CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 13, 2008

sani 100808

buat pertama kali aku baru tahu @ notice yang kat malaysia ni wujud Institut Latihan dan Kefahaman Islam, Angkatan Tentera Malaysia (ILMI, ATM)..

Bidang tugas orang2 lepasan institut tu adelah:-

-Merancang, menyelaras dan melaksanakan usaha-usaha dakwah Islamiah dan penghayatan Islam untuk semua pegawai dan anggota dalam ATM.
-Memberi dan mengembangkan pengajaran ilmu-ilmu Islam, khususnya penekanan kepada ketinggian akhlak, sikap dan sifat setiakawan(esprit de corps) di samping memberi kefahaman di dalam erti kata sebenarnya tentang perkhidmatan tentera mengikut pandangan Islam.
-Melaksana dan menguatkuasakan segala peraturan, undang-undang dan hukuman Islam yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Persekutuan dan negeri-negeri.
-Memberi bantuan kepada usaha-usaha mempertingkatkan semangat keperwiraan anggota tentera seimbang dengan misi perjuangan ATM.

antara kursus dan jawatan yang ada kat situ:-

Pembantu Agama Biasa (PEMAS)
1. Bertanggungjawab kepada Pembantu Agama Kanan dalam hal keagamaan semasa ketiadaan beliau.2. Membantu dalam hal pentadbiran keagamaan dari segi zakat fitrah, nikah cerai, rujuk dan pengurusan keperluan peribadatan.3. Membantu perjalanan kelas-kelas agama dan pengurusan kematian dan pengurusan jenazah.

Pembantu Agama Rendah (PEMARA)
1. Bertanggungjawab dari segi pentadbiran masjid/surau pasukan dalam hal kebersihan, keperluan peribadatan, keselamatan dan mengajar anak dan keluarga tentera dalam Fardu Ain.2. Melaksana dan mengurus perjalanan masjid dalam setiap waktu solat.3. Membantu dalam hal kematian dan pengkebumian anggota dan keluarga tentera.

*abang aku pernah mohon jadi tentera, tapi gagal sebab tak melepasi berat minimum.. sekarang, dia dah jadi cikgu bahasa inggeris kat sek men dato' zulkifli slim river perak..

Tuesday, August 05, 2008

tujuh

akhirnye, setelah hampir berusia 4bulan dari tarikh belian, komputer yang berlambak2 kat bilik nih boleh digunakan.. sebelom ni, semua komputer jenis nih hanye menjadi bahan pameran yang tidak berguna langsung! baru la best! senang nak bukak document yang guna microsoft excel..

yer, document yang di'upload' oleh lecturer kat e-elearning.. for me, e-learning ni banyak yang leceh dan sedikit saje yang bagus.. tapi, mulai sem ni semua lecturer digalakkan (atau mungkin diwajibkan @ terpaksa) guna LMS @ e-learning sebagai medium tuk bagi bahan belajar kat student.. (las semester3 aku ada nampak dorang [refer kepada lecturers] sedang belajar guna komputer @ internet @ e-learning..)

dalam ramai2 (kuatiti majmuk @ 3orang atau lebih) lecturer yang ajar aku sem ni, ada sorang lecturer yang terlepas cakap (atau mungkin dia memang nak kitaorang tahu).. katenye, "no allowance given to the lecturers @ staffs if their not using LMS or e-learning.." ape ni?? tak best sungguh! adakah lecturers guna e-learning sebab nak allowance (aka money)..??

3 latest movies in my life:-

i) the notebook - sad & romantic movie.. (korang patut tengok)

ii) dejavu - action / investigation movie.. quite heavy and hardly to understand the line.. (tengoklah kalau korang suke movie yang kena banyak fikir & sabar)

iii) the bucket list - story about 2 old men from different background @ living standard.. they are suffering from cancer and wish to do some things before die.. (jangan tengok kalau korang jenis yang tak suke slow movie dan bosan!)

Monday, July 28, 2008

noi

dolu2, masa tingkatan 1 aku join persatuan falak syari'e.. my fren (skrg tgh training under bank negara kat wisma darul takaful) yang ajak aku masuk persatuan tu.. antara benda yang aku belajar & masih ingat sampai hari ialah cara2 nak kira @ tahu tarikh hijriah berdasarkan tarikh masihi.. maksudnyer, kalau nak tahu tarikh lahir dalam tahun hijrah, kitaorang kena buat kire2 berdasarkan carta yang guru penasihat persatuan bagi.. (tapi carta tu aku dah lupa letak @ buang kat mana..) kire2 tu sangatlah susah dan memeningkan kepala.. tapi akhirnye aku berjaya selesaikan kire2 tu.. hehe.. my birthdate is 23rd rejab 1403, saturday.. (owh..! i dislike saturday..)

sekarang, tak payah susah payah belajar & buat kire2 yang pening tu.. juz klik kat sini, semuanye bereh..!!

barli kurang ais


- aiii cik nis.... name beby aku elyas danial... walaupun mu xmitak, aku tau mu tringin nak tgk die..... huhu.... em ni aku attach ke mu 2keping... :) [thank you yen attach gmbr anak mu.. jaga dia leklok & smoga elyas sihat sokmo..]
- em bila nak update blog mu? lame dah mu x update..... [aku update la, tapi mu je tak alert..! hehe..]
- k lah... bubbye [bai bai jugak.. ada masa datang la lawat aku kat gombak nih..]

[kat atas tu gambar anak oyen & am.. kat atas tu juga adalah emel yang oyen bagi kat aku..]

tahniah kepade oyen yang telah bersusah payah melahirkan elyas.. tahun ni aku dapat ramai anak.. 3 dah keluar, sorang pompuan (hana qistina) and 2 lelaki (fuad ihsan & elyas daniel).. insyaAllah, 2 orang (atau lebih) lagi akan keluar dalam tahun 2008.. yeay!! saye suke gigit hidung budak kecik..

Tuesday, July 22, 2008

tak senonoh

The topic @ issue is..
Why students like to memorize rather than familiarize with the subject/couse. Memorization is important. I will not deny that. But eager to know and being curious about the subject, understanding and loving the subject are the most important ingredients for the examination and for the future working environment. Where did we go wrong in teaching the students? Any suggestions or clarifications for us to improve and to make the students understand the importance of loving and appreciating the subject?

My question is..
How should i respond to that topic?
What should i write..?

My confession is..
i dont want to participate in that forum, but the respective lecturer asked us to give comment @ suggestion.. failed to do so, marks will be deducted.. ! @ #$%^&*()-=~` argh..!! help.. help.. help..

Monday, July 21, 2008

bad monday for us =(

argh! bosan! sakit hati! kecewa! bengang! sedih! sedih! sedih!

sekarang ni hanya ada cas2 negatif dalam diri si tudung merah.. yer, si tudung merah pakai tudung warna merah hari ni.. esok mungkin dia akan pakai tudung warna biru seterusnye akan dapat gelaran baru, iaitu si tudung biru..

si tudung merah dapat panggilan dari nombor +60361964400.. dia tahu, nombor tu ialah general line aikol.. oleh kerana berada dalam kelas, panggilan dibiarkan begitu saje.. (tak de kaitan langsung ngan enak dimakan begitu saje!) duk kejab, dapat mesej dari hotlink.. dia kate ada voice mail tuk si tudung merah.. habis je kelas, si tudung merah dial nombor 121, tuk dengar voice mail tersebut..yer, betul sangkaan si tudung merah.. sis jamilah from aikol's general office suh gi jumpe dia..

berita TAK BEST yang dia sampaikan kat si tudung merah ialah, "Your application for recheking was rejected by the kulliyyah.. plz bring your receipt to claim back your money.." Si tudung merah tanye sebab ape kene rejek? dia jawab tak tahu, bukan jurisdiction dia tuk tahu sebab ape kene reject..

yang TAK BEST #2 ialah, bukan application si tudung merah saje yang kene rejek, tapi SEMUA application daripada kawan2 sekelasnye (termasuklah rumate si tudung merah) kene rejek..

ni yang bengaaaaaannggg ni..!!! tak aci dan tak adil sungguh!!! ramai insan bernyawa teraniaya..!!!

jam1334, 21julai2008, lr7 aikol

Saturday, July 19, 2008

wanita dan air mata #2

19th july 2008.. cik CCD bangun pagi, terus ke dapur minum air masak tanpa gosok gigi terlebih dahulu.. bukak periuk nasi, kupas bawang putih & bawang merah, potong sayur and prepare nasi goreng cina tuk famili kecilnye.. then, cik CCD naik ke tingkat atas rumah, buka komputer, cek emel.. got only 1 emel to be read..di bawah ni ada sedikit petikan emel tersebut yang cik CCD nak share ngan korang;

[..Anak yang baik tidak akan menyebabkan ibunya bersedih. Anak yang baik tidak akan menyebabkan ibu tuanya keletihan kerana tidak dapat tidur nyenyak pada malam hari. Anak yang baik tidak akan melakukan perkara-perkara yang mengguriskan hati ibu. Anak yang baik tidak akan sekali-kali membiarkan air mata suci ibunya mengalir jatuh ke bumi. Bahkan anak yang baik tidak akan menyebabkan ibunya hilang kawalan menjerit untuk ++++..]

yer, bukan senang nak jadi anak yang baik, anak yang taat, anak yang bla bla bla.. bukan senang nak jaga hati si ibu @ si ayah.. hati perempuan (si ibu) sangat lah fragile, tanpa kita sedari dan tanpa kita inginkan, air mata si ibu mungkin mengalir keluar dari kolam matanye kerana tindak tanduk kite..

doa: semoga kite semua dipermudahkan untuk menjaga hati & perasaan ibu (dan bapa) kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu..
jam1134, 19julai2008, seremban2

Monday, July 14, 2008

oren sankizz

hepi day u u..
hepi day u u..
hepi day u u u..
hepi day u u..
semalam genap dua tahun usia CCD.. dalam masa dua tahun ni, tak banyak perubahan yang berlaku kepade CCD sebab aku tak nak ubah penampilan asal CCD dari dulu sampai sekarang.. tak kisah la blog ni tak canggih macam blog2 lain..

doa aku: semoga tahun depan CCD sambut hari jadi yang ke-3 plak..!

Monday, July 07, 2008

060708

7.30pagi, aku gerak dari rumah ke kl.. otw, singgah amek kak ji & wani kat keterah + buh angin tayar kat stesen minyak esso.. kirenye, kul 8pagi baru kami bertiga sah bergelar sebagai musafir.. target aku, kul 2petang dah sampai uia.. aku nak regis bilik sebelum jam 6petang..

yezz, target drive selama 6jam non-stop (sebenarnye benti jab tuk buang air) berjaya!! walaupun badan lenguh2, tapi semangat nak sampai awal berjaya mengatasi..

2.30petang, amek kunci bilik kat ofis mahallah.. dapat bilik baru, D1.1.. serius, yang tak best duk bilik paling bawah.. kotor, busuk and bising.. yang best tak yah daki tangga banyak2 + bilik tu sejuk giler; siang hari @ malam nak tido pun tak yah bukak kipas..! yang biasa2, rumates tetap orang yang sama.. kali ni, dah masuk tahun ketiga kami jadi rumates..

Saturday, July 05, 2008

cha cha rock&roll

pernah tak mak @ bapak korang @ sesaper saje mengamuk/maki hamun/pukul/terajang korang tanpa disedari.. maksud aku dorang tak sedar & tak de niat nak buat ape yang dorang buat tu.. benarkah kah aku katakan itu salah satu dari sindrom lucid interval..?
pernah tak korang dengar ibu tak nak jaga anak yang baru dilahirkan? anak tersebut diberi kat orang.. bukan sebab tak mampu dari segi wang atau anak tu anak tak sah taraf, tapi tanpa sebab logik yang bleh diterima akal.. mungkin itu salah satu penyakit angin meroyan, penyakit yang biasanya menyerang kaum ibu yang baru lepas melahirkan anak.. aku pernah terbaca, antara sebab si ibu bagi si anak kepada orang lain ialah dorang takut dorang akan cederakan anak dorang.. bila dah besar @ bleh jalan etc, dorang akan amek balik si anak tu..
* Elakkan tido dalam waktu asar kerana boleh menyebabkan penyakit gila.. Ya Allah, jauhilah kami dari penyakit gile.. Amin ya robbal 'alamin..

Sunday, June 29, 2008

ballack 13

what da heck?
final euro 2008.. pasukan yang aku sokong dari awal is germany.. tapi, aku tahu germany akan kalah ngan spain yang tangkas dan cergas tu.. tak per, aku tetap akan sokong germany walaupun bukan pasukan pilihan tuk jadi juara.. kadang2 kita kena gak sokong pasukan @ individu @ ape2 aje yang nampak macam tak de harapan nak jadi jaguh @ juara.. bagi mereka harapan , bagi mereka kekuatan dan bagi mereka keyakinan tuk berlawan ngan bakal juara.. dok gitu???

asyik2 step yang melangkah bila aku bukak tv3..
kali ni dah tiga minggu turut2 aku bukak tv3, kumpulan step sedang performe.. aku bukan la peminat gang starz, tapi kat rumah aku tak de astro ataupun pun streamyx.. hanye 5 stesen tv yang ada.. huhu.. bosan! umi dah suh aku pasang internet kat rumah, tapi aku malas+tak reti.. if pasang pun, tak guna gak sebab after this kat rumah tu yang tinggal hanya umi dan abah yang tak tahu langsung IT.. (IT = Information Technology, bukannye Ikan Tongkol / Ikan Tenggiri masak kari @ Insyirah Thohirah..)

Thursday, June 26, 2008

tulisan jawi

swimming
sekian lama keinginan utk swimming di negeri sendiri hampir tercapai.. tapi, apabila tiba di kolam renang, aku tak jadi nak swimming sebab lifeguard kat kolam renang sekolah kompleks tu adalah ajnabi aku..! tak rela..

billion
lepas tu, aku pun gi jejalan&beli stok barang dapur kat billion.. selamber godok aku cakap kat akak cashier tu; "kak, saye nak cancel balik barang2 yang akak dah scan tu sebab beg duit saye ade dalam kete.."

tesco
lepas tu, aku gi rumah kak mie.. jenguk anak2 aku.. dorang mintak nak gi tesco.. nak beli aiskrim+kon aiskrim.. seb baik tesco tu 3km je dari rumah dorang.. kalau jauh, malas aku nak layan.. on the way ke tesco,

alin: cik anis, big apple tu sedap ke? esok kawan alin ajak gi makan klat sane..
aku: ntah, sedap kot.. if tak sedap, takkan my rumates beli sokmo..
alin: tapi alin tak suke epal..
aku: hoi! big apple tu bukan jual epal la.. dia jual donat..
alin: donat perisa epal pun alin tak suke..
aku: kat kedai tu tak de donat perisa epal.. yang ada perisa bla.. bla.. bla.. (aku sebut seme perisa yang ada..) nanti cik anis belanje korang donat big epal jab lagi..
alin: (sengeh macam kerang..)

Fakta @ Auta TESCO Kota Bharu


-Hari pertama TESCO dibuka ia menerima 15,000 pengunjung. -Setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari. -85% pelanggan TESCO Kota Bharu membuat pembayaran dalam bentuk tunai yg merupakan peratusan pungutan tunai tertinggi di Malaysia. -TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yg ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat, tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal, menggunakan tulisan jawi sbg sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan "Ta, ya, sin, kaf dan wau" menjadi maksud TESCO.

*serius, aku tak reti jawi.. baca bleh, tulis pun bleh.. tapi ejaan tak betul ma!!

Monday, June 16, 2008

aku cinta aku rindu

happy father's day..

first time kami sambut hari bapak..hampir 44tahun abah jadi seorang bapa kepada 5orang anak, baru hari ni kami rai abah on father's day..

korang mesti ingat kami rai secara besar2an kan? tak.. sudah tentu korang tersilap sbb kami hanya makan makanan segera, teh o ais perasa strawberi, kek keladi dan buah jambu batu..

papepun, ni nak bagitau kat seme orang bahawa abah adalah seorang abah yang baik.. sayang anak2nyer.. tak pernah marah.. tak pernah pukul malah selalu manjakan kami 5beradik.. tapi, abah tak de la baik 100% sbb setiap manusia mesti ada sifat positif dan sebaliknya..

che hae pernah cakap: "che hae dengki ngan anak2 abah.. abah sangat baik.. jika che hae jadi anak abah, che hae akan peluk cium abah setiap hari sementara abah masih hidup.. sayangi lah abah.. tunjukkan rasa kasih dan sayang tu.. hargai masa yang ada.."

doa: Ya Allah, permudahkanlah aku tuk berbakti kepada umi dan abah.. aku ingin 'asuh' mereka seperti mana mereka asuh aku dari dulu hingga sekarang.. amin..

Friday, June 13, 2008

nak nangis la tu..

hari ni aku exam.. semalaman aku tak tido sebab study last minute punya pasal.. tapi, tidak tido semalam bukan bermaksud aku bleh jawab paper tadi dengan sukses sekali.. lagipun amalan tak tido malam sebelum exam sangat lah tak bagus..
dua perkataan yang aku bleh katakan di sini ialah "macam haram" jawapan yang aku bagi tadi..

Thursday, June 12, 2008

wanita dan air mata

kisah eddy:-
pagi khamis 12jun08, dia telah tepon 5 orang, tetapi hanya 3 orang yang bagi respon.. kebetulannye ketiga-tige orang tersebut adalah mereka yang bergelar ibu.. sorang dia panggil umi, lagi sorang dia panggil mok dan lagi sorang dia panggil mak cik.. perasaan dia berada di ahap paling masyuk apabila bercakap ngan umi.. baginya, umi tidak pernah kering 'modal' untuk berbicara, baik secara langsung atau melalui tepon.. dia jugak berasa seronok apabila dapat borak ngan insan bergelar mok.. mok tidak pernah lupa untuk bertanya bila eddy nak bertandang ke rumahnye.. dia menjawab, insyaAllah, ada rezki bleh la saya gi rumah mok.. dan, apabila bercakap ngan mak cik, ada satu perasaan yang wujud dalam hati eddy.. (eddy cakap perasaan tersebut adalah hak milik dia sorang, xleh skongsi ngan orang lain..) tiber eddy jadi perahsia wanita..
tempoh bercakap ngan umi:- 26minit 17saat
tempoh bercakap ngan mok:- 13minit 13saat
tempoh bercakap ngan mak cik:- 19minit 30saat

Tuesday, June 10, 2008

ubat hati

umi tak jadi operate!! alasan yang diberi tak la kukuh sangat dan tarikh baru diberi.. aku kasihan kat umi yang kena tahan kesakitan until 28nov ni.. maknanye, 5bulan stengah lagi la..?
test aku = 30markah.. tajuk 'remedies'.. soalan senang dan pendek.. tapi aku jawab soklan test tu tak sesukses macam kawan2 aku yang lain.. lepas test, untie polis belanje aku makan mihun sup+air horlick.. terima kasih aunti..

Monday, June 09, 2008

matahari

esok umi dijadualkan buat pembedahan PCNL.. aku anak yang degil ni je yang tak balik kampung.. yang lain seme balik even seketika cuma.. aku bukan saje2 @ suke2 tak nak balik, tapi esok jugak aku ada test administration law.. 30markah pulak tu..
well, selamat maju jaya buat doktor2 dan misi2 yang akan bedah umi aku esok..

Saturday, June 07, 2008

panazz,hangit,karut!!

hari: sabtu
masa: 4.22pagi
tarikh: 7jun2008
kumpulan: shades
lagu: Jangan diucap selamat tinggal
lokasi: ruang tamu rumah akmaRina
web pilihan: hot.fm
tadah telinga: koleksi terbaik panggilan hangit..
tempoh: 1jam 20minit

iyer, selama satu jam dua puluh minit kami melayan koleksi panggilan hangit oleh FBI dan fafau.. memang syok dorang kenakan orang..

masa kami selama 1jam 20minit dihabiskan macam tu jer.. kalau lah kami buat benda lain yang lebih berfaedah kan bagus.. qiamullail ke, tanam pokok jagung ke, baca buku MP Jain ke, kemas rumah ke, berenang ke, bla bla ke..

papepun, kami puas sbb bleh layan koleksi panggilan hangit.. kami bukan ape, kami hanya amek kesempatan internet free tajaan akmaRina da' peanut.. (peanut? kenape bukan hazelnut atau walnut?? tadaa.. peanut tu rahsia kami ma..)

okes, kami stop sini je lah.. mata dah terkebil2 macam bang bil dah ni.. pedih tengok skrin komputer lama2.. kami kena jaga pancaindera tajaan tuhan kami baik2.. kami nak guna pancaindera ni sampai mati!! innalillah..

jam0555, 7jun2008, bandar tasik selatan

~hepi 35th birthday to abang syam, 7th june 2008, a month after mine..

Thursday, June 05, 2008

minyak oh minyak

petrol naik 78sen!!??
diesel naik 100sen??!!
terima aje la..

Wednesday, June 04, 2008

balik kampung

30~31mei # 1~3jun

selama lima hari cik nis menapak di kampung halamannyer.. banyak pantang larang yang diamalkan secara haram (illegal) sejak turun temurun telah dilanggar a.k.a dirempuh oleh beliau.. haha.. padan muke.. sape suh langgar pantang2 tersebut..? kan dah dapat balasan..

jumaat, 30mei

lipstick cik anis hadiah hari jadi dari seorang sahabat telah dimusnahkan oleh budak nakal nih!! sedeh + hangin cik anis dibuatnyer.. budak ni sangat la aktif.. pantang 'bebas', habis la jawabnyer..