CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 16, 2007

lab aikolian

Personal Computer

banyak kenangan yang tercipta di sini.. antara pc yang mencipta kenangan adelah pc yang bernombor 30,29,24,22,13 dan 12.insyaallah, jika ade masa,i'll make sure that pc2 lain pun akan turut mencipta kenangan..

Kasut

NOTICE!
Please arrange your shoes and slippers in the shoe rack provided. Unarrange shoes and slippers will be put into the basket without any further notice. Your cooperation is highly appreciated.
(notice from multimedia unit aka munit,aikol)
hahaha..(aku gelak untuk diri sendiri sbb i'm one of the 'victims')

Laksa


Satu hari, my best fren named eddy telah beli sebungkus laksa yang berharga rm2.then, dia menuju ke lab aikol dan tinggalkan laksa tersebut di luar lab sbb tak nak lab tersebut 'ditemani' bau laksa..selepas beberapa ketika,sebelum balik ke bilik,beliau terkejut kerana laksa yang ditinggalkan di luar lab telah hilang..wallahua'lam saper yang amek..

Nadiah Hanim Yaacob

masa aku tengah taip post ni, tibe dia datang n suh aku masukkan nama dia dalam post aku ni,siap suh buh nama penoh lagi tu..!budak ni jadi asst.sec 2 lawsoc for 2006/2007 punyer tenure..sekarang ni dia tengah godam blog aku kat pc no22..enjoy your self nadiah..

Wednesday, February 14, 2007

black n white

hoh ho..catatan 100207!

-bangun pagi giler sbb nak gi kelas..
-0810 pakai jubah express warna hijau gelap
-0815 hidupkan n hangatkan keter arra
-0820 sampai kat kelas, kelas kunci
-0825 cari public phone(hp xde kdt), tepon clasmate, dia cakap class dah tukar ke hari jumaat!
-0845 singgah kulliyyah econs, buat ape yang patut
-0855 ternampak sorang teman tengah tunggu bus
-0900 hantar dia gi terminal putra
-0930 balik bilik buat ape yang patut
-1055, hantar arra ke tempat tuisyen nyer
-1105 gi giant beli jus mango, thirsty hyppo, ***, biskut
-1230 balik uia, amek duit kat atm mesin muamalat
-1300 terserempak ngan yuhana, jalan2 kat stall cocu week
-1315 main gamelan, anuar yang ajar, dia kasi biskut n gula2 as souvenir
-1340 gi terminal putra, 'jemput' teman
-1400 lunch kat leha kelfood
-1445 gi taman melewar, cari rumah mugeswaran
-1545 balik bilik, amek tudung
-1600 'basuh' kete arra
-1615 gi miting kat or
-1800 amek arra
-1820 gi pasar malam, nak tukar tudung, beli pop corn, kopok, air soya(manis giler)
-1940 jemput akmar n mizi kat terminal putra
-2200 amek tong kat bilal c4.2
-2300 balik bilik, buat ape yang patut!
-0300 tido.. yeay!
-0330 tak mimpi saper2 pun..

selesema n sakit kepala sehari suntuk, tapi malas nak layan kepala yang sakit tu! arra n me pakai baju black n white!satu kebetulan..

Wednesday, February 07, 2007

hard disk, hard decision?

eddy

finaly, at 1545, 070207, my best friend (better known as eddy), telah membuat satu keputusan yang mungkin akan mengubah masa depan beliau..
hopefully,dengan keputusan yang telah diambil tersebut, segala urusan beliau pada masa akan datang dipermudahkan oleh Allah..ameen..

catu makanan

baru2 ni ada sorang teman datang ke d2.1.. teman tersebut menceritakan perihal rakan sebiliknya yang fobia dengan makanan.. baginya, makanan amat menyusahkan serta memberi banyak kesan buruk kepada dirinya.. lantas, dia memutuskan untuk membuat catuan makanan dalam diari hariannya..(sebenarnye, budak tu nak kurangkan berat badan dia..hahaha)
pendapat ccd, makan lah selagi masih ada selera, tetapi makan dengan kadar yang perlu sahaja..

