CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 23, 2007

panjang

kenderaan yang aku teringin nak naik:-

1) lori
2) jet ski
3) helicopter
4) kapal star cruise
5) motor polis trafik
6) bot @ rakit @ sampan


tempat yang aku nak pergi; for the time being:-

1) cameron highland
2) mana-mana pulau di malaysia

material idaman hati:-

1) 'say' @ seumpamanya
2) highlighter warna pink

azam tahun baru hijrah:-

1) tunaikan 'hajat' umi
2) buat baik dan hindari maksiat
3) jangan malas; rajin belajar @ berpersatuan @ bekerja
4) berusaha untuk mendapatkan 'reward' yang dijanjikan umi & kak mie.. due date, 30 june 2008!

jap lagi aku nak..

1) basuh kain separuh baldi warna hijau..
2) lipat kain yang bertimbun kat dalam loker..
3) kemas bilik yang bersepah macam tongkang pecah..
4) amend draft statement of claim for my presentation on 14 jan 2008..

bai bai.. semoga aku berjaya tunaikan impian aku yang tinggi menggunung bak gunung snorz..

offence ku.. hua ha ha..

4 classes..

tiket bus rapidkl milik diana.. beliau menaiki bus tersebut kerana berhadapan dengan beberapa masalah sekembalinya beliau dari wisma pahlawan.. masa dan tarikh ada dicetak di tiket tersebut..
motto: PREPARE FOR THE WORST, HOPE FOR THE BEST..


YEAR 2008


gambar jam besar di atas diambil oleh saudari anis semasa beliau berada di atas anak tangga yang banyak bertempat di kompleks mahkamah shah alam, selangor.. masa: 11.30pagi, tarikh: 0701


YEAR 2007

picture above: one of the check points during induction course for akhi project year 2007.. held on 5-7 january 2007.. my post; assistant programme manager.. haina and i were the persons in charge who wait for the participants to find us and do some tasks prepared by modul team..
time and date as shown above (in the picture)


RED PINK WHITE

gambar di atas aku amek dari pc alin di rumah beliau semasa aku membuat kunjungan hormat.. tak de kaitan ngan tujuh haribulan satu..

sekian, terima kasih.

yang benar,

(tandatangan)

............................
Deyanah

three musketeers..

jom kita recall..

-my fisrt handphone is Nokia3310, bought it from my friend with a lower price..
-2nd handphone is Nokia5210, bought it at kotaraya..
-3rd handphone is Nokia6250 (picture), also bought it at kotaraya, 2nd hand handphone..

jom baca fakta..

-adma pernah berkata pada Nokia5210, "cepat2 lah hilang @ rosak.. aku nak beli hp baru ni.." Maka, pada suatu hari yang gembira di kota bharu, hp tersebut tercampak keluar melalui tingkap DS8458 yang dipandu oleh adma semasa sedang belok di persimpangan lampu isyarat yang sibuk. belum sempat adma ambil hpnya itu, sudah ada orang tolong ambil dan bawa lari hpe tersebut.. huhu.. no hp yang lama adalah 012952952*.

- aku ada beberapa orang teman yang suka tukar2 hp.. walaupun faktor kewangan kurang mengizinkan, tetapi nafsu mengatasi segalanya..

- aku telah berjanji ngan Nokia6250, tidak akan beli hp baru selagi dia tak hilang @ rosak.. dan, selagi boleh dibaiki, aku akan usahakan..

- Nokia6250 pernah rosak buat beberapa kali.. suprisingly, seorang teman istimewa aku telah 'menghadiahkan' Nokia T Mobile nya, sebagai ganti Nokia6250 yang rosak tersebut.. terima kasih fren atas jasa baik mu itu.. walaupun itu hp 2nd hand, tapi aku amat suke akan hp lipat berwarna hitam tersebut..

dua puluh tujuh.12

2006

- handphone rosak
- minta tolong kawan repair kat kotaraya
- tutorial class was postponed
- makan kat mc'd branch hang tuah, almost 2hours there!
- gi open house krismas malaysia kat dewan tun razak, PWTC
- jumpa sorang lecturer aikol kat open house tu..


