CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 13, 2012

2011 tahun melawat

Alhamdulillah.. tanpa dirancang atau dijangka, tahun 2011 seolah-olah menjadi tahun melawat/melancong bagi saya.

Ogos - menunaikan ibadah umrah selama sebulan bersama Umi dan Abah. Satu pengalaman dan kenangan yang tidak ternilai.

Penghujung September - bercuti ke Jakarta selama empat hari bersama kawan-kawan (Fiza, Faizan dan Diana).

Penghujung Oktober - bercuti ke Kuching, Sarawak bersama seorang kawan (Fiza)

Penghujung Disember hingga awal Januari 2012 - bercuti ke London, Paris dan Amsterdam selama dua minggu bersama kakak (Kak Mie), anak buah (Aleen) dan sepupu + suaminya (Kak Iza & Abg Hamzah).

Sunday, May 08, 2011

keluarga angkat Kg. Lambor Kanan..

one day journey to Ipoh, menziarahi ayah angkat (Apok) yang baru keluar wad setelah sebulan ditahan di dalam wad.. sejak keluar dari wad sehingga sekarang, Apok tinggal di rumah anaknya aka Kak Ton..

menziarahi ayah angkat (Apok) yang hampir lumpur sebelah badan. kaki kanan telah dipotong disebabkan sudah tidak berfungsi kerana darah tidak mengalir ke bahagian bawah kaki..
[terpaksa dipagar dengan kerusi kerana Apok pernah terjatuh dari katil tanpa dia sendiri sedar atau ingat..]

Apok minta nak tidor atas lantai, bawah kipas.. sempat lagi buat lawak semasa kami bantu Apok turun dari katil.. katanya; "maaf la, kaki Apok panjang sebelah pendek sebelah. terpaksa minta tolong orang angkatkan.."

Apok minta nak duduk atas kerusi roda sambil 'hantar' kami balik..
{dalam gambar: Azuzana, Mok, Anis & Apok}

Apok sebak kami nak balik KL.. dan2 tu jugak Apok cakap; "tak selera nak makan dah la.."
Walhal semasa kami baru samapi, Apok bukan main lagi berselera makan aiskrim dan minum air horlick..
{dalam gambar: Cucu Apok aka La, Mok, Anis & Apok}

Apok baru je boleh celik mata, makan suap sendiri dan gerakkan badan sebelah kanan sehari sebelum kami ziarah beliau.. mungkin Apok gembira apabila dapat tahu kami akan datang ziarah beliau..
{dalam gambar: cucu Mok aka Mohamad, anak Mok aka Abang Ei, Mok, Anis & Apok}

Apok (tok imam di kampung Lambor Kanan) pesan kat Mok (mak angkat kami) agar tolong catatkan berapa hari beliau tidak solat, kerana ingin qada' bila sihat nanti..
Kadang2 Apok azan / baca al-quran & kadang2 cakap merapu dalam tidur..

Apok [Haji Taib, 87 tahun, bekas polis] dan Mok [Hajjah Maimunah, surirumah]

..gambar Apok sewaktu muda..

Wednesday, May 04, 2011

SHRR


..tiada air mata yang menenangkan jiwa kecuali air mata taubat..

dan air mata hari ini adalah bukan kerana taubat, tetapi kerana teguran daripada bos.. haha..

Tuesday, March 08, 2011

ta - ko - ya - ki

Alhamdulillah, sudah maju setapak. Anak buah saya sering kali duk cakap nanti nak buat takoyaki bersama-sama. Cumanya kami tak tahu nak beli kat mana bahan-bahan tuk buat cengkodok Jepun nih..

Tengahari tadi, terbaca status abang saya yang sedang bertugas di Narita. Terus saya komen statusnya dan inbox kat facebook beliau, minta tolong belikan bahan-bahan tuk buat takoyaki di mana agak sukar tuk jumpa bahan-bahan tersebut di Kuala Lumpur..

mesej saya kepada beliau:-

kalau sempat, tlg beli..
kos pembelian ~ masuk buku 555 dulu.. hehe

-Bonito flake (plg penting)
-"dashi" tp le substitute ngan kuib ikan bilis
-Worcestershire sauce or takoyaki sauce or black pepper sauce (tp -ade satu resipi tu guna hoisin sos)
-nori (rumpai laut) (mgkn sm kegunaan ngn bonito flakes)

pan takoyaki pun bleh gak kalo nak tlg beli..

tup2, selepas waktu rehat iaitu lebih kurang 4jam kemudian, saya amat teruja apabila tengok gambar-gambar di bawah.. saya yakin, beliau sudah belikan bahan-bahan takoyaki tersebut.. tiada perkataan yang mampu menggambarkan betapa terima kasihnya saya kepada beliau..

Tepung Takoyaki, sepeket Yen 198 = RM8.
Caption beliau: Tanya japanes lady, mana Bonito flake utk buat takoyaki... dia tunjuk pek ni sambil sebut "Ta-Ko-Ya-Ki"... tak tahu betul ke tak.. harap-harap betul la tepung tu macam dalam gambar.

Takoyaki sauce, satu pek Yen 198 = RM8
Caption beliau: Yang ni pun minta tolong japanes lady carikan Takoyaki sauce... mana nak jumpa sebab semuanya tulisan jepun...

Dashi (fish flake) Yen 378 = RM15
Caption beliau: Ni pun tanya another lady.. "Dashi?"... dia angguk je...

Nori (rumpai laut kot), sepeket Yen 258 = RM10
Caption beliau: Yang ni senang sikit nak cari sebab ada tulisan English...

Takoyaki pan, Yen 1580 = RM60
Caption beliau: Tanya saleslady kat Jusco, dia kata memang untuk buat takoyaki... Tanya Bahasa Inggeris, dia jawab Bahasa Jepun.. Macam ayam & itik.

.
.
.
.
.

yuk Alin.. bile kita boleh masak takoyaki sama-sama?

*takoyaki pan, tepung takoyaki & fish flake sangat susah nak jumpa kat Kuala Lumpur..

Tuesday, March 01, 2011

hanya satu bulan? OMG!!

kasihani diri sendiri atau kasihani orang lain yang lebih penting?

Thursday, December 30, 2010

..HADAPI DENGAN SENYUMAN walaupun sedeh.. huhu

Esok CUTI peristiwa!!! Patutkah aku bersorak riang sedangkan masih ada benda yang diselesaikan sebelum tahun 2011..

My officemate dari pagi lagi duk dengar lagu HADAPI DENGAN SENYUMAN tuk hilangkan rasa kecewa kami berempat.. serius, banyak giler benda nak kena 'kejar' sebelum kaunter bayaran di Mahkamah, Pejabat Tanah dan kaunter Bank tutup pada hari Jumaat.. Dan hakikatnya, memang tak terkejar sebab kaunter-kaunter tersebut telah ditutup sehari awal.. Yer, sehari amat bernilai dan memberi kesan..

Hari ni hari terakhir Kak Kada (our head for litigation department) kat office ni.. dan serius, aku memang tak bersedia tuk berkerja tanpa Kak Kada di pejabat ni.. sebelum ni, semua kerja-kerja aku Kak Kada yang semak..

Arghh.. Silapkah aku teman Kak Kada hantar resume ke tempat kerja baru beliau?

Mulai minggu depan, siapa nak semak kerja-kerja aku? Pada siapa aku nak tanya banyak2 soalan pasal litigation? Siapa yang nak ingatkan aku buat file tu, tengok file ni? Siapa nak marahkan aku bila buat silap? Siapa nak teman aku balik Seremban?

Serius, tak pernah terfikir walau sedetik yang aku akan jadi sangat rapat dengan Kak Kada..

Thursday, December 16, 2010

diam lebih baik

mood~emo sikit..

tolong la.. tolong jangan menata dulang paku serpih, mengata orang kau pun kurang lebih je..

Wednesday, November 24, 2010

waihi


18 Mei, lima tahun lepas..

lima tahun, enam bulan, tujuh hari berlalu,
rasa masih sama..

aku cuba menafi realiti,
mencari yang tak pasti..

disangka putih, rupanya hitam..
moga cahaya jernih akan menyinarinya..

Thursday, November 04, 2010

nervous as usual

hello Citra Cinta Diana..!

Tuesday, September 07, 2010

tension kena marah tahap belum nak nangis

paling benci kalau kena MARAH dengan BIG BOSS..!!

kadang2 aku susah nak faham big boss nih.. macam KIMORA LEE SIMMONS jugak, susah nak jangka apa yang dia akan buat atau apa yang dia nak cakap, maki hamun etc..

Ramadhan & Dock Brief

BULAN PUASA
-sebelum ni, aku makan je depan orang perempuan yang puasa (jika aku diharamkan puasa).. satu hari, seorang sahabat lama telah kata "memang kita boleh makan di siang hari kalau kita uzur syari'e, tapi seelok2nya kita kena hormat orang lain sekeliling kita yang berpuasa.."
moral: jangan makan secara terbuka.. nanti orang puasa teliur.. tak baik..

CONDITIONAL PLEA
-tetiba je Tuan tu tanya nama aku, Pelatih dalam Kamar dari firma mana dan aku buat banking litigation atau criminal? aduh.. mesti ada yang tak kena.. tup2, Tuan tangguh kes.. "awak tanya kawan2 awak, ape itu conditional plea.."
Serious, aku dengan jahilnya tak tahu benda jadah ape tu..! tapi aku yakin aku telah salah buat rayuan.. kalau tak, tak de nye Tuan tu nak tanya nama aku..

TAYAR PANCIT
aku pelik, kenapa meter minyak petrol kete aku laju je menuju 'E aka Empty'.. aku check tayar.. sah, dah kena buh angin..! tayar belakang hampir jadi flat tyre.. terus aku gi stesen minyak isi angin tayar.. meter kat pam angin tu tunjuk angka 44..! dah kurang sangat dah angin dalam tayar tu.. sepatutnya tekanan angin yang betul adalah 200 @ 220..

Monday, August 16, 2010

will be away form office..

mood: tak sabar nak potong kuku jari tangan

masa: 6.20 petang

tempat: tingkat 6, wisma central

jiwa: kacau bilau serabut kusut masai

hari ni: sengih kat Datin Seri Wan Azizah (dapat sengihan balas..)

esok: rayuan secara percuma untuk OKT, court 6

ingin: cepat-cepat habis bayar hutang ptptn

Wednesday, August 11, 2010

Semoga Ummi dan Abah panjang umur, murah rezeki, ditetapkan Iman

SMS dari Abah, 03.08.2010:-
Salam. Kali (ke)-2 naik kereta Ummi bawa sejak abah sakit hr ni. Gi Pero buat Tra pi (terapi). Alhamdulillah selamat tq
* seingat aku, akhir sekali Umi bawa kereta masa aku sekolah rendah..

SMS dari Abah, 04.08.2010:-
Salam. Hari ni balik (kampung) Dewan jap. Ummie bawa (kereta) dr PGeng ka perol ka dewan pas tu blk PGeng tq bye
* sejak Abah kurang sihat, Abah & Umi stay kat rumah Kak Mie di Pintu Geng (a.k.a Taman Guru)

SMS dari Abah, 05.08.2010:-
Abah dah berada dlm bilik 14 tgkt 2 TD. Masa melawat any time. Salam berdoa saja (untuk pembedahan) esok tq
* semoga berjalan lancar dan Abah tak berdebar2.. nanti blood pressure naik..

SMS dari Abah, 10.08.2010:-
Abah dah boleh kel uar sabentar lg kak mie munkin mari am bil tk salam
* Abah dah tak sabar nak blah dari wad.. haha

SMS dari Abah, 10.08.2010:-
Kami berdua dah ba lik Dewan. Kak Mie gi ambil di USM. Pkl 5 ptg td. Cost of my operation is RM$$$$ Tq
* akhirnya, Abah dan Umi dah balik rumah.. yeay!
Pukul 5.10pagi tadi, Abah telefon kejut aku bangun sahur..
* kalau la Abah tahu aku tak bangun sahur, mesti Abah nyesal telefon aku.. huu..
Umi cakap, Rasulullah wafat umur 63tahun.. kiranya Abah (70tahun) dan Umi (65tahun) dah melepasi umur sewaktu Rasul wafat..
* maksud tersirat, Umi dah bersedia tuk pergi ke alam lain.. [tapi Umi tak tahu aku belum bersedia untuk 'melepaskan' Umi pergi..]

TERIMA KASIH DR.ZAINAL ABIDIN & MEREKA YANG TELIBAT.. HUSM (USAINS) MEMANG BEST!

aku bosan

musim nak raya, ramai orang minta tolong aku jahit manik kat baju mereka.. ada yang aku TOLAK awal2; sebab aku takut tak sempat nak siapkan jahitan manik tersebut.. ada yang aku terpaksa TERIMA; sebab tak reti nak tolak macam mana.. dan ada yang main hulur jer dan aku terpaksa terima; sebab tak de pilihan tuk tolak atau terima..
* pejam celik, pejam celik.. dah 7bulan aku tak jahit manik.. idea krestif makin tumpul ma..


minggu lepas dapat emel;
kes review;
pilih salah satu drpd topik wasiat @ hibah @ harta sepencarian @ pusaka
kalau kes mudah 2kes, kalau complicated 1 kes je
plg kurg 6 muka sura, paling byk 10
time new roman, font 12, double spacing
due date submission; kelas terakhir.
anything can ask him at t********@***.edu.my

* aduh.. dah lama jugak tak buat assignment..


minggu depan, aku akan 'absent' tiga hari dari kerja2 pejabat.. hopefully there is no pending work on my desk..
* minggu ni aku 'absent' 2days, balik kampung.. Alhamdulillah, tak ada kerja2 yang menimbun.. =)

Wednesday, August 04, 2010

tiap2 minggu tengok wayang

Sorcerer's Apprentice - latest movie in my movies list.. Secrets by OneRepublic..

Tuesday, July 13, 2010

malas nak balik, jalan tengah jem giler..

minggu lepas, aku teringin sangat nak makan pengat durian.. tapi malas nak buat.. tahu nak makan yang dah siap masak jer.. siap suruh office mate masak lagi..


tup2, masa balik seremban hujung minggu hari tu, kak kada telefon tanya "awak nak makan pengat durian tak? akak nak masak ni.. tapi awak kena tolong beli daun pandan la, husband akak lupa nak beli tadi.. durian dan santan dah beli dah.." Aku dengan gembiranya jawab "nak.. nak.. ok kak, nanti saya beli daun pandan dan roti skali.."

sebagai balasan, petang tu (selepas kenyang makan laksa dan pengat durian di rumah kak kada) aku bawa kak kada dan anak-anak daranye ke taman di Seremban 2..


kak kada selalu duk komplen kulit dia kering dan gatal.. aku dengan lajunya cakap sabun Himalaya bagus kak.. kawan saya memang pengguna setia sabun tu..

sempena hari jadi kak kada, aku hadiah kan sabun Himalaya [Neem & Tumeric].. esoknya kak kada terus tunjuk kulit dia yang dah takkering.. (dan dan tu jugak..)


masa kanak2 dulu, aku dan sepupu sepapat suke petik bunga biru nih.. pastu main tulis2 dan lukis2 kat dinding rumah guna bunga tu.. kuar dakwat wakna biru kot.. mak bapak jenuh marah, tapi kami tak pernah nak dengar..

sekarang bunga ni dah tak tumbuh meliar di halaman rumah aku @ di parit2 berdekatan.. papepun, bunga ni orang dulu2 guna tuk masak NASI KERABU BIRU.. tapi zaman sekarang orang dah guna pewarna sebab susah nak jumpa bunga nih..

Friday, May 07, 2010

7 Mei 2010

Hari ni hari jadi aku.. sejak pertengahan tahun lepas, aku pasang cita-cita nak sambut hari jadi kat kota London.. tapi, angan-angan dan cita-cita tu tak kesampaian.. tapi, siapa tahu? Mungkin tahun depan aku akan sambut hari jadi di Hawaii atau Mekah..? =)

Jam 8.15 bawa kereta gi pejabat, jem punya pasal, jam 9.10 baru sampai.. Duk kejap, bos aku tanya dah ready ke nak gi Putrajaya? Aku jawab, "Jap kak.. saya nak siapkan kerja yang perlu disiapkan dulu.. ada sikit je lagi.." Jam 9.45 bawa kereta gi bank panel cawangan Putrajaya.. bos aku ada meeting ngan person in charge bahagian litigation.. aku hanya jadi pemandu dan pengiring bos.. heh.. Balik pejabat jam 12.30.. Kek hari jadi aku dah ada, tapi nasi ayam kegemaran ramai belum ada.. Mungkin dalam perjalanan atau dalam lif.. apa-apa pun, yang penting, tepat jam 1.00, Shaq baca doa selamat dan doa makan nasi ayam nyum nyum..

Jam 5.00 petang, ada dialogue kat KL Bar Committee.. kerja kat pejabat berlambak, aku tinggal atas meja macam tu je.. nak buat macam mana kan? aku malas nak bawa kerja2 tersebut ke rumah, sebab, rumah adalah syurga dunia, bukan tempat aku nak buat kerja-kerja pejabat..

Esok rancang nak gi Tanjung Malim, tapi tetiba je big bos suh gi Workshop, pun kat KL Bar Committee.. dari 9pagi hingga 5.30.. hu..

Dan, yang paling geram, dialogue kat KL Bar jam 5.00 petang tu, dibatalkan dengan alasan penceramah baru habis kes kat mahkamah.. Kul 6.15 kot baru kami dapat tahu dialog tersebut dibatalkan.. panasss..

Thursday, April 29, 2010

e,z&k

hari pertama kat pejabat ni, aku dapat set lengkap alat tulis.. antaranya:-

1)pen hitam, biru dan merah 2)pen marker biru dan hitam 3)sebatang pensel 4)gam 5)gunting 6)highlighter warna oren 7)sebiji stapler 8)sekotak dawai kokot 9)sebuah buku nota @ planner 10)kalkulator 11)klip kertas 12)bekas alat tulis, dan 13)getah urat warna warni

aku tertanya sendiri, "apa aku nak buat dengan benda2 tu nanti?"

sekarang, hampir 3bulan aku kat pejabat ni.. kesemua benda diatas aku guna untuk aktiviti harian.. aku sudah dapat jawapan apa kegunaan benda2 tersebut.. tapi, aku ada satu soalan baru, "mengapa aku seorang saja yang dapat set lengkap alat tulis, sedangkan rakan2 yang lain tidak?"

Saturday, April 24, 2010

macam-macam

1) bila kita kerja bawah orang --> tak semestinya kita hanya buat kerja untuk beliau, tapi kadang2 kita kena jadi pemandu beliau atau teman beliau pergi bersosial dengan rakan2..
*Alhamdulillah, syukur ada kerja nak dibuat.. ada kerja untuk mendapat rezeki halal..

2) bila dah dapat jerat 3ekor tikus kat rumah sewa kami dalam masa 5jam --> dah tak de tikus2 lain mengganggu aktiviti harian dan barang2 kami..
*Harga perangkap tikus RM5 satu.. alah membeli, menang memakai..

3) bila asyik buat silap --> aku rasa sangat 'down'.. sehingga hari ni, nilai kesilapan aku RM364.00..
*teman aku pernah pesan, "kesilapan boleh buat sekali jer, lebih dari tu bukan lagi silap, tapi cuai.." (okay, aku akan pastikan aku tak buat kesilapan yang sama)

4) bila kerja belambak dan bertimbun atas meja aku --> aku tertanya sendiri "adakah aku yang lembab atau kerja terlalu banyak sampai tak menang tangan..?"
*teman aku pernah cakap, "ko ni slow buat kerja, tapi ko jenis teliti dan kemas.." (aku akan buktikan aku tak slow okay..!)

5) bila terpaksa datang pejabat hari sabtu --> rasa sangat malas nak bangkit dari tidor..
*huwaaaaa.. aku kat pejabat di pagi sabtu.. huu..

Thursday, April 15, 2010

hai kak mad..!

Ya Allah, jauhilah aku dari sifat suka menipu kerana aku benci mereka yang suka menipu..

Ya Allah, jauhilah aku dari sifat suka mengambil kesempatan @ mempergunakan orang untuk kepentingan sendiri kerana aku benci mereka yang bersifat sedemikian..

Ya Allah, jauhilah aku dari sifat 'talam dua muka' kerana aku benci mereka yang bermuka2 dan hipokrit..

Pendek kata--> Ya Allah, perelokkanlah akhlak ku..