CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 08, 2007

i love you


i carry your heart with me (i carry it in my heart)
i am never without it (anywhere i go you go, my dear; and whatever is done by only me is your doing, my darling)

i fear no fate (for you are my fate, my sweet)
i want no world (for beautiful you are my world, my true)
and it's you are whatever a moon has always meant and whatever a sun will always sing is you

here is the deepest secret nobody knows (here is the root of the root and the bud of the bud and the sky of the sky of a tree called life; which growshigher than soul can hope or mind can hide)and this is the wonder that's keeping the stars apart

i carry your heart (i carry it in my heart)



General Info:-

- I heard this poem is on 07.11.2007 at 2am for the first time..
- In a movie, In Her Shoes.
- In her shoes means ‘to be in her position’
- It was written by E. E. Cummings (1894-1962)
- He was an American poet, painter, essayist, and playwright.

Monday, October 29, 2007

5 pasangs..

Tibanya Zulkedah bermaksud berlalunya Shawal dan semakin jauh Ramadhan meninggalkan kita..

As usual, bila tiba Shawal, rumah aku automatically akan diserbu oleh adik-beradik umi bersama dengan anak2 dan cucu2 mereka.. fyi, umi adalah anak yang kedua senior dalam keluarga Haji Hassan (anak sulung dah meninggal dunia pada tahun 1988). So, sudah menjadi kebiasaan openhouse di rumah aku adalah pada hari raya pertama.. tahun ni, for the first time juadah kami ialah lemang n rendang.. rendang dimasak oleh Kak Kay and lemang Abang Man beli kat Bidor, Perak on the way dia nak balik Kota Bharu dari Tanjung Malim.. tugas aku hanyalah menyediakan nasi kerabu (juadah utama) dan buat agar2 koktel.. terima kasih kepada semua yang hadir ke openhouse kami n sudi makan juadah yanng disediakan.. korang memang best..

Antara rumah yang aku pergi sempena openhouse 2007..
- rumah pak cik n mak cik
- rumah kawan2 (nik, dada, intan, asma’ & amy)
- rumah mentee akhi projek (fateh & yusrizal)
- rumah kak dah (openhouse personal paling besar yang aku pernah jumpa dalam dunia ni)

akhir kalam, Salam Aidilfitri 1428Hijrah n Maaf Zahir Batin..

oh ya, my roommates & i jugak buat openroom kat Nusaibah D4.4. hanya kawan2 rapat perempuan sahaja yang dijemput hadir ke jamuan tersebut.. Idea nak buat openroom datang secara tiba2 apabila one of my roommates dapat kupon *** yang harganya less 25%..

tugas2 kami:-

yanie = buat air oren+mangga, Nescafe panas n teh o panas
intan = buat sandwich telur, telur goreng & salad buah+kobes warna purple
arra = beli ayam goreng K******* & buat sambal kicap tuk dimakan ngan mihun goreng aku!
anis = menggoreng mihun goreng cina sampai sedap! (terima kasih kat ibu kerana bagi pinjam dapur gazz..)

terima kasih kepada kawan2 kami yang datang ke our openroom.. kami happy dapat jamu korang seme..

haida nordin


Tersebut lah kisah satu malam, aku dapat dua sms masing2 satu daripada sarahida n ayu, menjemput aku ke kenduri kahwin haida.. aku terus agree nak ikut dorang sbb dah lama aku tak jumpa ngan si haida since kami form 3 setelah dia berpindah ke sekolah lain..


haida,seorang kawan lama yang aku kurang rapat but kami ada persamaan, iaitu suka borak n borak.. tahniah n semoga bergembira sokmo!

Monday, October 22, 2007

gg Ger 22

berlalulah sudah ramadhan, setelah sebulan berpuasa..

dekat2 nak masuk bulan puasa tahun ni, tetibe je aku dapat satu idea tuk berbuka puasa ngan orang yang berlainan setiap hari (exception to my rumates n my parents).. untuk tidak menyusahkan diorang dengan kehadiran tetamu yang tak malu tawar diri tuk buka posa sama ngan dorang, maka aku pesan kat dorang agar jangan sediakan sebarang juadah berbuka untuk aku..biar aku sediakan sendiri juadah aku..

target orang yang aku ingin berbuka sama2 adalah kawan2 yang dah nak grad dr *** @ pernah rapat @ rapat gile ngan aku.. biasanya aku yang akan pergi bilik diorang..

alhamdulillah, daripada 100, aku rate diri aku 90. aku berjaya buka posa ngan orang yang berlainan, setiap hari.. semua ni gara2 Dina.. secara tak sengaja dan tanpa dirancang, aku berbuka sama ngan dia sebanyak 3kali!

- special teman aku waktu berbuka ialah becky.. aku sendiri pun tak sangka kami ada peluang tuk berbuka bersama lantaran jarak yang jauh di antara kami..
- restoran yang baru dikenali dalam bulan puasa; oldtown.


Thursday, October 04, 2007

junta berjuta lemon 041007


together we strive for a better excellent.. =)
-msg balas dari seorang teman selepas aku wish all da best kat dia pagi tadi..

x pelah yg xtra tu akak buat beli prepaid. Kira duit raya la tu deh. Tq so much =)
-yeay!aku dapat duit raya dari seorang adik aliah yang manje nak mampus!

eh anis.aku pakai tai yg ko beli la utk pg sek.huhuhu.teringat aku kat AKHI
-mmg aku yang beli tai tu, tapi guna duit S-Dev (on behalf akhi)..

Salam..wey,mu tau x nis.aku memg suka r bc blog mu..x mis stiap bln.smoga blog mu akn lebih ceria lg deh..adios
-msg dari teman yang berada di Kuantan.. mcm ni la nory yang always keep in touch even ktorg jarang jumpe!


sejambak TAHNIAH:-

- kepada hazami yang telah sebulan melahirkan Wan Qisti Alwafa
- kepada ida yang bakal menambah bilangan anak aku!

Wednesday, October 03, 2007

di ambang kenyang.. 031007

satu hari merdeka yang ke 50 bagi negara malaysia, anis telah ikut arra balik ke kampungnya dekat ngan kapar, klang selangor darul ehsan keranaada kenduri arwah kecil2an anjuran mak ciknya..

oleh kerana mereka berketurunan jawa, maka makanan yang disediakan bertema jawa, iaitu Nasi Ambang.. nasi ambang ialah campuran nasi+lauk+sayur+macam2 lagi yang dibubuh dalam dulang..
after habis majlis, para hadirin(biasanya lelaki) akan bahagikan makanan dalam dulang kepada 5 atau 6 bahagian.. kemudian dibubuh dalam plastik n dibawa balik ke rumah masing2 untuk dimakan dan dilahap bersama2 ahli kelurga yang lain..

ni rupa nasi dalam dulang tersebut, sebelum diusik..


setelah semua hadirin telah pulang ke rumah sambil membawa bekalan masing2, terdapat satu lagi nasi ambang dalam dulang yang belum diusik.. tetiba, ada suara berbisik ke telinga anis, "cikanis, jom kita makan nasi dalam dulang tu.." anis pun jawab, "jom. tapi u ajak la orang lain makan bersama kita.. baru syok dan meriah!"

ni gambar semasa sedang makan..



sejumlah sepuluh (10) orang yang makan nasi dari dalam dulang tersebut.. tapi, Ya Allah.. nasi tersebut macam tidak diusik n tidak luak.. banyak nak mapus! hasrat untuk menghabiskan nasi tersebut tidak berjaya kerana kami semua dah kenyang tahap dewa kenyang di kayangan!

di bawah ni disertakan gambar nasi ambang selepas kami decide nak berhenti makan sebelum kenyang yang amat..

banyak giler yang lebih.. memang membazir.. tapi apa kan daya, kami memang tak mampu nak habiskan nasi tersebut.. tapi, alhamdulillah, ada sorang akak yang sedang sarat mengandung menawarkan dirinya untuk bawa balik nasi yang lebih tersebut untuk anak2nya di rumah..

cadangan aku:

- xyah la bubuh nasi dalam kuantiti yang banyak dalam satu2 dulang.. cukup la dengan kuantiti untuk dimakan oleh 5 @ 6 orang ..Ya Somad!

dobby 021007

dah lama aku cari kasut yang sesuai untuk dibeli.. and, awal september baru2 ni, aku beli sepasang kasut hitam yang bertutup penuh.. kat kedai tu jugak aku pakai kasut baru tu n kasut lama feveret aku terus disimpan rapi dalam kotak kasut baru tersebut..

jeng jeng jeng.. pada waktu maghrib hari yang sama, semasa tengah tunggu feeder bus ke *** kat terminal putra, tetiba hujan turun dengan lebatnya.. and, bila sampai kat mahallah aku pun, hujan masih lagi syok turun dengan banyaknya dan mencurah-curah..

oleh kerana malas nak lalu jalan jauh yang berbumbung, aku dengan hati yang sedang kacau dan keliru amek pilihan tuk lalu jalan alternatif yang lebih dekat tetapi tidak berbumbung.. keputusannya, aku basah kuyup disimbah air hujan dan kasut yang aku baru beli tu penuh dengan air hujan yang membawa rahmat kepada sekalian makhluk Allah..

esoknya, aku pakai lagi kasut tersebut.. sampai je ke destinasi cinta siti nurhaliza, aku terkejut tahap dewa bila tengok kasut aku yang tadi 'masam' dah bertukar wajah menjadi 'senyum' dan reben yang melekat di kasut kiri telah menghilangkan diri.. masa tu, Tuhan je tahu betapa menyampahnya aku kat kasut tersebut.. baru je beli semalam, hari esoknya dah buat hal!

maka, selepas balik dari destinasi tersebut, aku decide nak gi satu kedai tuk beli kasut baru (juga berwarna hitam dan bertutup penuh!) walaupun aku akan kehabisan duit, tapi aku tak kira! aku nak puaskan hati aku yang geram ni.. puas dengan nafsu serakah tuk ganti kasut yang dah kereppot..

hari ini, kasut lama kereppot tersebut aku still lagi pakai, masih lagi bertitle kasut feveret aku walaupun dah merekah sana sini dan hidup segan mati tak mahu.. kasut 'senyum' tu plak, sedang tersadai kat luar bilik aku n kasut yang baru dibeli tu aku pakai bila perlu sahaja sbb aku suka pakai kasut kereppot feveretku..!


sekian cerite tentang tiga pasang kasut hitam bersaiz ronaldo..

Sunday, September 23, 2007

happee fizah

yer.. hari ni besday kawan baik aku masa sekolah menengah dulu.. alhamdulillah, aku masih lagi ingat birthdate dia.. tapi aku belum wish lagi kat die.. mebi after dis..

well, sempena bulan puasa ni, aku dapat banyak SMS ucap selamat berpuasa.. dan banyak jugak yang aku hantar kat orang.. terima kasih kat i***n yang berkongsi $ ngan aku! so that, leh la aku reply n hantar SMS kat orang!

6017***7332 telah berkongsi RM5 kepada akaun anda melalui Share-a-Top Up. Rec#15105470. Baki: RM*.28. Tarikh luput: 17.09.2007.

antara SMS yang aku dapat sempena Ramadhan and aku blum delete dalam my inbox..

-Tq Anis. Selamat bpuasa gak. Wah, seluruh m'sia sambut b'day shah. Tp dia sendiri kerja kot. :-)
(SMS sempena Ramdhan yang aku paling suke! Tak diciplak n khas untuk aku sahaja..)

-May God give u a RAINBOW 4 evry STORM,a SMILE 4 evry TEAR,a BLESSING 4 each TRIAL, a SWEET SONG 4 evry SIGH, an ANSWER 4 evry PRAYER.. Salam ramadhan..
(walaupun SMS ni kemungkinan difoward kepada orang laih jugak, tapi aku suke ngan wish yang disampaikan..)


lastly, nak wish korang.. SELAMAT BERPUASA tahun ni, 1428H..

23-09-2007, 0128


huagrh.. ngantuknyer.. and, aku sendiri pun pelik.. biasanya at this time, aku dah tdo..
alkisah tersebut lah kisah.. aku selalu tengok dalam movie kanak2, before tido ade je sessi bercerita @ nyanyi lagu dodoi oleh parents or guardian kepada kanak-kanak tersebut..
jom kita nyanyi lagu di bawah sambail imbas kembali nostalgia zaman miro attack, ultraman taro, satria baju hitam dll.. if tak tau rentak, leh reka sendiri sbb aku sendiri pun tak tau....

LAGU KANAK-KANAK RIANG

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Dah pandai baca kitab
-aku biasa dengar lagu ni

Cak cekur dan gamit
mintak cekur beri kunyit
--fisrt time dengar bila one of my rumates nyanyi kat ktorg bertiga,in our mansion

Tun tun nukut
Nukut dalam cupak
Mana tikus mondok
Menyorok bawah ketiak

Tun tun nukut
Nukut dalam cupak
Mana tiku mondok
Menyorok celah kelangkang
--- langsung tak pernah dengar

Tak teh kayu api
Sudah letih jalan lagi..
---- yang ni pun tak pernah dengar.. tapi kalau dah letih tu, rehat je lah!

Wednesday, September 12, 2007

beradon

satu petang, kdt aku tinggal RM0.05 jer.. and cukup2 untuk SMS abang man tuk tanya satu soalan yang memerlukan jawapan segera darinya..
tetiba, 2jam after that, aku dapat msg dari Hotlink yang boleh dibaca sebagai,,

01297**919 has been sucessfully top up with RM* on 01-09-2007 at 06:27PM. Ref No:279721813. Call-me Bonus.1st in Malaysia. Free SMS when you answer calls.
Sender: Hotlink
Sent: 18:27:44 01-09-2007


di sini, aku nak ucap terima kasih kat orang yang telah top up kan aku secara misteri tersebut.. until today aku tak tau sape orang tersebut, tapi aku doa kan dia dimurahkan rezeki yang halal selama tujuh keturunan..

additional info: ada sorang makhluk Allah pernah top up kan kawannya secara misteri jugak.. and until today kawannya tak tahu bahawa nilai top up tu datang dari makhluk Allah tersebut..

Wednesday, August 29, 2007

tepuk2 terima kasih..

minggu ni, aku dapat dua SMS terima kasih yang aku rasa seronak sbb dapat tolong dorang secara tak lansung... Masing2 satu daripada Hazami n Intan..

Nis,tx..pas u dtg,rzki i murah.i da blh mkn n tbe2 i selere nk mkn 2 mkn ni,alhmdlh..pg td i mkn 2kpg r.canai!ni i t'bgn sbb nk mkn bubur hfz wat td..k,nyte!:-D
Sender:
Hazami 2511 +6012***1631
2.29am 27/08/2007

*hazami mengalami masalah tiada selera nak makan lantaran kesihatan beliau yang tidak bagus, lalu aku buat kunjungan mahabbah ke rumahnya last saturday (25/08/07) sementara masih ada kesempatan..

Tq cik anis!if it not ur brilliant idea suh tulis no hp dan bukannya no matrik, i may be hilang my pencil case..i tertinggal kat kelas,then ada orang hantar ke lawsoc.orang lawsoc msg i suh amek pencil case kat sana..ok,good luch test!mmuah..
Sender:
Rumee Intan +6017***7332
11.10am, 29/08/2007
*sms intan ni aku edit untuk memudahkan urusan pemahaman tatabahasa

dalam kesedihan dan kemuraman, tentu ada sesuatu yang akan tolong kita jadi ceria seperti selalu!hidup tak selalu indah dan juga tak selalu teruk..

bertarikh pada 29 haribulan Ogos 2007

noor hidayah aziz@mohamed




ida..18&19/08/07

kami mula ketika pertengahan form 3.. satu kelas n satu gang.. tapi before that ida cukup benci kat aku sbb pernah 'sound' dia dengan cara yang kasar..

fakta kami:
1)year 2001.. dalam seminggu, aku mesti balik ke rumah ida after tusyen kat TADRIB (atas sbb tertentu), naik motor, ida duk depan, aku duk blakang sbb aku tak reti bawa moto
2)orang first yang ajar aku bawa moto ada clutch n create email, hotmail. (aku dah lupa username aku yang pertama tu!)
3)aku panggil Ayoh n Umi kat parents dia
4)kami akan jadi gila2 bila berjumpa
5)dia rajin menghafal tapi tak suka matematik, aku tak suka hafal n suka math..
6)selepas Marhamah, ida adalah kawan yang parents aku percaya
7)parents dia pernah nasihat dia agar dressing macam aku!

I LOVE YOU IDA!

Monday, August 27, 2007

nanny mc'phee

..penat..sedih..kecewa..marah..bingung..

lima perkata di atas menggambarkan perasaan seorang wirawati dalam kisah dongeng yang tak direka cipta, ada kaitan dengan yang hidup dan tiada kaitan dengan yang telah meninggal dunia..

yer.. wirawati tersebut penat menahan air mata yang tidak henti2 keluar.. sedih dengan apa yang berlaku.. kecewa harapan yang menggunung tidak kesampaian.. marah dengan apa yang dirasakan tidak patut berlaku.. bingung dengan salah faham yang berlambak2..
tapi.. tapi dan tapi..
baginya, tiada siapa yang boleh dipersalahkan.. semua ketentuan Tuhan dan percaturan dariNya.. walau perut yang kosong tidak terasa lapar, hidup mesti diteruskan.. walau tido tidak lena, hidup harus dinikmati..

ape kesudahan kisah dongeng ni, korang reka sendiri.. aku pun tak tau ape ending dia..
270807

tapai goreng

-satu petang, arra n intan nak gi makan rojak kat taman melawati.. then aku pesan tlg blikan cendol+tapai(if any)..
-stengah jam kemudian, arra kol.. katenya tapai ada.. rm2.50 satu.. so nak ke tak? tanpa pk panjang, aku ckp bli je la..
-bla dorang dah sampai blik, bertapa terkejutnya aku sbb tapai yang disangka sedikit rupanya banyak.. ku sangka harga cendol+tapai=rm2.50.. rupenya rm2.50 tu tapai semata2..
-mak ai.. mcm mana aku nak makan tapai 'mentah' ni? dalam bilik tu, dua orang je yang makan tapai, tapi tak mungkin kami berdua dapat habiskan.. then aku dapat idea tuk gorang tapai tersebut.. tapi nak goreng tapai mesti la kena ada tepung macam tepung tuk goreng pisang.. maka aku pegi la bodek akak kat cafe nusaibah, nak 'beli' tepung dia sket.. dia ckp ok, tapi akak tak leh goreng skrg sbb bz giler.. then aku suh dia goreng esok je..
-esoknya, aku gi cafe lagi skali.. akak tu suh amek tapai aku yang dia simpan dalam peti ais dorang petang semalam.. cari punya cari, lama la jugak.. tapi tak jumpa.. aku pun tanya akak indon yang kerja kat situ, ada nampak tak tapai dalam plastik putih? dgn slumber dia jawab, aku dah buang!..
-oh, dah kena buang rupanya.. tak de rezeki nak makan tapai ubi kayu..
--nota: tapai yang dimaksudkan adalah tapai ubi kayu.. ubi kayu dalam bahasa inggeris = TAPIOCA (ta pi yo ka)

Tuesday, August 14, 2007

flip flop poppy

hey poppy!

pada suatu hari sabtu, aku n akma yang tido kat bilik aku cukup malas nak bangun awal pagi.. kira2 jam 8.15 pagi, dapat msg dari dina, katenye on the way ke mahallah nusaibah, nak amek kami tuk gi KKB (malam sebellum tu dina dah bagitau yang dia akan datang amek kitaorang at 8am).. mula la aku n akma menjerit serentak kerana kami berdua belum mandi n baju pun tak iron lagi.. agak lama kami fikir, either nak ikut dina ke KKB or not.. setelah beberapa sessi berbalas sms antara dina n akma, kami decide nak ikut dina gi KKB, tu pun setelah dina 'paksa' kami.. dia sanggup panjat tangga bilik aku semata2 tuk iron baju kami, so that tak la lama sangat masa yang diambil oleh roha, suhaila n mizi menunggu kami dalam kereta sofy kat car park nusaibah.. hehe.. kira2 kul 9.15am baru kami bertolak gi KKB.

al-kisahnya, pada jam 0800 pada pagi yang sama, aku suggest kat akma satu game.. game ni ala2 judi gak la, diperkenalkan my lovely rumate.. permainan tersebut adalah begini :- kami akan sebut flip / flop secara serentak, and if kami sebut perkataan yang sama, kami akan ikut dina gi KKB and vice versa.. tapi, cadangan aku tu ditolak mentah2 oleh akma.. katenye tak baik memperjudikan pelawaan dina yang amat ikhlas tersebut..

apa2 pun.. aku nak bagitau korang 7 perkara:-

1)tak rugi aku ikut dina gi rumah keluarga angkat dia kat KKB, dapat makan buah pulasan dengan banyaknya, dapat mandi kat anak sungai and dapat makan durian tepi anak sungai..
2)aku sempat jahit manik kat tudung biru aku semasa dalam perjalanan ke KKB..
3)aku, akma, mizi n roha main game flip flop secara suke2 semasa dalam kete menuju ke anak sungai n kami makan lunch 2kali dalam masa tak sampai sejam!
4)KKB bermaksud kuala kubu baru
5)dengan slumbernya aku panggil ibu dan abah kat parents dina even dorang bahasakan dia dorang as mak cik n pak cik..
6)kawasan air terjun / seumpamanya i.e. anak sungai bagus untuk menyahkan sisa2 toksin dalam badan seseorang.. (fakta berdasarkan kinohimitsu)
7)aku mandi sungai pakai baju kurung!!!

JUDIcial precedent

ceritalah lagi.. aku nak share ngan u all satu benda yang aku selalu buat bila aku terpaksa pilih sesuatu daripada banyak2 benda.. biasanya aku akan tulis perkara tersebut atas cebisan kertas, kemudian aku lipat and then aku akan lambung sambil baca mentera n lastly aku akan pilih lipatan yang paling kanan.. maka, dengan izin Allah, benda yang tertulis kat lipatan kertas yang aku pilih lah yang akan aku buat..

sakni, dalam kelas tutorial, aku langsung tak fokus n tak paham apa yang kawan aku sedang present.. mula la fikiran aku melayang-layang bak burung layang2.. tiba2, aku terfikir, patutkan aku teruskan usaha aku untuk _________ _____? (aku tak tau apa perkataan sesuai kat tempat kosong tersebut.. korang reka sendiri lah..) aku pernah tanya kawan2 pasal hal ni, n jawapan yang aku terima adalah; ada yang suruh aku teruskan, ada yang suh aku tinggalkan dan ada gak yang suh aku buat solat istikarah..

so, melayan fikiran aku yang melayang dalam kelas tutorial sebentar tadi, aku pun koyak dua (2) cebis kertas n tandakan "tick" dan pangkah setiap satu, kemudian aku lipat kecil2 (sambil2 tu aku berkata kat diri sendiri, jika aku dapat tanda "tick" lebih banyak dari pangkah, maka aku akan teruskan dengan usaha aku tu walaupun kadang2 aku rasa usaha tersebut tak memberi sebarang hasil..) selepas beberapa minit, aku lambung dan amek kertas tersebut sebanyak 10 kali.. hasilnya, aku dapat 8 kali tanda "tick" dan 2 kali tanda pangkah.. hoh hoh hoh.. wallahu'alam..

fakta: aku suka lipat rough paper yang ada kat tangan aku until dah tak leh lipat lagi dah, sbb tebal sangat..


bertarikh pada 14 haribulan ogos 2007

Monday, August 13, 2007

10.08.07


alhamdulillah, setelah hampir enam (6) tahun kami tamat belajar di MMP, akhirnya hasrat seorang classmate aku tuk buat reunion berjaya dijalankan kat econs cafe.. tapi, kenapa econs cafe dan bukan di tempat lain? yer, ini satu pelan jangka masa panjang yang difikir oleh naibah (pen. ketua kelas) 5Akuan1 tahun 2001 tersebut.. sebelum impian untuk mengumpul kesemua 39orang pelajar dalam kelas tersebut dalam satu majlis perjumpaan menjadi kenyataan, beliau terlebih dahulu berusaha untuk kumpul seramai 13orang daripada 39orang rakan2 beliau yang belajar di UIA.. hasilnya, hanya 7orang yang datang and the rest tak dapat datang atas sebab kesihatan, ada perlawanan futsal antara mahallah and terpaksa kerja overtime (even dia sdg bt praktikal, tapi diwajibkan OT..)
terima kasih kepada mc kim, sally, bayani, mc na, kumak n dibah kerana tlg menjayakan majlis perjumpaan mini kita2.. hope to see all of you during the next reunion i.e. in this coming Ramadhan..
special guest: mc da and anis (yuhanis) dari kelas 5Akaun2 tahun 2001..
warna tema: purple/pink
tiada dalam gambar: anis diana

Wednesday, August 08, 2007

besi buruk pun laku.. 080807

wah.. sudah lama tidak menulis di ruangan yang bebas tuk besuara ni..

semalam terjumpa seorang teman.. katanye beliau ada memiliki sebuah myvi silver! baru je diambil dari kampung.. wahai teman, ketahui lah kamu bahawa aku mengidamkan myvi merah.. merah bergaya dan garang! hehehe..

seperti yang kite sume tahu, kereta amat sinonim dengan gelaran bini kedua bagi kaum suami yang mempunyai sorang bini.. (tapi kalau orang tu ada lbh dari satu bini, aku tak la kereta tu jadi bini ke berapa..) siang malam masa dihabiskan dengan kereta.. basuh kereta setiap hari pun sanggup.. duit banyak dihabiskan untuk menyolek kereta.. sumernye beres asalkan hati puas! tu al-kisah lelaki dengan kereta. tapi pula pula kisah wanita dan kereta.. oh.. tak dapat nak dinafikan, sesetengah wanita hanya reti bawa kereta ke hulu dan ke hilir, tetapi jika ditanya pasal kebajikkan kereta tersebut, sah2 mereka akan jawab tidak tahu.. sedar2 kereta tak leh dihidupkan.. bila cek ape yang patut, rupanya air bateri dah kurang dari tahap minimum.. huhu.. tu baru air bateri, tak masuk lagi bab minyak hitam n minyak brek or air tangki!!

wahai wanita, sama2 lah kita belajar untuk menjaga kebajikan "besi".. jangan tahu nak bawa aje!
jika ada peluang, aku nak buat praktikal tukar tayar kereta n tukar minyak hitam!

Tuesday, July 17, 2007

07.07.07

upload khas buat oyen.. gambar aliah + faizul





tahniah aliah..walaupun agak sedih+nangis sebelum akad nikah atas sebab2 yang dirahsiakan, but i know you are happy dik! semoga bahagia sokmo.. n, am i still your VIP? heheh..

saper2 nak tgk gambar loyah tunang, ada kat folder December 2006..

bertarikh pada 17 haribulan Julai 2007

Monday, July 16, 2007

roti expired

diary di hujung minggu..

Sabtu, 14/07/07
pergi ke KCN & Co., buat ape yang patut, sangat gembira sbb tugas yang dilakukan berjaya disiapkan, masa nak balik, hujan lebat, tunggu hujan reda kat ground floor wisma methodist, bila hujan reda sket, decide nak redah je hujan tersebut, dayah yang baru turun dari tingkat 5 bersama kak wati bagi pinjam payung, share ngan yb, jalan kaki ke stesen lrt cm, bli tiket bas PDS KL rm4.20 (setelah 'bergaduh' ngan penjual tiket), sejam kemudian, sampai seremban, kak wa amek, lepak2 kat rumah dia, petang teman dia gi guardian. malam, abg man family sampai dari tanjung malim, dia bawa durian+manggis banyak giler, makan ala kadar, tido depan tv atas toto ngan ayuni n anak2 buah after tgk movie night at the museum + ulangan super natural..

