CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 21, 2008

my fossil

21ogos2005

pogrem pertama aku ngan Projek AKHI (sekarang dikenali sebagai Kelab AKHI).. it was colouring contest dan ada sorang adik AKHI menang tempat ke-3 dalam pertandingan tu.. adiah ape ntah yang dia dapat, tapi rasanye langganan majalah Asuh secara percuma selama 3bulan.. aku gi lambat ke pogrem tu.. sampai je kat convest hill, dorang tengah amek gambar selepas dapat adiah masing2.. pastu macam2 lagi lah yang berlaku ngan adik2 akhi.. seme yang berlaku pada hari tu masih lagi SEGAR dalam ingatan aku..

* aku bukan ahli Projek AKHI pada tahun 2005.. tapi aku banyak join pogrem dorang..

21ogos2008

nothing interesting.. tapi aku rasa sangat penat bawa beg yang ada buku teks tebal2 & beg kertas yang ada jubah konvo dari aikol ke CAC.. 2-2 beg tu berat gile.. walaupun masa tu hujan turun dengan nada gerimis & cuaca tak panas, tapi aku boleh berpeluh!!! peluh aku menjadi2 bila aku habis daki tangga 'batu caves' nusaibah..

* kawan aku tersalah amek jubah konvo.. oleh kerana dia bekerja & xleh datang tukar sendiri, jadi aku tolong tukar tuk dia..

lagi 10min masa nak habis, aku masih belum ada idea nak cakap apa @ komen sumthing dalam tutorial PIL td.. aku tak nak hilang 1markah tuk hari ni punye tutorial camtu je.. aku xleh cakap tak tentu pasal.. tu yang jadi complicated tu.. baca punye baca, belek punye belek, garis punye garis, akhirnye aku jumpa satu point yang boleh aku utarakan.. point tu berbunyi; 'A treaty may codify custom @ may lead to the development of customary law...'. Point ringkas aku tu berjaya mendapat pujian cikgu dan membawa kepada perbincangan yang lagi panass!!! hahaha.. aku lege.. yang penting aku dah dapat 1markah.. alhamdulillah.. syukur.. nikmat..

* esok ada 2bijik test yang aku rasa macam haram dan mengerikan.. yang pasti, malam ni aku pasti terganggu ngan bunyi2an yang datang dari convest hill..
* chow! aku nak balik tido.. zzz..

Tuesday, August 19, 2008

riben jam merah saga!

hari ni, 19ogos2008..

aku tengok jam kat henfon, 07:53.. mai ai.. aku terlajak tido dan dah lambat gile.. lambat ke kelas kul8pg kat level4 aikol.. kalau lah lecturer PIL aku tu tak pernah sound students yang datang lambat, aku JAMIN yang aku akan berkejar macam lipas kudong tuk tadah telinga mendengar lecture dia.. walaupun tak mandi, walaupun tak gosok gigi, walaupun pakai jubah dan nampak macam orang mengandung, walaupun mata bengkak sebab baru bangun tido, walaupun muke tak berbedak & bibir tak buh vaseline, aku PASTI gagahkan jugak gi kelas.. tapi sebab aku salah seorang yang dia pernah sound, maka aku decide tuk sambung balik tido.. rugi satu lecture hari ni.. bukan senang aku nak ponteng kelas..!

jam11pg, ada sebijik kelas yang amat bosan dan berjaya buat aku lost.. habis kelas yang sebijik yang mencabar kesabaran aku ni, aku gi cafe, beli kopok+timun cina+timun susu, makan ngan kak azza&titi.. balik bilikjap, baring 10min, amek kunci kete, drive ke stesen lrt taman melati, beli tiket, masuk dalam tren, ada pengumuman masalah perjalanan tergendala, sebab ada sesuatu yang terBAKAR kat stesen sri rampai yang tersadai indah tu.. aku rasa tren yang terbakar (aku rasa la..) lama gak la aku stuck dalam tren tu.. nak kuar tak leh (pintu tutup tapi tren tak gerak), nak duduk pun tak leh (kerusi dah penuh!)

walaupun aku ni bukan pengguna setia lrt, tapi banyak kali aku stuck kat dalam tren.. ada2 je benda yang berlaku.. pernah sekali tu, ada sorang pompuan yang tak sempat masuk dalam tren, telah turun (dengan kata lain MENCEROBOH) ke landasan@ trek tuk kejar tren yang tinggal dia tu.. ade ke patut dia nak kejar tren tu..!! tak masuk akal sungguh! akibatnye seme tren tak leh jalan & ramai (termasuk aku) yang stuck dalam+luar tren until pompuan tu naik ke landasan yang benar..