program

program? aktiviti ko-kurikulum??
ape tujuannya dalam kehidupan seorang pelajar?
jika dulu, aku selalu saja kutuk orang yang organise program.
kemudian aku telah masuk ke dalam 'dunia' mereka pada tahap pertama, iaitu dengan menjadi committee, baru ku tahu, bukan senang nak menjayakan sesebuah program. apabila masuk stage kedua, iaitu menjadi ketua committe, lagi banyak cabaran yang perlu ditempuhi serta banyak masalah yang perlu dihadapi..
komen ku, berprogram banyak membantu diri kita untuk deal ngan seseorang, baik dengan rakan mahupun dengan officer itu sendiri..
nasihat ku, jangan lupa belajar..

Tuesday, February 06, 2007

Phyto Fiber

Apa ada pada ego?
Apa ada pada riak?
Apa ada pada sombong?
Apa ada pada berlagak?
Apa ada pada tinggi diri?

Uh! Ingatlah! Semua tu sifat Allah SWT sahaja.. Tidak layak bagi kita sebagai hamba-Nya untuk bersifat sedemikian.ISTIGHFAR!

Sekian, Wassalamualaikom..!

Wednesday, January 31, 2007

our schedule



hohoho..our schedule for dis sem..intan n yanie yang buat..
intan warna hijau, yanie merah, anis biroo, arra oren..

Tuesday, January 30, 2007

LLB or LLBS?

huhu..sakni terbaca notice yang ditampal oleh LAWSOC kat satu tangga di AIKOL nih..katenyer,short sem aka sem3 ni just for graduating students yang belum ambil subjek2 tersebut..
tak tahu la ape sbb university ni xoffer lg sem3 tuk sumer student macam dulu kala..? maybe ada sbb yang relevan bg pihak diorang..huhu..lambatnyer nak grad..

~ape aku nak buat cuti 3bulan nih?tlg carikan kerja2 yang best tuk i bleh?

Monday, January 29, 2007

L*** tengku nuraisa farrarina

Terlalu Istimewa!

Tahniah kepada pencipta n penyanyi lagu ni.. lagu ni memang best untuk didengar.. tapi setiap kali dengar lagu ni, hati kami akan tersentuh. jom kite baca lirik lagu tersebut..

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
inginku lihatmu dewasa
apa daya
Tuhan lebih menyanyangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa

crown -apple pie


-Ada orang tanya aper yang aku buat during semester break baru2 ni.. jawapan dia mudah jer.. tiap2 hari (selama 7hari) aku mengecat sebuah rumah kedai yang bersaiz 55x15kaki,mempunyai sebijik bilik tidur, sebijik bilik mandi n sebijik tandas. Walaupun ni bukan first time aku mengecat, tapi kali ni agak memenatkan sbb aku kena berperang dengan masa yang ada agar proses mengecat tersebut dapat disiapkan before aku balik ke kampus.
-Terima kasih kepada umi, abah n zafran (anak kok yang berumur 13tahun) kerana telah menyumbangkan sedikit tenaga mereka.
-Berbanyak2 terima kasih kat umi n abah kerana telah menjaga ‘makan dan minum’ aku sepanjang tempoh aku ‘bekerja’..
-Selain daripada mengecat,aku juga telah mengambil alih tugas abang ipar@kakakku iaitu menghantar 3orang anak ke 3bijik sekolah yang berbeza selama 3hari.. nasib baik laluan ke sekolah2 tersebut adalah sama..
-Ape2 pun I enjoyed myself even I not enjoyed my semester break as usual..!

-270107, Saturday, naik bus Ekspres Darul Naim menuju ke kota metropolitan. Trime kasih kepada kok kerana bagi makan dinner yang best (walaupun tempat kurang selesa) n kepada kak mie sbb masak nasi lemak special tuk anis before balik kl..

