CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 11, 2009

the footprints

poster ni dah lama aku jenguk2 dan intai2 atas meja dia.. pelik.. hairan.. ingin tahu.. apa yang istimewa sangat dengan poster tu hinggakan dia letak kat meja kerja yang dia pasti akan guna sekurang-kurangnya 6 kali seminggu..

satu hari, semasa aku berdua-duaan dgn isteri dia, aku pun tanya, "what so special with this poster to him?". isteri dia jawab, "u read la.. he'll read that if he need motivation.." aku terus baca dan tetiba isteri dia datang dan tolong baca kuat2 tuk aku.. siap terjemah maksud sajak tu lagi (dah nama cikgu, mesti nak explain sampai orang faham).. Ayat kat baris akhir (IT WAS THEN THAT I CARRIED YOU) tu la yang buat aku faham kenapa dia letak poster tu kat meja dia.. touching okay..!

dan, dia selalu pesan kat aku dan juga 'anak2' dia, pray to your God in every job you are doing..
* klik gambar untuk zoom..

H satu N satu

isu H1N1 seolah2 sudah hilang di bibir kebanyakkan orang..

sekarang isu hubungan antara Malaysia dan Indonesia serta isu gempa bumi di Padang menjadi tajuk hangat..

jom kita pakat amal doa pendek (doa tolak bala) ini untuk kesejahteraan bersama:-
Bis mil la hil la zi la ya dhur ru ma 'as mi hi syai un fil ar dhi wa la fis sa maa' wa hu was sa mi 'un 'a lim..

*pakai topeng setelah dipaksa berkali-kali..

aktiviti dekat2 nak raya

1 ~ basuh bunga2 yang berhabuk dan bersawang (jimat duit, tak payah beli bunga baru..)
2 ~ gi tesco beli (dan rebut2 ambil ayam rm4/kg) barang tuk juadah raya

3 ~ kemas rumah
4 ~ terawih + qiamullail + tadarus di masjid kampung aku (diheret oleh umi..)
5 ~ malam raya, solat sunat tasbih empat rakaat dua salam tiga ratus selawat ke atas nabi junjungan..

Wednesday, September 16, 2009

menu b'buka posa segera

menu buka puasa hari ini.. (menu segera sbb tak de lauik n ak masak.. huhu..)
thanks to iylia sbb ajar buat homemade twister..


---> roti tortilla tompok2 hitam sbb terhangit skt..

---> bubuh chicken popcorn, tomato, mayo, cili, lada hitam, sos cili & sos tomato..
---> bungkus ketat2 macam bungkus nangka.. (dari kanan: alin, aku & yaya)

manik dan raya

aktiviti dekat2 nak raya ---> JAHIT MANIK.. ---> baju lama diberi wajah baru..

---> baju kosong dan ringan diberatkan dengan sequin, manik dan batu2an.
---> pun sama.. baju yang ringan diberatkan dengan manik dan batu2an..
---> baju berwarna lembut (dan sangat disukai miss Y) ditambah dengan manik warna terang..
---> pertama dan terakhir.. aku tak nak jahit pesen ni lg dah.. (sangat menguji kesabaran)
unless diugut bunuh!!!
---> yang ni pun sama.. sampai patah 4batang jarum + habis berlubang tangan aku.. pun sangat menguji kesabaran..
---> sengaja aku jahit seringkas yang mungkin.. (atas permintaan)



*sape2 yang nak ajar aku jahit manik (agar skill bertambah baik), dialu-alukan.. sape2 yang nak belajar, dipersilakan.. sape2 yang nak bagi @ kongsi idea ngan aku/nak copy idea aku, sangat la dihargai..

K.K.B.

---> jgn tak tahu, kat KKB ada menara jam bersejarah tau..

---> pesan yani: make sure snap gambar biar nampak post office kat blkg tu.. (ntah ape yang ada kena mengena post office ntah..)