Sunday, August 17, 2008

yayang




sekarang ni, kul 3.20pagi.. mata aku masih lagi celik ngan luasnyer.. esok pagi2 lagi kitorang nak gi alor setar, tapi aku tak peduli seme tu jika aku bangun lambat sok.. yang PENTING, niat dan hajat aku tuk scan bab introduction dalam buku Evidence oleh Chin Tet Yung kesampaian..

masa aku duk kalut scan, izzati datang.. dia mulakan bicara ngan aku:-

Izzati: K.nis, biasanye baba sorang je yang guna PC ni..
Deyanah: Nape plak camtu?
Izzati: Sebab PC ni hanya tuk administrator yang kontrol **2 l*** d**** r**** n*..
Deyanah: Ooo... camtu ke? then kalau korang nak guna PC, korang guna yang mana?
Izzati: Guna yang kat dalam bilik baba..
Deyanah: Mama guna yang mana?
Izzati: Sama la, yang kat dalam bilik baba jugak..
Deyanah: Hah? tul ker?? tapi nape baba bagi k.nis guna PC ni? em.. mungkin sebab k.nis anak buah kesayangan baba kot.. (aku gelak + sengeh kat Izzati a.k.a. etty)

tibe aku rasa aku ni special berbanding orang lain.. bila aku cakap nak guna scanner, ayah di bagi aku guna PC dia.. siap tolong masukkan password lagi! mama etty pun penah gitau aku yang ayah di (seorang yang pendiam) akan cakap banyak bila ada anis, kak mie, amilin atau irwani sebab kitaorang (merangkap anak buah ayah di) suka bertanya dan usik ayah di..

ye, memang betul.. aku memang suka tanya dan usik ayah di.. tapi ayah di pun suke usik dan bergurau ngan kitaoang.. masa kecik2 dulu ayah di suka bawa kitorang gi mandi pantai or air terjun.. ayah di bawa kete laju gile! kitaorang seronok gile! nasib baik tak gile..!

*gambar dalam slideshow tu aku amek dalam PC yang aku sedang guna ni (dengan izin ayah di..)

Friday, August 15, 2008

the room is mine!

12.00tengahari, 14ogos2008:-

aku ketuk bilik madam, dia suh aku masuk + duduk kat kerusi dia, selesakan diri + sedia tuk jadi peguam yang cam best, madam kuar dari bilik dia, tinggal aku sorang2 yang seram sejuk, duk kejab, ada orang ketuk pintu, aku suh dia (madam) masuk, dia kenalkan diri dia sebagai mr.ong ka ting, aku suh dia duduk, kami borak2 + merapu menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar, tetiba ada orang ketuk pintu, aku suh dia masuk, rupenye orang tu adalah kawan madam, dia terkejut tengok aku sedang duk kat kerusi madam, aku senyum je, pas dia bagi sesuatu kat madam, dia terus blah, aku sambung sessi borak2 + merapu ngan mr.ong, pastu ada orang ketuk pintu lagi sekali, aku suh dia masuk, dia adalah kawan aku, baru aku sedar rupenye dah kul 12.30, aku suh dia tunggu kat luar jap sebab aku ada klien sekarang, selepas 10minit, aku tamatkan sesi aku ngan mr.ong..

ringkasan interview nye camni:-

mr. ong - pemain golf profesional - sepatutnye wakili malaysia dalam olimpik kat beijing - pada 1jun2008, semasa sedang berlatih kat satu resort di melaka, bola yang mr.ong pukul telah masuk dalam kolam - mulanye dia pikir kolam tu cetek je - tetapi lepas masuk kolam tu tuk amek bola dia tu - baru dia tahu bahawa kedalaman yang sebenar ialah paras dada - semasa dalam kolam, dia terpijak sesuatu yang tajam - ditakdirkan 'sesuatu yang tajam' tu adalah buaya! - nak dijadikan cerita, buaya tu gigit kaki kiri dia - akibatnye tumit kaki cedera dan tak leh main golf selama dua tahun - maka, dia nak minta ganti rugi ngan resort tu - (sebab tak letak notis "BEWARE OF CROCODILE(S)" etc.) - ganti rugi dia tak leh masuk ape2 pertandingan selama dua tahun - dan lain2 ganti rugi..

soalan CEPU EMAS aku kat mr.ong:-

--> kenapa tak gi beli bola baru je? sebijik je pun yang masuk kolam tu..!!!(aku bengang sebenarnye! kalau dia tak masuk kolam tu, mesti dia tak kene gigit ngan buaya ganas + dia tak payah jumpa aku!)

benda2 / dokumen2 yang aku mintak ngan mr.ong:-

- salinan kad pengenalan
- bisnes kad dia (no so relevant, tapi aku mintak sbb dia tak ingat no. fax ofisnye..)
- bil @ resit kos rawatan kat hospital
- alamat dia & alamat resort tersebut
- nombor tepon rumah, pejabat & telefon bimbit

komen yang madam bagi kat aku:-

- aku TAK TANYA berapa ganti rugi yang mr.ong nak mintak.. so which court you want to bring dis case??? (huh! terus potong mood aku nak study tuk tutorial PIL & Trust petang semalam).
- very good.. you asked bills @ receipts from your client as proof @ evidence.
- also very good when you 'open file' in front of your client, so that they know that you will take action on their instructions..

Thursday, August 14, 2008

nak minum air ape?

sehingga hari ni, aku tak pasti berapa jumlah sebenar orang yang aku pernah ajar berenang @ berapa kali aku terjun kolam renang @ berapa kali kolam renang tu menerima kunjungan aku.. aku dulu tak reti berenang.. satu hari aku saje2 je cakap nak belajar berenang & tetiba yasmin yusof cakap dia bleh ajar.. tapi sempat ajar&belajar 1 sessi je sebab jadual aku dan yasmin tak sama.. bila aku sibuk dia lapang dan begitu lah sebaliknyer..

aku enjoy berenang.. release tension.. tapi kok suh aku jangan berenang lagi.. katenye lengan aku besar sebab berenang..

kat bawah ni fakta yang aku baru baca sakni..

The mystery of the showering divers:-
Divers shower in between each dive to keep their muscles warm after getting out of the pool. The temperature of the pool water and the air are usually different (the pool is usually around 80 degrees, with the air temperature between 68 and 72 degrees). This difference can cause muscle tightness. To combat this, divers warm up in either the showers or a hot tub.

*serius, suhu dalam kolam renang lagi panas jika dibandingkan ngan luar kolam.. tak caye sudah!

2

hari ni topik aku ialah TUDUNG.. tudung kepala bermacam jenis dan corak yang pompuan selalu pakai tu.. bukannye tudung saji atau tudung botol susu..

1) anis ada 4helai tudung warna merah jambu
2) hari ni arra nak beli lagi beberapa helai tudung
3) anis pakai tudung warna puteh yang kak salwa bagi adiah
4) petang semalam arra beli empat helai tudung @ selendang
5) arra nak beli tudung banyak2 sebelum dia grad hujung tahun ni..
6) anis kurang gemar tudung warna hitam tetapi sangat digemari oleh rakan2 sebiliknye yang lain
7) yanie pakai tudung warna hijau pucuk pisang (yang aku bagi kat dia sbb tudung tu kecik ngan aku)

ntah pape ntah aku cakap pasal tudung.. mengarut dan karut!

Wednesday, August 13, 2008

cmr'e

minggu ke-6..

nape tetibe aku jadi tensen pada minggu ke-6 ni? sangat la tensen.. sangat la banyak keje nak kena buat.. sangat la tak cukup tido.. sangat la tak de masa nak lipat baju sebaldi besar gabak yang aku basuh guna 10bijik jari aku dua hari lepas.. sangat la penat otak berfikir.. sangat la sangat..

malam ni aku kena studi 3subjek.. esok cikgu #1 nak cek homework yang dia bagi.. cikgu #2 akan bagi 1% kat aku if aku say something during tutorial (nak kena baca buku baru aku ada point tuk menyampuk ptg sok).. cikgu #3 lak nak berlakon jadi klien aku selama 15-20minit..

yang paling ngeri ialah cikgu #3.. ape la aku nak tanye dia esok during PANDORA SESSION tu? aku diwajibkan tuk berlakon jadi peguam dan cikgu #3 akan jadi klien yang datang jumpe aku, bagitau masalah dia hadapi..

yang tak best ialah, Pandora Session is individual course work for Civil Procedure.. so, i have to get all the informations relating to the topic given within 15-20mins.. arghhh.. what wil happen if i missed some important points?? maybe it will cause hardship while preparing all da relevent documents.. huwa.. nauzubillah.. no second chace given to get informations @ facts from client (aka my lecturer)

Pandora Session was introduced to replace Hearing.. some students said the main reason why Hearing was abolished is because there are a lot of problems in group work.. thus, Pandora Session was introduced and finally i have to work individually, independently and indirectly..

Sabar je la..

sani 100808

buat pertama kali aku baru tahu @ notice yang kat malaysia ni wujud Institut Latihan dan Kefahaman Islam, Angkatan Tentera Malaysia (ILMI, ATM)..

Bidang tugas orang2 lepasan institut tu adelah:-

-Merancang, menyelaras dan melaksanakan usaha-usaha dakwah Islamiah dan penghayatan Islam untuk semua pegawai dan anggota dalam ATM.
-Memberi dan mengembangkan pengajaran ilmu-ilmu Islam, khususnya penekanan kepada ketinggian akhlak, sikap dan sifat setiakawan(esprit de corps) di samping memberi kefahaman di dalam erti kata sebenarnya tentang perkhidmatan tentera mengikut pandangan Islam.
-Melaksana dan menguatkuasakan segala peraturan, undang-undang dan hukuman Islam yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Persekutuan dan negeri-negeri.
-Memberi bantuan kepada usaha-usaha mempertingkatkan semangat keperwiraan anggota tentera seimbang dengan misi perjuangan ATM.

antara kursus dan jawatan yang ada kat situ:-

Pembantu Agama Biasa (PEMAS)
1. Bertanggungjawab kepada Pembantu Agama Kanan dalam hal keagamaan semasa ketiadaan beliau.2. Membantu dalam hal pentadbiran keagamaan dari segi zakat fitrah, nikah cerai, rujuk dan pengurusan keperluan peribadatan.3. Membantu perjalanan kelas-kelas agama dan pengurusan kematian dan pengurusan jenazah.

Pembantu Agama Rendah (PEMARA)
1. Bertanggungjawab dari segi pentadbiran masjid/surau pasukan dalam hal kebersihan, keperluan peribadatan, keselamatan dan mengajar anak dan keluarga tentera dalam Fardu Ain.2. Melaksana dan mengurus perjalanan masjid dalam setiap waktu solat.3. Membantu dalam hal kematian dan pengkebumian anggota dan keluarga tentera.

*abang aku pernah mohon jadi tentera, tapi gagal sebab tak melepasi berat minimum.. sekarang, dia dah jadi cikgu bahasa inggeris kat sek men dato' zulkifli slim river perak..

Tuesday, August 05, 2008

tujuh

akhirnye, setelah hampir berusia 4bulan dari tarikh belian, komputer yang berlambak2 kat bilik nih boleh digunakan.. sebelom ni, semua komputer jenis nih hanye menjadi bahan pameran yang tidak berguna langsung! baru la best! senang nak bukak document yang guna microsoft excel..

yer, document yang di'upload' oleh lecturer kat e-elearning.. for me, e-learning ni banyak yang leceh dan sedikit saje yang bagus.. tapi, mulai sem ni semua lecturer digalakkan (atau mungkin diwajibkan @ terpaksa) guna LMS @ e-learning sebagai medium tuk bagi bahan belajar kat student.. (las semester3 aku ada nampak dorang [refer kepada lecturers] sedang belajar guna komputer @ internet @ e-learning..)

dalam ramai2 (kuatiti majmuk @ 3orang atau lebih) lecturer yang ajar aku sem ni, ada sorang lecturer yang terlepas cakap (atau mungkin dia memang nak kitaorang tahu).. katenye, "no allowance given to the lecturers @ staffs if their not using LMS or e-learning.." ape ni?? tak best sungguh! adakah lecturers guna e-learning sebab nak allowance (aka money)..??

3 latest movies in my life:-

i) the notebook - sad & romantic movie.. (korang patut tengok)

ii) dejavu - action / investigation movie.. quite heavy and hardly to understand the line.. (tengoklah kalau korang suke movie yang kena banyak fikir & sabar)

iii) the bucket list - story about 2 old men from different background @ living standard.. they are suffering from cancer and wish to do some things before die.. (jangan tengok kalau korang jenis yang tak suke slow movie dan bosan!)

