CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 29, 2008

ballack 13

what da heck?
final euro 2008.. pasukan yang aku sokong dari awal is germany.. tapi, aku tahu germany akan kalah ngan spain yang tangkas dan cergas tu.. tak per, aku tetap akan sokong germany walaupun bukan pasukan pilihan tuk jadi juara.. kadang2 kita kena gak sokong pasukan @ individu @ ape2 aje yang nampak macam tak de harapan nak jadi jaguh @ juara.. bagi mereka harapan , bagi mereka kekuatan dan bagi mereka keyakinan tuk berlawan ngan bakal juara.. dok gitu???

asyik2 step yang melangkah bila aku bukak tv3..
kali ni dah tiga minggu turut2 aku bukak tv3, kumpulan step sedang performe.. aku bukan la peminat gang starz, tapi kat rumah aku tak de astro ataupun pun streamyx.. hanye 5 stesen tv yang ada.. huhu.. bosan! umi dah suh aku pasang internet kat rumah, tapi aku malas+tak reti.. if pasang pun, tak guna gak sebab after this kat rumah tu yang tinggal hanya umi dan abah yang tak tahu langsung IT.. (IT = Information Technology, bukannye Ikan Tongkol / Ikan Tenggiri masak kari @ Insyirah Thohirah..)

Thursday, June 26, 2008

tulisan jawi

swimming
sekian lama keinginan utk swimming di negeri sendiri hampir tercapai.. tapi, apabila tiba di kolam renang, aku tak jadi nak swimming sebab lifeguard kat kolam renang sekolah kompleks tu adalah ajnabi aku..! tak rela..

billion
lepas tu, aku pun gi jejalan&beli stok barang dapur kat billion.. selamber godok aku cakap kat akak cashier tu; "kak, saye nak cancel balik barang2 yang akak dah scan tu sebab beg duit saye ade dalam kete.."

tesco
lepas tu, aku gi rumah kak mie.. jenguk anak2 aku.. dorang mintak nak gi tesco.. nak beli aiskrim+kon aiskrim.. seb baik tesco tu 3km je dari rumah dorang.. kalau jauh, malas aku nak layan.. on the way ke tesco,

alin: cik anis, big apple tu sedap ke? esok kawan alin ajak gi makan klat sane..
aku: ntah, sedap kot.. if tak sedap, takkan my rumates beli sokmo..
alin: tapi alin tak suke epal..
aku: hoi! big apple tu bukan jual epal la.. dia jual donat..
alin: donat perisa epal pun alin tak suke..
aku: kat kedai tu tak de donat perisa epal.. yang ada perisa bla.. bla.. bla.. (aku sebut seme perisa yang ada..) nanti cik anis belanje korang donat big epal jab lagi..
alin: (sengeh macam kerang..)

Fakta @ Auta TESCO Kota Bharu


-Hari pertama TESCO dibuka ia menerima 15,000 pengunjung. -Setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari. -85% pelanggan TESCO Kota Bharu membuat pembayaran dalam bentuk tunai yg merupakan peratusan pungutan tunai tertinggi di Malaysia. -TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yg ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat, tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal, menggunakan tulisan jawi sbg sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan "Ta, ya, sin, kaf dan wau" menjadi maksud TESCO.

*serius, aku tak reti jawi.. baca bleh, tulis pun bleh.. tapi ejaan tak betul ma!!

Monday, June 16, 2008

aku cinta aku rindu

happy father's day..

first time kami sambut hari bapak..hampir 44tahun abah jadi seorang bapa kepada 5orang anak, baru hari ni kami rai abah on father's day..

korang mesti ingat kami rai secara besar2an kan? tak.. sudah tentu korang tersilap sbb kami hanya makan makanan segera, teh o ais perasa strawberi, kek keladi dan buah jambu batu..

papepun, ni nak bagitau kat seme orang bahawa abah adalah seorang abah yang baik.. sayang anak2nyer.. tak pernah marah.. tak pernah pukul malah selalu manjakan kami 5beradik.. tapi, abah tak de la baik 100% sbb setiap manusia mesti ada sifat positif dan sebaliknya..

che hae pernah cakap: "che hae dengki ngan anak2 abah.. abah sangat baik.. jika che hae jadi anak abah, che hae akan peluk cium abah setiap hari sementara abah masih hidup.. sayangi lah abah.. tunjukkan rasa kasih dan sayang tu.. hargai masa yang ada.."

doa: Ya Allah, permudahkanlah aku tuk berbakti kepada umi dan abah.. aku ingin 'asuh' mereka seperti mana mereka asuh aku dari dulu hingga sekarang.. amin..

