30 july 2006
tiber2 jer aku telah menghadirkan diri ke kursus asas keusahawanan yang ditanggung sepenihnya oleh PKNS (perbadanan kemajuan negeri selangor)..
alkisahnyer, sehari b4 kursus tersebut, aku telah jalan2 kat dpn mini audi and ternampak poster pasal kursus tu.. aper yang manarik perhatian aku adelah, after pergi kursus sehari ni, kami kena pegi kem keusahawanan lak, kat hotel de palma, shah alam.. then, akan ader expo perniagaan dan peserta akan diberi tapak dengan percuma untuk berniaga.. tapi nyer, barang niaga kami kena cari sendiri n untung 100% dapat kat kitorang.. ni yang best nih! Tanpa berlengah masa, aku pun amek no fon yang tertera di poster tersebut dan kol fathihah pada malam hari, tanya dia pasal kursus tu.. dia cakap, datang jer esok, kul 9am kat lt2 econs..
jeng..jeng..jeng.. esoknyer, aku over slept.. rasa mcm malas plak nk pi lt2 econs.. tetapi selepas bertafakkur selama 5min, aku berubah fikiran.. so aku pun pergi la ke lt2 econs sengsorang, yamg tak bestnyer, aku tak kenal sorang pun dikalangan mereka yang hadir..
kursus sehari tu ok jer.. tak boring n tak der la best sangat..
GAMBAR : masa ni kami kena promote barang jualan..barang jualan kami ialah perfume boss yang ditaja oleh urusetia(tapi kena kasi balik kat tuan dia).. yang tak best nyer, kami kena promote sampai ader orang nak beli..
Friday, September 29, 2006
promotion unit...
Posted by deyanah at 9/29/2006 03:13:00 pm 0 comments
Friday, September 22, 2006
convest 2006
during convest 2006
aku kurang menikmati dis year punye convest, mebi disebabkan aku agak bz at that time.. tp, skrg pun bz gak..
al-kisahnyer, satu malam daripada malam2 convest yang ada kat convest hill tu, aku terserempak ngan akmar, mieha, daisy n akhians yang lain..
after cakap sana, cakap sini and borak sana serta borak sini, aku decide nak hantar akmar balik safiyyah walau pun dia cakap xpayah hantar.. katanya, kesian la kat kau sbb mahallah kau kat atas bukit tu jer, dkt ngn convest hill.. tp, aku degil.. nak gak hantar dia..
selain aku, ader sorang lagi mamat akhi yang willingly nak hantar akmar.. and mamat tu tringin sangat nak turun tangga (dr nusaibah menuju ke aikol).. katenye dia selalu tgk sister gi kelas turun tangga tu.. kononnye dia nak merasa tangga tu la..
tiber2, masa kami sedang melintasi 'terowong' menuju ke aikol tu, ader dua/tiga orang lelaki(aku lupa jumlah mereka yang sebenar) yang berkopiah gave us handbill (ataupun handout) yang bertulis "THANX, YOU MAKE ME HAPPYY!!" (gambar)
hehehe.. aku sengeh je la bila baca benda tu.. katenye akmar, nasib baik ko ader anis.. kalo tak lagi teruk kitaorg kena..
teringat dulu2..
masa sekolah kat maahad muhammadi perempuan:
- aku sedang borak ngan sorang minah tu.. tiber je dia cakap+gelak kuat giler.. sedar2, ader sorang dhobitah(pengawas sekolah) datang ke tempat kami n kasi kawan aku tu handbill yang bertulis 'SILA JAGA AURAT ANDA..' hehehe.. masa tu minggu disiplin, so sumer benda kena jaga lah..
masa kat matriculation centre of iium:
- aku baru balik dari bawa aliah 'kenal' times square .. (masa tu aliah study kat kusza, skrg tak tau dia further study kat ne..mebi dublin kot) aliah tu junior aku kat mmp.. dia bw sorang kwn dia yang blajar kat kusza gak.. kawan dia tu ader kawan(lelaki) kat mciium.. so, aku jln ngan aliah, kawan dia jln ngan laki tu.. tibe2 dorang berdua dapat hanbill yang berbunyi "jauhilah maksiat..'
komen aku:
tak kire kat mana kita berada or tak kire lah sama ada kempen ke arah kebaikan or not, pandai2 lah jaga diri sendiri.. bak kata senior aku dlm autograph dia, 'JAGA DIRI, HIASI PERIBADI..'
Posted by deyanah at 9/22/2006 05:55:00 pm 0 comments
Tuesday, September 19, 2006
nurlina
adik sayang.. satu2nye adik yang susah nak bangun masa akhi english camp.. btw, sorry banyak2 kat lina.. ingatkan awak pura2 tidor.. rupe2nye..
photographer: muhammad najib rohim
venue:bawah tangga firaun
time: 4pm++
more pictures..
Posted by deyanah at 9/19/2006 06:43:00 pm 0 comments
Friday, September 15, 2006
due hinggit..
~Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
~Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
~Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
~Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
~Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
~Apabila bertemu orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Posted by deyanah at 9/15/2006 01:24:00 pm 1 comments
kan ku jadikan kau kenangan yang terindah..