2007

- result PMR diumumkan
- my evening class was cancelled
- went to kak dah's house at taman ibu kota
- have some leisure time with Faiqal at one famous lake in KL
- chit chat with kim + nas at cc nusaibah
- on duty, makan rendang+nasi impit, play pc games with rumates..

word of wisdom for today:-

the best antiques are old friends

peta

RAYA..!! Aidiladha n Aidilfitri..

salah satu sebab utama aku kena balik kampung.. sebelum ni aku pernah tak balik kampung pada raya haji, tapi hati ni sayu bila orang kat kampung call + sms.. kata mereka, tanpa diriku, tak de orang yang nak hiris daging korban and tolong dorang masak2..

thank you kepada abang long sebab bawa aku balik ke kampung di Kota Bharu ngan AGA551 nya dan terima kasih banyak2 sekali lagi sebab tumpangkan aku balik ke kampus..

tapi, proses balik kampung kali ni amat menguji ketahanan fizikal dan mental.. jalan utama dan jalan alternatif ke Kota Bharu dari Gua Musang ditutup disebabkan runtuhan tanah.. tempoh 6jam bagi perjalanan yang normal dan lancar bak kilometrico menjadi 9jam dek bencana alam tersebut..

ada beberapa kejutan buat aku sempena raya kali ni:-

- sehari sebelum raya (19/12/07) cubaan mencuri melalui tingkap pada waktu subuh di bilik umi+abah tidak berjaya..
- tibe2 je umi cakap my cousin, kak atie nak kawen..
- my childhood friend, bie pun kawen gak..
- kok buat kenduri naik rumah baru..

~~ selamat makan nasi~~

Wednesday, December 19, 2007

broke time..


18 december 2007

today is my second day.. everythings is weird n not familiar to me.. got many problems and troubles.. but, thanks God, Mizah was here, helping me indirectly..

17 december 2007

my first day.. everythings was ok.. the server was down n i was here alone for one n half hour.. so, i decide to have a very sweet dreams in a cool place.. as cool as cucumber..
thanks a lot to Intan, she gave me top up as a gift for my first day as a ** girl..

GAMBAR: langsir bunga2 pink ku + ketupat plastik bercahaya + perkataan Selamat Hari Raya.. venue: Nus D4.4.. Event: Jamuan Hari Raya Aidilfitri khas buat teman2 istimewa kami berempat..

Thursday, December 06, 2007

4 jamS

Calendar Semester 2, 2007/08 to all IIUM students..

LECTURES:
03/12/2007 - 19/12/2007

'EID UL-ADHA BREAK:
20/12/2007 - 25/12/2007

LECTURES:
26/12/2007 - 06/02/2008

BREAK:
07/02/2008 - 10/02/2008

LECTURES:
11/02/2008 - 19/03/2008

REVISION PERIOD:
20/03/2008 - 23/03/2008

EXAMINATION PERIOD:
24/03/2008 - 08/04/2008

INTER SEMESTER VACATION:
09/04/2008 - 27/04/2008


Public Holidays:

Sultan Selangor’s Birthday: Dec11, 2007
'Eid ul-Adha: Dec 20, 2007
Christmas Day: Dec 25, 2007

New Year: Jan 01, 2008School Holidays: Nov 17,2007-Jan 2, 2008
Chinese New Year: Jan 29 & 30, 2008
1 Muharram: Jan 10, 2008
Maulidur Rasul: Mar 20 2008


Thursday, November 22, 2007

satay kajang convest hill

umi pernah cakap.. salah satu petanda dunia berada di akhir zaman ialah para alim ulama berkurangan dan pemimpin yang zalim akan menjadi pemimpin..

kawan aku pulak cakap, manusia sekarang malu nak buat pahala tapi tak malu buat maksiat secara terang-terangan.. jika dulu maksiat dibuat secara sembunyi, tapi sekarang maksiat dapat dilihat di mana-mana..

aku pulak? tak tau nak cakap ape.. tapi aku agak agree dengan kata2 mereka berdua.. kalau nak tahu kenapa aku agree ngan dorang punya kata2, sila tanya aku directly kerana reason aku terlalu sulit untuk ditayangkan di sini..

( topic di bawah tidak ada kena mengena dengan topic di atas.. )

oh ya, dua hari lepas aku dapat sms from D***.. kata2 ni di apetik dari buku tulisan HM Tuah yang dibacanya;

"Jangan benci orang tanpa sebab, hati jadi tak tenang. Jangan suke orang keterlaluan, mungkin balasan tak setimpal dengan apa yang kite rasa, selebihnya hati yg sakit dan duka.."

aku pun tak tahu apa tujuan D*** apabila dia bagi aku kata2 tersebut.. yang penting aku dah share ngan korang agar korang boleh share ngan orang lain pulak..

white and black

pada suatu hari yang rebas,

my fren and i baru balik dari suatu tempat.. kami kena melalui jalan yang agak sibuk untuk menuju ke stesen yang berseni.. sedang kami ingin melintas jalan yang kurang sibuk, tetiba aku amat terkejut apabila melihat my fren yang berjalan di hadapan aku sambil menaip sms hampir2 dilanggar bas yang melunjur laju.. (tapi, kalau nak kata dia nak langgar bas pun bleh jugak..) perasaan aku at that time, nak marah pun ada, terkejut pun ada, takut pun ada.. tindakan spontan aku adalah menjerit memanggil nama beliau agar beliau sedar akan keadaan semasa iaitu jaraknya dengan bas hanya lebih kurang sehasta..

tiber, aku teringat kenangan lalu.. meh nak share ngan korang..

masa kecik2 dulu.. aku selalu pergi ke kedai @ kelas al- quran @ bermain ngan sepupu perempuan aku yang tinggal di sebelah rumah aku.. umurnya setahun lebih tua dari aku.. akan tetapi, jika diukur dalam bentuk fizikal, ramai yang sangka aku lebih tua dari beliau.. maka, her perents asked me to 'look after' their daugther jika kami nak ke mana2..suatu petang pada tahun 1988, kami baru balik dari kedai runcit (aku lupe dah kami pergi beli ape..) tapi, kami makan benda yang kami beli tersebut sambil berpimpin tangan dan berjalan kaki pulang ke rumah.. tibe2.. (jeng..jeng..jeng..) beliau melepaskan tangan ku yang memegang erat tangannya dan berlari meninggalkan aku untuk melintas jalan.. tanpa disangka, beliau dilanggar motorsikal yang bergerak laju di jalan kampung.. hasilnye, beliau cedera di bahagian kaki n trauma.. paling sedih, beliau juga tidak boleh mendengar suara aku dan suara2 orang lain except suara parents beliau.. (nasib baik selama beberapa minggu sahaja selepas minor accident tersebut..) aku pulak, sangatlah sedih.. rasa bersalah sbb tidak dapat jaga dia dengan sebaiknya..
konklusinya, aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.. biar lah incident yang berlaku 19tahun lalu adalah accident terakhir yang melibatkan orang2 yang rapat dengan aku n yang aku sayang.. lagi2 kalau berlaku di depan mata..

KAMUS anis:
REBAS bermakna hujan renyai2.. eh silap! hujan rintik2 la..

Thursday, November 15, 2007

mataku shuhada

cerita di bawah adalah cerita sebenar.. akan tetapi nama sebenar watak2 dalam cerita ini akan dirahsiakan atas sebab dorang bakal menjadi peguam yang akan mencipta nama di persada antarabangsa..

suatu hari, semasa Mek sedang mendaki tangga menuju ke destinasi rehat, Minah yang tiba2 muncul dari belakang menegur Mek..

Minah: Mek, mu ni meme suko paka kasut neh ka? (sambil menjuih bibir mungilnye ke kasut hitam yang dipakai oleh Mek)
Mek : Aku tau la kasut ni buruk gle.. dah lusuh.. tapi nak buat cam mane? aku selesa ngan kasut ni! tak pedihkan mata n tak lenguhkan kaki..
Minah : yer.. aku agree ngan mu.. sama gak ngan suami, better dapat suami yang buruk (xhensem), tapi berperangai baik n menyenangkan..
Mek : Minah!! (Mek bersuara dgn nada marah).. sampai hati ko sama kan kasut buruk aku ngan seorang suami..
Minah: wei Mek! aku sama kan je, bukan cakap suami ko macam kasut..
Mek : suka hati ko lah Minah.. yang penting, aku bangga ngan kasut aku ni..

MORAL:
- hargailah jasa ibu bapa..
- jangan boros.. selagi benda tu berguna , tidak rosak @ ketinggalan zaman, gunalah ia sebaik mungkin..
- ingatlah kepada insan yang memerlukan..

beg Hitam

baru2 ni.. pada jam 1755 bertarikh 10 November 2007,
sandy telah menerima satu sms dari no yang tak dikenali..
sms tersebut boleh dibaca sebagai..

"Akum pakcik, sye student uia nak mintak anta g lcct airport esok boleh?"

yang tak boleh diterima akalnyer, student uia tu panggil sandy as pakcik! kalau dia panggil makcik, boleh la jugak diterima akal fikiran..
oh ya, sandy memang ada buat delivery service ke destinasi yang ingin dituju kepada budak2 yang duduk kat kolej yang sama dengan dia.. tp ni first time sandy dapat mesej yang kelakar tu!
as a result, sandy tak hantar pun student uia tu gi ke lcct.. bukan sbb dia sakit hati student uia tu panggil dia pakcik, tapi sbb lcct tu jauh giler nak tido!

moral:-
- sebelum buat sesuatu, fikir dulu..
- kalau terasa diri buat silap sesama manusia, jangan lupa minta maaf.. takyah nak tunggu raya baru nak minta maaf zahir dan batin..
- tapi kalau tak nak minta maaf sbb ego @ malas @ memang taknak kawan ngan orang tu dah, simpan la maaf tu until the next hari raya..
- tapi, kalau raya pun tak nak bermaafan jugak, lantak pi hang pa la..!

pantun:-
berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian,
bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian..

maknanye, bersedialah untuk menghadapi sesuatu perkara..

Thursday, November 08, 2007

i love you


i carry your heart with me (i carry it in my heart)
i am never without it (anywhere i go you go, my dear; and whatever is done by only me is your doing, my darling)

i fear no fate (for you are my fate, my sweet)
i want no world (for beautiful you are my world, my true)
and it's you are whatever a moon has always meant and whatever a sun will always sing is you

here is the deepest secret nobody knows (here is the root of the root and the bud of the bud and the sky of the sky of a tree called life; which growshigher than soul can hope or mind can hide)and this is the wonder that's keeping the stars apart

i carry your heart (i carry it in my heart)



General Info:-

- I heard this poem is on 07.11.2007 at 2am for the first time..
- In a movie, In Her Shoes.
- In her shoes means ‘to be in her position’
- It was written by E. E. Cummings (1894-1962)
- He was an American poet, painter, essayist, and playwright.

Monday, October 29, 2007

5 pasangs..

Tibanya Zulkedah bermaksud berlalunya Shawal dan semakin jauh Ramadhan meninggalkan kita..

As usual, bila tiba Shawal, rumah aku automatically akan diserbu oleh adik-beradik umi bersama dengan anak2 dan cucu2 mereka.. fyi, umi adalah anak yang kedua senior dalam keluarga Haji Hassan (anak sulung dah meninggal dunia pada tahun 1988). So, sudah menjadi kebiasaan openhouse di rumah aku adalah pada hari raya pertama.. tahun ni, for the first time juadah kami ialah lemang n rendang.. rendang dimasak oleh Kak Kay and lemang Abang Man beli kat Bidor, Perak on the way dia nak balik Kota Bharu dari Tanjung Malim.. tugas aku hanyalah menyediakan nasi kerabu (juadah utama) dan buat agar2 koktel.. terima kasih kepada semua yang hadir ke openhouse kami n sudi makan juadah yanng disediakan.. korang memang best..

Antara rumah yang aku pergi sempena openhouse 2007..
- rumah pak cik n mak cik
- rumah kawan2 (nik, dada, intan, asma’ & amy)
- rumah mentee akhi projek (fateh & yusrizal)
- rumah kak dah (openhouse personal paling besar yang aku pernah jumpa dalam dunia ni)

akhir kalam, Salam Aidilfitri 1428Hijrah n Maaf Zahir Batin..

oh ya, my roommates & i jugak buat openroom kat Nusaibah D4.4. hanya kawan2 rapat perempuan sahaja yang dijemput hadir ke jamuan tersebut.. Idea nak buat openroom datang secara tiba2 apabila one of my roommates dapat kupon *** yang harganya less 25%..

tugas2 kami:-

yanie = buat air oren+mangga, Nescafe panas n teh o panas
intan = buat sandwich telur, telur goreng & salad buah+kobes warna purple
arra = beli ayam goreng K******* & buat sambal kicap tuk dimakan ngan mihun goreng aku!
anis = menggoreng mihun goreng cina sampai sedap! (terima kasih kat ibu kerana bagi pinjam dapur gazz..)

terima kasih kepada kawan2 kami yang datang ke our openroom.. kami happy dapat jamu korang seme..

haida nordin


Tersebut lah kisah satu malam, aku dapat dua sms masing2 satu daripada sarahida n ayu, menjemput aku ke kenduri kahwin haida.. aku terus agree nak ikut dorang sbb dah lama aku tak jumpa ngan si haida since kami form 3 setelah dia berpindah ke sekolah lain..


haida,seorang kawan lama yang aku kurang rapat but kami ada persamaan, iaitu suka borak n borak.. tahniah n semoga bergembira sokmo!

Monday, October 22, 2007

gg Ger 22

berlalulah sudah ramadhan, setelah sebulan berpuasa..

dekat2 nak masuk bulan puasa tahun ni, tetibe je aku dapat satu idea tuk berbuka puasa ngan orang yang berlainan setiap hari (exception to my rumates n my parents).. untuk tidak menyusahkan diorang dengan kehadiran tetamu yang tak malu tawar diri tuk buka posa sama ngan dorang, maka aku pesan kat dorang agar jangan sediakan sebarang juadah berbuka untuk aku..biar aku sediakan sendiri juadah aku..

target orang yang aku ingin berbuka sama2 adalah kawan2 yang dah nak grad dr *** @ pernah rapat @ rapat gile ngan aku.. biasanya aku yang akan pergi bilik diorang..

alhamdulillah, daripada 100, aku rate diri aku 90. aku berjaya buka posa ngan orang yang berlainan, setiap hari.. semua ni gara2 Dina.. secara tak sengaja dan tanpa dirancang, aku berbuka sama ngan dia sebanyak 3kali!

- special teman aku waktu berbuka ialah becky.. aku sendiri pun tak sangka kami ada peluang tuk berbuka bersama lantaran jarak yang jauh di antara kami..
- restoran yang baru dikenali dalam bulan puasa; oldtown.


Thursday, October 04, 2007

junta berjuta lemon 041007


together we strive for a better excellent.. =)
-msg balas dari seorang teman selepas aku wish all da best kat dia pagi tadi..

x pelah yg xtra tu akak buat beli prepaid. Kira duit raya la tu deh. Tq so much =)
-yeay!aku dapat duit raya dari seorang adik aliah yang manje nak mampus!

eh anis.aku pakai tai yg ko beli la utk pg sek.huhuhu.teringat aku kat AKHI
-mmg aku yang beli tai tu, tapi guna duit S-Dev (on behalf akhi)..

Salam..wey,mu tau x nis.aku memg suka r bc blog mu..x mis stiap bln.smoga blog mu akn lebih ceria lg deh..adios
-msg dari teman yang berada di Kuantan.. mcm ni la nory yang always keep in touch even ktorg jarang jumpe!


sejambak TAHNIAH:-

- kepada hazami yang telah sebulan melahirkan Wan Qisti Alwafa
- kepada ida yang bakal menambah bilangan anak aku!

Wednesday, October 03, 2007

di ambang kenyang.. 031007

satu hari merdeka yang ke 50 bagi negara malaysia, anis telah ikut arra balik ke kampungnya dekat ngan kapar, klang selangor darul ehsan keranaada kenduri arwah kecil2an anjuran mak ciknya..

oleh kerana mereka berketurunan jawa, maka makanan yang disediakan bertema jawa, iaitu Nasi Ambang.. nasi ambang ialah campuran nasi+lauk+sayur+macam2 lagi yang dibubuh dalam dulang..
after habis majlis, para hadirin(biasanya lelaki) akan bahagikan makanan dalam dulang kepada 5 atau 6 bahagian.. kemudian dibubuh dalam plastik n dibawa balik ke rumah masing2 untuk dimakan dan dilahap bersama2 ahli kelurga yang lain..

ni rupa nasi dalam dulang tersebut, sebelum diusik..


setelah semua hadirin telah pulang ke rumah sambil membawa bekalan masing2, terdapat satu lagi nasi ambang dalam dulang yang belum diusik.. tetiba, ada suara berbisik ke telinga anis, "cikanis, jom kita makan nasi dalam dulang tu.." anis pun jawab, "jom. tapi u ajak la orang lain makan bersama kita.. baru syok dan meriah!"

ni gambar semasa sedang makan..



sejumlah sepuluh (10) orang yang makan nasi dari dalam dulang tersebut.. tapi, Ya Allah.. nasi tersebut macam tidak diusik n tidak luak.. banyak nak mapus! hasrat untuk menghabiskan nasi tersebut tidak berjaya kerana kami semua dah kenyang tahap dewa kenyang di kayangan!

di bawah ni disertakan gambar nasi ambang selepas kami decide nak berhenti makan sebelum kenyang yang amat..

banyak giler yang lebih.. memang membazir.. tapi apa kan daya, kami memang tak mampu nak habiskan nasi tersebut.. tapi, alhamdulillah, ada sorang akak yang sedang sarat mengandung menawarkan dirinya untuk bawa balik nasi yang lebih tersebut untuk anak2nya di rumah..

cadangan aku:

- xyah la bubuh nasi dalam kuantiti yang banyak dalam satu2 dulang.. cukup la dengan kuantiti untuk dimakan oleh 5 @ 6 orang ..Ya Somad!

dobby 021007

dah lama aku cari kasut yang sesuai untuk dibeli.. and, awal september baru2 ni, aku beli sepasang kasut hitam yang bertutup penuh.. kat kedai tu jugak aku pakai kasut baru tu n kasut lama feveret aku terus disimpan rapi dalam kotak kasut baru tersebut..

jeng jeng jeng.. pada waktu maghrib hari yang sama, semasa tengah tunggu feeder bus ke *** kat terminal putra, tetiba hujan turun dengan lebatnya.. and, bila sampai kat mahallah aku pun, hujan masih lagi syok turun dengan banyaknya dan mencurah-curah..

oleh kerana malas nak lalu jalan jauh yang berbumbung, aku dengan hati yang sedang kacau dan keliru amek pilihan tuk lalu jalan alternatif yang lebih dekat tetapi tidak berbumbung.. keputusannya, aku basah kuyup disimbah air hujan dan kasut yang aku baru beli tu penuh dengan air hujan yang membawa rahmat kepada sekalian makhluk Allah..