Monday, July 28, 2008

noi

dolu2, masa tingkatan 1 aku join persatuan falak syari'e.. my fren (skrg tgh training under bank negara kat wisma darul takaful) yang ajak aku masuk persatuan tu.. antara benda yang aku belajar & masih ingat sampai hari ialah cara2 nak kira @ tahu tarikh hijriah berdasarkan tarikh masihi.. maksudnyer, kalau nak tahu tarikh lahir dalam tahun hijrah, kitaorang kena buat kire2 berdasarkan carta yang guru penasihat persatuan bagi.. (tapi carta tu aku dah lupa letak @ buang kat mana..) kire2 tu sangatlah susah dan memeningkan kepala.. tapi akhirnye aku berjaya selesaikan kire2 tu.. hehe.. my birthdate is 23rd rejab 1403, saturday.. (owh..! i dislike saturday..)

sekarang, tak payah susah payah belajar & buat kire2 yang pening tu.. juz klik kat sini, semuanye bereh..!!

barli kurang ais


- aiii cik nis.... name beby aku elyas danial... walaupun mu xmitak, aku tau mu tringin nak tgk die..... huhu.... em ni aku attach ke mu 2keping... :) [thank you yen attach gmbr anak mu.. jaga dia leklok & smoga elyas sihat sokmo..]
- em bila nak update blog mu? lame dah mu x update..... [aku update la, tapi mu je tak alert..! hehe..]
- k lah... bubbye [bai bai jugak.. ada masa datang la lawat aku kat gombak nih..]

[kat atas tu gambar anak oyen & am.. kat atas tu juga adalah emel yang oyen bagi kat aku..]

tahniah kepade oyen yang telah bersusah payah melahirkan elyas.. tahun ni aku dapat ramai anak.. 3 dah keluar, sorang pompuan (hana qistina) and 2 lelaki (fuad ihsan & elyas daniel).. insyaAllah, 2 orang (atau lebih) lagi akan keluar dalam tahun 2008.. yeay!! saye suke gigit hidung budak kecik..

Tuesday, July 22, 2008

tak senonoh

The topic @ issue is..
Why students like to memorize rather than familiarize with the subject/couse. Memorization is important. I will not deny that. But eager to know and being curious about the subject, understanding and loving the subject are the most important ingredients for the examination and for the future working environment. Where did we go wrong in teaching the students? Any suggestions or clarifications for us to improve and to make the students understand the importance of loving and appreciating the subject?

My question is..
How should i respond to that topic?
What should i write..?

My confession is..
i dont want to participate in that forum, but the respective lecturer asked us to give comment @ suggestion.. failed to do so, marks will be deducted.. ! @ #$%^&*()-=~` argh..!! help.. help.. help..

Monday, July 21, 2008

bad monday for us =(

argh! bosan! sakit hati! kecewa! bengang! sedih! sedih! sedih!

sekarang ni hanya ada cas2 negatif dalam diri si tudung merah.. yer, si tudung merah pakai tudung warna merah hari ni.. esok mungkin dia akan pakai tudung warna biru seterusnye akan dapat gelaran baru, iaitu si tudung biru..

si tudung merah dapat panggilan dari nombor +60361964400.. dia tahu, nombor tu ialah general line aikol.. oleh kerana berada dalam kelas, panggilan dibiarkan begitu saje.. (tak de kaitan langsung ngan enak dimakan begitu saje!) duk kejab, dapat mesej dari hotlink.. dia kate ada voice mail tuk si tudung merah.. habis je kelas, si tudung merah dial nombor 121, tuk dengar voice mail tersebut..yer, betul sangkaan si tudung merah.. sis jamilah from aikol's general office suh gi jumpe dia..

berita TAK BEST yang dia sampaikan kat si tudung merah ialah, "Your application for recheking was rejected by the kulliyyah.. plz bring your receipt to claim back your money.." Si tudung merah tanye sebab ape kene rejek? dia jawab tak tahu, bukan jurisdiction dia tuk tahu sebab ape kene reject..

yang TAK BEST #2 ialah, bukan application si tudung merah saje yang kene rejek, tapi SEMUA application daripada kawan2 sekelasnye (termasuklah rumate si tudung merah) kene rejek..

ni yang bengaaaaaannggg ni..!!! tak aci dan tak adil sungguh!!! ramai insan bernyawa teraniaya..!!!

jam1334, 21julai2008, lr7 aikol

Saturday, July 19, 2008

wanita dan air mata #2

19th july 2008.. cik CCD bangun pagi, terus ke dapur minum air masak tanpa gosok gigi terlebih dahulu.. bukak periuk nasi, kupas bawang putih & bawang merah, potong sayur and prepare nasi goreng cina tuk famili kecilnye.. then, cik CCD naik ke tingkat atas rumah, buka komputer, cek emel.. got only 1 emel to be read..di bawah ni ada sedikit petikan emel tersebut yang cik CCD nak share ngan korang;

[..Anak yang baik tidak akan menyebabkan ibunya bersedih. Anak yang baik tidak akan menyebabkan ibu tuanya keletihan kerana tidak dapat tidur nyenyak pada malam hari. Anak yang baik tidak akan melakukan perkara-perkara yang mengguriskan hati ibu. Anak yang baik tidak akan sekali-kali membiarkan air mata suci ibunya mengalir jatuh ke bumi. Bahkan anak yang baik tidak akan menyebabkan ibunya hilang kawalan menjerit untuk ++++..]

yer, bukan senang nak jadi anak yang baik, anak yang taat, anak yang bla bla bla.. bukan senang nak jaga hati si ibu @ si ayah.. hati perempuan (si ibu) sangat lah fragile, tanpa kita sedari dan tanpa kita inginkan, air mata si ibu mungkin mengalir keluar dari kolam matanye kerana tindak tanduk kite..

doa: semoga kite semua dipermudahkan untuk menjaga hati & perasaan ibu (dan bapa) kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu..
jam1134, 19julai2008, seremban2

Monday, July 14, 2008

oren sankizz

hepi day u u..
hepi day u u..
hepi day u u u..
hepi day u u..
semalam genap dua tahun usia CCD.. dalam masa dua tahun ni, tak banyak perubahan yang berlaku kepade CCD sebab aku tak nak ubah penampilan asal CCD dari dulu sampai sekarang.. tak kisah la blog ni tak canggih macam blog2 lain..

doa aku: semoga tahun depan CCD sambut hari jadi yang ke-3 plak..!

Monday, July 07, 2008

060708

7.30pagi, aku gerak dari rumah ke kl.. otw, singgah amek kak ji & wani kat keterah + buh angin tayar kat stesen minyak esso.. kirenye, kul 8pagi baru kami bertiga sah bergelar sebagai musafir.. target aku, kul 2petang dah sampai uia.. aku nak regis bilik sebelum jam 6petang..

yezz, target drive selama 6jam non-stop (sebenarnye benti jab tuk buang air) berjaya!! walaupun badan lenguh2, tapi semangat nak sampai awal berjaya mengatasi..

2.30petang, amek kunci bilik kat ofis mahallah.. dapat bilik baru, D1.1.. serius, yang tak best duk bilik paling bawah.. kotor, busuk and bising.. yang best tak yah daki tangga banyak2 + bilik tu sejuk giler; siang hari @ malam nak tido pun tak yah bukak kipas..! yang biasa2, rumates tetap orang yang sama.. kali ni, dah masuk tahun ketiga kami jadi rumates..

Saturday, July 05, 2008

cha cha rock&roll

pernah tak mak @ bapak korang @ sesaper saje mengamuk/maki hamun/pukul/terajang korang tanpa disedari.. maksud aku dorang tak sedar & tak de niat nak buat ape yang dorang buat tu.. benarkah kah aku katakan itu salah satu dari sindrom lucid interval..?
pernah tak korang dengar ibu tak nak jaga anak yang baru dilahirkan? anak tersebut diberi kat orang.. bukan sebab tak mampu dari segi wang atau anak tu anak tak sah taraf, tapi tanpa sebab logik yang bleh diterima akal.. mungkin itu salah satu penyakit angin meroyan, penyakit yang biasanya menyerang kaum ibu yang baru lepas melahirkan anak.. aku pernah terbaca, antara sebab si ibu bagi si anak kepada orang lain ialah dorang takut dorang akan cederakan anak dorang.. bila dah besar @ bleh jalan etc, dorang akan amek balik si anak tu..
* Elakkan tido dalam waktu asar kerana boleh menyebabkan penyakit gila.. Ya Allah, jauhilah kami dari penyakit gile.. Amin ya robbal 'alamin..

Sunday, June 29, 2008

ballack 13

what da heck?
final euro 2008.. pasukan yang aku sokong dari awal is germany.. tapi, aku tahu germany akan kalah ngan spain yang tangkas dan cergas tu.. tak per, aku tetap akan sokong germany walaupun bukan pasukan pilihan tuk jadi juara.. kadang2 kita kena gak sokong pasukan @ individu @ ape2 aje yang nampak macam tak de harapan nak jadi jaguh @ juara.. bagi mereka harapan , bagi mereka kekuatan dan bagi mereka keyakinan tuk berlawan ngan bakal juara.. dok gitu???

asyik2 step yang melangkah bila aku bukak tv3..
kali ni dah tiga minggu turut2 aku bukak tv3, kumpulan step sedang performe.. aku bukan la peminat gang starz, tapi kat rumah aku tak de astro ataupun pun streamyx.. hanye 5 stesen tv yang ada.. huhu.. bosan! umi dah suh aku pasang internet kat rumah, tapi aku malas+tak reti.. if pasang pun, tak guna gak sebab after this kat rumah tu yang tinggal hanya umi dan abah yang tak tahu langsung IT.. (IT = Information Technology, bukannye Ikan Tongkol / Ikan Tenggiri masak kari @ Insyirah Thohirah..)

Thursday, June 26, 2008

tulisan jawi

swimming
sekian lama keinginan utk swimming di negeri sendiri hampir tercapai.. tapi, apabila tiba di kolam renang, aku tak jadi nak swimming sebab lifeguard kat kolam renang sekolah kompleks tu adalah ajnabi aku..! tak rela..

billion
lepas tu, aku pun gi jejalan&beli stok barang dapur kat billion.. selamber godok aku cakap kat akak cashier tu; "kak, saye nak cancel balik barang2 yang akak dah scan tu sebab beg duit saye ade dalam kete.."

tesco
lepas tu, aku gi rumah kak mie.. jenguk anak2 aku.. dorang mintak nak gi tesco.. nak beli aiskrim+kon aiskrim.. seb baik tesco tu 3km je dari rumah dorang.. kalau jauh, malas aku nak layan.. on the way ke tesco,

alin: cik anis, big apple tu sedap ke? esok kawan alin ajak gi makan klat sane..
aku: ntah, sedap kot.. if tak sedap, takkan my rumates beli sokmo..
alin: tapi alin tak suke epal..
aku: hoi! big apple tu bukan jual epal la.. dia jual donat..
alin: donat perisa epal pun alin tak suke..
aku: kat kedai tu tak de donat perisa epal.. yang ada perisa bla.. bla.. bla.. (aku sebut seme perisa yang ada..) nanti cik anis belanje korang donat big epal jab lagi..
alin: (sengeh macam kerang..)

Fakta @ Auta TESCO Kota Bharu


-Hari pertama TESCO dibuka ia menerima 15,000 pengunjung. -Setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari. -85% pelanggan TESCO Kota Bharu membuat pembayaran dalam bentuk tunai yg merupakan peratusan pungutan tunai tertinggi di Malaysia. -TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yg ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat, tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal, menggunakan tulisan jawi sbg sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan "Ta, ya, sin, kaf dan wau" menjadi maksud TESCO.

*serius, aku tak reti jawi.. baca bleh, tulis pun bleh.. tapi ejaan tak betul ma!!

Monday, June 16, 2008

aku cinta aku rindu

happy father's day..

first time kami sambut hari bapak..hampir 44tahun abah jadi seorang bapa kepada 5orang anak, baru hari ni kami rai abah on father's day..

korang mesti ingat kami rai secara besar2an kan? tak.. sudah tentu korang tersilap sbb kami hanya makan makanan segera, teh o ais perasa strawberi, kek keladi dan buah jambu batu..

papepun, ni nak bagitau kat seme orang bahawa abah adalah seorang abah yang baik.. sayang anak2nyer.. tak pernah marah.. tak pernah pukul malah selalu manjakan kami 5beradik.. tapi, abah tak de la baik 100% sbb setiap manusia mesti ada sifat positif dan sebaliknya..

che hae pernah cakap: "che hae dengki ngan anak2 abah.. abah sangat baik.. jika che hae jadi anak abah, che hae akan peluk cium abah setiap hari sementara abah masih hidup.. sayangi lah abah.. tunjukkan rasa kasih dan sayang tu.. hargai masa yang ada.."

doa: Ya Allah, permudahkanlah aku tuk berbakti kepada umi dan abah.. aku ingin 'asuh' mereka seperti mana mereka asuh aku dari dulu hingga sekarang.. amin..