Ahad, 15/07/07
pergi rumah mak cik ti kat bandar baru salak tinggi ngan umi, abah, ayuni, abe shah n kak wa, talk heart to heart ngan umi, nothing interesting, abang man hantar balik nusaibah at 10pm, ada sebijik kren tarik kete masuk kawasan nusaibah, rupa2nya ada kerete iswara hitam (if i not mistaken) telah 'panjat' divider yang memisahkan longkang dalam dan jalan bertar, kete tersebut terpaksa ditarik oleh kren warna kuning tu, aku naik ke bilik kat level 4, letak barang, pastu gi bilik dil kat blok F, amek barang, dia hantar aku sampai ke bilik kat blok D, kemas bilik, take a cool shower with intan, tido dengan selimut biru yang best..

moral: baca lah doa naik kenderaan dan selawat ke atas Rasul junjungan before memulakan perjalanan, i'allah selamat..
salah sorang daripada rakan sebilik bagitau aku bahawasannya terdapat satu kemalangan yang melibatkan kereta waja di depan kulliyyah ekonomi n kereta tersebut terbalik..

nasihat: jangan kena hujan yang berlebihan, tak baik untuk kesihatan, kan dah dapat selesema!

jom belajar..

SEMESTER I 2007/2008 SESSION

LECTURES :
09/07/2007 (Monday) - 02/09/2007 (Sunday) 8 weeks

BREAK:
03/09/2007 (Monday) - 05/09/2007 (Wednesday) 3 days

LECTURES :
06/09/2007 (Thursday) - 10/10/2007 (Wednesday) 5weeks

'EIDUL FITR BREAK :
11/10/2007 (Thursday) - 17/10/2007 (Wednesday) 1 week

LECTURES :
18/10/2007 (Thursday) - 24/10/2007 (Wednesday) 1 week

REVISION PERIOD :
25/10/2007 (Thursday) - 28/10/2007 (Sunday) 4 days

EXAMINATION PERIOD :
29/10/2007 (Monday) - 13/11/2007 (Tuesday) 2 weeks 2days

INTER SEMESTER VACATION :
14/11/2007 (Wednesday) - 02/12/2007(Sunday) 2 weeks 5days

NOTES :
National Day August 31, 2007 Friday
Nuzul Qur'an September 29,2007 Saturday
'Eid Ul-Fitr October 13-14, 2007 Saturday - Sunday
Deepavali : Nov 08,2007 Thursday

Tentative Date for IIUM 23rd Convocation August 25 - 27, 2007 Saturday – Monday

School Holidays: August 18-26, 2007 Saturday-SundaySchool Holidays: November 17,2007-January02, 2008 Saturday-Sunday
dated this 16 day of July 2007, at 1:59pm

Friday, July 13, 2007

air mata kucing garfield v senyum seindah suria



D4.4.. yeay! new room but old roomates! Alhamdulillah, aku dapat balik my old rumates setelah naik turun mahkamah office nusaibah.. bukan senang nak dapat rumate yang fun and chill! and, for the first time aku dapat compartment yang luas, aka compartment D.. pasni leh la aku ajak 2/3 orang kawan2 skoting kat my compartment.. jom!



"Rahsia bilik tau..!"
kata2 ni selalu diucap oleh salah sorang rakan sebilik kepada si Botak Black..
kemudian, dalam satu majlis perjumpaan *******s baru2 ni, si Botak Black telah menyampaikan hasrat hati dia untuk menarik diri dari barisan utama pejuang yang berjihad ke arah kebajikan kepada rakan seperjuangan.. dan setahu aku, bukan senang bagi si Botak Black tu nak buat keputusan tersebut, tak sanggup untuk meninggalkan rakan sejihad yang lain di kala keadaan memerlukan bahu untuk memikul segala macam benda.. tapi i'Allah, si Botak Black tu akan sentiasa menghulurkan bantuan di saat memerlukan dan menjadi tulang rusuk kepada barisan yang masih gagah berjuang.. di akhir perjumpaan tersebut, majlis telah bersetuju bahawa perkara menarik diri itu hanya akan diperkatakan dalam majlis perjumpaan *******s sahaja.. we'll see whether it works or not..

"Jangan kecewakan harapan orang"
kata2 ni plak pernah dipesan oleh FIZ kat temannya.. maka, secara tak langsung, mulai dari saat itu teman tersebut terus 'mengamalkan' motto si FIZ tu.. mungkin dia tahu bagaimana perasaan orang yang harapannya dikecewakan.. tapi, jangan plak asyik berharap kat orang.. diri sendiri pun kena usaha jugak.. selagi berdaya dan mampu, go ahead! balajar berdikari..

"Ikut rentak orang jika seseorang itu tidak dapat ikut rentak kita"
rasanya itulah nasihat terbaik yang dapat diberikan kepada seseorang.. jika rasa diri kita tidak masuk atau ngam ngan seseorang, tetapi kita kena atau terpaksa berhadapan atau bersama orang tersebut, maka ikutlah rentak dia.. takkan kedua-dua pihak nak berelemen api, salah sorang mestilah berelemen air.. dan, mungkin satu lumrah atau ketetapan, elemen api sifatnya tegas dan keras manakala elemen air agak lembut dan fragile.. si api akan puas dengan kejayaannya, manakala si air akan memendam apa yang patut.. hehe

"Pinggan tak dingin, nasi tak retak"
tiber aku dapat msg ni malam kelmarin dari si dia.. oleh kerana aku tak mahir dalam ilmu peribahasa, aku tanya la si dia ape maksud peribahasa tu? si dia kata "yang sebenarnya macam ni, yang tadi tu terbalik.." [Pinggan tak retak, nasi tak dingin, oranng tak hendak, kita pun tak hingin..] aku agak si dia berada dalam situasi murung dan berdukacita.. wahai si dia, semoga mu cepat2 cure dari segala jenis problem yang tak best.. if u got a problem, it's also mine.. cheer up fren!

