guy laroche adalah jenama jam yang aku pakai sejak bila pun tak pasti.. jam ni kononnya hadiah dari kak mie sempena kemasukkan ku ke IPTA kat PJ dulu.. terima kasih kak mie! tapi yang kurang best sket, jam ni dipakai oleh beliau terlebih dahulu selama lebih kurang 12bulan, barulah jam ini melekat di penggelangan tanganku sehingga ke hari ini.. tapi, (ada lagi tapi) yang bagusnya, jam ni dibeli dengan harga yang murah.. at that time ada sale sebanyak 80%.. sebab tu la kak mie terus beli jam ni..
bercakap pasal jam, sekarang ni Guy Laroche aku menunjukkan tepat jam 2300. maka, inilah masa tuk ITD ni tutup.. maka, see you soon.. lain kali aku sambung.. babai..
1640, 1 jun 2007
ni ha.. aku nak sambung cerita pasal jam.. satu hari tu, aku masuk bilik mr.K di dalam office miliknya (setelah dipanggil oleh beliau..)tiber je terpandang jam kat tangan dia.. nothing special ngan jam dia sbb aku ni bukan jenis yang pandai mentafsir jam dari segi harga, ketulenan dan ketahanan dia.. tapi yang buat aku terkejut adalah, jam kat pergelangan tangan dia lewat 15 min jika nak dibandingkan dengan jam yang tergantung kat ofis mr.K tersebut.. patut la selama ni dia selalu tgk jam kat dinding office! baru2 ni.. aku tengok lagi skali jam dia.. kali ni, waktu yang terpapar di jam tersebut adalah sama dengan jam dinding kat office..
aku pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa barang sesiapa yang mempercepatkan waktu pada jamnya, maka orang itu adalah orang yang berjaya.. tapi, i think it is wrong sbb walaupun waktu kat jam tangan mr.K lewat 15min, dia tetap insan yang berjaya di mata aku.
aku? aku bukan jenis yang mempercepatkan waktu jam di pergelangan tanganku. adakah ini bermakna aku tak tergolong dalam golongan orang yang berjaya? aku rasa, aku bukan tergolongan dalam golongan orang yang berjaya sbb aku belum dapat kejayaan yang aku ingini.. tapi tak bermaksud i'm a failure in my life..
Thursday, May 24, 2007
Guy Laroche
Posted by deyanah at 5/24/2007 10:55:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment