 13)getah urat warna warni
aku tertanya sendiri, "apa aku nak buat dengan benda2 tu nanti?"
sekarang, hampir 3bulan aku kat pejabat ni.. kesemua benda diatas aku guna untuk aktiviti harian.. aku sudah dapat jawapan apa kegunaan benda2 tersebut.. tapi, aku ada satu soalan baru, "mengapa aku seorang saja yang dapat set lengkap alat tulis, sedangkan rakan2 yang lain tidak?"
Posted by deyanah at 4/29/2010 06:44:00 pm 2 comments
Labels: kerja
Saturday, April 24, 2010
macam-macam
1) bila kita kerja bawah orang --> tak semestinya kita hanya buat kerja untuk beliau, tapi kadang2 kita kena jadi pemandu beliau atau teman beliau pergi bersosial dengan rakan2..
*Alhamdulillah, syukur ada kerja nak dibuat.. ada kerja untuk mendapat rezeki halal..
2) bila dah dapat jerat 3ekor tikus kat rumah sewa kami dalam masa 5jam --> dah tak de tikus2 lain mengganggu aktiviti harian dan barang2 kami..
*Harga perangkap tikus RM5 satu.. alah membeli, menang memakai..
3) bila asyik buat silap --> aku rasa sangat 'down'.. sehingga hari ni, nilai kesilapan aku RM364.00..
*teman aku pernah pesan, "kesilapan boleh buat sekali jer, lebih dari tu bukan lagi silap, tapi cuai.." (okay, aku akan pastikan aku tak buat kesilapan yang sama)
4) bila kerja belambak dan bertimbun atas meja aku --> aku tertanya sendiri "adakah aku yang lembab atau kerja terlalu banyak sampai tak menang tangan..?"
*teman aku pernah cakap, "ko ni slow buat kerja, tapi ko jenis teliti dan kemas.." (aku akan buktikan aku tak slow okay..!)
5) bila terpaksa datang pejabat hari sabtu --> rasa sangat malas nak bangkit dari tidor..
*huwaaaaa.. aku kat pejabat di pagi sabtu.. huu..
Posted by deyanah at 4/24/2010 10:56:00 am 0 comments
Thursday, April 15, 2010
hai kak mad..!
Ya Allah, jauhilah aku dari sifat suka menipu kerana aku benci mereka yang suka menipu..
Ya Allah, jauhilah aku dari sifat suka mengambil kesempatan @ mempergunakan orang untuk kepentingan sendiri kerana aku benci mereka yang bersifat sedemikian..
Ya Allah, jauhilah aku dari sifat 'talam dua muka' kerana aku benci mereka yang bermuka2 dan hipokrit..
Pendek kata--> Ya Allah, perelokkanlah akhlak ku..
Posted by deyanah at 4/15/2010 07:48:00 pm 0 comments
Wednesday, April 07, 2010
Allah Maha Adil
hari ni sangat GERAM dengan kelambatan dan ketelitian dan kelembapan Cube 2 MMS, KL..
3jam duk tunggu giliran, dan hakikat sebenar, aku hanya masuk mengadap Puan tak sampai seminit pun..
dan bukan aku seorang sahaja yang GERAM tapi semua orang yang ada urusan dengan Cube 2..
Alhamdulillah, esok tidak perlu lagi buang masa tunggu giliran nak masuk Cube.. hanya ambil tarikh baru untuk Sebutan.. (maka, esok aku nak pakai baju kurung warna merah!! hoorey..)
*Allah itu Maha Adil..
Posted by deyanah at 4/07/2010 08:07:00 pm 1 comments
Labels: kerja
Tuesday, April 06, 2010
shortcall ~ 6.4.10
hari ni:-
i) duit aku 'terbang' RM200 ~ refiling 4bijik saman yang kena strike out minggu lepas
ii) panggilan pendek ~ terima kasih kepada mr.lawyer yang jadi mover dan ms.lawyer-to-be yang hadir ke majlis panggilan pendek aku
iii) tidur dalam surau kat pejabat sebab sangat penat ~ master datang kejut, hehe
semalam:-
i) terjumpa hamba Allah yang aku ingat setiap hari, setelah lama tak jumpa ~ dengan izin Allah
ii) datang pejabat pukul 11 malam ~ ambil barang yang tertinggal dalam laci pejabat, kemudian hantar barang tersebut ke UIA
Posted by deyanah at 4/06/2010 08:18:00 pm 0 comments
Labels: cinta hati, kerja
Thursday, April 01, 2010
mood ~ MURAM, SEDIH, JIWA KACAU
4 biji 'Judgment in Default' kena strike out semalam..
Posted by deyanah at 4/01/2010 05:15:00 pm 5 comments
Monday, March 22, 2010
my pendekar
bila otak penat:-
i) nak telefon abah, tapi dial nombor telefon bimbit sendiri..
ii) lintas jalan tanpa tengok kanan, kiri dan kanan..(yakin jer tak de kenderaan lalu lalang..)
iii) cakap merapu..
iv) tersalah naik tren..
* terserempak dengan PENDEKAR moden.. =p
Posted by deyanah at 3/22/2010 06:42:00 pm 1 comments
Wednesday, March 17, 2010
hitam putih warna ku
hari ni:- PAKAI BAJU KURUNG WARNA MERAH JAMBU!!
saje nak cari publisiti.. setiap hari pakai hitam, putih & kelabu ~ orang senyum je kat kite..
tapi bila pakai selain dari warna tiga sekawan tu ~ semua orang berebut2 nak tegur..
i) eh, warna-warni hari ni?
--> a'ah, saja nak menceriakan diri dengan warna merah jambu..
ii) tak de kes ke hari ni?
--> ada, tapi minta tolong orang MOB (mention on behalf)..
iii) esok awak pakai hitam putih tau, petang ada kes.. awak yang pergi..
--> ok kak, no prob..
* masa nak key-in nombor saman kat kiosk mahkamah sesyen petang tadi, orang pakat duk tengok.. sebabnya mereka semua berbaju hitam putih, tetapi aku berbaju merah jambu..
* masa nak ambil borang untuk mention, penjaga kaunter tu tanya 'cik ni defendan ke?'
* esok nak mengadap big bos.. aku memerlukan kekuatan yang maksimum untuk perjelas kat big bos pasal saman yang bos aku buat.. saman tu tak berapa nak gagah sebab ada dua perjanjian yang bercanggah dan keliru antara kedua-dua pihak.. pesan bos:- "awak kena buat2 tahu depan big bos.." hahaha.. bos aku memang best!
*terima kiriman ekspres dari seorang teman, dapat hadiah sebuah beg tangan warna coklat.. yeay!! love you Yah..
Posted by deyanah at 3/17/2010 08:22:00 pm 2 comments
Labels: kerja
Tuesday, March 16, 2010
curi tulang amalan tidak berapa bagus
google image of chuck..MARCH 2010 --> CHUCK NEW SEASON!!
yer, hari ni kali pertama aku curi tulang..
sebaik sahaja duduk di atas kerusi di pejabat, aku terus sambung tengok Chuck Episod 6 Musim ke-3.. sangat puas dapat hiburkan hati di pagi hari menonton Chuck..
kemudian, minah pakai baju kurung datang kat meja aku dan bagi 20 letter of demand untuk aku siapkan hari ini gak.. (nah.. amek ko.. tadi curi tulang!! kan dah kena siapkan berpuluh LOD..)
Posted by deyanah at 3/16/2010 04:02:00 pm 0 comments
Labels: cinta hati
Wednesday, February 17, 2010
ya na yir
Lagu bertajuk Januari nyanyian Glen mungkin sesuai untuk aku.. jom layan.. zass..
Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
Sirna...
Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita
Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda
Dengarkan
Dengarkan lagu.....lagu ini
Melodi rintihan kati ini
Kisah kita berakhir di Januari
Selamat tinggal kisah sejatiku
Wow....pergilah
*bulan apakah yang akan menyatukan kami kembali?
Posted by deyanah at 2/17/2010 06:34:00 pm 0 comments
Monday, February 08, 2010
aku seorang operator #2
hubungan sulit aku dengan 'bilik sejuk' dengan rasminya tamat pada awal bulan Januari 2010..
sememangnya aku tidak pernah jangka hubungan kami akan tamat di saat percikan bunga api tahun baru 2010 masih lagi menerangi langit malam..
ku sangka cerah hingga ke penghujung Mac 2010, tetapi mendung di permulaan Januari 2010..
"tu tandanya ko nak kena cepat2 buat chambering.." kata-kata shima dan sufyan menjadi kenyataan apabila suara aku masih lagi malu-malu nak keluar dari anak tekak & peti suara setelah genap sepuluh hari aku hidup 'tanpa' suara..
hai bilik sejuk, engkau cipta memori singkat yang indah.. kita dipisahkan tanpa rela.. huuu..
Posted by deyanah at 2/08/2010 03:21:00 pm 2 comments
Labels: kerja
Monday, January 25, 2010
hello everybody..
dah lama tak berjumpa, rindu rasa hati, ingin ku bertemu dengan mu..
oh citracintadiana.. masa sangat mencemburui kita berdua..
Posted by deyanah at 1/25/2010 01:32:00 pm 1 comments
Labels: hati
Friday, January 01, 2010
.2.0.1.0.
SELAMAT TAHUN BARU 2010..!
jika tahun lepas aku berazam nak jadi pembaca setia majalah ANIS, tahun ni aku tukar azam tuk jadi pembaca setia majalah ANIQAH.. ada dua sebab utama mengapa aku suka majalah ANIQAH.. sebab yang pertama, dalam majalah ANIQAH ada novel bersiri yang ditulis oleh sahabat aku yang sangat hebat dan berkat.. novel bertajuk MELUR HASANAH dan nama aku telah digunakan untuk watak seorang ibu kepada Melur Hasanah.. sebab kedua, ...rahsia... hehe..
hari ni rasa teruk sangat --> suara tetiba hilang, tapi aku perlu kerja..!!
petang ni rasa nak habiskan duit gaji bulan Disember --> membeli belah barang-barang keperluan, kurang perlu dan tak perlu langsung..
Posted by deyanah at 1/01/2010 12:22:00 pm 1 comments
Monday, December 28, 2009
ITU KERJA GILA!!
1) apabila aku telah hantar seorang hamba Allah yang aku tak kenali, dari Taman Melati ke Gombak, pada jam 10.30 malam, disebabkan beliau tertinggal anak kunci motosikalnya di pejabat beliau di Bukit Jalil, dan agak mustahil bagi beliau untuk patah balik ambil kunci motor beliau, dan kemudian dipaksa oleh nenek dan mak hamba Allah tersebut untuk makan laksa Johor dan laksa Kelantan, pada jam 11.00 malam, aku rasa amat kekok dan janggal kerana terpaksa makan lewat malam di rumah banglo indah milik hamba Allah yang aku tidak kenali, dan aku cuba sebaik mungkin untuk sesuaikan diri dan melayan si nenek dan si mama yang melontar seribu satu soalan cepu mas..
**syukur di atas rezeki laksa Johor & laksa Kelantan, sesuai dengan diri aku yang sedang kelaparan selepas pulang dari kerja lewat malam..
2) apabila aku, eddie, zul, mira & nana telah pergi makan kenduri kahwin di rumah siti pada jam 11.30 malam, selepas waktu kerja kami, lepak di rumah siti hingga jam 1.00 pagi dan tuan rumah dah menguap + tak larat nak celik mata..
**syukur rezeki kurniaan Tuhan yang sangat banyak pada tengah malam tersebut..
Posted by deyanah at 12/28/2009 06:02:00 pm 0 comments
Friday, December 25, 2009
I FEEL BAD =(
health: flu & headache..
work: mistake.. mistake.. mistake.. simple mistake, but big impact..! i hate!
Posted by deyanah at 12/25/2009 07:58:00 pm 0 comments
Tuesday, December 22, 2009
MS. WATI & HER MINI BIRTHDAY PARTY
happy birthday ms. wati.. i love you..! a very good & lovely boss..!
Allah bless you..
Posted by deyanah at 12/22/2009 08:40:00 pm 0 comments
Labels: kerja
Friday, December 18, 2009
PUTERI BERSIRAM
pernah tak korang tak mandi sebelum pergi sekolah?
--->aku tak pernah..
pernah tak korang tak mandi sebelum pergi kelas masa belajar kat kolej@universiti?
--->aku pernah..! tapi aku akan balik mandi kalau ada gap sejam atau lebih..
pernah tak korang tak mandi sebelum pergi peperiksaan akhir?
--->aku pernah..! hehe.. tapi aku akan mandi lepas balik dari peperiksaan..
pernah tak korang tak mandi sebelum pergi kerja?
--->aku pernah..! aku rasa sangat teruk sebab aku kerja 12jam pada hari tersebut.. harap itu kali pertama dan terakhir aku tak mandi sebelum pergi kerja.. nasib baik tempat aku kerja sekarang ni berhawa dingin, peluh pun segan nak keluar..
oh Tuhan, aku bukan pengotor, bukan juga pemalas.. tapi masa sangat mencemburui..
Posted by deyanah at 12/18/2009 06:49:00 pm 2 comments
Thursday, December 17, 2009
RIDER MANA YANG ACCIDENT?
kelmarin;
-bangun pagi-pagi, masak 2 bungkus mee goreng sedap (bubuh sebiji telur ayam), makan dengan dil sebelum kami pergi kerja.. sangat sedap okay mee goreng Sedap perisa asli tu..
semalam;
masa nak buat u-turn, aku secara tak sengaja telah gilis anak kucing dengan tayar kereta.. serius, aku nampak kucing tu lintas jalan dan berlari ke arah kereta aku, tapi aku tak tahu yang si anak kucing tu ada kat bawah kereta..! cumanya, masa aku nak buat pusingan U, aku dengar kucing mengiau 2 kali.. lepas aku buat pusingan-U, aku tengok kat side mirror dan aku nampak kucing tu tengah menggelepar.. huhu.. aku doa kucing tu cepat mati..
hari ni;
aku kena buat cold calling.. target 100 orang pelanggan.. penat mulut cakap banyak ngan pelanggan dan penat telinga dengan dial tone sementara nak tunggu diorang angkat fon.. tapi ada juga yagn tak angkat.. lagi la sakit aku dengan dial tone..!
bila dapat tugasan buat cold calling, aku kurang gembira sebab cold calling ni sangat bosan dan kena deal dengan macam-macam kerenah pelanggan.. ada yang kurang ajar, ada yang baik hati dan ada juga yang ntah pape..
dapat panggilan dari orang yang tidak diketahui identitinya.. minah cina tu bagitahu aku yang pekerja n***** kemalangan di jalan 6/14, ampang jaya.. katanya kes langgar lari dan rider tu cedera teruk.. minah tu suh aku cepat2 bagitahu pengurus pasal kemalangan tu.. Ya Allah, rider mana yang kemalangan tu? Murad? Farid? Zainal?
Posted by deyanah at 12/17/2009 08:24:00 pm 0 comments
Wednesday, December 16, 2009
CIK INTAN
saya tetiba terjumpa blog ni.. intanurulfateha.. secara tak langsung, blog cik intan banyak membantu saya yang dah lama berblog, tapi ilmu blog sangat lah kurang..
TERIMA KASIH CIK INTAN.. I LOVE YOU..! u banyak tolong i, walaupun hanya melalui gmail..
i janji, i akan jadi murah hati macam you..
Posted by deyanah at 12/16/2009 04:36:00 pm 1 comments
Labels: hati









