CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 27, 2009

teringin nak naik helikopter..

masa kecik2 dulu, aku tak leh dengar bunyi helikopter @ kapal terbang perang yang lalu atas bumbung rumah kat kampung aku..
..sebabnya aku rasa macam dorang nak jatuhkan bom (mcm zaman Perang Dunia ke-2..)
ni semua adalah pengaruh cerita perang yang aku tengok..

bila dah besar, aku sangat takut dengan monorel..
..sebabnya aku pernah baca dalam surat khabar ada orang cedera teruk terkena tayar monorel yang jatuh dari atas..

dan sekarang, aku rasa kelakar.. keadaan sekeliling seolah-olah ada bom yang nak meletup kejab lagi.. tapi tidak, rupa-rupanya dorang bertiga sedang cari komputer yang ada virus. Virus yang menyebabkan printer mengeluarkan kertas2 yang ntah tak tahu tulisan di atasnye..

Wednesday, July 08, 2009

antara makhluk Allah di taman gita (disebut gitak) jaya

abang syam ~ anak umi #2..

kak su ~ sis-in-law..

nurul iffah ~ anak pertama, 10tahun.. cita-cita nak jadi doktor, anak perempuan tunggal, dulu chubby tapi skrg kurus tinggi, MANJA sangat2, selalu tolong adik2 buat homework..

anas firdaus ~ anak #2, sembilan tahun.. cita-cita nak jadi askar, mudah merajuk tapi kelakar..

arwa farha ~ anak #3, tujuh tahun.. tidak boleh sebut huruf 'R' dengan betul (nama sendiri+nama ayah ada huruf R!!), once he says no it means no.. cita-cita nak jadi LANUN!!(jawapan sama yang diberikan dari dulu sampai sekarang)

ahmad farih azri ~ si bongsu 4tahun yg blh dikategorikan 'hyperactive'.. suka main rambut orang lain sambil minum susu, sgt suka dgn baju askar yg dia sdg pakai tersebut..

Nani ~ pembantu rumah yang banyak cakap dan selalu tanya aku "nak masak ape hari ni?"


*anak2 menakan aku tu seme manja & suka dibelai.. lebih2 lagi semasa tengok tv..
**arwa & farih masih lagi minum susu botol.. aku sangat sokong, baru lah mereka 'ambil' kalsium setiap hari..
***anas, arwa & farih ~ semua benda mereka jadikan mesingun (i.e. kertas yang digulung, bantal, water gun, penyedut hampagas dll)

terima kasih kawan2..

antara kawan2 yang aku barpeluang @ sempat jumpa..

pesta mandi manda di pantai damai aka damai beach resort.. walaupun kami bukan 'customer' resort tersebut, tapi mereka bermurah hati bagi kami mandi di pantai yang SANGAT bersih tu..

buck ~ antara orang yang tidak serik menerokai gua niah!! aku plak sebaliknya.. no more 2nd time to niah cave!! too tired to walk & hike +-8km..!!

en.bOss aka Tuan SAR Safuan.. bangun pagi2 buta semata2 nak 'hantar' aku balik.. tu pun dia terlambat sket. papepun, kami sempat jumpa&borak2 di cafe starbuck..

~gambar sekadar hiasan~

safiyatun ~ hajatnya untuk bersama-sama aku teroka gua tidak kesampaian.. (pun bangun awal pagi sebab nak 'hantar' aku balik..)

azizah ~ aku muat turun gambar ni kat CCD sebab dia sangat suka dengan gambar dia yang ni..

Puan SAR Atikah ~ dengan 'slumber'nye+penuh sopan santun azizah&aku melepak kat chamber ika.. ika plak sibuk buat kerja dan asyik keluar masuk chambernya..

benda2 yang memberatkan beg aku!

antara benda yang dibeli dan yang menyusahkan aku untuk dibawa terbang bersama..

corned beef ~ isi daging lembu yang ditinkan.. rasanye lain dari daging cincang n katenye tiada dipasaran semenanjung..

sirap GRENADINE ~ dayang nadhirah aka dee yang memperkenalkan aku dgn air sirap jenis ni.. katenye tak de di semenanjung.. aku sangat suka rasa sirap ni, tiap-tiap hari aku minum.. lagi nyaman (sedap) jika dicampur jus perahan limau nipis.. (beli 2liter, bawa balik kampung)

kek lapis ~ biasanya aku beli kek buatan Dayang Salhah.. harga sebiji kek antara rm10-rm25 (saiz kecil).. aku suke kek lapis masam manis (ada kepingan gambir) dan kek lapis india (ada kepingan coklat cadbury)

pasar tamu a.k.a pasar satok ~ pasar yang sesak setiap hari.. tempat yang mesti disinggah sebelum balik ~ beli ikan terubok berpuluh ekor ~ orang kampung kirim..

ikan terubok masin ~ benda yang wajib beli b4 balik kampung ~ jgn percaya pada harga yang terpampang tersebut.. sbnrnye ada diskaun 50%!! (tapi mesti lah kena pakai tawar menawar..)

