CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 08, 2011

ta - ko - ya - ki

Alhamdulillah, sudah maju setapak. Anak buah saya sering kali duk cakap nanti nak buat takoyaki bersama-sama. Cumanya kami tak tahu nak beli kat mana bahan-bahan tuk buat cengkodok Jepun nih..

Tengahari tadi, terbaca status abang saya yang sedang bertugas di Narita. Terus saya komen statusnya dan inbox kat facebook beliau, minta tolong belikan bahan-bahan tuk buat takoyaki di mana agak sukar tuk jumpa bahan-bahan tersebut di Kuala Lumpur..

mesej saya kepada beliau:-

kalau sempat, tlg beli..
kos pembelian ~ masuk buku 555 dulu.. hehe

-Bonito flake (plg penting)
-"dashi" tp le substitute ngan kuib ikan bilis
-Worcestershire sauce or takoyaki sauce or black pepper sauce (tp -ade satu resipi tu guna hoisin sos)
-nori (rumpai laut) (mgkn sm kegunaan ngn bonito flakes)

pan takoyaki pun bleh gak kalo nak tlg beli..

tup2, selepas waktu rehat iaitu lebih kurang 4jam kemudian, saya amat teruja apabila tengok gambar-gambar di bawah.. saya yakin, beliau sudah belikan bahan-bahan takoyaki tersebut.. tiada perkataan yang mampu menggambarkan betapa terima kasihnya saya kepada beliau..

Tepung Takoyaki, sepeket Yen 198 = RM8.
Caption beliau: Tanya japanes lady, mana Bonito flake utk buat takoyaki... dia tunjuk pek ni sambil sebut "Ta-Ko-Ya-Ki"... tak tahu betul ke tak.. harap-harap betul la tepung tu macam dalam gambar.

Takoyaki sauce, satu pek Yen 198 = RM8
Caption beliau: Yang ni pun minta tolong japanes lady carikan Takoyaki sauce... mana nak jumpa sebab semuanya tulisan jepun...

Dashi (fish flake) Yen 378 = RM15
Caption beliau: Ni pun tanya another lady.. "Dashi?"... dia angguk je...

Nori (rumpai laut kot), sepeket Yen 258 = RM10
Caption beliau: Yang ni senang sikit nak cari sebab ada tulisan English...

Takoyaki pan, Yen 1580 = RM60
Caption beliau: Tanya saleslady kat Jusco, dia kata memang untuk buat takoyaki... Tanya Bahasa Inggeris, dia jawab Bahasa Jepun.. Macam ayam & itik.

.
.
.
.
.

yuk Alin.. bile kita boleh masak takoyaki sama-sama?

*takoyaki pan, tepung takoyaki & fish flake sangat susah nak jumpa kat Kuala Lumpur..

2 comments:

Jie said...

oo bestnye..blehla kirim kat saya sket..huhu.

deyanah said...

barang2 tu masih di Seremban, bila dah balik KB nanti, i'll invite u to taste my TA - KO - YA - KI.. heheh