KKB = Kuala Kubu Baru

10.09.09, ada sorang orang tua cakap nak buli aku.. dia suruh aku pergi KKB, bawa kereta dia (sambil hulur anak kunci kereta dan sampul surat besar putih) dan tanya kakak ape yang aku kena buat dgn sampul surat tu masa kat KKB nanti..

dengan terpinga2, aku terus gi tanya kakak ape nak buat ngan sampul surat dalam genggaman aku tu.. tiber je aku terpinga2 lagi skali sbb kakak marah aku!!!!! aku tak buat salah dan silap okay..! orang lain yang cuai, aku plak terpaksa 'tadah' telinga.. tapi xpe, aku paham situasi kakak pada masa tu.. mesti dia bengang tahap gaban ngan orang yang cuai tersebut hinggakan dia TERmarah aku..

ALHAMDULILLAH, aku berjaya ke KKB (yani teman aku ---> terima kaseh..)
ALHAMDULILLAH, aku dan yani selamat (brek kereta tu tak brape nak makan okay..!!)
ALHAMDULILLAH, aku kembali ok setelah segalanya selesai..

*teringat perbualan antara aku dan seorang teman;
Teman: masa ko nak interview nnt, ko ckp ko pegang kunci ofis (masa attachment kat KCN&Co..)
Aku: tu tipu namanye.. (sbb aku xpenah pgg kunci ofis..)

**but maybe after this aku blh ckp KCN pernah bagi aku bawa kereta dia gi KKB.. heh he..

Wednesday, September 09, 2009

UPSR 2009

ALL THE BEST:-

1) ASIAH
2) AFIQAH NAJIHAH
3) ASHABAL KHAIRI
4) and ALL ADIK2 KELAB AKHI..

ISUHANGAT

antara blog @ web yang aku suka baca (pilih tajuk2 yang menarik jer dan tengok gambar2 yang best sahaja..)
dulu2 dalam blog ni tak banyak iklan, tapi sekarang banyak gilllleeeerrrrr.. naik menyampah pun ada.. tapi aku tak berapa nak kisah sangat, sbb bukan blog aku pun..
sila baca jika berminat.. (aku sebenarnya teruja sket ngan Obama ni..)
ni laporan pasal Gadis Amerika yang bertudung tu (p/s: bukan tudung ariani..)

Tuesday, September 08, 2009

abdul asde rahman accident lagi..

anis, man accident.
sender: TMX Fiza
sent: 09:06:09, 02.09.2009

Byk soalan mu..
die accident smlm.. xtau lggr dgn ape, saksi cuma nmpk mse die tgh mlambung mcm superman ats jln... Die naik moto, mgkin sbb laju kot.. Kt htaa ptg smlm, now dh ke ktn specialist..
die smlm mcm confused sket.. tnye soaln sma byk kali..
Mcm 'cmna awk tau man accident?'
Man keje celcom ke tm aa?
Man nauik kete ke moto td?
ni bln pose ke?
Bile kitorg jwb..x lame 2 3 minit lps tu die tnye soaln sma blik..
Lps tgk die, aku g buka pose, die call bgtau die accident.. Aku ckp, man..kn kitorg gi tgk awk td.. Die ckp, 'eh..ye ke?Man x igt la..' igtkn die blakon rupa2nya btl.. Nor g tgk td, alhamdulillah dh ok.. brain dh scan, ok je..
Pastu die luka kt dagu ngan tgn.. rse kesian pun ade, kelakar pun ade..

sender: TMX Fiza
sent: 09:23:01, 02.09.2009

*fiza jawab semua soalan aku tau (walaupun banyak)..!
*awal tahun ni man accident ngan Hilux company, siap terbalik lagi..
*aku pun accident gak tahun ni, gi langgar van orang..! tu la, gagah gak nak bawa kete walaupun badan penat dan mata mengantuk..

moral of the story: dont drive when you are sleepy or tired..

terawih @ masjid al-ghufran, p.ttdi

alhamdulillah..
syukur ke atas nikmat dunia yang sementara..

ni ha, kalau korang rajin, sila baca benda2 alah ni..:-

1) http://republicofttdijaya.blogspot.com/2009/07/masjid-al-ghufran-ttdi.html
2) http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
3) http://shapiaimohdramly.blogspot.com/2009/06/masjid-al-gufran.html
4) official website al-ghufran mosque

terima kaseh sarel & intan kerana memperkenalkan masjid yang best ni kat aku.. tibe je aku rasa nak bina masjid moden kat kampung aku.. tak pun, naik taraf masjid yang sedia ada.. baru la syok orang kampung aku berterawih dalam masjid yang nyaman..!

Tuesday, August 18, 2009

Subway : Sandwiches & Salads

post ni khas tuk cik fizavee..
gambar2 kat bawah ni antara sandwich yang ada kat Subway..

dalam banyak2 ni, aku dah rasa sandwich tuna..

aku dah makan 3kali chicken teriyaki.. sebab no.1, aku suke rasa teriyaki.. sebab no.2, hari ahad ada promosi tuk sandwich teriyaki..

yang ni aku pernah rasa set no.12, kawan aku punye.. aku ada intention nak rasa Veggie Delite, tapi nanti2 la..

kalau mu nak set meal, bleh bayar rm4.50 untuk air (berkabonat@ais lemon tea) saiz sederhana dan chips @ biscuit (2pcs)

*cik fiza, in case mu outstation kat KL, oyak ko aku.. bleh mu belanja aku makan kat Subway..!!

eh, ada lagi.. mu kan kata harga sandwich kat Subway mahal.. ni aku nak oyak ko mu, Subway ada buat promosi untuk satu minggu.. harga: RM7.50 satu (instead of RM10++ and RM12++..)

isnin --- Italian B.M.T. (Pepperoni, Salami & Turkey Ham)
selasa --- Tuna
rabu --- Meatball Marinara
khamis --- Turkey Breast & Turkey Ham
jumaat --- Smoked Turkey
sabtu --- Seafood & Crab
ahad --- Chicken Teriyaki


**fiza, jangan lupa. bila masuk retoran Subway, no.1 pilih menu.. no.2 pilih jenis roti (either Italian, Wheat, Permesan Oregano, Honey Oat or Hearty Italian).. no.3 pilih pangjang roti (either 6-inch or footlong).. no.4 pilih jenis sayur (Cheese, Onions, Lettuce, Tomatoes, Pickles, Peppers, Olives, Cucumbers and Hot Peppers).. no.5 pilih sos (Mayonnaise, Mustard, Chili, Ketchup, Thousand Island, Olive Oil, Vinegar).. no.6 pilih sama ada nak sandwich sahaja atau sekali dengan meal..

***btw, tadi ada orang yang tak dikenali belanja aku sandwich tuna.. nak tahu sbb ape? sebab ---------------------------> aku tunjuk ajar dia cara2 nak order dari step no.1-no.6.. hua ha ha.. aku doakan akak bertudung ariani yang terer giler speaking tu murah rezeki!! rasa macam nak peluk cium je dia.. dia siap kenalkan aku as her new friend kat cashier Subway..!!

pusing2 KL pagi2 hari..

setelah tertangguh beberapa kali dan beberapa minggu,
baru hari ni ni aku gi Y.T. kat Jalan Ipoh,
xde ape yang penting pun kat Y.T. tu,
aku hanya nak ambil borang warna kuning menyala..

sebelum kuar, syifa' cakap dia nak keluarkan duit dan gi S-Dev jap.. (aku tunggu dalam kete..)

lepas tu, syifa' ajak gi PTPTN One Stop Centre kat KL Setral.. (aku tunggu dalam kete..)

lepas tu, syifa' nak gi JJ, nak beli perfume kat Body Shop.. dia nak gi JJ Wangsa Maju, tapi aku nak gi JJ AU2 sebab nak beli makanan kat Subway.. (aku tak tunggu dalam kete..)

lepas tu, syifa' cakap nak beli celak mata kat HS, (aku tunggu dalam kete..) tapi booth2 kat HS dah pindah gi tempat lapang depan masjid..

lepas tu, syifa' nak tgk celak mata kat booth depan masjid.. (aku tunggu dalam kete..)

lepas tu, baru la kitorang balik bilik.. aku tak terus naik ke bilik, tapi gi lepak kat bilik intan dulu sbb najwa ada datang.. najwa baru balik dari mahkamah, withdraw petition chambering.. (is chambering too scary?)


**walaupun aku banyak habiskan masa duk dalam kete; tunggu syifa', tapi aku tak kisah.. at least aku dapat peluang tuk tolong dia yang ada segala macam masalah.. sambil tunggu, bleh aku layan lagu best2 dan baca ape yang patut..

Saturday, August 15, 2009

sila bawa payung sebelum hujan

1. pendrive 1GB warna cream
hilang entah bila dan di mana.. last time aku tengok tdrive tu masa pindah barang dari handbag C ke handbang A..


2. handphone nokia T.Mobile warna hitam+perak
hilang dalam rumah abang aku.. selepas seminggu cari, masih tak jumpa sampai ke hari ni.. ada yang cakap mungkin kena curi, ada plak yang cakap mungkin kena buang @ sorok..


3. kingston 256MB warna hitam
pun hilang entah bila dan di mana.. selalu nye aku letak dalam handbag sekali ngan kingston 4GB..


4. hamba Allah
yang ni susah nak royak.. seumur hidup aku, aku hilang dua (2) orang sahabat yang aku tak nak hilang sampai mati..


kesemua benda dan makhluk di atas telah hilang tanpa aku sempat bersedia untuk kehilangan.. until today i hope i can get back those things and peoples, but it is TOO impossible..


mungkin aku telah @ belum @ takkan tahu hikmah di sebalik ape yang terjadi..


kata kim: get ready tuk hilang kingston 4GB plak..

masih lagi menguap..

alhamdulillah,
aku masih lagi sihat dan segar di musim banyak virus berterbangan, berjalan serta merangkak di sekeliling aku..

alhamdulillah,
aku masih lagi ada selera tuk telan seme jenis makanan kecuali wholemeal bread..!!! (betul kata intan, rasa roti tu macam kertas pasir..) Sebelum ni aku ok je ngan roti tu, tapi selepas 3minggu turut2 duk makan roti tu, rasa sangat susah nak telan "kertas pasir" tersebut..

alhamdulillah,
aku masih lagi mampu untuk bangun pagi, mandi, jalan kaki, tengok orang sekeliling, hidu bau busuk dan pegang pen buruk..

alhamdulillah,
Ramadhan around the corner.. moga aku gagah perkasa untuk lawan dengan rasa malas, sifat negatif dan nafsu makan yang membuak2 sebelum azan maghrib..!!

Monday, July 27, 2009

teringin nak naik helikopter..

masa kecik2 dulu, aku tak leh dengar bunyi helikopter @ kapal terbang perang yang lalu atas bumbung rumah kat kampung aku..
..sebabnya aku rasa macam dorang nak jatuhkan bom (mcm zaman Perang Dunia ke-2..)
ni semua adalah pengaruh cerita perang yang aku tengok..

bila dah besar, aku sangat takut dengan monorel..
..sebabnya aku pernah baca dalam surat khabar ada orang cedera teruk terkena tayar monorel yang jatuh dari atas..

dan sekarang, aku rasa kelakar.. keadaan sekeliling seolah-olah ada bom yang nak meletup kejab lagi.. tapi tidak, rupa-rupanya dorang bertiga sedang cari komputer yang ada virus. Virus yang menyebabkan printer mengeluarkan kertas2 yang ntah tak tahu tulisan di atasnye..

Wednesday, July 08, 2009

antara makhluk Allah di taman gita (disebut gitak) jaya

abang syam ~ anak umi #2..

kak su ~ sis-in-law..

nurul iffah ~ anak pertama, 10tahun.. cita-cita nak jadi doktor, anak perempuan tunggal, dulu chubby tapi skrg kurus tinggi, MANJA sangat2, selalu tolong adik2 buat homework..

anas firdaus ~ anak #2, sembilan tahun.. cita-cita nak jadi askar, mudah merajuk tapi kelakar..

arwa farha ~ anak #3, tujuh tahun.. tidak boleh sebut huruf 'R' dengan betul (nama sendiri+nama ayah ada huruf R!!), once he says no it means no.. cita-cita nak jadi LANUN!!(jawapan sama yang diberikan dari dulu sampai sekarang)

ahmad farih azri ~ si bongsu 4tahun yg blh dikategorikan 'hyperactive'.. suka main rambut orang lain sambil minum susu, sgt suka dgn baju askar yg dia sdg pakai tersebut..