Friday, June 13, 2008

nak nangis la tu..

hari ni aku exam.. semalaman aku tak tido sebab study last minute punya pasal.. tapi, tidak tido semalam bukan bermaksud aku bleh jawab paper tadi dengan sukses sekali.. lagipun amalan tak tido malam sebelum exam sangat lah tak bagus..
dua perkataan yang aku bleh katakan di sini ialah "macam haram" jawapan yang aku bagi tadi..

Thursday, June 12, 2008

wanita dan air mata

kisah eddy:-
pagi khamis 12jun08, dia telah tepon 5 orang, tetapi hanya 3 orang yang bagi respon.. kebetulannye ketiga-tige orang tersebut adalah mereka yang bergelar ibu.. sorang dia panggil umi, lagi sorang dia panggil mok dan lagi sorang dia panggil mak cik.. perasaan dia berada di ahap paling masyuk apabila bercakap ngan umi.. baginya, umi tidak pernah kering 'modal' untuk berbicara, baik secara langsung atau melalui tepon.. dia jugak berasa seronok apabila dapat borak ngan insan bergelar mok.. mok tidak pernah lupa untuk bertanya bila eddy nak bertandang ke rumahnye.. dia menjawab, insyaAllah, ada rezki bleh la saya gi rumah mok.. dan, apabila bercakap ngan mak cik, ada satu perasaan yang wujud dalam hati eddy.. (eddy cakap perasaan tersebut adalah hak milik dia sorang, xleh skongsi ngan orang lain..) tiber eddy jadi perahsia wanita..
tempoh bercakap ngan umi:- 26minit 17saat
tempoh bercakap ngan mok:- 13minit 13saat
tempoh bercakap ngan mak cik:- 19minit 30saat

Tuesday, June 10, 2008

ubat hati

umi tak jadi operate!! alasan yang diberi tak la kukuh sangat dan tarikh baru diberi.. aku kasihan kat umi yang kena tahan kesakitan until 28nov ni.. maknanye, 5bulan stengah lagi la..?
test aku = 30markah.. tajuk 'remedies'.. soalan senang dan pendek.. tapi aku jawab soklan test tu tak sesukses macam kawan2 aku yang lain.. lepas test, untie polis belanje aku makan mihun sup+air horlick.. terima kasih aunti..

Monday, June 09, 2008

matahari

esok umi dijadualkan buat pembedahan PCNL.. aku anak yang degil ni je yang tak balik kampung.. yang lain seme balik even seketika cuma.. aku bukan saje2 @ suke2 tak nak balik, tapi esok jugak aku ada test administration law.. 30markah pulak tu..
well, selamat maju jaya buat doktor2 dan misi2 yang akan bedah umi aku esok..

Saturday, June 07, 2008

panazz,hangit,karut!!

hari: sabtu
masa: 4.22pagi
tarikh: 7jun2008
kumpulan: shades
lagu: Jangan diucap selamat tinggal
lokasi: ruang tamu rumah akmaRina
web pilihan: hot.fm
tadah telinga: koleksi terbaik panggilan hangit..
tempoh: 1jam 20minit

iyer, selama satu jam dua puluh minit kami melayan koleksi panggilan hangit oleh FBI dan fafau.. memang syok dorang kenakan orang..

masa kami selama 1jam 20minit dihabiskan macam tu jer.. kalau lah kami buat benda lain yang lebih berfaedah kan bagus.. qiamullail ke, tanam pokok jagung ke, baca buku MP Jain ke, kemas rumah ke, berenang ke, bla bla ke..

papepun, kami puas sbb bleh layan koleksi panggilan hangit.. kami bukan ape, kami hanya amek kesempatan internet free tajaan akmaRina da' peanut.. (peanut? kenape bukan hazelnut atau walnut?? tadaa.. peanut tu rahsia kami ma..)

okes, kami stop sini je lah.. mata dah terkebil2 macam bang bil dah ni.. pedih tengok skrin komputer lama2.. kami kena jaga pancaindera tajaan tuhan kami baik2.. kami nak guna pancaindera ni sampai mati!! innalillah..

jam0555, 7jun2008, bandar tasik selatan

~hepi 35th birthday to abang syam, 7th june 2008, a month after mine..