-280107, Sunday, 5.40am tiba di greenwood, arra n yanie datang amek ngan atos, kami makan nasi dagang/lemak/kerabu kat greenwood di pagi buta! semangat arra n yanie yang tidak tidur semalaman semata2 nak tunggu ketibaan cik anis dorang kat greenwood amat dihargai..! 11.45am, aku menuju ke klcc semata2 nak jumpa oying yang datang dari tanjung malim. Tapi lagi best sbb terjumpa gak ngan aliah,sibah,nona,tik n jae.. akmar ‘jemput’ aku kat klcc n kami balik sama2 ke uia..

Wednesday, January 24, 2007

1428H


selamat tahun baru hijriah..
time kaseh kat akmar yang bacakan doa akhir dan awal tahun..aku hanya mengaminkan jer..

saturday, 20012007..

-gi hkl,lawat syafiq yang patah tangan, naik atos milik arra bersama akmar n buck.
-lunch kat cafe hospital, tak best sbb akak tu macam tak suke je aku mintak sayur lebih.
-hantar akmar ke stesen putra lrt taman melati.
-hantar cpu arra ke mhllh ali untuk direpair oleh kawan jai.
-balik kb ngan kete kak mie.

Friday, January 19, 2007

dalam diam, aku...

Dalam dunia ni, kita sanggup buat ape saja untuk orang yang kita sayang dengan sebab untuk menggembirakan hati orang tersebut. Secara tak langsung, kita akan merasa puas dan gembira terhadap diri sendiri. Contohnye jika mak kita suruh pergi beli bahan2 mentah untuk dimasak, atau pun suruh kita masak je benda2 yang kita beli tu, kita akan akur dan cuba untuk masak sesedap yang mungkin agar mak dan abah serta kaum kelurga yang lain termasuk lah suami/isteri akan makan dengan penuh selera. Hanya segelintir orang saja yang ingkar. Ni contoh sayang di antara orang yang wajib kita sayang la.

Sayang di antara kawan, adakah kita sanggup buat apa saja untuk dorang? Logiknya, kita memang akan buat ape saja agar hubungan terus kekal dan ceria selalu. Tapi ada batasnye jugak.. takkan la ajak buat maksiat pun kita akur tanpa fikir akibatnya.. ingat, berkawan lah dengan kawan kita di saat dia susah dan senang agar dia pun akan berkawan dengan kita di saat kita susah dan senang..

Sayang antara dua orang kekasih ataupun sebaliknya.. biasanya seseorang sanggup buat benda bodoh semata2 untuk memuaskan perasaan sendiri ataupun kekasih mereka. Contohnya, ada sorang teman tu, dia sanggup tunggu kemunculan orang yang boleh dikatakan dia sayang selama 4jam di stesen LRT! At last, orang yang ditunggu tu, tak kunjung tiba.. Tak ke bodoh namanya tu? Tapi yang pastinya, dia berpuas hati dengan perbuatan dia yang bodoh pada masa tersebut. Dan mungkin pada tahun hadapan dia, bila dia dah tak sayang orang tu lagi, dia akan tergelak besar apabila teringat benda bodoh yang dia buat dahulu kala.

Orang cakap,kita tak boleh paksa diri sendiri untuk sayang seseorang dan kita juga tak leh paksa orang tuk sayang kita. Ape2 pun, itu semua takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Wallahu’alam! Sekian sahaja catatan yang mengarut..

