guy laroche adalah jenama jam yang aku pakai sejak bila pun tak pasti.. jam ni kononnya hadiah dari kak mie sempena kemasukkan ku ke IPTA kat PJ dulu.. terima kasih kak mie! tapi yang kurang best sket, jam ni dipakai oleh beliau terlebih dahulu selama lebih kurang 12bulan, barulah jam ini melekat di penggelangan tanganku sehingga ke hari ini.. tapi, (ada lagi tapi) yang bagusnya, jam ni dibeli dengan harga yang murah.. at that time ada sale sebanyak 80%.. sebab tu la kak mie terus beli jam ni..
bercakap pasal jam, sekarang ni Guy Laroche aku menunjukkan tepat jam 2300. maka, inilah masa tuk ITD ni tutup.. maka, see you soon.. lain kali aku sambung.. babai..
1640, 1 jun 2007
ni ha.. aku nak sambung cerita pasal jam.. satu hari tu, aku masuk bilik mr.K di dalam office miliknya (setelah dipanggil oleh beliau..)tiber je terpandang jam kat tangan dia.. nothing special ngan jam dia sbb aku ni bukan jenis yang pandai mentafsir jam dari segi harga, ketulenan dan ketahanan dia.. tapi yang buat aku terkejut adalah, jam kat pergelangan tangan dia lewat 15 min jika nak dibandingkan dengan jam yang tergantung kat ofis mr.K tersebut.. patut la selama ni dia selalu tgk jam kat dinding office! baru2 ni.. aku tengok lagi skali jam dia.. kali ni, waktu yang terpapar di jam tersebut adalah sama dengan jam dinding kat office..
aku pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa barang sesiapa yang mempercepatkan waktu pada jamnya, maka orang itu adalah orang yang berjaya.. tapi, i think it is wrong sbb walaupun waktu kat jam tangan mr.K lewat 15min, dia tetap insan yang berjaya di mata aku.
aku? aku bukan jenis yang mempercepatkan waktu jam di pergelangan tanganku. adakah ini bermakna aku tak tergolong dalam golongan orang yang berjaya? aku rasa, aku bukan tergolongan dalam golongan orang yang berjaya sbb aku belum dapat kejayaan yang aku ingini.. tapi tak bermaksud i'm a failure in my life..
Thursday, May 24, 2007
Guy Laroche
Posted by deyanah at 5/24/2007 10:55:00 pm 0 comments
haruskah aku membenci kamu?
satu malam, sedang aku berSMS ngan my soul mate, tiber je aku bgtau dia yang aku tringin sangat nak blajar bahasa isyarat aka sign language.. bukannye tak der benda lain yang aku nak blajar, tapi aku rasa sign language ni unik! satu dunia bleh paham isyarat tersebut..
and, kawan aku tu, dia mmg tau sign language sbb dia ada cousin yang mmg guna sign language all the time. kawan aku tu gak terer tahap cipan ngan english language. slalu je dia SMS kat aku guna ayat yang bombastik! maka, terpaksa lah aku bukak kamus..
dulu2, masa skolah, aku ada kamus bergerak.. kami duk sebelah menyebelah.. aku slalu tanya dia perkataan2 inggeris yang aku tak paham.. jawapan dia satu jer(dalam longhat kelate), "kalu mung nok panda, bukok kamuh, cari makno sdiri..lagi cepak mung ingak.." so, sejak hari tu, aku mmg bukak kamus(tu pun jika dia ada kat sbelah, if not, aku tanya jer orang lain..hehehe..) i miss u ACEH!
sekarang, aku ada sorang lagi kamus bergerak.. taip yang ni ustazah lah! hampir semua perkataan arab yang aku tak tau, dia translatekan.. aku mmg tabik spring kat kawan aku yang sorang ni..lagi satu, dia mmg score subjek yang dibelajar dalam bahasa arab.. wa caya sama lu ASMA'!
aku? aper yang aku boleh sumbang kat orang? benda aper yang ada kat aku yang membuatkan orang tabik hormat kat aku.. oh, hanya Tuhan yang tahu sebab Dia lah yang menganugerahi segala kelebihan yang ada pada seseorang tu.. (tapi lemak yang berlebihan tu, adakah itu anugerah dari Tuhan? hahaha.. tepuk dada, carilah jawapan sendiri..!)