"curah air ke daun keladi"
masa kecik2 dulu, kat kampung, ada banyak pokok keladi yang tumbuh liar dalam parit depan rumah usang milik bapak ku.. masa sekolah, cikgu ajar peribahasa yang berkaitan dengan daun keladi iaitu bagai mencurah air ke duan keladi.. maksudnya usaha / perkara yang dibuat tidak memberi hasil.. dah tahu daun keladi tu bukan agen penampung air, ko curah jugak air ke atasnya.. dah tahu ko takkan dapat, ko mintak jugak.. dah tahu ko akan gagal kalau tak usaha, ko main2 dan tak serius.. lebih kurang camtu lah maksud dia..


Dated this 13 day of July 2007


Happy 1st Birthday to CCD! thanks to Umar kerana telah melahirkan CCD di lab AIKOL pada 13 julai 2006.. ada bersama, saudara rentaka..

Wednesday, July 04, 2007

Proclamation of Sale, 040707

-yang seronok..
dah dua kali makan nasi free, sempena Taaruf Week.. dina (komiti catering) simpankan nasi yang lebih utk aku n kawan2 dia yang lain.. semoga rezeki aku sentiasa murah!
wajah blog aku kembali kepada wajah asal setelah aku terbuat plastic surgery kat CCD baru2 ni..

-yang baik..
cgpa aku naik sedikit walaupun tak capai target yang aku nak.. still lagi dalam golongan orang yang kurang bijak dan pandai.. terus aku rasa bersalah ngan umi..

-yang tak best..
kena taip 3 surat on behalf our klient yang bernama Dennis C*** S*** V**, gila nak mati.. pening macam nak marah2 sume orang yang ada sekeliling aku.. dia punya salinan karbon punya la banyak.. sampai 8orang!
dah la tulisan bos aku tu macam tuuuuuutt.. bila gi tanya satu2nya clerk yang paham tulisan bos kami, akak tu 'paksa' aku minum sirap yang dia baru beli.. lagi tak best bila aku tak berjaya buka penutup bekas kordial tu.. bila dah boleh bukak dgn pertolongan kak wati, akak tu bagi aku can opener pulak dah n suh aku amek+bukak laici dalam tin kat dalam peti ais.. maksudnya, dia suh aku buat air sirap+laici sejuk tuk semua orang yang ada kat office.. overall, jika semalam tangan aku sakit+pedih+kemerah2an sbb bukak+ikat balik ikatan fail dalam stor, tapi it's better than today, kepala berserabut lagi teruk ma..

Tuesday, July 03, 2007

don't be too nice

kadang2 betul gak kata2 yang tertulis "don't be too nice" yang tertulis kat soft board bilik INAA.. ada sesetengah orang(maknanya tak semua orang), bila kita buat baik, dia balas sebaliknya.. my fren, andy(bukan nama sebenar) contohnya.. satu hari dia offer digital kameranya kepada si M, untuk dipinjam selama 4hari pogram, so hari kelima, dia tanya si M tu melalui SMS, kat sape kamera dia skrg? jawapan si M adalah, MasyaAllah, kemera tu ada ngan U**, saya dah suh di hantar kat a***, tapi dia lupa n skrg dia otw balik JB.. hari ahad (7hari hari selepas hari kelima) ni baru dia balik KL.. masa tu, hanya tuhan jer yang tau bertapa geram dan kecewanya si andy dengan si M dan si U**.. lagi membuatkan si andy sedih ialah, dia nak gi wedding kawan baik dia, maka xleh nak ambil gambar kawan kawen dengan kemera sendiri.. nak guna kamera orang, al-maklum sendiri la, susah nak dapatkan copy gambar daripada orang..

nasihat anis: hanya Allah yang mampu balas budi baik mu.. jangan serik.. n i know you andy, u memang baik n banyak benda baik yang u buat kat orang, tapi orang2 tersebut tak reti nak hargai.. kan?



ha.. ni nak habaq sket.. semalam, masa kat office KCN, i got a SMS from arra, suh pergi TS sbb ada orang nak blanje dia+3orang kawannya makan HCB sbb dia berjaya capai target dalam bisnes yang dia baru berjinak pinak.. so, i'm da lucky one among her frens(tapi sebenarnya aku replace orang).. ni kali kedua aku makan kat HCB, first time pergi pun orang belanja gak.. tapi overall, 2nd time lagi bagus sbb makanan yang dorang serve is better than my 1st time.. dulu, aku gi berdua, tapi semalam almost 30peoples join that dinner.. most of them are chinese and using english language as medium of their communication.. overall, nice to meet you Tom, Angel (they are H&W), Joanna and Normah.. you guys memang best!

doa anis: terima kasih kepada Najib dan Tom Wong+Angel Cheng sbb belanja aku makan HCB.. kenyang sampai term****h ..!! semoga korang belanja aku lagi lain kali.. hahaha..



gambar: jom makan tempat lain lak!!

