
Jumaat, 14july..
Pagi jumaat aku berada di rumah abang aku kat nilai.. lepas kemas rumah dia ala kadar, aku suh abang aku hantar aku ke stesen komuter nilai lebih kurang kul 9.15 sbb aku nak balik uia.. aku turun kat stesen bank Negara, berhampiran sogo lebih kurang kul 10.30..dari stesen bank Negara tu, aku berjalan kaki menu ke suatu tempat untuk amek duit sbb masa tu aku hanya ada rm3, cash.. then aku masuk kfc tuk beli makanan terbaru dia yang diberi nama (lebih kurang la sbb aku tak ingat nama sebenar dia) bbq cheese (dipotong kepada 4pcs).. agak menyesal aku beli benda tu sbb kurang sedap.. lantas baki 3pcs lagi tu aku bawak balik uia, kasi kat my rumate, arra..
After zohor, aku gi s-dev tuk jumpa ABO, nak mintak approval tuk booking main audi for mock trial nanti. Dia tnya mana approval letter? Tibe aku tak tau yang aku kena lampirakan bersama approval letter pogram mock trial tu dengan borang yang aku amek kat FFSU tu.. utk penetahuan, ni adelah kali pertama aku jadi head prep & tech, and I know noting about it.. sebaik ada sorang trainer aku dalam akhi, dengan suci hatinya mencurahkan ilmu prep & tech dia kat aku.. thanks banyak2 kat dia! At last, aku janji ngan ABO nak dtg balik pd hr isnin bersama dengan approval letter tu..
Then, aku gi lab aikol.. terserempak ngan anak buah kawan aku kat luar lab, borak2 ngan dia jab.. and b4 masuk lab computer tu, aku intai dulu saper yang ada kat dalam tu.. tiber ternampak dua orang kawan aku yang menggelarkan diri mereka sebagai kembar yang berlainan mak n ayah.. masuk je lab tu, aku terus duk kat pc yang rosak, sebelah kawan aku tu.. tiber2.. dia cakap, “meh aku tolong ko..”.. ingatkan nak tolong aper, rupenyer nak bukak account blogger.com atas nama aku.. dia jugak ajar aku mcm2 benda pasal blogger.. banyak giler tuk aku pelajari dalam masa yang singkat..!
Malam, after isya’, aku turun gi lr10 admin, tgk adik2 akhi rehearsal tuk performance sempena humanitarian week.. di samping tu, aku gak tlg2 tgk persiapan yang dilakukan oleh komiti exhibition tuk booth dorang selama seminggu tuh..kisah tammat dengan aku melaksanakan ibadh senyap..
15july(point2 sahaja)
- tak jadi gi rumah anak yatim kat banting
- tlg wat preparation 4 exhibition
- tgk adik2 berlatih lakonan
- basuh baju sebaldi
- semayang maghrib kat bilik kawan aku kat ameenah
- malam, mass dengan diri sendiri..
16july(point2 gak)
- ganti **** jadi naughty kid#3 tuk recording suara
- berlatih berlakon n aku langsung tak reti nak berlakon dengan baik
- buat kerja tuk exhibition dengan bersungguh-sungguh bersama akmar, shila, azue, zue, wady, sofy, ikhwan dan najib serta mizi..
- 1st lunch bersama shila, ikhwan n adeq amirul
- 2nd lunch bersama kawan2 akhi yang ramai
- ada benda asing dalam lasagna aku, terus tak de selera nak makan, tp diena tlg comment on behalf aku.. so dapat lasagna baru..
- balik bilik at 11.55pm setelah hamir 14jam aku meninggalkan bilik aku tu..
K, nak tido dah.. semoga aku mimpi yang indah macam semalam.. tapi serius, aku dah lupa, aper mimpi aku tu..
Monday, July 17, 2006
14,15,16july
Posted by deyanah at 7/17/2006 02:20:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
selamat hari jadi sultan brunei yg ke-60
Post a Comment