Posted by deyanah at 5/24/2007 10:41:00 pm 0 comments
Tuesday, May 08, 2007
zebra
hampir 10 hari tak teroka dunia cyber..
dan hari ni, ada masa yang agak lebih sedikit, maka aku amek peluang ni tuk tekan2 keyboard nih..
sekarang kat lab ITD kat satu tempat dlm kawasan gombak..
tapi kan, sejak bila lab ITD ni bercampur dari segi jantina?
before this, hanya kaum sejantina ngan ku jer yang masuk lab nih..
whatever lah! yang pasti aku berdoa agar Tuhan perelokkan akhlakku..
aku tak nak pegang watak antagonis dalam hidup yang singkat nih..
ameen..
Posted by deyanah at 5/08/2007 09:02:00 pm 0 comments
Sunday, April 29, 2007
28/04/07
hari: sabtu
tarikh:28/04/07
jam: 1835
special event: hari ni arra's 22nd birthday!
cuaca: matahari tak nampak, hujan pun tak
suhu: sejuk.. suhu sebenar tak diketahui sbb nokia 5210 ku hilang..(series, hp warna oren tu boleh check suhu)
kipas: speed no 5 sbb nak keringkan rambut yang basah selepas dishampoo dgn shampoo jenama ******e dan dibilas dengan air mutlak yang keluar dari paip shower..
bilik: mahallah nusaibah block D level 4 nombor 2 aka nusD4.2..
rumate: sorang pun tak der..sumer kat rumah masing2.. bila ntah nak datang!
kereta: ada tiga bijik jer kat parking lot nusaibah (termasuk kete bapak yanie yang hantar dia..
yanie: tengah daki tangga naik ke bilik yang tinggi ni (skrg dah sampai dan tgh bukak kad birthday+tulis ucapan utk arra+bercerita pengalaman LAP)
stadium: beberapa orang lelaki tgh bermain bola
SMS: nurul (kawan arra) baru je msg suh kitorang get ready coz lagi 20min dorang akan datang amek kitaorang gi rumah intan tuk makan2 sempena birthday arra..
aku: skrg ni tgh menaip benda alah ni..
chow!
Posted by deyanah at 4/29/2007 05:06:00 pm 0 comments
hujan ammonia
Kat luar sana, hujan lebat giler.. tapi aku amatlah malas nak angkat baju2 ku dijemuran.. baju2 tersebut aku basuh pagi semalam (21/04/07), sebelum gi kerja.. so, petang tu sepatutnyer dah kering la, tapi hujan rahmat turun masa aku baru jer sampai bilik (lepas balik dari kerja). Then, dengan penuh gaya, aku angkat baju2 tersebut, buh dalam baldi, letak kat luar bilik, gi cc amek kunci bilik ngan akmar, balik bilik lupa nak bawak masuk baju2 tersebut.. Maka, pagi tadi, masa nak re-jemur baju2 tersebut, ada bau yang tak best melekat kat baju ku.. dan bau tersebut datangnya dari binatang yang berbulu yang asyik berkeliaran kat level2 block D.. terus aku jadi prejudis, jahat sungguh binatang tu tido atas longgokan baju ku di dalam baldi kat luar bilik! Tau la ko nak tido kat tempat yang selesa! Tapi jangan la tinggalkan bau yang busuk kat baju2 ku tu..
Moral:-
- jangan letak barang berharga kat luar bilik.. nanti kena curi macam GRENDA warna putih ku..
- jangan bagi baju kena hujan, mebi tu hujan asid dan bukannye hujan rahmat. Nanti kena kanser kulit.
- bilas baju betul2, jangan bagi ada sisa2 sabun basuh kat baju.. nanti kulit gatal..
ADMA
- teringat kat KCN.. semalam dia ckp sambil tunjuk kat sorang gadis “this lady give luck! or (gadis tu bawa rahmat!)
- aku tak suka tapi tak juga benci kat binatang perliharaan.. jangan bagi aku bela dorang sudah! Malas nak maintain makanan dorang..
- mana akmar nih, tak reti-reti nak balik bilik ker? Tak sabar nak guna shampoo baru! Biar wangi rambut kitorang yang kerinting macam spagetti.. hehehe.. jangan jeles..