Monday, January 15, 2007

giliran ida pulak..



date: 291206
time: 3pm
venue: rumah ida
ucapan: selamat bertunang ida!
tetamu kehormat lagi fleksibel: anis!(hehehe)

tuisyen KAMI



acara: reunion bersama kawaN2 karib zaman dahulu kala (2000/2001)..
venue: kbmall
date: 1 january 2007
peserta: aiman, nory, sue, ku nor, muin ,marhamah and anis
terima kasih: kepada nory sbb belanja air and kepada muin sbb belanje zinger maxx..
ketidakhadiran: ida, amin, parrot(aku lupa nama dia), hilmi, PG

my heart

uh..dah lama aku tak jejak kaki ke lab aikol..
tapi, hari ni, bila aku masuk lab n cucuk pendrive aku yang bernama "lavender" kat pc dalam lab ni, aku dapati ada file yang bernama my heart.. cantik gambar ikon file tu.. bentuk love gebu warna purple pink..
akan tetapi, bila aku bukak folder yang ada dalam my lavender tu, ikon my heart pun ada kat dalam tu..jeng jeng jeng..
astaghfirullah!!!rupenyer benda tu adelah virus2 benci yang terdapat kat lab2 dalam uia ni..(kawan aku yang bgtau la..)
virus ni since last week..tapi aku baru berkenalan ngan dia hari ni..yang tak bestnyer, aku tak leh scan my lavender tuk buang virus my heart yang cantik tu..huhu..sodeh..

semalam mimpi firm tempat aku bakal buat LAP aka Law Attachment Program..tapi aku lupa aku mimpi dapat tempat tu ke tak..chow!

150107

Habis jer kelas kul 0845 hari ni, ader sorang sister tu ajak aku gi breakfast kat aikol café. Then odw nak gi café, tetiba jer dia cakap
“kak anis, saya rasa akak kena banyak senyum la..”
Then, aku tanya dia balik, kenapa nak kena banyak senyum? Sbb muke saye macam garang ek? Sister tu mengiyakan soalan aku tu..
Bila aku fikir balik, mungkin sbb masa miting semalam mood aku kurang baik. So, agak susah la tuk aku berpura2 senyum sedangkan aku tengah bengang kat orang2 yang telah ‘menyusahkan’ aku...

Antara sifat2 manusia (atau diri sendiri) yang aku kurang digemari:

- orang yang membazir masa aku / buat aku tertunggu2 dalam masa yang lama
- orang yang buat kerja dengan slow giler
- orang yang tak nak ngaku dia silap
- orang yang menggunakan nama orang untuk kepentingan dia
- dan lain-lain

Antara benda yang aku kurang digemari:
- tepuk tangan
- dengar lagu
- buang sampah merata2
- nescafe / coffee
- kacang tanah
- dan lain-lain

petang, lepas tuto, aku terserempak ngan sorang senior akhi tu kat dpn lab aikol, aku sapa dia sambil pegang tangan dia yang kecik tu. Then, aku blah.. tp kami jumpe balik kat satu tempat dalam kawasan aikol.. ‘akak’ senior tu bgtau ada sorang kakak yang sedang borak ngan dia kat dpn lab tu puji aku ni manis.. maksud manis di sini adelah suka senyum bukannye dalam makanan/minuman..

so, terpulang kat korang nak describe aku ni suke senyum or not.. yang penting senyum itu sedekah.. tak tau la ni perumpamaan or sebuah hadith.. wallahu’alam.. nak balik dah..

assistant hampeh..

NCC 2006

National Career Carnival was held from 18-20 December 2006.. aku jamin dah lebih dari setahun dorang prepare tuk program ni. Sepatutnyer buat December 2005, tapi disebabkan beberapa perkara terpaksa buat 2days seminar jer instead of carnival..
Kali ni, aku telah diamanahkan tuk jadi Asst Head Volunteer Exhibiton. Tugas kami ialah memantau dan ‘menjaga’ kawasan exhibition.

Serious, aku tak berpuas hati n kecewa dengan diri sendiri sbb gagal jadi asst yang baik. Mungkin gak penat gi baksis belum habis.. maafkan aku wahai Shamsul.. ko berjaya jadi head yang bagus tanpa bantuan 100% from ur asst! terima kasih gak kat our subkom (total sumer 59orang) yang komited.. yang tak komited tu, tak tau la nak cakap aper!

First day memang agak kelam kabut ngan tugas kami yang sebenarnye, 2nd day ok n last day quite ok.

:: thanks akmar coz sudi tumpang bilik i..

mok dan apok



one day, dpt call from izzi tanya nak pergi bakti siswa tak.. aku jawab nak.. tu jer..

13.12.06
- first miting. My position is sub-comm R&D.

14.12.06
- final touch, tlg adlan ‘potong’ salotape warna hitam kat plastic warna kuning agar terbentuk logo UIA.

15.12.06
- 0445 bertolak ke kampong lambor kanan..perasaan aku at tt time, agak kurang happy n tak bercakap ngan sesaper sehingga kan ada orang tanya “k.anis sedih nak tinggal UIA ke?” aku jawab dengan ringkasnyer.. “a’ah" (sambil angguk kepala).. then aku senyp jer sehinggalah sampai kat kampong tersebut.
- 0835 sampai kat sek keb lambor kanan, breakfast, opening ceremony oleh ADUN Parit, majlis penerimaan anak angkat.
- 1130 bertolak ke Kompleks Rakan Muda, Kampar untuk majlis perasmian peringkat kebangsaan. 5universities and 18villages involved.
- 1630 bertolak balik ke kampung masing2.
- 1745 sampai kat sek. Our (azue n me) foster parents dah tercongok tunggu kepulangan kami. Kami balik rumah, berehat, mandi, makan n solat berjemaah ngan apok n mok
- 2045 gi dewan sek, malam kebudayaan. Dua buah nasyid diperdengarkan oleh belia kampong tersebut dan program diteruskan dengan pertandingan karaoke. Kami balik awal.

16.12.06
- 0500 mok kejut suh kami mandi n gi masjid, sembahyang berjemaah, dgr kuliah subuh yang disampaikan oleh Ikhwan
- 0700 balik rumah breakfast
- 0800 gi sek, aerobic jap then gotong royong kat masjid
- 1230 mok ajak balik, makan nasi (mok dah siap masak sup yang aku mintak!), mandi n solat berjemaah
- 1500 gi padang sek tuk sukaneka.. xde lah beraneka sangat, juz main futsal jer.. aku satu team ngan Amy, K.Mad, Zue n Diena. Kami kalah 3-0..
- 1830 balik mandi n prepare tuk solat maghrib kat masjid, ceramah from Ust. Bahri Yeop, penceramah jemputan from Ipoh, best..
- 2045 after Isyak, post-moterm
- 2230 post-moterm ended n cepat2 kami dinner (azue sabung dinner kat rumah) sbb kesian kat Apok n Mok dah lama gila tunggu kami..
- 1130 masuk ke kamar tidur, borak2 ngan azue n tido half an hour after that.