Monday, July 06, 2009

splatter pattern

my new blogger layout ~ Splatter Pattern..
yeay!
love the splatter itself+bright colours..

050709~birthday umi..

semalam birthday umi.. (mungkin juga tidak sbb umi lupa tarikh lahirnya yang sbnr & masa nak buat kad pengenalan, tarikh lahir umi dilewatkan 2tahun..)

walaupun aku tahu umi xbaca blog CCD ni, tapi aku nak juga ucap Selamat Hari Lahir ke-62 & semoga tahun hadapan aku berpeluang ucap Selamat Hari Jadi yang ke-63..

terima kasih byk2 kepada umi yang telah mendidik kami adik beradik.. terima kasih umi kerana mengajar Alif, Ba, Ta.. terima kasih umi kerana menyekolahkan aku di SK Sri ABIM Al-Hikmah+SRK Zainab(2) dan SMU(A)Maahad Muhammadi (P).. terima kasih umi untuk segalanya..

matang, jln matang, taman matang jaya

kadang-kadang kita menjadi dewasa dari umur sebenar, dengan rela hati..

kadang-kadang kita perlu menjadi lebih dewasa dari umur sebenar, untuk kebaikan orang lain..

kadang-kadang kita terpaksa menjadi lebih dewasa dari umur sebenar, apabila kita belum bersedia untuk terlibat dalam sesuatu perkara..

Friday, June 19, 2009

HP hilang lagi..

telefon pemberiaan seorang sahabat karib aku HILANG!!!
sedih tak terkata..

Friday, May 22, 2009

aku ingin

..aku ingin terbang tanpa sayap..
dan
..aku ingin berenang setiap hari..

kisah chicken wing dan noriah+azubir

gambar: lain kali fokus kat nama aku..! btw,congrats!!


apa pun yang terjadi, sekarang aku nak bodek noriah..

nak blajar masak ayam madu bakar dari mak dia..

sedap tahap dewa kot ayam madu 5ketol yang aku makan masa kenduri mek yah baru ni..

**yaa ahhhh,,, bila mu nak balik? aku nak gi rumah mu, nak blajar masak 'chicken wing'.. kalu mu nak suh aku tlg mak mu pun bleh.. ;p (kenyit mata sambil jelir tak gulung lidah)

laksa kelantan, pahang, terengganu

gambar: laksam kuah lemak kegemaran zaman sekolah dulu..

pada masa dahulu, ada seorang intan terpilih telah menjamu puteri anis dengan laksa lemak putih yang dibawa dari rumahnya.. laksa tu sedap gile okay.. pertama kali aku makan laksa yang sedap macam tu.. even ibu bukan orang kelantan, tapi ibu mmg pandai buat laksa lemak kelantan!!!

ni resipi kuah laksa lemak (yang sangat sangat serasi dengan selera masyarakat di kelantan) yang aku belajar dari ibu intan..

bahan-bahan (kuantiti agak2 sendiri ikut selera masing2):-

santan (jangan terlalu cair),
ikan kembung (jenis ikan bleh ubah ikut cita rasa) rebus,
bawang putih+merah,
bunga kantan,
daun kesum,
asam keping,
serai (aku ingat2 lupa sama ada serai ada dalam senarai atau tak),
garam dan gula.

mula2. masak santan, bawang putih+merah (yang telah ditumbuk/dikisar) sampai mendidih baru masukkan isi ikan (juga yang telah ditumbuk/dikisar).. kuah mesti dikacau setiap masa agar santan tidak pecah/berketul).. kemudian masukkan bunga kantan yang dibelah dua, daun kesum yang masih bertangkai, serai yang telah diketuk, asam keping dan akhir sekali sedikit garam dan gula (bahan wajib dalam masakan kelantan).. tunggu sampai glegok lagi skali baru tutup api dapur..
perlu diingatkan, kuah mesti dikacau setiap masa even api dah tutup until kuah jadi suam2 kuku..

ulam mentah:
kacang panjang, timun (masing2 dipotong halus) dan taugeh..

laksa:
aku tak tau macam mana nak buat laksa/laksam, tapi laksa segera ada je jual kat kedai runcit/pasaraya terpilih..

*glegok = menggelegak/mendidih


-->ibu cakap: bagi resipi je x jadi ape, mesti tengok cara dia masak!!! tu la secret recipe ibu..

sirap pandan special air tangan kak ngoh

picture: copy and paste from http://www.blalang.com/pictures/?p=771

koleksi lukisan2 menggunakan pensil..

>
>
>
hari panas terik,
aku buka peti ais,
jenguk2 cari air manis,
tak de yang menarik hati..
(aku sebenarnya teringin air sirap!!)

terus aku teringat kat si gadis puteh gebu, adnin wanis..
~rakan di sekolah rendah @SRK Zainab 2
~kawan di sekolah menengah @SMU(A) Maahad Muhammadi (P)
~sahabat di universiti @UIA

dia sangat pantang dengan air sirap.. dengan kata lain, dia tak suke (dan xleh) minum air sirap..
bila aku tanya kenapa tak suke air sirap? dia cakap rasa macam bodoh je minum air sirap..
aku tanya lagi, kenapa rasa macam bodoh? katanya air sirap tu kosong.. nothing special.. tak macam air2 manis yang lain..
aku tanya dia lagi.. habis, kalo gi kenduri kawen dan hanya ada air sirap, mum minum air gapo? jawabnye, aku rela tak minum air kat tempat kenduri tu..

dalam dunia ni, macam2 pantang larang orang yang kadang2 tak masuk akal..
ada yang xleh minum air holo (horlick+milo), carrot+orange juice atau air teh 0 limau..
alasannya, nape perlu campur horlick dan milo / carrot and orange / teh 0 dan limau..?
hohohoh..

yang penting, aku akhirnya minum air kosong je tuk hilangkan haus pada hari yang panas terik tu..

Tuesday, May 05, 2009

i like surprise!!!

bawa kete selama 8jam dari seremban ke kota bharu (tanpa henti dan tanpa tertido) benar2 menguji aku! besar tanggungjawab aku tuk jaga keselamatan kak ji (yang tak tido semalaman sbb baca new moon), keselamatan diri sendiri dan juga keselamatan pengguna jalan raya yang lain..

dah banyak kali.. hari ini bukan kali pertama aku balik kampung tanpa bagitahu kat mak bapak terlebih dahulu (sengaja aku buat begitu).. sampai je KB, aku terus tepon abah bagitau yang aku ada kat KB skrg ni. abah punya la terkejut sampai tak leh nak cakap ngan aku!! tak leh nak cakap okay.. abah terus bagi hp dia kat umi agar umi plak yang terkejut dan kelu tanpa kata!!

kak ji belum tido, duk baca new moon dari tadi lagi

twilight ~ new moon ~ eclipse ~ breaking down ~ midnight sun ~ ???
najwa, segalanya kerana najwa!! jika dia tidak promote twilight kat intan, tentu aku tidak tertarik nak baca novel mat salleh nih.. (terima kasih intan bagi pinjam novel twilight, teman hidup aku masa kat kch..)
masa movie twilight tayang kat panggung wayang; fiza, mek yah & aku rancang nak marathon twilight&cicak man2.. tapi rancangan tu tak berjaya sbb aku muntah2+cirit-birit tahap tak leh nak blah..

mata ngantuk tak leh nak tido

mood: nak nyanyi..

Puteri Santubong puteri sejenjang,
Penjaga gunung negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak dewa turun kayangan..


terima kasih tak terhingga kpd:-
kak su~
abang syam~
nani~(tlg masak, basuh + lipat baju etc)
dan anak2 buah aku yang nakal tapi MANJA!!!

hero pilihan hati setiap masa ~ CHUCK!

Jika dafi tak tahan dengan godaan ais krim vanilla,
Aku plak tak tahan dengan godaan cekelat daim..

Jika najwa tak tahan dengan godaan Twilight,
Aku plak tak tahan dengan godaan CHUCK!!

Jika kak mad promote roti butterscotch,
Aku plak promote CHUCK hampir kat semua orang..

..Tan, u memang ‘jahat’..
You make me crazy to CHUCK!

Dan, CHUCK s2.e19 adalah satu2nye episode yang berjaya buat air mata aku menitik keluar.. sangat menyayat hati tahap dewa!


~CHUCK dah reti kung fu!!!

Monday, May 04, 2009

air 3 lapis

dalam gambar:-

handbag aku (A for anis),
air teh C peng special (sangat sedap),
sayur (jenis ape ntah) kegemaran aku,
sudu (yang aku tak guna) & pinggan,
sotong celup tepung.

...zZzZzZz...

kl ~ srmbn ~ kch ~ srmbn ~ kl ~ srmbn ~ kb ~ ktn ~ kl ~ srmbn ~ kb ~ ??? ~ ??? ~
lama.
lama sudah.
lama sudah tidak.
lama sudah tidak kemaskini.
lama sudah tidak kemaskini blog.
lama sudah tidak kemaskini blog INI!!!

Monday, April 06, 2009

putih . hijau . merah hati .


06.04.2009
happy birthday iylia~
happy birthday dr.adnin wanis~
HAPPY DAY TO YOU ALL~~

Thursday, April 02, 2009

senyum. sengeh. sabar.

bila orang cakap dia lapar (walaupun masa tu dia&kawannya ada banyak kerja yang perlu disiapkan), kawan dia mungkin tak kisah kalau dia nak gi makan..
tapi, kalau dia pergi makan lebih dari dua (2) jam (dan biarkan kawannya buat kerja sorang2) itu melampau namanye..!

bila orang cakap dia kena balik rumah sekarang jugak, (walaupun masa tu dia&kawannya ada banyak kerja yang perlu disiapkan), kawan dia mungkin tak kisah kalau dia nak balik..
tapi, kalau lebih dari dua kali dia buat macam tu (dan biarkan kawannya buat kerja sorang2), itu melampau namanye..!