CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 31, 2007

our schedule



hohoho..our schedule for dis sem..intan n yanie yang buat..
intan warna hijau, yanie merah, anis biroo, arra oren..

Tuesday, January 30, 2007

LLB or LLBS?

huhu..sakni terbaca notice yang ditampal oleh LAWSOC kat satu tangga di AIKOL nih..katenyer,short sem aka sem3 ni just for graduating students yang belum ambil subjek2 tersebut..
tak tahu la ape sbb university ni xoffer lg sem3 tuk sumer student macam dulu kala..? maybe ada sbb yang relevan bg pihak diorang..huhu..lambatnyer nak grad..

~ape aku nak buat cuti 3bulan nih?tlg carikan kerja2 yang best tuk i bleh?

Monday, January 29, 2007

L*** tengku nuraisa farrarina

Terlalu Istimewa!

Tahniah kepada pencipta n penyanyi lagu ni.. lagu ni memang best untuk didengar.. tapi setiap kali dengar lagu ni, hati kami akan tersentuh. jom kite baca lirik lagu tersebut..

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
inginku lihatmu dewasa
apa daya
Tuhan lebih menyanyangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa

crown -apple pie


-Ada orang tanya aper yang aku buat during semester break baru2 ni.. jawapan dia mudah jer.. tiap2 hari (selama 7hari) aku mengecat sebuah rumah kedai yang bersaiz 55x15kaki,mempunyai sebijik bilik tidur, sebijik bilik mandi n sebijik tandas. Walaupun ni bukan first time aku mengecat, tapi kali ni agak memenatkan sbb aku kena berperang dengan masa yang ada agar proses mengecat tersebut dapat disiapkan before aku balik ke kampus.
-Terima kasih kepada umi, abah n zafran (anak kok yang berumur 13tahun) kerana telah menyumbangkan sedikit tenaga mereka.
-Berbanyak2 terima kasih kat umi n abah kerana telah menjaga ‘makan dan minum’ aku sepanjang tempoh aku ‘bekerja’..
-Selain daripada mengecat,aku juga telah mengambil alih tugas abang ipar@kakakku iaitu menghantar 3orang anak ke 3bijik sekolah yang berbeza selama 3hari.. nasib baik laluan ke sekolah2 tersebut adalah sama..
-Ape2 pun I enjoyed myself even I not enjoyed my semester break as usual..!

-270107, Saturday, naik bus Ekspres Darul Naim menuju ke kota metropolitan. Trime kasih kepada kok kerana bagi makan dinner yang best (walaupun tempat kurang selesa) n kepada kak mie sbb masak nasi lemak special tuk anis before balik kl..

-280107, Sunday, 5.40am tiba di greenwood, arra n yanie datang amek ngan atos, kami makan nasi dagang/lemak/kerabu kat greenwood di pagi buta! semangat arra n yanie yang tidak tidur semalaman semata2 nak tunggu ketibaan cik anis dorang kat greenwood amat dihargai..! 11.45am, aku menuju ke klcc semata2 nak jumpa oying yang datang dari tanjung malim. Tapi lagi best sbb terjumpa gak ngan aliah,sibah,nona,tik n jae.. akmar ‘jemput’ aku kat klcc n kami balik sama2 ke uia..

Wednesday, January 24, 2007

1428H


selamat tahun baru hijriah..
time kaseh kat akmar yang bacakan doa akhir dan awal tahun..aku hanya mengaminkan jer..

saturday, 20012007..

-gi hkl,lawat syafiq yang patah tangan, naik atos milik arra bersama akmar n buck.
-lunch kat cafe hospital, tak best sbb akak tu macam tak suke je aku mintak sayur lebih.
-hantar akmar ke stesen putra lrt taman melati.
-hantar cpu arra ke mhllh ali untuk direpair oleh kawan jai.
-balik kb ngan kete kak mie.

Friday, January 19, 2007

dalam diam, aku...