17.12.06
- 0515 aku bangun, gosok gigi+basuh muka, gi masjid.. surprise!! Only 8 out of 40 students UIA yang pergi. Yang pasti aku n azue kena la pergi sbb our dad duty as Imam on tt day..
- 0645 balik sambung tido, ngantuk tahap dewa!
- 0800 bangun mandi, breakfast, borak2 ngan Mok
- 0930 kak ji n mashitah berkunjung ke rumah kami.. terkejut giler aku dibuatnyer.. tapi, kak ji lagi terkejut sbb mak dia datang cari dorang, suh balik rumah.. (aku n azue gelak tahap dewa, hakhakhak.. mak kak ji tu, garang orangnyer..)
- 0955 gi pekan Kg. Gajah, azue borong banyak barang n aku just beli sehelai seluar warna biru gelap, RM7.90. Nama kedai tu, Borong Sakan.
- 1031 gi Kompleks sejarah Pasir Salak, tempat J.W.W.Birch kena bunuh semasa sedang mandi on 2nd Nov 1875. Terjumpa kak ji n family.
-1200 gi kenduri, 2buah rumah.. kenyang tahap dewa! Apok tak bgtau kat kami yang ader lagi sebuah rumah nak pergi, punyer la kami makan sekenyang2nyer kat rumah yang pertama tu.
- 1245 balik rumah, packing barang, mok kasi kain sepasang sorang kat aku n azue, lunch, mandi, solat zohor etc
- 1500 bertolak ke sekolah tuk acara penutup dan majilis penyerahan anak angkat.
- 1605 majlis start. Aband Danial wakil UIA. Semasa penyerahan anak angkat n pemberian sijil kepada peserta dan cenderamata kepada ibubapa, Mok aku nangis. Aku n azue pun aper lagi, nangis la jugak.. huhu.. malu pun ader sbb kami je yang terkeluar air mata.. lagi sayu sbb at tt time Apok tak der, dia kena gi masjid tuk jadi Imam solat Asar.
- 1805 bas bertolak pulang n aku terkilan sbb tak sempat tengok binaan yang Adlan dan Sofy buat scara live!
- 2300 sampai UIA setelah beberapa kali berhenti untuk solat maghrib n dinner. Aku terus gi meeting NCC walaupun penat giler tahap dewa penat (they are waiting for me).

My comment: program ni tak lah best sangat, tapi yang best nyer bila dapat mak n ayah angkat yang baik. Mok siap cakap yang dia mengaku kami as anak dia dunia n akhirat. Terharu aku dibuatnyer.. Tapi, tak der saper yang boleh replace or inparimaterial with my Umi n Abah except my mum n father in law! Hmm..
:: Alhamdulillah, kami dapat foster parents yang boleh dikatakan senang.. dapat gak kami bersiar2 ke pecan kg.gajah n ke pasir salak..

Monday, December 25, 2006

bilik ni best, tapi..



Badi D2.1

Mula2 masuk bilik ni semester3 2005/06. my roommates are intan,arra n yanie..
Since that, ader satu bala yang selalu menimpa kami iaitu selalu terkunci kat luar bilik.. tak kire lah sama ada orang tu terlupa nak bawa kunci/ pintu terkunci dengan sendirinya/ kunci kami xleh bukak tombol tu even dah guna kunci yang betul!
Setelah dikire, aku dah 5kali terkunci. 2kali aku panjat tingkap bilik intan, sekali aku terpaksa tumpang bilik dee(sbb tingkap intan kunci n xde saper bleh tlg aku panjat tingkap arra) sementara nak tunggu yang lain balik and 2kali dee n yanie panjat tingkap arra..

Yanie 3kali terkunci, arra dah lupa berapa kali dia terkunci sbb dah banyak kali sangat. Intan mebi 1 or 2 times.

Tingkap compartment intan agak senang untuk dipanjat even tanpa bantuan orang. Tapi tingkap compartment arra agak mencabar.. memerlukan bantuan at least 2orang.. kami akan panjat tingkap arra if tingkap intan dikunci. And if tingkap arra pun kunci, nampaknyer kenalah cuba panjat tingkap yanie/anis (lagi la susah tuk diceroboh!).
Kami tak tau bila n saper yang akan terkunci after this.. hopefully badi tersebut until today jer (dah penat dah panjat tingkap).. amen..

:: zue n akmar pernah datang bilik aku n tanya macam mana anis panjat tingkap? Comment mereka, unbelievable n dangerous.. tapi nak buat camner? We have to. If not, xmasuk bilik lah kami! Duplicate key kat pak guard n office pun xder!

:: :: hari ni (24.12.06) arra, yanie n anis blunch (breakfast n lunch at 1200hour). Makan roti cicah telur masak separuh+kicap, arra n yanie minum milo panas manakala anis minum air jarang.. yum yum.. best! after that, kami bertiga gi toilet tuk basuh dishes n masa tu lah pintu bilik tertutup dengan sendirinya n seterusnya terkunci! WAAAAGRH!! Tensen!

