CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 06, 2009

putih . hijau . merah hati .


06.04.2009
happy birthday iylia~
happy birthday dr.adnin wanis~
HAPPY DAY TO YOU ALL~~

Thursday, April 02, 2009

senyum. sengeh. sabar.

bila orang cakap dia lapar (walaupun masa tu dia&kawannya ada banyak kerja yang perlu disiapkan), kawan dia mungkin tak kisah kalau dia nak gi makan..
tapi, kalau dia pergi makan lebih dari dua (2) jam (dan biarkan kawannya buat kerja sorang2) itu melampau namanye..!

bila orang cakap dia kena balik rumah sekarang jugak, (walaupun masa tu dia&kawannya ada banyak kerja yang perlu disiapkan), kawan dia mungkin tak kisah kalau dia nak balik..
tapi, kalau lebih dari dua kali dia buat macam tu (dan biarkan kawannya buat kerja sorang2), itu melampau namanye..!

Wednesday, April 01, 2009

what is my APRIL FOOL?


bila kepala serabut,
muke jadi masam&garang giler..

bila kepala serabut,
kening mesti berkerut macam nak roboh..

bila kepala serabut,
mulut mesti ngaga luas2 tuk sumbat makanan..

bila kepala serabut,
gigi penat kunyah makanan sampai tak ingat diet sihat..

bila kepala serabut,
aku malas nak cakap ngan orang sekeliling.. buat tambah serabut je..!

Tuesday, March 31, 2009

mood jeles: diorang baru balik dari JAKARTA!!!


jauh lagi perjalan yang harus ditempuhi..

masih banyak warna kehidupan yang belum diterokai..

Ya Tuhan, kuatkan semangat aku mengharungi jalan yang tiada hujungnya..

Friday, March 27, 2009

sejuk. beku. kelu.

SMSs daripada makhluk Allah..
makhluk Allah #1: den nak pegi UK 10/4 ni.. nak ikut?
makhluk Allah #1 lagi: (lepas tu) nak pegi Holland, tgk tulip..
makhluk Allah #2: kami otw ke KL.. flight (ke bandung) pagi esok..
aku: diorang tu saje je buat aku @#$%^&*!... dari kecik sampai skrg aku mmg nak gi UK, nak naik ferris wheel.. kepada diorang semua, enjoy your vacation..!! jangan lupa buang duit banyak2 di negara orang..

Sunday, March 22, 2009

tido, makan, baha, DAISY & penat!!

puan mieha, akmar, effa, syarah..

dah banyak hari aku tak dapat tido yang berkualiti.. muka dah macam nak makan orang.. nak cakap ngan orang pun malas..

dah banyak hari aku tak makan dengan betul.. perut aku dipenuhi dengan angin dan gas beracun.. bila makan, mesti rasa nak kuar balik makan2an tersebut.. sangat perit tekak aku okay.. aku lebih rela lapar dari rasa tak selesa kat tekak!!

hampir seminggu aku duk buat keje yang Mr.Baha suruh.. sangat la susah nak tolong 'belikan' rumah tuk client.. maybe this is my first time but lama2 nanti mesti kacang punye..

jumaat (20.03.09)
after submit keje Mr.Baha, aku terus gi Chenor, Pahang (tanpa mandi terlebih dahulu..) nak kejar masa.. target nak sampai kat rumah daisy before Isyak @ before dia akad nikah.. terima kasih kat akmar yang tanpa henti borak ngan aku dalam pejalanan ke chenor.. kalo dia tido, tak mustahil aku pun akan tido sambil bawa kete..

malam tu kami tido kat rumah mieha instead of rumah Daisy..kenapa aku pilih tuk tido rumah mieha?? sbbnye aku nak bangun lewat pagi.. kalo tido rmh Daisy, sah2 kitorang kena bangun awal pagi n tolong2 dia buat keje..

sabtu (21.03.09)
aku bangun kul9.30, tu pun sebab efa kol tanya ape warna tema Daisy? kul11.30 baru kami (aku dan akmar) gi rumah pengantin.. hehe..
SELAMAT PENGATIN BARU SHAZILAH (daisy) & HAZLY
pesanan tuk Hazly, 'jaga daisy elok2.. aku sayang dia..'