COMMENTS FROM MENTEES
Tempat yang suka: masjid, Ldk2Ldk
Orang yang suka: Abang din, Abg Roy, kak Wan, Abg ikhwan
Suka:
Makan, tidur, sukan, sembahyang, gosok gigi.
Tak suka:
Kena marah, keluar malam, tidur lambat. -Azri-
Saya sangat suka pergi kam AKHi EngliSH camp. Saya tak puas tidur. Saya nak makan yang sedap.
Nama: Muhd Asadullah
Grop: 5
Faci: Kak Roha, abang din, abang Yusof
Saya sungguh seronok kerana yang paling best dengan kak fasi saya berlakon di dalam kelas dan abang izi dan abang najib semoga buat lawak lagiye jangan lawak bodoh. Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupmu, sekian.
1. komen pasal fasi = Baik
2. komen pasal LDK = seronok, mendapat ilmu
3. masa yang paling Bes Baes seronok -Rezuan Bin Suhaimi
1. Fasi à kakak Nadhirah kakak
2. A LDK à Best
3. Makan MAsa paling best à makan petang
Nama: Rassul Bin Azman.
Grop: 5
Fici: kak roha dan Abang din.
Hari paling seronok = membuat persembahan.
Makanan = Nasi Goreng.
Saya suka sangat sukukam ini. Sayan sangat suka kak fasi ini dia sangat cantik. Saya nak lagi pergi kam ini. Saya dapat belajar di sini. Saya suka menonton video tayangan. Saya mahu makanan yang sedap. Saya rasa tak puas rehat.
Saya dan Kak Roha Abang Din Dan Abang Yusof bes betul Dahlia inat nak tidir lagi di kem Akmi. (ini untuk Abang najaib je)
Kak zilo sangat kreatif dan sangat best dan kak zila buat lawab. Hehehe. Makanan sangat lazat. Kumpulan 7 sangat best. –(ttangan) ruzaini
Kak Aida dan Kak Zila mengajar saya berlakon dalam bahasa Engglish dan bagi saya bersemangat untuk belakon pada hari ini
Kakroha dan abang din selalu buak baik kerana mereka, kawin dan abang najib yang baik. 2kawin l
Nur Lina Atikah. Masa yang best ☺: masa main malam sabtu dan hari ini
Kak yang saya suka: kak Ila, kak Adai dan k.yana
Makanan yang nak: nasi ayam, nasi goreng,
Kawan yang tak puas hati Mardhrih
Masa: main
Makanan: sedap
Air: sedap
Abang/kakak: baik
Kawan: syafinaz
Kakak azilAh: baik
Kakak zu: baik
R*** ♥ abang ***** - haizal -(ttangan)
Assalamualaikum, saya rase syok sbab abang dan kakak buat lawak. Time paling xsuke ialah masa ada LDK sakit perut. Dapat belajar belajar mengenai pasal bekerjasama menepatimasa, tolong menolong. Makanan sedap ayang goreng and sayur.
Nama à Haniff Che Hassan
Groub à 6
I’m very happy/Enjoyed
Enjoyed AkHI Project
Nama sy saya muhammad SYAFIQ Bin Ramli.
Nama kakak fesi ialah kak Mah Yam dan kak zaimah.
Saya say amat gembira kerana mendapat dua orang kak yang baik Hati.
Waktu yang paling best sekali ialah waktu berlakun, LDK berbahasa B.I.
Waktu yang tidak best sekali waktu makan.dan berlakun
ABANG DAN KAKAK SAYA suka= Abang Back, Abang roy, dan sebagainya
KAKAK zaimah, KAK MAH Yam, AKMAH dan sebagai
–Daripada SYAFIQ RAMLi (ttangan)
1. boring
2. tak seronok
3. kadang-kadang makan sedap atau tak kadang-kadang-kadang-kadang tak sedap.
4. sukar tak seronok
5. Kak Faten tak garang
6. Abang Jai pun tak garang
7. seronok belajar bahasa inglish
8.
Kak Adik nak zila Akak kata ida dekad kaka ida kate dekad Akak ida Akmal kerim salam dekad Akak ida
Akak sungguh Baik tapi tak Best asik cakap Bahasa English tapi kepatak Buat sesi burung hang tu lal seronok main uli tepung senuanya kakdanaBang Baik makan semua sedap Bagi saya setiap masa Bas sayak tak puas hati kepada dekat kak anis selalu nak marah
Saya suka mengikuti kem AKHI.
Saya suka menontn tayangan video.
Saya suka kumpulan saya.
Saya suka Fasillattor Kak sarah, kak zu, abang ka khairil
Saya suka bergurau dengan kawan dan Fasilitator
Makanan sedap yang saya suka ialah nasi goreng telur mata kerbau
HAZWANI ZIZIEKIDAH BT HASHIM
AKHI ENGLISH THESTRE CAMP
ENGLISH SO FUN.
NO COMMENT
Nurul Salasiah Bt Mohd Rais
Masa yang best ☺main tepung, teater, sembahyang, makan, LDK, tido
Masa yg x best : masa Mandi (sbb kena cepat) senam Aerobik
Abang yang kureng : abang m***, abang A**, Abang D**
Abang cool: abang Roy, abang Najib, abang Zzi
Cadangan: panjangkan hari untuk menikmati kepuasannya
I LOVE YOU ALL!!!
BEST gila bila kak mira belanja dan kak mira ajar kit aorang best ooooo!!!
Fesi: kak ngah, kak mira, kak nogi
SEMOGA BERJUMPA LAGI< TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR KaMI SEMUA, TERIMA KASIH Abang,kakak
Yang BENAR (ttangan) IZZUddin
1.fasi= saya suka kak nat danFatima sebab dia selalu tolong
2.LDK(malami): seronok
3.masa best: waktu belajar. Nur Afizah BT Mohd Khair
AKAK FASI SAYA SANGAT COMEL,
DAN CANTIK dan BAIK,
DI SINI SANGAT BEST,
DAN SAYA SUKA MAIN DENGAN ABANG ROY dan ABG WADY.
KAlAU BOLEH TIAP2 HARI SAYA NAK DATANG SINI SEBAB BoLEH BELAJAR MACAM-MACAM_ SAM SAYA SAYANG DENGA SEMUA AKAK DAN ABG FC.
komen pasal Fasi: baik dan lawak.
komen pasal LDK: seronok.
Masa yang palingseronok: waktu tidur
tidak puas hati dengan kawan: selalu gelak
Abang yang paling hemsem: Abang Roy
Fasi: No komen
LDK (malam) : No komen
Masa best: masa main bom
Abang najib hensem, kem saya nak 1 minggu, suka man makan nasi ayam, tidur tak cukup.
-M.Fazly b. Mohd Farid, G2 T.T (ttangan)
English-camp-15?16?17/ Sept 06
Saya sungguh gembira dan kak mah
Makan
English Camp.
Saya sungguh gembira apabila menyertai dimasukkan kem akhi ini. Saya mendapat Fasilitator yang baik iaituà Kak mariam dan kak mah.
Permainan Yang paling saya suka dalam kem akhi ini ialah berlakon. Saya mendapat ilmu tentang agama di kem akhi ini.
Best je dan no komen. Dan kak fatin dan abang jai baik sangat –MUHAMMAD BIN IDRIS
NURU IZZATI BT NASIR.
SEK.KEB.BANDAR BARU SENTUL.
SAYA GENBIRA DI KEM INI.
SAYA MEMANG SUKA BELAJAR DISINI.
SAYA TIDAK CUKUP TIDUR.
KAKAK NOGI, MIRA, DAN HIDAYAH DIA SANGAT BAIK.
MAKANAN DI KEM INI ADA YANG TAK BERAPA SEDAP.
Kak Fatin baik sangat dengan abang Jay dan yang lain lain dan abang nagip dan lain lain
saya suka kakak saya kerana dia baik hati
saya suka grom grot saya dan nama kumpulan
saya tak suka ada budak nakal
komen
Kalau boleh nak tidur dekat UIAM mala lama2 tau
Yang paling best deka sini, taim masa masuk dekat dewan
Kakak yang I am sorry and Abang I am sorry.
And terima kasih kepada Abang And Kakak
Kirim salam kedapada kakak dan Abang
Saya tidak suka syafiq grop 5 itu –linda Azlenda
1.komen tentang FASI –seronok, ok lah
2.LDK – BEST
3.Masa paling best. – makan petang
1.Fasi: kakak Fatima dan kakak nadira baik mereka menolong dan ajar saya
2.LDK: seronok
3.Masa best: masa main – AMIRAH NADIAH
Daripada eddie
Coument,okey la juga. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana menggajak saya. Pasal fasi okey. Dan malam sukan saya sungguh gembira. Saya suka pada tidur saya tidak suka pergi belajar pergi makan sukan. Terima kasih. Kirim salam kepada semua
Tak boleh beritahu nama (MUHAMMAD EDDIE KHUSAIRY)
Kakak yang saya suka dan abang.semua Kakak dan Abang.
Tiga hari pun dah cukup.
Kak aida dan kak zila baik, sungguh pandai dan cerdik. Kumpulan 7 kali ini sungguh best, ramaikawan-kawan yang baru. LDK kali ini best dan lakonan. Makanan kali ini sedap-sedap. Abang semua orang suka buat lawak. Kakak baik-baik.
Fasi: Saya suka kakak nat dan kakak tim sebab dia best.
LDK: Boring
Masa best: Waktu tidur cukup –SITI HAZIRAH Bt. OMAR
Syah
1)tak best la kalini kalini tak ada night walk
2)bila nak buat kem AKHI 7Hari ke 10 Hari
Yang benar (ttangan)
3)bila nak panggi beckhem,Ronaldinho,Zinade Zidine, figo, C Ronaldo
AK AKHI ENGLISH CAMP
1.kakak Ila dan kakak Aida sagat baik.
2.yang saya suka ialah kak Aida dan kak Ida
3.saya suka bercuti di sini lain kali buat lagi.
4.makanan yang kakak masak sedap.
5.wktu tidur tidak cukup sekali
Hasrul
Kak mira baik kerana belanja dan kakgah, kak nogi terima kasih kerana beri tunjuk ajar harap-harap kak ingatu kami semua minta maaf kerana buat kak gah merah dan sedih saya di sini puas hati dan ooo.. best?