Posted by deyanah at 4/29/2007 05:04:00 pm 0 comments
D4.2
Kawan? Sahabat? Teman? Or what..
Dalam dunia ni, pastinya sume orang ada kawan/ sahabat/ teman.. tak kira lah kawan tu di kategori kawan baik or kawan biasa.. even orang yang tak bergaul ngan orang pun still ada kawan.. mereka berkawan ngan diri sendiri or boleh juga berkawan ngan buku.. maka, orang tersebut dikenali sebagai kera sumbang or ulat buku.. kan?
Persoalannya, sejauh manakah usaha kita untuk mengekalkan tali persahabatan yang telah dibina tanpa disedari? JAwapan nyer, ada yang memilih untuk terus berhubung dengan sahabat2 mereka, tapi tak kurang juga yang memilih untuk memutuskan ukhuwwah yang terbina.. ape jua pilihan yang diambil, yang pasti mereka ada sebab tertentu untuk terus contact or tak contact langsung sahabat2 mereka, terutamanya yang jarang ditemui.
Orang selalu cakap, bila susah/memerlukan pertolongan baru nak cari kawan.. perkara ni sering berlaku dalam kehidupan seharian kita.. contoh yang mudah dan senang tuk difahami, seseorang tu akan menelefon kawannya apabila ingin meminta tolong sesuatu perkara or mintak hutang or nak pinjam duit or nak melepas tensen or nak tumpang kereta ke tempat kerja etc.
Soalan yang seterusnya, wujudkah insan yang bila dia senang, cari kawan.. bagi aku, kawan macam ni still wujud, tapi agak susah tuk jumpa orang macam mereka sebab mereka golongan minority.. bukan minority report eh..
Ah! papepun, lantak korang la nak jadi kawan yang macam mana pun.. jangan jaga tepi kain orang sudah!
Moral of the story: hargailah sahabat anda..
Comment writer: kawan yang aku nak jumpa; kak ah (senior sek men dulu), kak yah (kawan ms keje kt kilang Ramly), geng2 sek ren dulu (azizan afiza, syazra, edelin..)
Catatan ini ditaip pada jam 2134, 22 april 2007, kat D4.2.. yer, D4.2.. bilik baru..
Posted by deyanah at 4/29/2007 05:02:00 pm 0 comments
ibnu sina..
Baru-baru ni atau lebih tepat pada 7-8 april telah berlaku satu peristiwa yang bersejarah kat Sek. Men. Agama Al-Mahmudi, Temerloh Pahang, kerana sekolah tersebut telah mengadakan satu pogram yang julung kali dibuat iaitu Kem Bina Insan 1 (mungkin selepas ini akan ada Kem Bina Insan 2 / 3 / 4 dan seterusnya).
Cikgu Salmiha, salah sorang guru sandaran dan bekas members AKHI Project yang mantap dan juga merangkap Setiausaha kepada Kem Bina Insan tersebut telah menjemput kami, penuntut2 UIA untuk menjadi Fasilitator kepada para pelajar di sekolah tersebut
Serba sedikit mengenai sekolah tersebut:
- asalnya sekolah persendirian, sekarang ni dah jadi sekolah bantuan kerajaan
- pengetua bernama Dato’ Haji Mahmud bin Haji Mat Taib, pengasas sekolah tersebut
- sekolah bercampur antara lelaki dan perempuan.
- Mempunyai jumlah murid lebih kurang 180orang
- Tenaga pendidik seramai 18 orang
- Semua student duk hostel except 5orang yang berulang dari rumah.
- Berbukit bukau macam UIA!
- Ada dua surau (satu surau umum and satu surau tahfiz)
- Ada empat jenis asrama (satu asrama putera, satu asrama puteri, satu asrama tahfiz putera dan satu asrama tahfiz puteri. Tapi, asrama tahfiz puteri tidak berpenghuni).
- Ada pelajar biasa (yang menggunakan sukatan pelajaran daripada kementerian pelajaran, tetapi mereka gak ada blajar subjek arab menggunakan kitab dai Al-Azhar!) dan ada pelajar Tahfiz (mereka ni belajar hafal quran dan pelajaran agama jer..tak amek PMR/SPM, tapi still blajar subjek BM,BI and M3)
Kak anis Diana dan kak ros zieta telah diamanahkan untuk menjadi fasi group 6. Ahli kumpulan tersebut terdiri daripada 20 orang adik2 lelaki tingkatan 1,2 dan3. Jika nak bandingkan mereka dengan adik2 AKHI, jauh bezanya. Mereka lebih suke untuk berdiam diri dalam LDK except 4/5 orang jer yang benar2 aktif..
Overall program, amatlah penat even dua hari jer.. tapi, agak terkilan sebab tak sempat nak talk from heart to heart with all of them, personally.. banyak benda yang nak disampaikan secara personal..
Kat bawah ni, adalah nama2 dorang.. tapi ejaan sebenar aku tak tau la.. list name yang incomplete tersebut aku mintak dari saudari Daisy, salah sorang AJK pogram ni.. di samping tu, aku buh umur dorang+tempat asal and idola mereka..
1 Ibnu Sina
1. M. Khairunnas bin Ridzuan, 13 tahun, Temerloh, Ronaldinho
2. M. Muzakkir bin Ramli, 13 tahun, Kuantan, Ustaz Dayat (saper ustaz ni?)
1 Ibnu Khaldun
3. Khairil Asyraf bin M. Khaidzir, 13 tahun, Temerloh, Amir Ehsan.
4. M. Hafizul Alif bin M. Zaidi, 13 tahun, Kuantan, MAk+Ayah
5. M. Khairi bin Rosli, 13 tahun, Kuala Lumpur, Amir Ehsan
6. M. Annas Sufian bin M. Noh, 13 tahun, Kuantan, Ustaz Idris
7. M. Amirul Zariq bin M. Kamil, 13 tahun, Kuantan, Diana Rafar
2 Ibnu Sina
8. M. Amirul bin Azmi, 14 tahun, Bera, Rasulullah
9. M. Zahir bin Mat Ramly, 15 tahun, Mentakab, Ustaz Dayat
2 Ibnu Khaldun
10. Jamalullail bin Abdul Halim, 14 tahun, Chenor, Rasulullah
11. M. Zulmizan bin Othman, 14 tahun, Kuala Terengganu, Ustaz Bashari
12. M. Syamim bin Abdul Talib, 14 tahun, Kg. Awah, Amir Ehsan
13. M. Fitry bin Azman (NIL)
3 Ibnu Sina
14. Mohd Aizudin (Bob), 15 tahun, Kuala Terengganu, Ustaz Dayat
15. Amir Ehsan bin Hasanudin, 15 tahun, Paka, Imam Bukhari
Tahfiz
16. Amirul Salleh, 15 tahun, Ulu Selangor, Rasulullah
17. Hanif Fikri, 14 tahun, Ulu Langat, Imam Shafi’e
18. Afiq Azamuddin, 13 tahun, Perak, Amir Ehsan
19. Muhammad Luee, 14 tahun, Besut, Shafiq Hadi
20. Mohd. Iqbal Zahin (NIL)
Jika diberi peluang tuk follow up ngan diorang, aku nak jumpa ngan Luee, Amir and Shamim. Aku berpendapat mereka benar2 perlukan seseorang tuk bantu mereka..
Wallahua’lam.. Sekian saja catatan peribadi yang boleh dikongsi ngan korang summer!
Posted by deyanah at 4/29/2007 04:55:00 pm 0 comments
Thursday, April 19, 2007
bosannyer..
hari ni result kuar..tapi aku tgk lambat sbb ptg td keje..
mmg tak best result yang ku dapat..tak best tahap dewa bosan!
papepun, sume tu datang dari diri ku sendiri.. saper suh malas blajar?
ada sorang kawan ku berpesan: MENUNTUT ILMU BUKAN SEBAGAI SATU BEBAN..
for me, mmg tuntut ilmu bukan satu beban.. tapi malas jer.. kita sume pun tau bahawasannya ilmu takkan habis untuk dituntut!(tapi, aper kaitan BEBAN dan TAKKAN HABIS?)
sekarang ni, ku tgh berfikir, either nak amek sem3 or not?kalau tak amek sem3, mebi ku tak wujud dalam pogram akhi for sem3 ni..uhhu.. sure rindu ngan adik2 kecik tu..
hari ni birthday kak Elindawati binti Ali..one of my good senior masa secondary school.. (mana location akak skrang yer?) HAPPY BIRTHDAY KAK ELINDA!
Posted by deyanah at 4/19/2007 10:35:00 pm 0 comments
Wednesday, April 18, 2007
attachment
huargh...
dah lama tak update blog yang sempoi lagi bosan nih..
tak dak masa la..
pagi2, bangun lambat, then gi 'kerja'..
balik kerja, penat macam nak pengsan!
mana ada masa nak ngadap pc???
ENJOY YOUR ATTACHMENT KEPADA SEMUA BUDAK LAW!
gambar atas: my frens kat KCN!
gambar bawah: a nice room for a lawyer (according to KCN!)
Posted by deyanah at 4/18/2007 10:03:00 pm 0 comments
Friday, April 06, 2007
KCN
yahoo..exam dah habis..tapi tak sempat2 nak enjoy dah start buat Law Attachment Program..buat kat satu firm kat jalan hang jebat..
antara benda yang berlaku masa exam terhadap diriku:
-kad matrik tercicir, tapi aku tak sedar pun sehinggalah ada sorang kawan call, suh datang bilik dia, amek kad matrik ku..tak tau saper yang baik hati tlg hantar benda tu kat bilik kawan aku..thanks a lot..
- malas giler nak study tuk paper ke-5.. lepas habis paper ke-4, aku kuar makan kat malinja n malam tu aku tdo jer.. pagi esok baru lah aku bangun pagi2 tuk study.. paper jam1430.. harap2 tak de pape yang buruk berlaku terhadap paper tersebut..
ok, jab lagi nak gi sekolah mieha kat pahang, ada pogram Kem Bina Insan1.(tapi pahang tu luas, specific location aku tak ingin amek tau..yang penting aku selamat sampai n selamat balik)..babai..
gambar: adik2 kumpulan 6.. consist of form 1,2 & 3
Posted by deyanah at 4/06/2007 04:45:00 pm 0 comments
Monday, March 19, 2007
last test drive!
today i got a test.. mmg takut nak amek test ni..bukan takut sbb tak study or tak well prepared, tapi takut kecewa dengan diri sendiri..
jika dulu diri ini selalu jer jadi bahan rujukan untuk subject kegemarannyer, tapi sekarang diri ini sudah tidak lagi yakin dengan kemampuannya untuk membantu orang lain kerana dia juga belum pasti dapat membantu diri sendiri..
(aper merepek2 ni?)
masa test tadi, sempat lagi msg kawan2 n umi, bgtau bertapa susahnyer test tersebut.. semua orang reply my msg positively, except sorang budak tu, he replied "Padan muke ko".. ohho, mmg tak patut dia reply mcm tu di saat2 sebegitu.
hampir satu kelas berbincang jawapan aper yang patut ditulis, and i'm sure kitaorang semua takkan dapat jawapan yang sebenar even berbincang bagai nak rak..!
masa test tadi jugak lah, for the first time, my soul fren; eddy telah menggugurkan beberapa bijik mutiara jernih from kedua2 bijik matanya..
wallahua'lam..
ok, nak gi main air sepuas2nyer..nak lepas geram kat kolam..
lagu: anok itik tok wi mandi dalam kolam..sebab apo tok wi sebab limau lelam..(aku dah lupa lagu kanak2 ni..)
Posted by deyanah at 3/19/2007 05:11:00 pm 2 comments
Saturday, March 17, 2007
hoh ho..exam time!
SESSION : 2006/2007 SEMESTER : 2
EXAMINATION SCHEDULE
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
Matric No 0332874 IC/Passport No.: 830507035716 Program : LLB
Name A*** D**** BT MOHAMED ALUWI
Date Time Venue [ seat no
Saturday Mar 17 2007, 2.30PM ~~Decentralized exam-refer lecturer for details
Sunday Mar 25 2007, 2:30 PM ~~MAIN HALL (CAC) [76]
Monday Mar 26 2007, 2:30 PM ~~BANQUET (CAC) [146]
Tuesday Mar 27 2007, 9:00 AM ~~MAIN HALL (CAC) [297]
Wednesday Mar 28 2007, 2:30 PM ~~FOYER 1 (CAC) [114]
Thursday Mar 29 2007, 2:30 PM ~~CONF. ROOM 1&2 (CAC) [8]
Monday Apr 2 2007, 2:30 PM ~~BANQUET (CAC) [381]
Posted by deyanah at 3/17/2007 01:25:00 pm 0 comments
Thursday, March 15, 2007
atos aRRa
alhamdulillah..dah sampai ke penghujung sem2 2006/07 pun..masa mmg cepat berlalu..
macam2 benda yang tak best berlaku dis sem..
semoga sem depan benda2 yang tak best ni tak berlaku lagi..
final exam? of course semua orang takut nak menghadapi final exam walau macam mana pandai pun dia.. fuuuh.. dis sem i took 6core course subjects.. 5paper berderet macam tren lrt, start on 25-29/3.. last paper 2/4.. mmg giler! tak pernah lagi seumur hidup aku as a student since kindergarten ada 5 paper beratur.. harap2 at that time aku tak tension tahap dewa!
Posted by deyanah at 3/15/2007 03:25:00 pm 0 comments
Tuesday, March 06, 2007
RM 4
Title: WICKER PARK
Genre:Mystery / Romance / Thriller
Tagline:Passion never dies.
Plot Outline:A young Chicago advertizing executive (Hartnett) believes a woman he sees in a cafe is his long-lost love. His conviction leads to obsession, as he puts his life on hold to trail her
my comment: drama ni agak sukar untuk difahami jalan ceritanya..tapi best sbb ada unsur2 thriller n romantik..yang tak bestnyer,Luke n Rebecca jadi mangsa yang innocent giler..pemangsanya adalah Alex dan Matthew (lakonan josh harnett). manakala Lisa tidak bersalah n tidak juga manyalahi undang2 percintaan..(yer sangat la tu..)
3bintang setengah untuk WICKER PARK(nama satu taman di Chicago,USA)
Posted by deyanah at 3/06/2007 11:32:00 am 0 comments
3 SUNdays and AKHI Project..
110207
1st mentoring(or should i call it mentoring)
satu2nye mentoring untuk adik2 pada sem2 2006/07..
170207&180207
ta'ruf camp..was held only 2days n 1nite at iium..(supposed to be 3days n 2nites)
250207
mahabbah visit to sek keb setapak indah..what a bad day for me..but i have to..
3 ahad berturut2 akhi ada program ngan adik2..and i admit, aku bukanlah segagah pewira negara, yang tak reti kenal ape itu penat dan lelah..aku juga bukan pemimpin berwibawa, yang tahu bagaimana cara nak jadi pemimpin yang bagus dan teratur..aku bukan juga pecita wanita seperti irwanshah!
btw,akhi tetap akhi..akhi takkan jadi akhir..dan anis tetap anis..anis takkan jadi anas firdaus; one of my heart warriors..
Posted by deyanah at 3/06/2007 10:35:00 am 0 comments
Friday, February 16, 2007
lab aikolian
Personal Computer
banyak kenangan yang tercipta di sini.. antara pc yang mencipta kenangan adelah pc yang bernombor 30,29,24,22,13 dan 12.insyaallah, jika ade masa,i'll make sure that pc2 lain pun akan turut mencipta kenangan..
Kasut
NOTICE!
Please arrange your shoes and slippers in the shoe rack provided. Unarrange shoes and slippers will be put into the basket without any further notice. Your cooperation is highly appreciated.
(notice from multimedia unit aka munit,aikol)
hahaha..(aku gelak untuk diri sendiri sbb i'm one of the 'victims')
Laksa
Satu hari, my best fren named eddy telah beli sebungkus laksa yang berharga rm2.then, dia menuju ke lab aikol dan tinggalkan laksa tersebut di luar lab sbb tak nak lab tersebut 'ditemani' bau laksa..selepas beberapa ketika,sebelum balik ke bilik,beliau terkejut kerana laksa yang ditinggalkan di luar lab telah hilang..wallahua'lam saper yang amek..
Nadiah Hanim Yaacob
masa aku tengah taip post ni, tibe dia datang n suh aku masukkan nama dia dalam post aku ni,siap suh buh nama penoh lagi tu..!budak ni jadi asst.sec 2 lawsoc for 2006/2007 punyer tenure..sekarang ni dia tengah godam blog aku kat pc no22..enjoy your self nadiah..
Posted by deyanah at 2/16/2007 06:34:00 pm 0 comments
Wednesday, February 14, 2007
black n white
hoh ho..catatan 100207!