before balik gombak, kami gi Bera (rumah Syarah).. akmar nak kenal rumah Syarah.. sampai je rumah dia, aku terus masuk toilet.. basuh muka ngan air paip, aku rasa muka aku segar macam bunga ros kat cameron highlands..

~~~ aku perlukan rehat yang banyak untuk kembali bermaya..

Monday, March 16, 2009

semalam..

gadis #1:
sdg khusyuk cerita kat aku yang sebentar tadi masa nak masuk dalam kedai mesra petronas lebuhraya karak, dia t'dgr org menjerit sbb kena ragut & dia nampak peragut tu blah ngan motor.. katanya, kesian kat mak cik tu tau..


tibe2 gadis #2 datang sapa kitorang..


gadis #2:
macam mana ni.. mak (saya) kena ragut..?

aku:
ha..? mak ko ke yang kena ragut kat petronas sakni? segarang-garang mak ko, kena ragut jugak eh..? (mak dia sangat garang okay..)

gadis #2:
ha'a.. macam mana tahu?

aku:
(gadis 1) baru je bagitau dia tgk org kena ragut kat petronas..

gadis #1:
haa.. patut la saya rasa macam mak cik td tu adalah mak kamu..

Friday, March 13, 2009

aku tgh tensen ngan dia..


Dulu2..
Aku tak suke pakai jam tangan..

Tahun 2004,
Kakak aku bagi jam tangan GL dia kat aku..

Sejak dari itu..
Baik waktu jaga atau tido,
Baik waktu solat atau lepak,
Baik waktu mandi atau berenang,
Tiap masa dan saat aku pakai jam tu..

Aku suka jam tu kerana..
Ia ada tarikh,
Ia guna nombor Roman,
Ia dia tak ada jarum saat,
Dengan kata lain, jam tu lain dari yang lain..

Tahun lepas, jam tu rosak.. huh huuu...
(AKU MASIH MENGHARAP IA BOLEH DIBAIKI..)
Kerana aku sayang ia..

Walaupun dah ada jam F yang baru, tapi jam tu tak de tarikh..
Tak best ok..
Aku hanya pakai jam tu jika nak kuar gi mana2 jer
dan jam tersebut aku tertinggal kat seremban!!!)

Sunday, March 08, 2009

i'll be the princess (diana)

terima kaseh kat mohaymen..

Taylor Swift - CMA awards 2008 - Love Story - Live

aku suke lagu ni.. (sebenarnya aku lebeh suke TENGOK klip vidoe dia.. beberapa kali tgk pun aku tak bosan..)

mungkin sbb baju warna ungu yang dia pakai atau mungkin sbb aku sangat suke ngan 'ball gowns'.. (tgh koya pakai gowns.. haha..)

the great old days..

OLD PICTURES..
..my cousin under umbrella..
..brilliant cousins ~ from sentul to wakaf bharu..

.. the bride was my childhood fren and will always be my neightbour and greatest cousin..

Friday, March 06, 2009

POWER OF CHEWING GUM

mengapa gula-gula getah diharamkan di singapura?

aku tak pasti sama ada cerita ini mitos atau benar..

1) katanya disebabkan oleh kelakuan beberapa orang budak NAKAL yang makan gula-gula GETAH, kemudian tepek benda tu dengan banyaknya di pintu MRL sebelum pintu tersebut ditutup.. akibatnya, pintu MRL tak leh dibuka bila sampai di stesen seterusnya..
MAKA~sistem rosak teruk..!! (kerugian banyak giler kot..)

2) untuk menjaga kebersihan negara tersebut.. kawan aku bagitau, masa dia umur 7tahun, gula-gula getah belum diharamkan lagi di negaranya itu.. setiap kali dia naik bas, tudung yang dia pakai mesti terkena gula-gual getah yang orang yang tidak bertanggungjawab tepek kat dinding bas / tempat duduk..

3) wallahua'lam.

kun fayakun..

kadang-kadang aku tak paham mengapa sesuatu itu terjadi..

Thursday, February 26, 2009

nak makan besar..

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

1. Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Wednesday, February 18, 2009

charles carmichael


jika dulu darling,
sekarang chuck plak..

jika dulu 10ketul,
sekarang 23ketul plak..

5stars 4 CHUCK!

Monday, February 16, 2009

she was my senior @ ZES, MMP & IIUM

kak tah :"Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes"
~penyakit moral ni perlu ditangani seperti kita menangani chikunya dan denggi~

kak tah lagi: "Tidak berguna jika kita mempunyai pokok yang mati sedangkan kita memerlukan pokok hidup yang boleh membantu pernafasan kita setiap hari. Begitu juga dengan moral ia patut dipelihara bukan dibiarkan"
~yer, betul tu.. jangan lupe siram tiap2 hari..~

Sejam bersama Senator Mumtaz Mohd Nawi bagaikan seminit masa berlalu.. aku memandu, dia bercakap tak henti2.. hanya kata2 yang meransang jiwa dan semangat yang membara keluar dari bibirnya.. her aim is to open a law firm branch in Dubai.. pesan kak tah, agar aku mendalami international law (bleh la aku keje ngan dia kat dubai nnt..haha)

aku darjah6, kak tah baru habis SPM (dtg bg ceramah motivasi kat sek aku, ZES..)

aku tingkatan4, kak tah dah jadi lawyer (pun dtg bg ceramah motivasi kat sek aku, MMP..)

8 is not my number..

Sesiapa Yang Tidak Sanggup Mengerjakan Yang Lapan , Maka Hendaklah Dia Berbuat Lapan Macam Perkara Bagi Mencapai Pahala Yang Lapan:-

- Siapa Yang Hendak Pahala Sembanyang Malam Sedangkan Dia Tidak Terjaga, Maka Jangan Membuat Maksiat Pada Siang Harinya.

- Siapa Yang Hendak Pahala Puasa Sunat, Maka Hendaklah Dia Menjaga Lidahnya.

- Siapa Yang Hendak Kelebihan Ulamak, Maka Hendaklah Dia Suka Berfikir Yang Baik.

- Siapa Yang Hendak Pahala Jihad, Maka Hendaklah Dia Duduk Dirumahnya.

- Siapa Yang Ingin Pahala Sedekah Sedangkan Dia Tiada Harta, Hendaklah Dia Mengajar Ilmu Agama Yang Telah Didengari.

- Siapa Yang Hendak Pahala Haji Sedangkan Dia Tidak Berkemampuan, Maka Hendaklah Dia Mengerjakan Sembahyang Jemaah.

- Siapa Yang Hendak Mencapai Fadhilat Orang Beribadat, Maka Jauhilah Persengketaan Dan Jangan Menimbulkan Sengketa.

- Siapa Yang Hendak Pahala Orang Orang Abdaal, Maka Hendaklah Beliau Redha Dengan Apa Yang Menimpa Dirinya.

Tuesday, February 10, 2009

everyday i miss u..!

...Jika ditanya,
Memang akan dijawab rindu..

Jika ditanya lagi,
Memang akan dijawab rindu setiap hari..

Tapi jika ditanya lagi,
Memang akan dijawab tak tahu bila rindu ini akan berakhir..


...Jika diberitahu,
Memang rasa ingin tahu..

Jika diberitahu lagi,
Memang rasa ingin tahu lagi..

Tapi jika diberitahu lagi,
Memang rasa tak ingin tahu lagi kerana rindu akan memuncak..

Tuesday, February 03, 2009

saidatina aishah dan saidina abu bakar

...gmbr kete terpacak luar rumah kawan aku... taman maju, jasin, melaka...

...aku ternampak 'stiker' ni kat cermin almari dalam bilik solat rumah dia... kenangan hari pendaftaran kami sbg pelajar baru..
...mungkin tengkolok (mercu tanda bandar jasin) ni milik hang tuah...

...rupa bandar jasin pada jam 8:27 pagi, 31/01/09 (happy 10th birthday Iffah)...

...masjid tua kat kg. ayer barok, tempat arwah ayah kawan aku sokmo gi solat berjemaah..

...tanah perkuburan (berhampiran masjid tua) tempat arwah disemadikan... ...aku beria nak berhenti solat kat RnR jejantas ayer keroh...

dah lama aku kenal ngan kawan aku ni.. sejak matrik.. dia salah sorang di antara kawan2 yang panggil aku mama @ moms..

masih ingat lagi, aku pernah bagitau dia yang aku nak kenal rumah dia.. dah bertahun.. akhirnya dapat gak aku jejak kaki dan tidor kat rumah dia.. tapi 'cara' dan 'masa' kunjungan aku ke rumah dia kurang tepat..

ayah dia meninggal secara mengejut.. dan secara mengejut gak dia 'ajak' aku teman dia balik rumah dia kat jasin.. seriau gak aku bila tgk dia menangis.. terus ingat kat mak bapak kat kampung.. ingat jugak kat parents kawan2 aku yang lain..

semoga Allah merahmati Allahyarham.. alhamdulillah, arwah telah meninggalkan dua (2) orang anak yang soleh dan solehah, buat bekalan ke akhirat..

*kagum sangat dengan senibina dan susun atur rumah nenek burn.. rumah orang dolu2..

Monday, February 02, 2009

kaktus ku membesar bagai juara #2

...tiber bunga ros puteh tumbuh disebalah pokok keladi...
...pengganti yang tidak setanding ngan kaktus ku...

dia dah kembali (boleh tgk tiap2 hari..), kembali bersama ku, ku sangat gembira, gembira yang tak seberapa..

kenapa?

kerana kaktus ku tak membesar bagai juara.. habis punah janam dikerjakan kanak2 riang yang sedang membesar bagai juara..

...before...
...after...

(huwaaaaa...)

*terima kasih kepada mereka yang telah menjaga kaktus ku semasa ia berada di kampung..

Wednesday, January 14, 2009

kaktus ku membesar bagai juara


apa khabar kamu di sana?

harap kamu sihat dan membesar bagai juara..

walau jauh di mata, tapi kamu sentiasa dekat di hati..

walau daku sudah ada pengganti, tapi tidak setanding dan serupa kamu..

~jumpe lagi..