Harap abang mizi terima kasih kerana beri tunjuk ajar dan sedia kan makanan pada untuk kami.terima kasih kak, abang dan abang-abang yang hensem
Pada pendapat saya di kem AKHI ini
Pada pendapat saya di ke AKHI ini saya berasa genbira, mendapat pengajaran dan imlu. Saya suka kakak2 dan ABANG2 fasi. Saya mendapat makanan yang sedap-sedap.mendapat belakon dan mendapat hadiah.JUMPA LAGI GOOD LUCK
(tulisan budah ni cantik giler..staraf tulisan budak U.. ntah2 fasi dia yang tlg tuliskan)
1.kakak sarah baik hati kerana kakak kak kakak ajar saya dan juga Abang Krel dan Juga kak Azuwana.
Nurul Mardhiah
1.kakak saya rasa berlajar gembira
2.kakak saya akan bersunguh-sungguh
Iqbal
Fcsi saya sangat baik dan best giler………!!!
Masa kak mira bagi air coke dan kopak
Fesi: kak norji, kak mira dan kak day
Best Gembira kakak feci dan ABang feci sangat baik
Dripada:noor Hil dalia
1.kakak feci baik hati dan ABang Feci Baik, kakak ajar kami Bahasa Ingeris.kakak
2.
Saya suka kakak Bang Basa
Saya suka Balan kakak
Saya suka memBalan buku
Saya suka - NURULMUMTAZS
COMMENTS FROM COMMITTEES AND FACILITATORS
AKHI ENGLISH CAMP.
-A simple camp with a simple objective.
-everyone gave a good cooperation.
NOR RAZINAH BT MOHD ZAIN (FASI) 0411780 LL_B
NO COMMENT
English Theatre Camp ’06 organised by AKHI was FUN!!! I had an enjoyable time moment spending time with the children… the kids are very talented, smart and adorable!!! AKHI’s gang ar are multi-tasked, talented, kind, friendly and humorous… keep up the good work AKHI committee!!!
p/s:Thank you for welcoming me to AKHI! Peace!
Yours…Truly,(ttangan) Sarah Jamaluddin (name written in jawi)
Bismillahirrahmaanirrahim..
AKHI English camp.wah!best sangat.adik2,hu..hu…komiti dgn fasi sangat friendly. I feel like I’m in a family. Sorry for any mistake consciously and unconsciously a deed. So Akhi Camp very enjoyable! Hua Hua, Hua!!!.... (ttangan) ROHA CUTE
(tulisan bold telah ditulis in jawi gak..)
-overall its ok.
-fun, enjoymen! Success..
-keep up the Good work of ‘AKHI’
-Cume no cooperation from other “fesi”
-fesi banyak hilang
-Arrangement of schedule of activity_kelam kabut la.
-best arrr…
-so, buatlah lagi aktiviti macam nie. Nak join lagi.
-kalau boleh buatla seminggu ke…
-Chayo2x
-(gambar 2bijik jari peace) peace.
-(gambar orang jelir lidah)
-(gambar orang gigi mancung sedang sengih)
ANIS:
- hak cipta terpelihara, ditaip seperti yang ditulis oleh para penulis i.e. capital letter n ejaan..

Posted by deyanah at 9/15/2006 12:38:00 pm 0 comments
Thursday, September 14, 2006
holka polka
last night, there was a theatre called HOLKA POLKA.. it's about witch and the fairies.. my rumates involved in it.. as a rumates, of course yanie n me were the VVVIP audience.. and we got the first class seat, in par with lecturer!
well done arra n intan! both of you did such a good play! where there's a will, there's a way..
Posted by deyanah at 9/14/2006 09:00:00 am 0 comments
Tuesday, September 12, 2006
berbeza kah melayu penang dgn lain2 melayu?
Disebalik pelbagai kecaman terhadap Khairy Jamaluddin, ada beberapa isu baik yang diketengahkan beliau:
[Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan Pulau Pinang mewujudkan tanda aras bagi menilai pencapaian orang Melayu di negeri itu dalam sektor ekonomi menjelang tahun 2020.
Naib Ketuanya, Khairy Jamaludin, berkata tanda aras itu penting untuk dijadikan petunjuk kedudukan ekonomi orang Melayu di pulau itu secara saintifik.
Beliau berkata, antara aspek yang memerlukan sasaran ialah pembabitan orang Melayu dalam pemilikan hartanah, perusahaan kecil dan sederhana serta ekuiti perniagaan.]
Jadi Mr Koh, apa perancangan anda?
Posted by deyanah at 9/12/2006 11:50:00 am 0 comments
gubra or gabra
artikel ni aku amek kat harakahdaily.net, tulisan faisal tehrani..
Apa yang terkandung dalam Gubra?
Pertama, agenda agama itu personal. Perhatikan kenyataan karyawannya dan lihatlah Gubra yang memuatkan bagaimana watak Bilal yang hidup berjiran dengan dua orang pelacur boleh mengabaikan konsep beragama dengan membiarkan sang pelacur terus menjadi pelacur!
Kedua, agenda agama itu sekadar amar makruf. Tidak ada nahi mungkar. Jika melakukan nahi mungkar kita menceroboh wilayah peribadi, kita berlaku tidak adil, mencabul hak asasi dan dimomokkan kita tidak tahu menjaga sensitiviti masyarakat dan kita akan mencabul konsep pluralisme John Hick tado.
Ketiga, agenda maksiat dan gerakan menghalalkannya. Tanpa segan silu, slogan maksiat ditabuh dalam filem ini, lihat sahaja adegan ‘tak apa melacur itu’. Tanpa menafikan ada banyak filem lain yang turut memiliki agenda sama, tetapi Gubra kemuncaknya. Dan kemuncak ini dihadiahi filem terbaik untuk Pesta Filem Malaysia ke-19.
Sejak 19 kali pesta filem dilancarkan, hampir setiap filem terbaiknya mengandungi watak pelacur, sundal, jalang atau paling tidak, wanita ternoda. Sakit apakah masyarakat kita bahawa filem kita yang kononnya menjadi cerminan masyarakat dipenuhi perempuan jahat dan gelap?
Keempat, Gubra adalah agenda inter-faith ala John Hick. Adegan akhir di mana munajat doa seorang bekas pelacur berganti dengan teleku watak lain di gereja dan kemudian upacara sembahyang di tokong oleh pasangan suami isteri Cina adalah mesej halus untuk menunjukkan semua agama menawarkan kebenaran, keselamatan, kesejahteraan dan kasih sayang.
Betul tidak ada Lina Joy dalam Gubra. Dua puluh ribu umat Islam yang tersinggung, marah dan mengamuk akan ribuan Melayu murtad di Masjid Wilayah tidak peduli kepada kami di bidang persuratan dan budaya yang mati-mati melawan barisan musuh budaya ini.
Kami diserang hari-hari. Kami tidak ada karyawan filem untuk membalas serangan. Kita tak ada strategi. Musuh ini ada strategi. Kami tak ada pembela berwibawa seperti Mufti Perak, Ustaz Harusssani. Malahan tidak dipedulikan pun.
Apabila Sharifah Amani naik ke pentas dengan kata-kata "I sound stupid speaking Malay" (saya berasa macam bodoh untuk berucap dalam berbahasa Melayu) dan "If bikin filem mencemarkan budaya lets make it often" (jika bikin filem mencemarkan budaya marilah kita buat banyak lagi) saya kasihan dengan gadis 20 tahun ini yang cedera parah oleh bom perang budaya.
Dia mungkin tak puntung kaki dan tangan, tetapi lebih dahsyat, hilang hati nurani. Dan makin banyak dia melakukan damage control seperti "keluarga saya memang tak berbahasa Melayu di rumah" dan "saya tak fasih berbahasa Melayu", semakin parahlah kecederaannya.
Inilah yang kami, tentera yang kalian tinggalkan seorang diri, hadapi setiap hari setiap detik dan masa. Selepas menonton Gubra antara teman pengarang yang saya hubungi ialah novelis Zaid Akhtar dan Nisah Haron.
Sesudah Seminar Peradaban Nasional di Port Dickson baru-baru ini kami sepakat mengatakan masyarakat kita makin parah oleh perang budaya ini. Hatta mereka yang kononnya dulu mahu mempertahankan budaya dan persuratan Melayu-Islam pun terjerumus!
Mereka tidak sedar pun mereka cedera. Malah mempertahankannya. Saya berasa apakah bezanya kehebohan mengenai ribuan orang Melayu murtad dengan ribuan orang Melayu yang telah hilang jati diri.
Kita kehilangan tulisan jawi, saudara membaca rencana ini dalam tulisan rumi. Hampir tidak mungkin kita berpatah balik. Saya tidak merayu saudara menyokong saya. Saya tak perlukan sokongan moral. Saya tak merayu dan minta saudara membeli karya saya kerana saya pengarang sepenuh masa.
Tetapi ingat, jika saya dan teman berdua lagi ini kalah dalam perang budaya yang sedang menggasak ummah, saudaralah yang harus bertanggungjawab, saudaralah yang bersikap tidak peduli kerana saudaralah yang meninggalkan kami.
additional notes: kali pertama aku dengar (baca) nama faisal tehrani ialah during LAP.. masa tu kami xde kerja nak dibuat.. so, mc' nas bukak blog dia n dia klik plak kat blog saudara faisal tehrani ni.. itu jer..
Posted by deyanah at 9/12/2006 11:37:00 am 0 comments
Monday, September 11, 2006
rupe2nye rambut ku..
semalam, lepas balik dr kem kat de palma, shah alam.. aku rehat kejab, then terus gi cc kat nus sbb nak cr case law tuk asigment. aku stay until cc tutup at 7pm.
balik bilik, baring kejab n got a msg asking me when is our test? aku jawab tak tau.. maka aku pun kol rahmah, tanya dia soklan yang sama.. dia jawab, esok kul 8pm kot.. masa tu, ku terus terkejut giler babas.. mana mungkin! aku tak baca ape pun lagi.. lantas, aku pasang niat tuk mandi n bc buku sungguh2..
hari ni, aku saje masuk kelas lambat 15min (8.15am) sbb aku tak ready tuk present.. so that, kawan aku yang lain akan jadi mangsa cikgu tuk present di depan.. haha..
2bijik kelas cancelled, so aku presume, Allah bagi masa extra tuk aku study..! alhamdulillah.. tapi aku ngantuk.. study pun xbanyak yang masuk.. ni pun curik masa kejab ngadap pc tuk hilangkan ngantuk ku..
sekarang, 1802hr, september 11 2006.. lagi 2jam stengah aku nak ngadap soklan test..
Posted by deyanah at 9/11/2006 06:00:00 pm 0 comments
Tuesday, September 05, 2006

30 august 2006
- got test at 8pm..
-got postmoterm at 9-11.30
prep n tech yang kasi report dulu.. what prob we faced during the programme, solutions taken and suggestion for next programme.. for me, p- tech punyer problem adelah, stage tak lawa.. betul2 nampak plain! tapi, alhamdulillah, dorang sumer foresee tt my komiti n i as well as another komiti got another more important job to do.. and comment from PM department, "now you proof tt woman also can be head for p-tech, you did such a good job!"
-11.40, went to convest hill with khalipah, but then kami separate, masing2 bw haluan sendiri.. aku pusing satu convest hill sehingga lah terdengar bunyi tembakan.. then i realised tt it is 0001hr,31august2006.. tantalising! thus, i decide tuk gi join suasana yang serene n scenic kat stadium hamzah.. terjumpa ngan makhluk2 Allah yang terdapat dalam gambar nih..
Posted by deyanah at 9/05/2006 01:39:00 am 0 comments
Friday, August 25, 2006
satu penilaian
>> dipetik drpd emel dlm amal-maahad nyer yahoogroups...<<
Posted by deyanah at 8/25/2006 02:52:00 pm 0 comments
Monday, August 21, 2006
what happened last week?
14aug2006(Monday)
****: Anis,aku rsla baik aku quit jd asst ko.Ko lntikla mn2 subcom ko yg buat keje ontime 2 sbb aku xlh nk best all e time. I do/did my job even x ontime,tp aku mmg settlekn b4 event. Tp skrg aku mmg pntgkn stdy aku,sorila. Kalo dh aku sorg xdtg cat banner smlm blh stuck ur work,then aku xnk dhla merosakkn keje ko dh pasni. 4 now let me settlepsl srt mtct 2 n handbill td n dh. That’s it. If u dun trust me,I better quit b4 u hate me.
>assistant aku merajuk sbb aku ‘marah’ dia krn gagal membuat kerja yang dia sendiri volunteer nak buat.
>>act, bkn niat aku nak marah dia, tp pd ms tu, jiwa aku kacau. Rupe2 aku ada masalah ngan hormone2 ku..
>>>bukak pose selepas mendengar azan asar..(I have to)
15aug2006(Tuesday)
Ida: A’kum nis,lm xtny khbr mu,bz ke lanie,nis..sblm pose ni klu ad cuti mu blk ke,insaallah,ak tune sblm pose ni,trkh xttp lg,nati ak oyk erk,mu mai deh.
>my better fren plan to tie a knot.. Wow! I cannot believe it because last time she said that mebi not this year. Her mom want both parties finish their study first..
Anis su :Salam nis..no mu hok 0129529527 tu pah mane?
Anis di :Hp aku tercicir fr kereta, tak sempat aku amek, dh ada org tlg amek and bw lari. Then maxis terminate that num for a while b4 activate it back and sell it. Another girl bought and use it. Now, I always ask her to sell me back tt num, but she refused.
Anis su :O ptut le..aku siap tduh die pncuri lg.sbb ari 2 aku nk msg mu,tsend no2.die rply.pah2 mu rply gok.aku kate la die amik hnset mu.hehe.sian die.pmpuan lak tu..
>kalau boleh aku nak sangat kembali menggunekan number 0129529527 tu because there are a lot of sentimental value, i used tt num since form4 until 1st yr at main camp.. tp org tu tak nak kasi.. but, kami selalu gak berSMS..
*test yang paling aku takot.. tp terkejut giler sbb soklan dia direct and bleh dikatakan senang
**hp aku buat hal ms aku tengah memerlukan ia..
16aug2006(Wednesday)
Dato’ Efendi ucp thniah pd dato’ K ktnya”Khalid,u utg dpt pkai Honda CITY baru,aku cm pkai TIARA secondhand.Dato’ K jwb”Gi ar jpe Chef Wan kot2 blh pkai SERENA bru.”
>number yang aku tak kenali hantar sms ni kat aku..bila aku tanya ni saper(aku bgtau la yg hp aku rosak,sumer no dlm fon memory,tak dak dlm simkad)..dia ckp aku gune alas an lama. then aku terus maki hamun dia via SMS, stop sms me if u refuse to introduce urself.. terus dia minta maap.. rupe2nye dia adelah kakak senior aku ms kat mmp dulu.
>>aku kuar kl tuk repair enset. Sambil tu survey hp br,kot2 la nk bli..aku bekenan ngn Motorola L7. tp,rsnye function nokia lg best..
17aug2006(Thursday)
*meeting. Seperti biasa, part aku settle dgn jayanya..
**pegi dgr talk privatization of mahallah after meeting, tak byk yg aku dgr directly fr. ust. hamidon.. tp aku suke ngan kata2 sorang bro tu. Katenye “go wireless should be pronounced as go useless” sbb dia byr rm25 for only 1 bar. Not worth it!
***dorg rancang nak sign agreement 1st nov ni..harap2 tak jadi.. ader masalah yang turun dr langit..
18aug2006(Friday)
*got interview for LAP at 11:15am, but madam forget about our meeting and it was postponed until 12:10noon.
**6.00pm,test again.. I’m not fully ready to seat for that test and I hate true and false questions!
19aug2006(Saturday)
*went to class with black and white themes. Had ‘blucnh’ with all my classmate and our trainer had paid for it.
**one of my roommates teringin nak makan sandwich telor. Aku dgn rajinnye pegi beli mayonis kat shop sumayyah and beli 3bijik telor+roti kat shop nusaibah..
***sebijik telor pecah semasa dibasoh oleh rumate aku tu..kami tepek kat muka telor(putih) yang pecah tu sbb tak nak membazir..!
****taip assignment dgn malasnya sbb due date lambat lagi..
20aug2006(sunday)
*turun cucuk duet kat library,bacer paper kat lib gak..
**arra n intan gi kendoori..dorg jnji nk bw blk mknn..
***so,aku bukak pose ngan megi, share ngn yanie sambil tunggu mknn yg dijnjikn..
****kami berempat mkn nasi myk kui 12:15am.nasi sket jer.. tapi lauk byk giler.. then arra nak buat sandwish telor, tp at last dorg makan tt telor rebus+mayo jer sbb kenyang tahap lupa dunia.. tak bagus tu..
Posted by deyanah at 8/21/2006 09:07:00 am 0 comments
Friday, August 18, 2006
wanita keturunan abu bakar
KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN *
Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."
Posted by deyanah at 8/18/2006 08:50:00 pm 0 comments
Thursday, August 17, 2006
they called me..
ANIS
~~family members(including ummi n abah), relatives, ordinary frens, enemy, lecturers, advisor, strangers n others.
KAK ANIS
~~those who younger than me. but if they are my batch, i ask them juz to call me anis..
DIANA
~~extra ordinary frens and those who dislike to call me 'ANIS'
KAK LONG
~~only my lil sis
ADEQ
~~only kok n kak mie( my big sistas)
CIK ANIS
~~all my nephews n nieces except yaya called me "CIK SU" becoz she do not remember my name..(marah aku!) before this she called me "xbest" becoz i always 'torture' her..
*cik su is (ayuni) my lil sis..
CIK NIS
~~oying, my good fren
POH
~~mc kim n asna, also my good frens
MAMA
~~extra(7x) ordinary frens, starting from matric..
Posted by deyanah at 8/17/2006 04:50:00 pm 0 comments
muhasabah diri
pagi tadi ada sorang jejaka yang best tanya aku.. soklan dia adelah,(lebih kurang la..)
"aku ni hensem tak?"
aku jawab dengan panjang lebarnyer,
"bagi aku, ko tak hensem.. tapi ko ader daya tarikan, bukan tarikan pada rupe, tapi pada perangai ko.. cara ko cakap ngan orang, kelebihan ko yang tak der pada orang lain.. kat dalam **** sendiri pon, xde yang hensem.. eh, ader la.. *** tu boleh dikire hensem la.."
pastu aku tnya dia soklan yang sama.. dia jawab,
"ko tak kacak dan hensem.."
hehe.. dia pon jujur dalam memberi jawapan..
pastu aku tanye pandangan dia terhadap perangai aku.. ok ke tak ok.. dia jawab dengan pendeknye,
bagi aku, ko ok.."
my comment:
>aku tak tau naper tiber je dia tanya soklan cenggitu.. mungkin ader orang reject dia sbb tak hensem kot..(eh,jgn lah!) tapi bagi aku, nak cari yang hensem susah sbb mereka tak ramai.. lagipon,once dah dapat, nak 'jaga' lagi la susah.. for me, first things yang aku tgk kat seseorang tu adelah sikap dia dan rasa selesa.. baru la aku kawan ngan dier..
>>kepada kawan aku yang best td, walaupon aku cakap ko tak hensem, tp ko ader rupa, ader nama dan ader aper yang tak der kat orang lain.. ko mmg spesel n aku hepi dapat kawan ngan ko..
Posted by deyanah at 8/17/2006 04:23:00 pm 0 comments
Wednesday, August 16, 2006
'keychain' D2.1

Why Did the Chicken Cross The Road?
Kisah Ayam Melintas Jalan.
---------------------------------------------------------
Why Did the Chicken Cross The Road? What they have to say...
Kindergarten teacher:
Because it wanted to look for food on the other side.
Samy Vellu:
Kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk lintas itu jalan... lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, beritau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll....itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup.. kita bole survey mana ada rosak.
Karam Singh Walia (TV3):
Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling hebat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan, sekian saya sudahi dengan.........Ayam di jalan di lintaskan; Ayam di reban mati tak makan.
Wan Kamarudin (Edisi Siasat NTV7):
Ape kejadahnyer ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saje...Ayam semua dah besar kepala,..dan dah tak nak duduk reban...dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!
Zainal Ariffin Ismail (TV3 Kisah Misteri):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampung ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampung ini. Apakah sebenarnya maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, "Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri........."
Zainal Alam Kadir (Wayang Kita Astro):
"Ayam siapa kalau bukan ayam kita..."
