CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 22, 2007

white and black

pada suatu hari yang rebas,

my fren and i baru balik dari suatu tempat.. kami kena melalui jalan yang agak sibuk untuk menuju ke stesen yang berseni.. sedang kami ingin melintas jalan yang kurang sibuk, tetiba aku amat terkejut apabila melihat my fren yang berjalan di hadapan aku sambil menaip sms hampir2 dilanggar bas yang melunjur laju.. (tapi, kalau nak kata dia nak langgar bas pun bleh jugak..) perasaan aku at that time, nak marah pun ada, terkejut pun ada, takut pun ada.. tindakan spontan aku adalah menjerit memanggil nama beliau agar beliau sedar akan keadaan semasa iaitu jaraknya dengan bas hanya lebih kurang sehasta..

tiber, aku teringat kenangan lalu.. meh nak share ngan korang..

masa kecik2 dulu.. aku selalu pergi ke kedai @ kelas al- quran @ bermain ngan sepupu perempuan aku yang tinggal di sebelah rumah aku.. umurnya setahun lebih tua dari aku.. akan tetapi, jika diukur dalam bentuk fizikal, ramai yang sangka aku lebih tua dari beliau.. maka, her perents asked me to 'look after' their daugther jika kami nak ke mana2..suatu petang pada tahun 1988, kami baru balik dari kedai runcit (aku lupe dah kami pergi beli ape..) tapi, kami makan benda yang kami beli tersebut sambil berpimpin tangan dan berjalan kaki pulang ke rumah.. tibe2.. (jeng..jeng..jeng..) beliau melepaskan tangan ku yang memegang erat tangannya dan berlari meninggalkan aku untuk melintas jalan.. tanpa disangka, beliau dilanggar motorsikal yang bergerak laju di jalan kampung.. hasilnye, beliau cedera di bahagian kaki n trauma.. paling sedih, beliau juga tidak boleh mendengar suara aku dan suara2 orang lain except suara parents beliau.. (nasib baik selama beberapa minggu sahaja selepas minor accident tersebut..) aku pulak, sangatlah sedih.. rasa bersalah sbb tidak dapat jaga dia dengan sebaiknya..
konklusinya, aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.. biar lah incident yang berlaku 19tahun lalu adalah accident terakhir yang melibatkan orang2 yang rapat dengan aku n yang aku sayang.. lagi2 kalau berlaku di depan mata..

KAMUS anis:
REBAS bermakna hujan renyai2.. eh silap! hujan rintik2 la..

0 comments: