haha.. padan muka kat kami semua..
pagi tadi ada meeting besar-besaran kat tempat ni.. orang yang wajib hadir dalam meeting tu adalah team leaders, boss dan big boss.. antara isu yang dibangkitkan dalam meeting tersebut adalah penggunaan dan pelayaran di halaman facebook yang makin menjadi2 di kalangan pekerja di sini.. maka, hasil dari meeting tersebut pakar IT Information Technology, bukan Ikan Tongkol atau Ibu Tiri) telah menjalankan tugas beliau iaitu:-
BLOCK ACCESS TO FACEBOOK.. ATAS ARAHAN BIG BOSS..
tapi bukan satu masalah besar bagi aku sebab aku BUKAN KAKI FACEBOOK..!!
Wednesday, October 28, 2009
facebook kena block..
Posted by deyanah at 10/28/2009 06:29:00 pm 0 comments
Monday, October 26, 2009
bukan hanya jawab telefon..
tugas hari ni:-
anis - basuh tANDAS (saya gembira sbb tandas tak kotor sikit pun!!hihi)
alex - sapu lantai
siti - bersih kawasan pantry
crystal - bersih kawasan cubicle
priya - susun atur perabot
liza - bersihkan cermin dan pintu kaca
shima - bersih loker
*alex, crystal, priya and liza adalah kenalan India yang baru tambah..
Posted by deyanah at 10/26/2009 02:47:00 pm 0 comments
Saturday, October 24, 2009
RM5 SEJAM..
apabila aku dibayar rm5 sejam untuk menghafal menu:-
1) aku sangat bosan..
2) aku rasa mengantuk..
3) aku berhenti menghafal..
4) aku pergi tandas dan ambil wudhuk..
5) aku solat asar..
6) aku sambung balik hafal..
7) aku ingat sikit2..
bila ditanya, "SUDAH INGAT KAH?"
aku jawab, ingat sikit2.. kalau disoal, mesti jawab dengan tak lancarnya..
Posted by deyanah at 10/24/2009 11:29:00 am 0 comments
Thursday, October 22, 2009
TETIBA JE KENA HAFAL BENDA NI..
A for Alpha
B for Bravo
C for Charlie
D for Delta
E for Echo
F for Foxtrot
G for Golf
H for Hotel
I for India
J for Juliet
K for Kilo
L for Lima
M for Mike
N for November
O for Oscar
P for Papa
Q for Quebec
R for Romeo
S for Sierra
T for Tango
U for Uniform
V for (alamak!!!! saye tak ingat.. pls pls pls..)
W for Whiskey
X for X-Ray
Y for Yankee
Z for Zulu
*nana bagi jawapan kat dia - V for Victor! (thank you nana..)
Posted by deyanah at 10/22/2009 08:57:00 pm 1 comments
Tuesday, October 20, 2009
beberapa kelip mata sahaja..
terima kasih.. Tuhan saya telah kabulkan doa saya..
tetiba je minah foreiner yang sedang guna PC yang saya guna semalam telefon saya dan cakap, 'sister, i found your thumbdrive.. and i know how it feel when we lost thumbdrive because i had lost it once..'
May our God bless her..
Posted by deyanah at 10/20/2009 08:37:00 am 0 comments
Kingston Hitam 4GB
saya telah terhilangkan thumbdrive kingston saya..
sesiapa yang terjumpa, sila hubungi saye di talian telefon bimbit saye yang nombornye tertulis di thumbdrive tersebut..
***hilang lagi..! sangat cuai! sila tekan untuk baca post terdahulu..
Posted by deyanah at 10/20/2009 08:29:00 am 0 comments
Monday, October 19, 2009
peri peri chicken
adakah saya akan makan nando's setiap hari?
*setelah hampir 3tahun saya teringin nak makan kat restoran nando's, hari ni rasa teringin tersebut telah tetunai..
alhamdulillah, perut kenyang, kaki lenguh, tapi hati riang..
Posted by deyanah at 10/19/2009 10:54:00 pm 0 comments
aku tak suka tapi tak benci fb..!!
demam fb ni sangat bahaya..
boleh menjadi penyakit berjangkit..!
jangan sampai mati semasa ber'fb' sudah..!!
banyak lagi benda lain yang berfaedah selain daripada ber'fb'..!!!