Dalam dunia ni, kita sanggup buat ape saja untuk orang yang kita sayang dengan sebab untuk menggembirakan hati orang tersebut. Secara tak langsung, kita akan merasa puas dan gembira terhadap diri sendiri. Contohnye jika mak kita suruh pergi beli bahan2 mentah untuk dimasak, atau pun suruh kita masak je benda2 yang kita beli tu, kita akan akur dan cuba untuk masak sesedap yang mungkin agar mak dan abah serta kaum kelurga yang lain termasuk lah suami/isteri akan makan dengan penuh selera. Hanya segelintir orang saja yang ingkar. Ni contoh sayang di antara orang yang wajib kita sayang la.

Sayang di antara kawan, adakah kita sanggup buat apa saja untuk dorang? Logiknya, kita memang akan buat ape saja agar hubungan terus kekal dan ceria selalu. Tapi ada batasnye jugak.. takkan la ajak buat maksiat pun kita akur tanpa fikir akibatnya.. ingat, berkawan lah dengan kawan kita di saat dia susah dan senang agar dia pun akan berkawan dengan kita di saat kita susah dan senang..

Sayang antara dua orang kekasih ataupun sebaliknya.. biasanya seseorang sanggup buat benda bodoh semata2 untuk memuaskan perasaan sendiri ataupun kekasih mereka. Contohnya, ada sorang teman tu, dia sanggup tunggu kemunculan orang yang boleh dikatakan dia sayang selama 4jam di stesen LRT! At last, orang yang ditunggu tu, tak kunjung tiba.. Tak ke bodoh namanya tu? Tapi yang pastinya, dia berpuas hati dengan perbuatan dia yang bodoh pada masa tersebut. Dan mungkin pada tahun hadapan dia, bila dia dah tak sayang orang tu lagi, dia akan tergelak besar apabila teringat benda bodoh yang dia buat dahulu kala.

Orang cakap,kita tak boleh paksa diri sendiri untuk sayang seseorang dan kita juga tak leh paksa orang tuk sayang kita. Ape2 pun, itu semua takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Wallahu’alam! Sekian sahaja catatan yang mengarut..

Monday, January 15, 2007

giliran ida pulak..



date: 291206
time: 3pm
venue: rumah ida
ucapan: selamat bertunang ida!
tetamu kehormat lagi fleksibel: anis!(hehehe)

tuisyen KAMI



acara: reunion bersama kawaN2 karib zaman dahulu kala (2000/2001)..
venue: kbmall
date: 1 january 2007
peserta: aiman, nory, sue, ku nor, muin ,marhamah and anis
terima kasih: kepada nory sbb belanja air and kepada muin sbb belanje zinger maxx..
ketidakhadiran: ida, amin, parrot(aku lupa nama dia), hilmi, PG

my heart

uh..dah lama aku tak jejak kaki ke lab aikol..
tapi, hari ni, bila aku masuk lab n cucuk pendrive aku yang bernama "lavender" kat pc dalam lab ni, aku dapati ada file yang bernama my heart.. cantik gambar ikon file tu.. bentuk love gebu warna purple pink..
akan tetapi, bila aku bukak folder yang ada dalam my lavender tu, ikon my heart pun ada kat dalam tu..jeng jeng jeng..
astaghfirullah!!!rupenyer benda tu adelah virus2 benci yang terdapat kat lab2 dalam uia ni..(kawan aku yang bgtau la..)
virus ni since last week..tapi aku baru berkenalan ngan dia hari ni..yang tak bestnyer, aku tak leh scan my lavender tuk buang virus my heart yang cantik tu..huhu..sodeh..

semalam mimpi firm tempat aku bakal buat LAP aka Law Attachment Program..tapi aku lupa aku mimpi dapat tempat tu ke tak..chow!

150107

Habis jer kelas kul 0845 hari ni, ader sorang sister tu ajak aku gi breakfast kat aikol café. Then odw nak gi café, tetiba jer dia cakap
“kak anis, saya rasa akak kena banyak senyum la..”
Then, aku tanya dia balik, kenapa nak kena banyak senyum? Sbb muke saye macam garang ek? Sister tu mengiyakan soalan aku tu..
Bila aku fikir balik, mungkin sbb masa miting semalam mood aku kurang baik. So, agak susah la tuk aku berpura2 senyum sedangkan aku tengah bengang kat orang2 yang telah ‘menyusahkan’ aku...

Antara sifat2 manusia (atau diri sendiri) yang aku kurang digemari:

- orang yang membazir masa aku / buat aku tertunggu2 dalam masa yang lama
- orang yang buat kerja dengan slow giler
- orang yang tak nak ngaku dia silap
- orang yang menggunakan nama orang untuk kepentingan dia
- dan lain-lain

Antara benda yang aku kurang digemari:
- tepuk tangan
- dengar lagu
- buang sampah merata2
- nescafe / coffee
- kacang tanah
- dan lain-lain

petang, lepas tuto, aku terserempak ngan sorang senior akhi tu kat dpn lab aikol, aku sapa dia sambil pegang tangan dia yang kecik tu. Then, aku blah.. tp kami jumpe balik kat satu tempat dalam kawasan aikol.. ‘akak’ senior tu bgtau ada sorang kakak yang sedang borak ngan dia kat dpn lab tu puji aku ni manis.. maksud manis di sini adelah suka senyum bukannye dalam makanan/minuman..

so, terpulang kat korang nak describe aku ni suke senyum or not.. yang penting senyum itu sedekah.. tak tau la ni perumpamaan or sebuah hadith.. wallahu’alam.. nak balik dah..

assistant hampeh..

NCC 2006

National Career Carnival was held from 18-20 December 2006.. aku jamin dah lebih dari setahun dorang prepare tuk program ni. Sepatutnyer buat December 2005, tapi disebabkan beberapa perkara terpaksa buat 2days seminar jer instead of carnival..
Kali ni, aku telah diamanahkan tuk jadi Asst Head Volunteer Exhibiton. Tugas kami ialah memantau dan ‘menjaga’ kawasan exhibition.

Serious, aku tak berpuas hati n kecewa dengan diri sendiri sbb gagal jadi asst yang baik. Mungkin gak penat gi baksis belum habis.. maafkan aku wahai Shamsul.. ko berjaya jadi head yang bagus tanpa bantuan 100% from ur asst! terima kasih gak kat our subkom (total sumer 59orang) yang komited.. yang tak komited tu, tak tau la nak cakap aper!

First day memang agak kelam kabut ngan tugas kami yang sebenarnye, 2nd day ok n last day quite ok.

:: thanks akmar coz sudi tumpang bilik i..

mok dan apok



one day, dpt call from izzi tanya nak pergi bakti siswa tak.. aku jawab nak.. tu jer..

13.12.06
- first miting. My position is sub-comm R&D.

14.12.06
- final touch, tlg adlan ‘potong’ salotape warna hitam kat plastic warna kuning agar terbentuk logo UIA.

15.12.06
- 0445 bertolak ke kampong lambor kanan..perasaan aku at tt time, agak kurang happy n tak bercakap ngan sesaper sehingga kan ada orang tanya “k.anis sedih nak tinggal UIA ke?” aku jawab dengan ringkasnyer.. “a’ah" (sambil angguk kepala).. then aku senyp jer sehinggalah sampai kat kampong tersebut.
- 0835 sampai kat sek keb lambor kanan, breakfast, opening ceremony oleh ADUN Parit, majlis penerimaan anak angkat.
- 1130 bertolak ke Kompleks Rakan Muda, Kampar untuk majlis perasmian peringkat kebangsaan. 5universities and 18villages involved.
- 1630 bertolak balik ke kampung masing2.
- 1745 sampai kat sek. Our (azue n me) foster parents dah tercongok tunggu kepulangan kami. Kami balik rumah, berehat, mandi, makan n solat berjemaah ngan apok n mok
- 2045 gi dewan sek, malam kebudayaan. Dua buah nasyid diperdengarkan oleh belia kampong tersebut dan program diteruskan dengan pertandingan karaoke. Kami balik awal.

16.12.06
- 0500 mok kejut suh kami mandi n gi masjid, sembahyang berjemaah, dgr kuliah subuh yang disampaikan oleh Ikhwan
- 0700 balik rumah breakfast
- 0800 gi sek, aerobic jap then gotong royong kat masjid
- 1230 mok ajak balik, makan nasi (mok dah siap masak sup yang aku mintak!), mandi n solat berjemaah
- 1500 gi padang sek tuk sukaneka.. xde lah beraneka sangat, juz main futsal jer.. aku satu team ngan Amy, K.Mad, Zue n Diena. Kami kalah 3-0..
- 1830 balik mandi n prepare tuk solat maghrib kat masjid, ceramah from Ust. Bahri Yeop, penceramah jemputan from Ipoh, best..
- 2045 after Isyak, post-moterm
- 2230 post-moterm ended n cepat2 kami dinner (azue sabung dinner kat rumah) sbb kesian kat Apok n Mok dah lama gila tunggu kami..
- 1130 masuk ke kamar tidur, borak2 ngan azue n tido half an hour after that.

17.12.06
- 0515 aku bangun, gosok gigi+basuh muka, gi masjid.. surprise!! Only 8 out of 40 students UIA yang pergi. Yang pasti aku n azue kena la pergi sbb our dad duty as Imam on tt day..
- 0645 balik sambung tido, ngantuk tahap dewa!
- 0800 bangun mandi, breakfast, borak2 ngan Mok
- 0930 kak ji n mashitah berkunjung ke rumah kami.. terkejut giler aku dibuatnyer.. tapi, kak ji lagi terkejut sbb mak dia datang cari dorang, suh balik rumah.. (aku n azue gelak tahap dewa, hakhakhak.. mak kak ji tu, garang orangnyer..)
- 0955 gi pekan Kg. Gajah, azue borong banyak barang n aku just beli sehelai seluar warna biru gelap, RM7.90. Nama kedai tu, Borong Sakan.
- 1031 gi Kompleks sejarah Pasir Salak, tempat J.W.W.Birch kena bunuh semasa sedang mandi on 2nd Nov 1875. Terjumpa kak ji n family.
-1200 gi kenduri, 2buah rumah.. kenyang tahap dewa! Apok tak bgtau kat kami yang ader lagi sebuah rumah nak pergi, punyer la kami makan sekenyang2nyer kat rumah yang pertama tu.
- 1245 balik rumah, packing barang, mok kasi kain sepasang sorang kat aku n azue, lunch, mandi, solat zohor etc
- 1500 bertolak ke sekolah tuk acara penutup dan majilis penyerahan anak angkat.
- 1605 majlis start. Aband Danial wakil UIA. Semasa penyerahan anak angkat n pemberian sijil kepada peserta dan cenderamata kepada ibubapa, Mok aku nangis. Aku n azue pun aper lagi, nangis la jugak.. huhu.. malu pun ader sbb kami je yang terkeluar air mata.. lagi sayu sbb at tt time Apok tak der, dia kena gi masjid tuk jadi Imam solat Asar.
- 1805 bas bertolak pulang n aku terkilan sbb tak sempat tengok binaan yang Adlan dan Sofy buat scara live!
- 2300 sampai UIA setelah beberapa kali berhenti untuk solat maghrib n dinner. Aku terus gi meeting NCC walaupun penat giler tahap dewa penat (they are waiting for me).

My comment: program ni tak lah best sangat, tapi yang best nyer bila dapat mak n ayah angkat yang baik. Mok siap cakap yang dia mengaku kami as anak dia dunia n akhirat. Terharu aku dibuatnyer.. Tapi, tak der saper yang boleh replace or inparimaterial with my Umi n Abah except my mum n father in law! Hmm..
:: Alhamdulillah, kami dapat foster parents yang boleh dikatakan senang.. dapat gak kami bersiar2 ke pecan kg.gajah n ke pasir salak..

Monday, December 25, 2006

bilik ni best, tapi..



Badi D2.1

Mula2 masuk bilik ni semester3 2005/06. my roommates are intan,arra n yanie..
Since that, ader satu bala yang selalu menimpa kami iaitu selalu terkunci kat luar bilik.. tak kire lah sama ada orang tu terlupa nak bawa kunci/ pintu terkunci dengan sendirinya/ kunci kami xleh bukak tombol tu even dah guna kunci yang betul!
Setelah dikire, aku dah 5kali terkunci. 2kali aku panjat tingkap bilik intan, sekali aku terpaksa tumpang bilik dee(sbb tingkap intan kunci n xde saper bleh tlg aku panjat tingkap arra) sementara nak tunggu yang lain balik and 2kali dee n yanie panjat tingkap arra..

Yanie 3kali terkunci, arra dah lupa berapa kali dia terkunci sbb dah banyak kali sangat. Intan mebi 1 or 2 times.

Tingkap compartment intan agak senang untuk dipanjat even tanpa bantuan orang. Tapi tingkap compartment arra agak mencabar.. memerlukan bantuan at least 2orang.. kami akan panjat tingkap arra if tingkap intan dikunci. And if tingkap arra pun kunci, nampaknyer kenalah cuba panjat tingkap yanie/anis (lagi la susah tuk diceroboh!).
Kami tak tau bila n saper yang akan terkunci after this.. hopefully badi tersebut until today jer (dah penat dah panjat tingkap).. amen..

:: zue n akmar pernah datang bilik aku n tanya macam mana anis panjat tingkap? Comment mereka, unbelievable n dangerous.. tapi nak buat camner? We have to. If not, xmasuk bilik lah kami! Duplicate key kat pak guard n office pun xder!

:: :: hari ni (24.12.06) arra, yanie n anis blunch (breakfast n lunch at 1200hour). Makan roti cicah telur masak separuh+kicap, arra n yanie minum milo panas manakala anis minum air jarang.. yum yum.. best! after that, kami bertiga gi toilet tuk basuh dishes n masa tu lah pintu bilik tertutup dengan sendirinya n seterusnya terkunci! WAAAAGRH!! Tensen!

:: :: :: intan tak der.. dia tido kat mana ntah.. dah dua malam dua hari tak jumpa dia!rindu!!

Wednesday, December 13, 2006

to the left.. to the left..


hepi 22nd birthday to you intan..12.12.06
suka sangat dapat kenal ngan INTAN.. you help me a lot either direct or indirectly..
semoga Allah sentiasa berkati friendship yang terjalin antara kita..
ameen..
ingat: Allah jadikan kita untuk saling melengkapi.. you are my english teacher and i'm ur _______.
gambar: kertas ni aku amek kat pintu lt2 econs during semester3 2005/2006 and then scan.. saper tah yang tulis.. miha kot.. yang pasti tak de kena mengena dengan birthday intan..
to the left.. to the left..: lagu kegemaran intan buat masa sekarang selepas nafas cahaya..

Thursday, December 07, 2006

summary 105words

previous semester break,all my brothers who stay at tanjung malim, kuching and seremban came back to our hometown..and as usual abang man will bring back answer scripts for spm/MUET candidates because he is examiner for those papers.. and i know, he'll ask my help to calculate the words in summary part and put double slash after 105 words.. so that, he will not read the remaining words..
there a lot of wrong spelling and i don understand why it's happened because they only have to copy the sentence from the text given titled HOW TO MANAGE STRESS..
Antara kesalahan ejaan yang dilakukan oleh calon2 MUET 0ctober 2006 adalah dalam summary part ialah:

Calon 2504 (880122-23-****)
1. Explen (explain)
2. Howeever (however)
3. Couses (causes)

Calon 2505 (880122-23-****)
1. Lough (laugh)
2. Couse (cause)
3. Difined (defined)

Calon 2507 (881210-01-****)
1. eveyone (everyone)
2. Don’t (do not)

Calon 2508 (880210-23-****)
1. complet (complete)
2. positiv (positive)

Calon 2509 (880507-43-****) -> birthdate sama ngan aku
1. behavour (behaviour)

Calon 2510 (880506-01-****)
1. atitude (attitude)