Thursday, June 05, 2008

minyak oh minyak

petrol naik 78sen!!??
diesel naik 100sen??!!
terima aje la..

Wednesday, June 04, 2008

balik kampung

30~31mei # 1~3jun

selama lima hari cik nis menapak di kampung halamannyer.. banyak pantang larang yang diamalkan secara haram (illegal) sejak turun temurun telah dilanggar a.k.a dirempuh oleh beliau.. haha.. padan muke.. sape suh langgar pantang2 tersebut..? kan dah dapat balasan..

jumaat, 30mei

lipstick cik anis hadiah hari jadi dari seorang sahabat telah dimusnahkan oleh budak nakal nih!! sedeh + hangin cik anis dibuatnyer.. budak ni sangat la aktif.. pantang 'bebas', habis la jawabnyer..

Friday, May 30, 2008

10kg

penyu menangis tak saper yang tahu..
anna menangis pun tak saper yang tahu..
anna buntu, anna kusut, anna pening..

keadaan diri yang 'kotor' sebulan sekali makin mengusutkan keadaan..
Ya Tuhan.. hanya zikir yang mampu diucap ketika ini.. kitab dan solat ditegah buat sementara waktu..

Wednesday, May 28, 2008

kanda & dinda


28th may, happy birthday diena.. bertuah sungguh ko diena.. dah suku abad pun umur ko.. sama umur ngan uia yang sambut jubli perak minggu lepas.. pak lah datang wo..

kat atas tu gambar ko ngan 2 orang pompuan yang pakai tudong pink.. sorang cerah, sorang gelap.. sorang lahir 25th may, sorang lahir 7th may.. sorang cun2 comel, sorang chubby2 gomel.. sorang tunjuk "peace", sorang tunjuk tahi gigi.. sorang zodiak gemini, sorang zodiak taurus (lembu, haha!!).. mak ai!

bila nak kawen..? orang nak beli tu, jual je la.. nanti ko bleh jait baju kawen guna combination warna hijau & pink.. jangan sia2 skill yang dipelajari kat uia! lagipun, nampak sesuai je 2ketul warna pink kiri dan kanan mengapit setongkol warna hijau ditengah.. ape2 ajer..

biobiol

kisah seorang yang bernama anne (bukan nama panggilan ataupun nama sebenar)..

masa anne jadi komiti interskul debating championship baru2 ni, antara tajuk debat yang menarik minat anne ialah Global Warming.. ramai orang memperkatakan pasal pemanasan global atau suhu dunia yang meningkat dengan mendadak.. akibat yang paling ketara ialah pencairan ketolan2 ais di kutub utara selatan timur dan barat.. anne yakin, bongkah ketolan ais yang kapal titanic lanngar dahulu kala tu pun dah cair jadi air laut biru..macam2 cara yang dicadangkan agar pemanasan dunia dapat dikurangkan.. tapi, berapa ramai yang benar2 praktikkan ape yang mereka cadangkan? tolonglah!!

tajuk lain yang best ialah Go Green Campaign.. kempen ni kononye nak menghijaukan bumi lah.. nak kawal penebangan pokok sesuke hati dia dan mak bapak dia lah.. nak kitar semula barang2 buangan lah.. nak cipta barang kegunaan harian yang mesra alam lah.. nak kurangkan penggunaan plastik yang amek masa beratus tahun tuk dilupuskan lah.. tapi, berape ramai yang benar2 praktikkan ape yang mereka cadangkan? tolonglah!!

Biofuel dan Biodiesel.. tajuk ni benar2 menarik minat anne! biofuel dan biodiesel yang dihasilkan daripada bahan makanan.. (makanan yang mengenyangkan perut dijadikan bahan bakar..) wajar ke tak? kajian telah dibuat.. biodiesel dapat dihasilkan daripada tebu, jagung dan juga kacang soya.. ha..!! lepas ni, korang mungkin kena fikir banyak kali sebelum nak beli air tebu @ nak makan tempe @ nak buat bubur jagung.. kerane harga makanan tersebut akan meningkat dengan mendadak kerana para petani mungkin lebih berminat menjual hasil tanaman mereka untuk diproses menjadi biodiesel yang sah lagi termaktub akan memberi pulangan yang menguntungkan.. maka, penduduk di negara yang makanan ruji mereka ialah cornflakes terpaksa la makan kokokrunch yang diperbuat daripada gandum.. dan orang yang suke makan tempe kene cari makanan tambahan yang lain untuk kekal awek mude! tolonglah!!