Sisters in Islam:
We abhor the thoughts of the rooster enslaving the hen, that is why female chicken must be brave and know their rights before they cross the road,....and some cross to escape the master/slave marriage....but this Taliban minded syaria court is no help to the grieving hens...
Abdul Fatah Haron (PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yg melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL......
Md. Said Yusof (BN Jasin):
Apa salahnya...biarkan mereka lintas...tutup sebelah mata ajelah...ayam-ayam terlebih besar sikit shj...Lagi pun semua nya itu ayam saya.
Shahrir Abdul Samad (ex Pengerusi BBC):
Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan. Kalau beginilah, maka ia nya bertentangan dgn prinsip saya, maka saya RESIGN.
Bill Gates:
I have just released the new Chicken Office 2000, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook. Microsoft will pledge a billion for research on chicken AIDS.
Dr M:
You know, I am tired of all this...'apa-nama' chicken-chicken bisnes...you know that it is our right to build the bridge on our side of the straits....so why we chicken out?
Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja...jangan percaya khabar–khabar angin ini semua.. biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah-belahkan perpaduan ayam-ayam semua... jangan percaya... we've decided to scrap the scenic bridge for the best interest of the people...nothing to do with chicken. And of course others have the right to express their opinion....ini biasalah.
gambar: keychain yang di beri oleh intan+arra.. aku dapat warna biroo, yanie warna pink(same colour with arra) n intan punye warna putih.. kat benda ni ada loceng dua bijik.. so, kalo korg terdengar bunyi loceng, maka itu adelah kami.. tapi.. aku dah buat something agar loceng itu tak mengeluarkan bunyinyer.. rasa macam kucing jer kalo ader bunyi..hehehe
Posted by deyanah at 8/16/2006 02:59:00 pm 0 comments
Monday, August 14, 2006
week 32 of 2006
isnin..
>byk benda aku nak kena buat hari ni, akedemik+society..sangat menekan perasaan but akhirnye aku berjaya settle kan mereka semua.. dah tak tertekan dah..
selasa..
>tak der aper yang best, juz ader xtra class from 8-10pm kat ltA. aku tak jadi nak pose sbb takut tak sempat berbuka..
rabu..
>tak ade ape2 yang best..aku nak rehat dari segala kerja2 duniawi..
khamis..
>meeting 8.30 until 10.30pm..xsentuh sangat part p-tech aku sbb tak dak masalah.. yes! aku bangga dgn diri sendiri.. suh kalipah taip surat tuk bukak booth kat dpn aikol and amek signature dr.iqbal..
jumaat..
>after tuto, lepak ngan kawan lama.. menurut ustaz nushi, kawan2 aku tu tergolong dalam golongan yang teraniaya..
>>dapat kawan baru, nama dia 'misha umaira' (tp aku sgt sure itu bukan nama sebenar dia)
>>>kasi kerja kat my subkom, tapi at last aku mintak balik coz nak buat sendiri. at that time br aku realize tt ader benarnyer kata kawan aku bahawa aku sepatutnya belajar how to trust people in helping you.. maksudnyer, aku ni jenis tak harapkan orang.. sbb tu aku nak buat sendiri..
>>>>a little bit serabut sbb so many things aku nak kena buat..
sabtu..
>gi kelas ngan theme colour must be in blue.. cukup best..next week theme dia adelah black and white n next two week, red (aku dah mulai suke warna merah yang mana dulu aku cukup marah bila umi belikan baju merah..)
>>ptg,balik nilai..
>>>orang ramai giler kat kl central
ahad..
>bgn pagi2, pegi seremban, aku drive.. tlg abang aku cat rumah dia.. cat xcukup, so kami balik awal.. aku cat dengan bagus sekali(better than my bro. himself) that's why dia import aku..
>>malam,cat baner kat area law centre.. aku sgt hepi sbb bila aku sampai kat situ at 8.10pm, sume my subkom dah ader.. dorang mmg punchual n i like it!
>>>tido 3jam jer
Posted by deyanah at 8/14/2006 08:48:00 am 0 comments
Friday, August 11, 2006
Thursday, August 10, 2006
jom berasmara dana
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Saya tinggalkan hati saya di sini,
Agar selalu dekat dengan kamu.
Saya tinggalkan hati saya dengan kamu,
Biar semangat dan ingatan kita bersatu.
Saya serahkan hati saya pada kamu,
Biar kamu tahu yang saya kasihkan kamu.
(sepertimana saya mengasihi diri sendiri, malah mungkin lebih dari itu)
Saya mahu kamu miliki hati saya,
Kerana saya yakin kamu mampu menghargainya.
(sama serupa dengan saya yang sebenarnya menghargai kamu, sebenar-benarnya)
Dan perkara wahidnya,
Tulus doa saya kepada Pemilik Mutlak hati saya dan hati kamu ;
Allah Azza wa Jalla,
Moga Dia patri lekat hati kita,
Moga Dia suluh terang hati kita,
Moga Dia jaga pelihara hati kita..
Dalam acuan, cahaya dan petunjukNya.
Hati, saya tinggalkan buat kamu sejujur-jujurnya.
p/s: hanya sekadar pembasuh minda yang sedang tuuutttt...
Posted by deyanah at 8/10/2006 05:42:00 pm 0 comments



