CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 19, 2008

wanita dan air mata #2

19th july 2008.. cik CCD bangun pagi, terus ke dapur minum air masak tanpa gosok gigi terlebih dahulu.. bukak periuk nasi, kupas bawang putih & bawang merah, potong sayur and prepare nasi goreng cina tuk famili kecilnye.. then, cik CCD naik ke tingkat atas rumah, buka komputer, cek emel.. got only 1 emel to be read..di bawah ni ada sedikit petikan emel tersebut yang cik CCD nak share ngan korang;

[..Anak yang baik tidak akan menyebabkan ibunya bersedih. Anak yang baik tidak akan menyebabkan ibu tuanya keletihan kerana tidak dapat tidur nyenyak pada malam hari. Anak yang baik tidak akan melakukan perkara-perkara yang mengguriskan hati ibu. Anak yang baik tidak akan sekali-kali membiarkan air mata suci ibunya mengalir jatuh ke bumi. Bahkan anak yang baik tidak akan menyebabkan ibunya hilang kawalan menjerit untuk ++++..]

yer, bukan senang nak jadi anak yang baik, anak yang taat, anak yang bla bla bla.. bukan senang nak jaga hati si ibu @ si ayah.. hati perempuan (si ibu) sangat lah fragile, tanpa kita sedari dan tanpa kita inginkan, air mata si ibu mungkin mengalir keluar dari kolam matanye kerana tindak tanduk kite..

doa: semoga kite semua dipermudahkan untuk menjaga hati & perasaan ibu (dan bapa) kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu..
jam1134, 19julai2008, seremban2

0 comments: