bertempat di rumah kak mie, pada waktu sebelum maghrib, 02.03.08;
sasha: cik anis, lukis mickey mouse. (sasha suh aku lukis gambar mickey mouse dalam buku dia)
aku: cik anis tak reti lukis la.. huhu..
sasha: sasha ajar nak? (lepas tu, dia pegang tangan aku yang besar bagak dengan tangan dia yang masih lagi kecik tu, membantu dan mengajar aku lukis kepala mickey mouse..)

fakta sebenar:-
aku dan keluarga aku memang tak dianugerahkan dengan seni melukis.. aku belum pernah lihat abang2 / kakak2 / adik aku melukis sebarang lukisan even lukisan yang biasa @ saja suka2.. tapi, masa kecik2 dulu, aku suka giler melukis tiara @ mahkota untuk seorang puteri.. penuh satu buku tulis setebal 60 muka surat.. heh he.. biasanya, aku akan masuk dalam bilik dan kunci pintu bilik sebelum melukis @ mereka cipta tiara yang bermacam2 corak dan bentuk tu.. cita-cita aku pada masa tu tinggi bak awan kerana aku berhajat untuk menghadiahkan tiara yang dipenuhi dengan permata dan berlian tersebut kepada puteri diana..
kini, cita-cita aku telah bersemadi aman bersama puteri diana..

0 comments:
Post a Comment