Calon 2511 (881214-09-****)
1. goin (going)
2. separete (separate)

Calon 2512 (871220-01-****)
1. sattel (settle)

Calon 2515 (881126-01-****)
1. beliafs (beliefs)

Calon 2516 (880918-01-****)
1. avery (every)
2. becouse (because)
3. separete (separate)
4. becous (because)

Calon 2519 (880608-23-****)
1. altought (although)

Calon 2520 (880914-01-****)
1. maneged (managed)

Monday, December 04, 2006

semester 2 2006/2007

2nd semester 2006/07 started.. i'm failed to regis one subject manually. thus, i decide to hold tt subject until next sem and proceed with another subject first.. all da best in da world for me myself..
for this sem,my class starts at 8am in da morning,everyday.. same as last semester n i like it!

Lectures:
04/12/2006 - 21/01/2007 (7 weeks)
Break:
22/01/2007 - 28/01/2007 (1 week)
Lectures:
29/01/2007 - 18/03/2007 (7 weeks)
Revision Period:
19/03/2007 - 21/03/2007 (3 days)
Examination Period:
22/03/2007 - 06/04/2007 (2 weeks 4 days)
Inter-semester Vacation:
07/04/2007 - 22/04/2007 (2 weeks)


NOTES:

Sultan Selangor's Birthday :
Dec 16, 2006 (Saturday)
Chrismas Day :
Dec 25, 2006 (Monday)
New Year :
Jan 01, 2007 (Saturday)
'Eid du-Adha :
Dec 31, 2006 (Tuesday)
Chinese New Year :
Feb 18 & 19, 2007 (Sunday & Monday)
1 Muharram :

Jan 20, 2007 (Thursday)
Maulidur Rasul :
March 31 , 2007 (Tuesday)
School Holidays :
Nov 18, 2006 - Jan 01, 2007

Saturday, December 02, 2006

aliah..



sekarang ni kat rumah aliah, kat bangi.. sekarang ni jugak aku tengah godam pc aiman (adik aliah)kat bilik dia.. tahniah kepada aiman yang baru jer habis ta'ruf kat uia.. so, dah selamat jadi aikolian..
hari ni aliah tunang.. hari ni jugak birthday dia.. rombongan meminang dah SAMPAI.. aku and anak2 dara lain duk kat bilik jer, teman aliah..
btw, tahniah kepada aliah.. luv u sis..

p/s: slide show yang diciplak from effa..maafkan aku..

page belakang kertas pembalut skrip..

KERTAS INI DIGUNAKAN UNTUK
MEMBALUT SKRIP JAWAPAN CALON.

ARAHAN KEPADA KETUA PENGAWAS.

1. Susun skrip jawapan calon mengikut urutan angka giliran calon
2. Jika semua calon yang mengambil kertas tertentu tidak hadir, isikan juga butir-butir pada bahagian 1,2,3, dan 4 dan hantarkan pembalut kosong itu kepada Ketua Pemeriksa / Ketua Kumpulan mengikut Jadual Pengiriman Skrip Jawapan (JPSJ).
3. Pembalut ini hanya digunakan untuk membalut skrip jawapan calon bagi satu kertas sahaja. Skrip jawapan calon untuk kertas yang lain hendaklah dibungkus secara berasingan dengan pembalut lain.

Untuk Kegunaan Pemeriksa
Turunkan tandatangan di sini apabila
skrip jawapan calon selesai diperiksa
_______________
Nama:____________________
Kod Pemeriksa:____/____/____

MUET october 2006

BAHAGIAN INI HENDAKLAH DIPENUHKAN OLEH KETUA PENGAWAS PUSAT PEPERIKSAAN

1. Kod dan nama kertas seperti yang terdapat pada Jadual Kedatangan Calon.
Kod Kertas : 800/4 Nama Kertas: WRITING
2. No Pusat: MJ671
3. Bilangan skrip jawapan calon dalam bungkusan ini ialah 21
(termasuk skrip jawapan calon dalam bantahan dan calon menumpang)
4. Sila tuliskan Angka Giliran calon yang tidak hadir bagi kertas ini di dalam petak di bawah.
2522

PENGAKUAN PENGAWAS

Saya mengakui bahawa bilangan skrip jawapan calon dalam bungkusan ini betul dan akur dengan bilangan calon yang hadir seperti dalam Jadual Kedatangan Calon (JKC/K) dan telah dicampur dengan bilangan calon bantahan dan calon menumpang (jika ada).

Tandatangan: Tarikh: 11.11.06
Nama Pengawas: AHMAD LUTFY BIN ABDUL WAHAB
No. Telefon: 017-709****


PENGAKUAN KETUA PENGAWAS

Saya mengesahkan bahawa pengakuan Pengawas yang membilang skrip seperti yang dicatatkan di atas adalah betul.

Tandatangan: Tarikh: 11/11/2006
Nama Ketua Pengawas: KHAIRUL HISHAM BIN ALI BARZOM GALI
No Telefon: 017-735****

akhi_self_preparation_camp


CATERING

-Seminggu sblm program, aku dpt msg yang aku dilantik sbg. Committee catering from akmar. Stlh difikir beberapa kali, aku tolak jawatan tersebut dgn alasan aku prefer jadi fasilitator.. tapi, ntah macam mana, aku still kena jadi catering gak.. and, lagi sedeh, dimaklumkan bahawa semua makanan akan dimasak sendiri sbb nak jimat kos(wallahua’lam).
-Sehari sblm program, aku stil tak puas hati dgn bidang tugas aku..so, aku decide nak jumpa somebody yang boleh tlg aku carikan caterer yang sanggup hantar makanan ke sg.congkak.. stlh berjumpa beberapa orang yang berkaitan, akhirnya Awie(syurgawi) cakap abg.syam(ex-caterer kat safiyyah) willing to provide food for lunches and dinners dgn harga rm3.50 perhead. Semua menu ditentukan oleh abg.syam.. btw, THANKS A LOT AWIE..
-Breakfast#1, makan sandwich telur+air milo and breakfast#2 makan sandwich tuna+air milo.. kedua2 menu tersebut adelah idea aku walaupun aku tahu ader sesetengah orang tak suke makan telur/tuna..(sorry, aku tak mampu nak ikut selera korang). Terima kasih kpd akmar, amy n zu yang sentiasa tlg aku buat breakfast.
-Refreshment petang sabtu.. menu: biskut kering jenama hup seng (yang digemari faten)+air teh o yang manis giler.. sorry, aku tak suke rasa air yang dibancuh oleh aku (azue knows that). Terima kasih kepada najib sbb tolong aku tp ko silap sbb tak rasa air yang aku buat.. kang nanya, kena minum air manis gilerr..

GAMES


-For me, kem kali ni dipenuhi dgn permainan.. tak de langsung modul belajar akedemik.. aku diamanahkan untuk menjaga group1 sekali ngan maryam n mahfuz.. tetapi hanya mahfuz shj yg sentiasa ngan group kami sbb maryam adelah committee welfare..
antara game yang aku turut serta dgn group1:
- goreng pisang bom
- bola beracun
- pang ping pom piang (sekejab jer)
-games yang dimain bersama adeq2 perempuan sahaja:
- lamar, nikah, cerai
- pepsi cola
-games yang dimainkan bersama adeq2 lelaki sahaja(di conduct oleh wady, pzin n najib, anis n azue jadi pemerhati):
- masabele
- zzasss..(kedua2 games ni belum pernah aku main!)
-terima kasih gak kepada saudara najib yang telah mengajar aku cara2 sepak bola, cara nak rampas dan cara nak elak bola drp dirampas. Aku tak lah minat sangat main bola, tapi dia ader cakap nak ajar aku main futsal, so aku tuntut ‘janji’ dia tu..
kepada zuhairah, awak memang best sbb sudi teman aku ‘jogging’ for a while after siapkan breakfast untuk mereka yang memerlukan..

JALAN2

-First night, night walk kat hutan.. start kul9pm and habis kira2 kul12.30am.. 9pm, slumber je aku pakai baju paras lutut walaupun b4 that mahfuz n adlan macam ragu2 dengan kebolehan aku mendaki dengan baju tersebut..(baju tu koyak seinci but still boleh diguna pakai)
-Pengalaman jatuh, 4kali.. jatuh tertiarap sekali, terduduk dua kali n jatuh longkang sekali.. alhamdulillah, aku tidak mengalami sebarang luka, just betis aku terdapat tanda lebam akibat terjatuh ke dalam longkang yang mana pzin gagal untuk menyelamatkan aku from jatuh.. huhu..
-Pagi sabtu, jungle trekking.. serious aku tak suke sbb jalan balik licin giler2.. tak jatuh, tapi seluar aku penuh disaluti lumpur..
-Malam terakhir, OBH. Kena jaga check point n kena gigit dek pacat kat kaki kanan aku.. nasib baik seekor jer(pacat ade ekor ker).. besides that, aku pun turut serta dgn operasi ni, juz nak tau aper perasaan adeq2.. to be frank, susah giler nak jalan walaupun hanya perlu ikut tali yang diikat di pokok sbb mata kena tutup. Serius, kaki banyak kali tersadung..

TRANSPORTATION

-Thanks a lot kepada kroni2 bus dataran pintar sbb hantar dan amek kami ke dan dari sg.congkak, dari dan ke uia,gombak.
-Terima kasih gak kepada head project, asyrani sbb bagi pinjam kereta chevvy. So,mudah bagi aku tuk angkut air dan biskut ke astaka from tapak perkhemahan.
-Kepada aisy, ur kereta iswara aeroback manual warna biroo banyak membantu kami untuk survey sg.congkak dan pergi membeli belah di giant..

COMMITTEE dan FASILITATOR

-Semua orang: Maafkan aku jika makanan tak sedap. Ssghnye aku dah cube bagi korang makan makanan yang paling sedap.
-Mahfuz: sorry, jarang sangat dapat sama2 ‘jaga’group1.

CAMERAMAN

-Cameraman utama bagi kamere aku adelah saudari zilah.. aku tak tau berape banyak gambar yang dia amek guna kamera aku.. dah penoh SD card 128MB kepunyan aku, dia guna SD card 256Mb milik dia plak..
-2nd cameraman, saudari mira.. and
-3rd cameraman, saudara najib..
-Total gambar yang depa (termasuk aku) amek adelah 743keping.. tapi setelah ditapis oleh aku, hanya 734 keping sahaja yang boleh di’view’ kepada public..

DOCUMENTARY


-Tetiba jer ader sorang kakak datang jumpa aku n kasi kad bisnes dia + surat kebenaran tuk buat rakaman dokumentari kat sg.congkak.. setelah dibincang antara akmar, asy dan mizi, mereka bersetuju untuk menerima tawaran akak yang bernama norlela tu untuk menggunakan adik2 akhi sebagai pelakon dalam dokumentari “sayangilah sungai kita”. Masa tengah shooting, akak tu amek nama, no fon and email add aku. Katenya nak kasi cd documentary bila dah siap nanti (kire2 akhir bulan December). Katenye lagi, documentary tersebut akan diagihkan ke sekolah2, ipta2 dan ipts2 serta badan2 yang berkaitan.. tambahnye lagi, kalau documentary tersebut berjaya memikat hati mereka yang terlibat, maka ianya akan disiarkan di dalam tv.
-Ape2 pun, roha n me penat melawan arus air yang deras mengalir.. nak tak lawan, kesian lak kat adik2 yang meminta bantuan kami kerana mereka terpaksa berdiri sambil memegang sepanduk “sayangilah sungai kita”..
Akhir sekali, setiap sorang dari adil2 tu dapat habuan ais krim berjenama wall’s, nestle etc. at least 3batang sorang..

Sekian,terima kasih kerana membaca cerita aku selama tiga hari di ber’camping’ di sg.congkak hingga ke noktah terakhir.

--adlan tiada dalam gambar kerana dia jadi cameraman..