:: :: :: intan tak der.. dia tido kat mana ntah.. dah dua malam dua hari tak jumpa dia!rindu!!

Wednesday, December 13, 2006

to the left.. to the left..


hepi 22nd birthday to you intan..12.12.06
suka sangat dapat kenal ngan INTAN.. you help me a lot either direct or indirectly..
semoga Allah sentiasa berkati friendship yang terjalin antara kita..
ameen..
ingat: Allah jadikan kita untuk saling melengkapi.. you are my english teacher and i'm ur _______.
gambar: kertas ni aku amek kat pintu lt2 econs during semester3 2005/2006 and then scan.. saper tah yang tulis.. miha kot.. yang pasti tak de kena mengena dengan birthday intan..
to the left.. to the left..: lagu kegemaran intan buat masa sekarang selepas nafas cahaya..

Thursday, December 07, 2006

summary 105words

previous semester break,all my brothers who stay at tanjung malim, kuching and seremban came back to our hometown..and as usual abang man will bring back answer scripts for spm/MUET candidates because he is examiner for those papers.. and i know, he'll ask my help to calculate the words in summary part and put double slash after 105 words.. so that, he will not read the remaining words..
there a lot of wrong spelling and i don understand why it's happened because they only have to copy the sentence from the text given titled HOW TO MANAGE STRESS..
Antara kesalahan ejaan yang dilakukan oleh calon2 MUET 0ctober 2006 adalah dalam summary part ialah:

Calon 2504 (880122-23-****)
1. Explen (explain)
2. Howeever (however)
3. Couses (causes)

Calon 2505 (880122-23-****)
1. Lough (laugh)
2. Couse (cause)
3. Difined (defined)

Calon 2507 (881210-01-****)
1. eveyone (everyone)
2. Don’t (do not)

Calon 2508 (880210-23-****)
1. complet (complete)
2. positiv (positive)

Calon 2509 (880507-43-****) -> birthdate sama ngan aku
1. behavour (behaviour)

Calon 2510 (880506-01-****)
1. atitude (attitude)

Calon 2511 (881214-09-****)
1. goin (going)
2. separete (separate)

Calon 2512 (871220-01-****)
1. sattel (settle)

Calon 2515 (881126-01-****)
1. beliafs (beliefs)

Calon 2516 (880918-01-****)
1. avery (every)
2. becouse (because)
3. separete (separate)
4. becous (because)

Calon 2519 (880608-23-****)
1. altought (although)

Calon 2520 (880914-01-****)
1. maneged (managed)

Monday, December 04, 2006

semester 2 2006/2007

2nd semester 2006/07 started.. i'm failed to regis one subject manually. thus, i decide to hold tt subject until next sem and proceed with another subject first.. all da best in da world for me myself..
for this sem,my class starts at 8am in da morning,everyday.. same as last semester n i like it!

Lectures:
04/12/2006 - 21/01/2007 (7 weeks)
Break:
22/01/2007 - 28/01/2007 (1 week)
Lectures:
29/01/2007 - 18/03/2007 (7 weeks)
Revision Period:
19/03/2007 - 21/03/2007 (3 days)
Examination Period:
22/03/2007 - 06/04/2007 (2 weeks 4 days)
Inter-semester Vacation:
07/04/2007 - 22/04/2007 (2 weeks)


NOTES:

Sultan Selangor's Birthday :
Dec 16, 2006 (Saturday)
Chrismas Day :
Dec 25, 2006 (Monday)
New Year :
Jan 01, 2007 (Saturday)
'Eid du-Adha :
Dec 31, 2006 (Tuesday)
Chinese New Year :
Feb 18 & 19, 2007 (Sunday & Monday)
1 Muharram :

Jan 20, 2007 (Thursday)
Maulidur Rasul :
March 31 , 2007 (Tuesday)
School Holidays :
Nov 18, 2006 - Jan 01, 2007