Posted by deyanah at 10/19/2009 10:15:00 pm 0 comments
Thursday, October 15, 2009
sabar. puasa. riang.
Posted by deyanah at 10/15/2009 10:00:00 pm 0 comments
Sunday, October 11, 2009
selepas raya pun jahit lagi..
dua orang rakan yang tinggal sebumbung dengan aku 'upah' aku jahit manik kat baju diorang (sebenarnya aku menawarkan diri untuk jahit sebab baju diorang terlalu kosong..!) hehe..kali pertama jahit manik di leher baju dengan idea sendiri.. ambil masa tiga hari tuk siap sebab aku kurang 'excited' masa jahit manik kat baju ni..
yang ni ambil masa tak sampai sehari..! aku sangat suka dengan gabungan warna manik yang menambah seri (*seri adalah bukan siti yasriana) baju..
Posted by deyanah at 10/11/2009 09:52:00 pm 0 comments
the footprints
poster ni dah lama aku jenguk2 dan intai2 atas meja dia.. pelik.. hairan.. ingin tahu.. apa yang istimewa sangat dengan poster tu hinggakan dia letak kat meja kerja yang dia pasti akan guna sekurang-kurangnya 6 kali seminggu..
satu hari, semasa aku berdua-duaan dgn isteri dia, aku pun tanya, "what so special with this poster to him?". isteri dia jawab, "u read la.. he'll read that if he need motivation.." aku terus baca dan tetiba isteri dia datang dan tolong baca kuat2 tuk aku.. siap terjemah maksud sajak tu lagi (dah nama cikgu, mesti nak explain sampai orang faham).. Ayat kat baris akhir (IT WAS THEN THAT I CARRIED YOU) tu la yang buat aku faham kenapa dia letak poster tu kat meja dia.. touching okay..!
dan, dia selalu pesan kat aku dan juga 'anak2' dia, pray to your God in every job you are doing..
* klik gambar untuk zoom..
Posted by deyanah at 10/11/2009 12:10:00 pm 2 comments
H satu N satu
isu H1N1 seolah2 sudah hilang di bibir kebanyakkan orang..
sekarang isu hubungan antara Malaysia dan Indonesia serta isu gempa bumi di Padang menjadi tajuk hangat..
jom kita pakat amal doa pendek (doa tolak bala) ini untuk kesejahteraan bersama:-
Bis mil la hil la zi la ya dhur ru ma 'as mi hi syai un fil ar dhi wa la fis sa maa' wa hu was sa mi 'un 'a lim..
*pakai topeng setelah dipaksa berkali-kali..
Posted by deyanah at 10/11/2009 11:53:00 am 1 comments
aktiviti dekat2 nak raya
1 ~ basuh bunga2 yang berhabuk dan bersawang (jimat duit, tak payah beli bunga baru..)
2 ~ gi tesco beli (dan rebut2 ambil ayam rm4/kg) barang tuk juadah raya
Posted by deyanah at 10/11/2009 11:19:00 am 2 comments
Wednesday, September 16, 2009
menu b'buka posa segera
menu buka puasa hari ini.. (menu segera sbb tak de lauik n ak masak.. huhu..)
thanks to iylia sbb ajar buat homemade twister..
---> roti tortilla tompok2 hitam sbb terhangit skt..
---> bubuh chicken popcorn, tomato, mayo, cili, lada hitam, sos cili & sos tomato..
---> bungkus ketat2 macam bungkus nangka.. (dari kanan: alin, aku & yaya)
Posted by deyanah at 9/16/2009 10:19:00 pm 2 comments
manik dan raya
aktiviti dekat2 nak raya ---> JAHIT MANIK.. ---> baju lama diberi wajah baru..
Posted by deyanah at 9/16/2009 03:22:00 am 4 comments
K.K.B.
---> jgn tak tahu, kat KKB ada menara jam bersejarah tau..