Nani ~ pembantu rumah yang banyak cakap dan selalu tanya aku "nak masak ape hari ni?"


*anak2 menakan aku tu seme manja & suka dibelai.. lebih2 lagi semasa tengok tv..
**arwa & farih masih lagi minum susu botol.. aku sangat sokong, baru lah mereka 'ambil' kalsium setiap hari..
***anas, arwa & farih ~ semua benda mereka jadikan mesingun (i.e. kertas yang digulung, bantal, water gun, penyedut hampagas dll)

terima kasih kawan2..

antara kawan2 yang aku barpeluang @ sempat jumpa..

pesta mandi manda di pantai damai aka damai beach resort.. walaupun kami bukan 'customer' resort tersebut, tapi mereka bermurah hati bagi kami mandi di pantai yang SANGAT bersih tu..

buck ~ antara orang yang tidak serik menerokai gua niah!! aku plak sebaliknya.. no more 2nd time to niah cave!! too tired to walk & hike +-8km..!!

en.bOss aka Tuan SAR Safuan.. bangun pagi2 buta semata2 nak 'hantar' aku balik.. tu pun dia terlambat sket. papepun, kami sempat jumpa&borak2 di cafe starbuck..

~gambar sekadar hiasan~

safiyatun ~ hajatnya untuk bersama-sama aku teroka gua tidak kesampaian.. (pun bangun awal pagi sebab nak 'hantar' aku balik..)

azizah ~ aku muat turun gambar ni kat CCD sebab dia sangat suka dengan gambar dia yang ni..

Puan SAR Atikah ~ dengan 'slumber'nye+penuh sopan santun azizah&aku melepak kat chamber ika.. ika plak sibuk buat kerja dan asyik keluar masuk chambernya..

benda2 yang memberatkan beg aku!

antara benda yang dibeli dan yang menyusahkan aku untuk dibawa terbang bersama..

corned beef ~ isi daging lembu yang ditinkan.. rasanye lain dari daging cincang n katenye tiada dipasaran semenanjung..

sirap GRENADINE ~ dayang nadhirah aka dee yang memperkenalkan aku dgn air sirap jenis ni.. katenye tak de di semenanjung.. aku sangat suka rasa sirap ni, tiap-tiap hari aku minum.. lagi nyaman (sedap) jika dicampur jus perahan limau nipis.. (beli 2liter, bawa balik kampung)

kek lapis ~ biasanya aku beli kek buatan Dayang Salhah.. harga sebiji kek antara rm10-rm25 (saiz kecil).. aku suke kek lapis masam manis (ada kepingan gambir) dan kek lapis india (ada kepingan coklat cadbury)

pasar tamu a.k.a pasar satok ~ pasar yang sesak setiap hari.. tempat yang mesti disinggah sebelum balik ~ beli ikan terubok berpuluh ekor ~ orang kampung kirim..

ikan terubok masin ~ benda yang wajib beli b4 balik kampung ~ jgn percaya pada harga yang terpampang tersebut.. sbnrnye ada diskaun 50%!! (tapi mesti lah kena pakai tawar menawar..)

Monday, July 06, 2009

splatter pattern

my new blogger layout ~ Splatter Pattern..
yeay!
love the splatter itself+bright colours..

050709~birthday umi..

semalam birthday umi.. (mungkin juga tidak sbb umi lupa tarikh lahirnya yang sbnr & masa nak buat kad pengenalan, tarikh lahir umi dilewatkan 2tahun..)

walaupun aku tahu umi xbaca blog CCD ni, tapi aku nak juga ucap Selamat Hari Lahir ke-62 & semoga tahun hadapan aku berpeluang ucap Selamat Hari Jadi yang ke-63..

terima kasih byk2 kepada umi yang telah mendidik kami adik beradik.. terima kasih umi kerana mengajar Alif, Ba, Ta.. terima kasih umi kerana menyekolahkan aku di SK Sri ABIM Al-Hikmah+SRK Zainab(2) dan SMU(A)Maahad Muhammadi (P).. terima kasih umi untuk segalanya..