esoknya, aku pakai lagi kasut tersebut.. sampai je ke destinasi cinta siti nurhaliza, aku terkejut tahap dewa bila tengok kasut aku yang tadi 'masam' dah bertukar wajah menjadi 'senyum' dan reben yang melekat di kasut kiri telah menghilangkan diri.. masa tu, Tuhan je tahu betapa menyampahnya aku kat kasut tersebut.. baru je beli semalam, hari esoknya dah buat hal!

maka, selepas balik dari destinasi tersebut, aku decide nak gi satu kedai tuk beli kasut baru (juga berwarna hitam dan bertutup penuh!) walaupun aku akan kehabisan duit, tapi aku tak kira! aku nak puaskan hati aku yang geram ni.. puas dengan nafsu serakah tuk ganti kasut yang dah kereppot..

hari ini, kasut lama kereppot tersebut aku still lagi pakai, masih lagi bertitle kasut feveret aku walaupun dah merekah sana sini dan hidup segan mati tak mahu.. kasut 'senyum' tu plak, sedang tersadai kat luar bilik aku n kasut yang baru dibeli tu aku pakai bila perlu sahaja sbb aku suka pakai kasut kereppot feveretku..!


sekian cerite tentang tiga pasang kasut hitam bersaiz ronaldo..

Sunday, September 23, 2007

happee fizah

yer.. hari ni besday kawan baik aku masa sekolah menengah dulu.. alhamdulillah, aku masih lagi ingat birthdate dia.. tapi aku belum wish lagi kat die.. mebi after dis..

well, sempena bulan puasa ni, aku dapat banyak SMS ucap selamat berpuasa.. dan banyak jugak yang aku hantar kat orang.. terima kasih kat i***n yang berkongsi $ ngan aku! so that, leh la aku reply n hantar SMS kat orang!

6017***7332 telah berkongsi RM5 kepada akaun anda melalui Share-a-Top Up. Rec#15105470. Baki: RM*.28. Tarikh luput: 17.09.2007.

antara SMS yang aku dapat sempena Ramadhan and aku blum delete dalam my inbox..

-Tq Anis. Selamat bpuasa gak. Wah, seluruh m'sia sambut b'day shah. Tp dia sendiri kerja kot. :-)
(SMS sempena Ramdhan yang aku paling suke! Tak diciplak n khas untuk aku sahaja..)

-May God give u a RAINBOW 4 evry STORM,a SMILE 4 evry TEAR,a BLESSING 4 each TRIAL, a SWEET SONG 4 evry SIGH, an ANSWER 4 evry PRAYER.. Salam ramadhan..
(walaupun SMS ni kemungkinan difoward kepada orang laih jugak, tapi aku suke ngan wish yang disampaikan..)


lastly, nak wish korang.. SELAMAT BERPUASA tahun ni, 1428H..

23-09-2007, 0128


huagrh.. ngantuknyer.. and, aku sendiri pun pelik.. biasanya at this time, aku dah tdo..
alkisah tersebut lah kisah.. aku selalu tengok dalam movie kanak2, before tido ade je sessi bercerita @ nyanyi lagu dodoi oleh parents or guardian kepada kanak-kanak tersebut..
jom kita nyanyi lagu di bawah sambail imbas kembali nostalgia zaman miro attack, ultraman taro, satria baju hitam dll.. if tak tau rentak, leh reka sendiri sbb aku sendiri pun tak tau....

LAGU KANAK-KANAK RIANG

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Dah pandai baca kitab
-aku biasa dengar lagu ni

Cak cekur dan gamit
mintak cekur beri kunyit
--fisrt time dengar bila one of my rumates nyanyi kat ktorg bertiga,in our mansion

Tun tun nukut
Nukut dalam cupak
Mana tikus mondok
Menyorok bawah ketiak

Tun tun nukut
Nukut dalam cupak
Mana tiku mondok
Menyorok celah kelangkang
--- langsung tak pernah dengar

Tak teh kayu api
Sudah letih jalan lagi..
---- yang ni pun tak pernah dengar.. tapi kalau dah letih tu, rehat je lah!