10.09.09, ada sorang orang tua cakap nak buli aku.. dia suruh aku pergi KKB, bawa kereta dia (sambil hulur anak kunci kereta dan sampul surat besar putih) dan tanya kakak ape yang aku kena buat dgn sampul surat tu masa kat KKB nanti..
dengan terpinga2, aku terus gi tanya kakak ape nak buat ngan sampul surat dalam genggaman aku tu.. tiber je aku terpinga2 lagi skali sbb kakak marah aku!!!!! aku tak buat salah dan silap okay..! orang lain yang cuai, aku plak terpaksa 'tadah' telinga.. tapi xpe, aku paham situasi kakak pada masa tu.. mesti dia bengang tahap gaban ngan orang yang cuai tersebut hinggakan dia TERmarah aku..
ALHAMDULILLAH, aku berjaya ke KKB (yani teman aku ---> terima kaseh..)
ALHAMDULILLAH, aku dan yani selamat (brek kereta tu tak brape nak makan okay..!!)
ALHAMDULILLAH, aku kembali ok setelah segalanya selesai..
*teringat perbualan antara aku dan seorang teman;
Teman: masa ko nak interview nnt, ko ckp ko pegang kunci ofis (masa attachment kat KCN&Co..)
Aku: tu tipu namanye.. (sbb aku xpenah pgg kunci ofis..)
**but maybe after this aku blh ckp KCN pernah bagi aku bawa kereta dia gi KKB.. heh he..
Posted by deyanah at 9/16/2009 02:51:00 am 1 comments
Wednesday, September 09, 2009
UPSR 2009
ALL THE BEST:-
1) ASIAH
2) AFIQAH NAJIHAH
3) ASHABAL KHAIRI
4) and ALL ADIK2 KELAB AKHI..
Posted by deyanah at 9/09/2009 02:59:00 pm 0 comments
ISUHANGAT
Posted by deyanah at 9/09/2009 02:47:00 pm 0 comments
Tuesday, September 08, 2009
abdul asde rahman accident lagi..
sender: TMX Fiza
sent: 09:06:09, 02.09.2009
Byk soalan mu..
die accident smlm.. xtau lggr dgn ape, saksi cuma nmpk mse die tgh mlambung mcm superman ats jln... Die naik moto, mgkin sbb laju kot.. Kt htaa ptg smlm, now dh ke ktn specialist..
die smlm mcm confused sket.. tnye soaln sma byk kali..
Mcm 'cmna awk tau man accident?'
Man keje celcom ke tm aa?
Man nauik kete ke moto td?
ni bln pose ke?
Bile kitorg jwb..x lame 2 3 minit lps tu die tnye soaln sma blik..
Lps tgk die, aku g buka pose, die call bgtau die accident.. Aku ckp, man..kn kitorg gi tgk awk td.. Die ckp, 'eh..ye ke?Man x igt la..' igtkn die blakon rupa2nya btl.. Nor g tgk td, alhamdulillah dh ok.. brain dh scan, ok je..
Pastu die luka kt dagu ngan tgn.. rse kesian pun ade, kelakar pun ade..
sender: TMX Fiza
sent: 09:23:01, 02.09.2009
*fiza jawab semua soalan aku tau (walaupun banyak)..!
*awal tahun ni man accident ngan Hilux company, siap terbalik lagi..
*aku pun accident gak tahun ni, gi langgar van orang..! tu la, gagah gak nak bawa kete walaupun badan penat dan mata mengantuk..
moral of the story: dont drive when you are sleepy or tired..
Posted by deyanah at 9/08/2009 09:29:00 am 1 comments
terawih @ masjid al-ghufran, p.ttdi
syukur ke atas nikmat dunia yang sementara..
ni ha, kalau korang rajin, sila baca benda2 alah ni..:-
1) http://republicofttdijaya.blogspot.com/2009/07/masjid-al-ghufran-ttdi.html
2) http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
3) http://shapiaimohdramly.blogspot.com/2009/06/masjid-al-gufran.html
4) official website al-ghufran mosque
terima kaseh sarel & intan kerana memperkenalkan masjid yang best ni kat aku.. tibe je aku rasa nak bina masjid moden kat kampung aku.. tak pun, naik taraf masjid yang sedia ada.. baru la syok orang kampung aku berterawih dalam masjid yang nyaman..!
Posted by deyanah at 9/08/2009 09:01:00 am 3 comments