-bangun pagi giler sbb nak gi kelas..
-0810 pakai jubah express warna hijau gelap
-0815 hidupkan n hangatkan keter arra
-0820 sampai kat kelas, kelas kunci
-0825 cari public phone(hp xde kdt), tepon clasmate, dia cakap class dah tukar ke hari jumaat!
-0845 singgah kulliyyah econs, buat ape yang patut
-0855 ternampak sorang teman tengah tunggu bus
-0900 hantar dia gi terminal putra
-0930 balik bilik buat ape yang patut
-1055, hantar arra ke tempat tuisyen nyer
-1105 gi giant beli jus mango, thirsty hyppo, ***, biskut
-1230 balik uia, amek duit kat atm mesin muamalat
-1300 terserempak ngan yuhana, jalan2 kat stall cocu week
-1315 main gamelan, anuar yang ajar, dia kasi biskut n gula2 as souvenir
-1340 gi terminal putra, 'jemput' teman
-1400 lunch kat leha kelfood
-1445 gi taman melewar, cari rumah mugeswaran
-1545 balik bilik, amek tudung
-1600 'basuh' kete arra
-1615 gi miting kat or
-1800 amek arra
-1820 gi pasar malam, nak tukar tudung, beli pop corn, kopok, air soya(manis giler)
-1940 jemput akmar n mizi kat terminal putra
-2200 amek tong kat bilal c4.2
-2300 balik bilik, buat ape yang patut!
-0300 tido.. yeay!
-0330 tak mimpi saper2 pun..
selesema n sakit kepala sehari suntuk, tapi malas nak layan kepala yang sakit tu! arra n me pakai baju black n white!satu kebetulan..
Posted by deyanah at 2/14/2007 05:36:00 pm 0 comments
Wednesday, February 07, 2007
hard disk, hard decision?
eddy
finaly, at 1545, 070207, my best friend (better known as eddy), telah membuat satu keputusan yang mungkin akan mengubah masa depan beliau..
hopefully,dengan keputusan yang telah diambil tersebut, segala urusan beliau pada masa akan datang dipermudahkan oleh Allah..ameen..
catu makanan
baru2 ni ada sorang teman datang ke d2.1.. teman tersebut menceritakan perihal rakan sebiliknya yang fobia dengan makanan.. baginya, makanan amat menyusahkan serta memberi banyak kesan buruk kepada dirinya.. lantas, dia memutuskan untuk membuat catuan makanan dalam diari hariannya..(sebenarnye, budak tu nak kurangkan berat badan dia..hahaha)
pendapat ccd, makan lah selagi masih ada selera, tetapi makan dengan kadar yang perlu sahaja..
program
program? aktiviti ko-kurikulum??
ape tujuannya dalam kehidupan seorang pelajar?
jika dulu, aku selalu saja kutuk orang yang organise program.
kemudian aku telah masuk ke dalam 'dunia' mereka pada tahap pertama, iaitu dengan menjadi committee, baru ku tahu, bukan senang nak menjayakan sesebuah program. apabila masuk stage kedua, iaitu menjadi ketua committe, lagi banyak cabaran yang perlu ditempuhi serta banyak masalah yang perlu dihadapi..
komen ku, berprogram banyak membantu diri kita untuk deal ngan seseorang, baik dengan rakan mahupun dengan officer itu sendiri..
nasihat ku, jangan lupa belajar..
Posted by deyanah at 2/07/2007 03:54:00 pm 0 comments
Tuesday, February 06, 2007
Phyto Fiber
Apa ada pada ego?
Apa ada pada riak?
Apa ada pada sombong?
Apa ada pada berlagak?
Apa ada pada tinggi diri?
Uh! Ingatlah! Semua tu sifat Allah SWT sahaja.. Tidak layak bagi kita sebagai hamba-Nya untuk bersifat sedemikian.ISTIGHFAR!
Sekian, Wassalamualaikom..!
Posted by deyanah at 2/06/2007 10:14:00 am 0 comments
Wednesday, January 31, 2007
our schedule
hohoho..our schedule for dis sem..intan n yanie yang buat..
intan warna hijau, yanie merah, anis biroo, arra oren..
Posted by deyanah at 1/31/2007 01:56:00 pm 0 comments