~anne nak tanam tebu.. dia nak jadi ratu gula..
~~nasib baik beras tak senasib dengan tebu, jagung @ kacang soya.. but,who knows??

Monday, May 26, 2008

anis dan sastera

anis - dia bukanlah seorang yang gemar membaca, apatah lagi menulis atau berkarya.. anis hanya baca jika tajuk atau isu sesebuah tulisan menarik minatnya yang sememangnya nipis terhadap susunan huruf2 vokal dan konsonan.. (general rule ini dikecualikan kepada tugas2 istimewa anis untuk membaca kitab tuhan dan buku2 ilmiah..)

seawal jam8pagi tadi, anis telah pergi ke bilik nasriah, tuk baca cerpen pendek karya sahabatnya itu, yang telah dicetak dalam akhbar bahasa melayu semalam (hari ahad).

tajuk:-
khatimah sebuah ekstradisi

nama penuh nasriah:-
khairunnasriah abdul salam
Watak-watak dalam cerpen ini:-
Cendera Hati - watak utama.. Cendera Wasih - kakak kandung cendera hati.. Peter - suami cendera hati.. Encik Najib - peguam yang mewakili cendera hati.. ibu dan ayah cendera hati..
Petikan dari karya tersebut yang menarik according to anis:-
[Tulis Kak Cendera Wasih lagi; bagaimana papan congkak daripada kayu rambutan yang dibuat arwah ayah yang kami mainkan sejak kecil tidak berbubuk andai sudah lama tidak digunakan. Dan, bagaimana pula ia boleh dimainkan jika tidak berpasangan? Kak Cendera Wasih cuba menggugah dengan pertanyaan; 'lupakah Hati bagaimana kita bersenda di anjung ketika memasukkan satu demi satu biji saga ke setiap lubang 'kampung'? Atau, barangkali Hati sudah lupa bagaimana bijak dan banyak sekalipun Hati meraih biji saga, dan berapa lama sekalipun Hati 'menapak' dari satu 'kampung' ke satu 'kampung', biji saga itu akan tetap kembali dimasukkan ke dalam 'rumah.' Begitu juga denganmu dik, kami tetap doakan agar Hati kembali.']

baca keseluruhan cerpen tersebut di:-

jam1717,26mei2008,itd.

happy birthday

isnin, 26mei2008. pagi ni cik taj yang sedang tido dengan lena dikejutkan dengan nada dering lagu RIMAS, laungan bingit dari fabulous cat.. hai kucing! bertuah sungguh ko.. ramai yang suka kat ko termasuklah pussycat dolls dan cat farish..

benda pertama yang cik taj ingat apabila celik mata ialah CAM atau nama penoh nye ialah carry marks.. sampai je di aikol, cik taj terus gi check CAM yang terbaru, selepas ada beberapa amendment.. thank god, it was increase 12marks..
syukur.. syukur.. syukur.. ini bermakna subjek yang saya gagal tu sudah bertukar jadi lulus..

Saturday, May 24, 2008

lolipop

jumaat sabtu ahad.. 23 24 25.. bulan mei..

tolong jangan gantung tanpa tali, tell kak nad da truth:-

jumaat, teman nas gi cari kain di kamdar jalan TAR tuk buat jubah.. nak pakai gi spesel occasion yang meraikan kejayaannye menggondol hadiah utama berjumlah rm2,500.. dia nak tampil dengan imej cantik dan lawa pada malam yang melakar sejarah kedua buatnye itu.. tahun lepas dia dah gondol hadiah yang sama.. you memang hebat lah nas! semoga you jadi penulis yang disegani, dihormati dan disayangi.. tahun depan menang lagi yer!

drama air mata ika & tasya, sedeh beb.. kak nad pun nangis:-

sabtu, seawal 4.30 pagi kak nad bangkit dari tido, mandi sampai tapak tangan jadi biru, pakai baju kurung cantik tapi menggeleber macam lemak yang tak diingini, jalan kaki gi masjid SHAH (seb baik tak dek anjing jadian!), tak sempat qiam berjemaah ngan adik2 akhi (kak nad lambat!).. tolong gadis2 cun buat breakfast.. masuk LDK.. adik2 kak nad ada 5orang.. azizah.. azurah.. madira.. farah.. dan fatin.. dorang seme dah ngenal (istilah org kelantan yang bermaksud boleh baca ayat2 suci al-quran tanpa gagap).. makan sedulang ngan adik2 yang tak habis portion mereke (perut kak nad tong sampah).. daisy datang.. bawa buah epal n lai best!.. kuiz ilmiah.. obh yang kak nad kategorikan berjaya mencuakkan abang (amar) dan kakak (ika) yang hilang adik (eddie & tasya) mereka.. sebenarnyer eddie & tasya disorok hantu susu bernama ikhwan dan aida.. eddie & tasya tak tahu dorang "dihilangkan".. ika nangis kuat gile.. pesan kat tasya 'ko jangan hilang lagi, aku risau'.. tasya cakap "aku pun tak tahu kenape, tapi tak de sape pun amek aku kat pintu pagar besar".. sebenarnye tasya kene sorok kat post office, bukannye di main gate..!! tasya kene tipu..

rahmat disebalik ujian-Nye:-

sejuk, tido kat mesjid tanpa selimut.. azan subuh, bangun balik bilik???.. jalan kaki lagi.. basuh kain 2 baldi guna tangan.. ada LDK lagi.. adik2 nampak dah penat after baca surah al-insan & al-jum'ah.. kak nad tukar modul tilawah kepada modul matematik, bahasa inggeris dan jawi (kak nad tak reti jawi).. bagi2 adiah kepada pemenang.. adiah same besar je dari no.1-no.7.. spesel performance (tarian yang menghauskan selipar @ kasut dalam masa dua hari) daripada adik2 jantan.. hujan lebat.. habis baju kak nad diampaian basah disimbah hujan asid kota metropolitan neh!

Thursday, May 22, 2008

berus gigi

rutin harian saye selame tige hari ni (hari selase, hari rabu dan hari khamis)..

bangun pagi,pergi tandas,amek wudhuk,solat subuh,baca doa,gosok baju,bersih badan,pakai baju,susun buku,pakai tudung,kemas bilik,pergi kuliah..

minggu lepas saye balik kampung lagi sekali.. saye sendiri pun dah lupe berape kali saye balik kampung during semester pendek ni..yang pasti, habis je kelas hari selase & rabu, saye akan balik.. ade2 aje..

minggu lepas saye gi jalan2 ke utare malaysia.. ikut rombongan umi, abah dan kawan2 umi.. total kesemue peserta rombongan ialah 72orang.. tidak termasuk anak2 kecil di bawah umur yang belum tahu mengurus harta yang banyak..

alhamdulillah, sejak tahun 1995 saye mengimpikan tuk ke langkawi.. sudah menjadi kebiasaan tuk budak2 darjah6 di SRK Zainab 2 buat lawatan ke langkawi.. tapi saye tak ikut sebab nak kene bayar rm100.. tak mampu ma..!

akhirnya saye telah berjaya menapak di langkawi selama dua hari satu malam.. walaupun seketika cume, tapi saye puas.. jika ada rezeki, saye nak gi lagi, nak naik kerete kebel, nak masuk underwaterworld, nak panjat monumen burung helang yang menjadi mercu tanda langkawi..

time kasih umi!

Wednesday, May 14, 2008

kaktus

menurut seorang teman dalam mesejnye kepada saye:-
"tanam menanam ialah 1 kerja yg dekat kan diri dgn Allah.percaya ckp aku!"

sewaktu proses menghabiskan duit di cameron highlands baru-baru ni, saye telah beli 3bijik pokok kaktus.. niatnye nak belajar mencintai dan menjage kebajikan tumbuhan.. kenape saye pilih kaktus? haha.. sebabnye, tak payah nak kene siram tiap2 hari..
sekarang, saye kene salin pokok2 tersebut kepade baju yang lebih besar.. akar2 yang berserabut lagi banyak tu memerlukan kawasan tanah yang banyak! die akan mampos jike saye biarkan die memakai pakaian yang ketat.. (hanya buah nangka saje yang boleh berpakaian ketat!)
tindakan spontan tanpa pikir panjang, saye keluar dari bilik, buka tong2 sampah yang ade di blok saye, cari botol air mineral 1.5liter, balik bilik, kerat & tebuk lubang di botol guna pisau, korek & amek tanah, salin pakaian baru tuk pokok2 tu dan siram dengan air.. =)

puas.. saye puas.. saye puas berkebun..

Tuesday, May 13, 2008

kami dizalimi?

dah lama saye tak check email.. hari ni, antara emel yang menarik (bukan saje menarik, tapi terbelalak mata ni selepas baca emel tersebut!) perhatian saye ialah..,,

"SALAM,
BROTHERS AND SISTERS TAKING **** **** WITH USTAZ ******* ******* LAST SEMESTER, YOU ARE REQUIRED TO RESUBMIT YOUR SECOND TEST TO SIS KHAIRUN NISA BT BACHOK AT AIKOL GENERAL OFFICE IMMEDIATELY SO THAT YOUR C.A.M MAY BE RECOUNTED. PLEASE PASS THIS NEWS FOR OTHER STUDENTS IN SECTION 1 AND SECTION 3. USE WHATEVER MEANS AS NECESSARY TO ENSURE THAT YOUR ASSIGNMENT REACH THE OFFICE BY NEXT WEEK. GOOD LUCK"

sender emel di atas dikenali sebagai sarah semsubhari.. sape ntah budak ni.. saye tak kenal..

according to assoc. prof. dr. najibah, for the first time ever, in aikol's history, more than 60 students from 2 sections made a petition to recheck their result due to unbelievable, unexpected, unpredictable, and so many un un lagi lah.. so many failures and i one of them.. (hmm.. tanpe segan silu saye menulis fakta ni di CCD..)

saye jadi bengang, saye jadi geram dan saye jadi tertekan.. kenape kami kena buat lagi skali take home test..? kehilangan take home test (yang berkemungkinan menjadi punca markah kami kurang) bukan salah kami.. kenape kami jadi mangse..? saye cukup pantang jika saye yang dipersalahkan atas kesalahan yang tidak dilakukan oleh saye..
tapi, saye tak leh protes dan saye juge dah penat protes.. saye kene akur dengan arahan tersebut.. argh.. tensen, saye kena karang lagi sekali jawapan yang saye tulis sebanyak 4 helai tu.. take home test yang yang hilang tu saye tulis guna tangan, bukannye ditaip guna keyboard berhuruf2 ni.. saye amat yakin, orang lain pun same, diorang kene karang THT yang baru sbb diorang pun tulis gune tangan masing2.. hanye segelintir je yang guna microsoft word..

chow! chow kit road..

jam1334 (azan sdg b'kumandang), 13mei2008, lr7

Monday, May 12, 2008

anis & jururawat

mesej nas kepada saye:-

weh, jgn lupe wish hari jururawat ko ieda hari ni..

mesej saye kepada ieda:-
happy nurse ieda.. take care my luv..

isnin, 12mei 2008..
saye terjaga lewat pagi..sungguh tak bagus untuk kesihatan..biasanya saye akan mula lupekan katil yang best tu jika matahari dah mula jenguk bumi..dan akan ingat kembali kepada beliau di kala malam mula bertukar menjadi pekat seperti kopi kapal api..

KOPI
saye teringat kat soalan mak kawan saye.. mak die tanye saye suke minum kopi tak? saye jawab tak.. tanpa ditanya, mak cik tu cakap dia suke minum kopi.. jadi, setiap kali saye tgk kopi, saye akan ingat kat mak kawan saye tu.. semoge mak die bahagia dengan air kopi kegemarannye!

KATIL
cakap pasal ingat mengingat ni.. setiap kali saye kemas katil saye, saye akan teringat kat fizie,senior saye masa di matrik dulu.. setiap pagi, fizie akan kemas katil dia.. hasilnye, sangat lah kemas dan cantik berseni.. saye cukup tertarik susunan bantal2 die yang banyak tu..
* fizie, ko ape khabar.. bertuah ko sbb aku igt kt ko setiap pagi..

COKI-COKI
diena, ingatan i kat u menjadi2 bila i makan coki2 kegemaran u tu..!

gambar: ieda pakai uniform nurse.. [hmm.. tak dek dalam simpanan saye gambar umi pakai uniform nurse..]