Friday, June 29, 2007

u la la


semalam, tanpa sedar apa yang aku dah buat atau utarakan, aku telah buat major mistake.. selepas beberapa patah percakapan dan sms dengan orang yang aku buat salah tersebut, mebi aku dah tau ape silap aku.. tapi thing become worse sbb aku tak tau ape yang perlu aku buat.. kalau boleh aku tak nak benda yang tak best tu berlaku.. dan,ini semuanya gara2 satu SMS, [T*** *** ** *** ** aku meluat tgk muke ko.] yang aku terima pada petang yang hampeh tersebut [on 28jun2007, at 18:34:12..] terima kasih sbb berterus terang, so maybe after this aku kena cover muka aku agar dia tak meluat dan terseksa tengok wajah aku yang kaya dengan jerawat dan hitam bak diconteng arang ni..

tiber aku tringat kat D**.. dlu dia selalu datang bilik aku,crita segala masalah dia ngan her bestfren, R***.. aku hanya mampu mendengar sbb aku tau D** sayang kat bestfren dia tu walau ape pun masalah dorang.. D** gak selalu berdoa agar Allah perelokkan akhlak dia n selalu pesan kat aku, "cakaplah yang benar walaupun pahit.."

hari ni, aku sengaja gi lambat ke office! sempat lagi aku lap2 kete warna hitam sambil basuh cermin depan kete tersebut(cermin depan mesti clear, baru la bergaya bila bawa kete buruk!).. walhal at that time jam tunjuk kul 9.45pagi.. but, b4 that aku msg my big boss, inform pasal kelewatan ku itu..

Dalam tren odw pergi CM, lagu di bawah terngiang2 di telinga aku.. macam best gak lirik dia.. jom baca(nak nyanyi pun tak per)..

Dikaulah kejora yang menerangi hatiku kala sepi
Termenungku sendiri
Maafkanlah sekiranya
Kesilapan ku yang dulu
Menyentuh kalbumu


gambar: aku curik dari cpu arra yang sedang skoting kat bilik aku.. ada betul dan ada salahnya kata2 yang terpampang di gambar tersebut..

doa: semoga Allah perelokkan akhlak ku jugak.. dan tak de orang yang akan tersinggung dengan post ni, ameen..

moral: jgn cakap banyak, nanti banyak salah dan silapnya..

..KEPADA SEMUA ORANG, POHON AMPUN DAN MAAF SEPERTI YANG DIPOHON..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Friday, June 22, 2007

bunga-bunga citra cinta


selama tiga hari, DRB Hicom akan berkampung di UIA.. memang besar program yang dorang anjurkan ni.. melibatkan peserta seramai 7,000 orang.. serba sedikit mengenai DRB Hicom:-

"DRB-HICOM is one of Malaysia's leading corporations, playing an integral role in the nation's road to industrialisation.

DRB-HICOM maintains a strong position in the Automotive Manufacturing, Assembly and Distribution industry through its involvement in passenger cars and four wheel drive vehicles market segment, the national truck project and the national motorcycle project; among others.

Besides Automotive, the Group's core business focuses are also in Services, Property & Infrastructure and Defence sectors."

kata2 ni aku ciplak dari laman web di jer.. oo.. patut la buat carnival besar2an! rupanya2 buat bisnes kereta..

DATED THIS 22 DAY OF JUNE 2007

gambar: tak de kaitan ngan DRB Hicom.. serius, bunga2 tersebut diimport dari holland dan china..

Thursday, June 21, 2007

terasing di bumi sendiri

tiber.. tajuk ni memang kena ngan situasi aku sekarang.. aku rasa terasing apabila pada kebiasaannya tempat ni hanya untuk perempuan sahaja, akan tetapi sejak kebelakangan ini suasana tempat ini telah berubah kerana majoriti pengunjungnya adalah lelaki.. dah lah tu, mamat2 negro lak tu..

btw, hidup aku sebagai attachment student hari ni agak bosan pada awalnya.. masuk je ofis, aku offer diri tuk basuh akuarium yang ada beberapa ekor ikan berwarna emas kat conference room.. selesai misi mahkamah yang mulia tersebut, aku bagitau kak watie yang aku tak nak basuh dah akuarium tersebut after this.. penat nak mati + aku tak minat ngan hal2 kebajikan haiwan ni..

petang; mr. koo panggil aku, suh buat 2 kopi.. then aku gi bilik dia, tanya nak 'copy' aper? he replied; ala anak ini.. 2 cawan kopi la.. bukan 2copy!
20min before balik, mr.koo suh aku buat 2 surat.. tensyennye tuhan je yang tau.. dah la ofis ada sindrom blackout after 6pm.. lagi la menguji kesabaran aku n dayah.. kat luar office kilat tangah bersabung ayam.. as usual, mk.koo offer aku tumpang rolls royce aka mercedes dia hingga ke stesen lrt CM.. alhamdulillah.. tak la aku kena panah dek kilat n basah bak ayam dek hujan..

malam; feeder bus yang aku naik mati kat depan mahallah asma'.. sah2 aku dan penumpang2 lain kena jalan kaki balik ke mahallah masing2.. sebaik dia tak mati kat karak highway.. lagi naye ma..

ingat: sabar itu separuh daripada iman kita

last but not least, kindly acknowledge the said documents..

Tuesday, June 19, 2007

komen dari adik2 mantap

komen dari adik2 akhi seramai 65orang yang menghadiri kem ibadah selama 3hari 2malam di masjid uiam..

kesilapan yang tak boleh diterima: tarikh ditulis sebagai 20 zulhijjah 2007
kelemahan: ada segelintir adik2 yang tak dapat mengeja dan menyusun ayat dengan baik.
kakak glamor: kak mimi+kak azu.. abang glamor: abang hafiz / abang roy+abang ikhwan

ok,have fun with da comments from adik2 kami ni..

ABANG ROY PALING HANDSOM ABANG BUCK NIE TEMBAM AH KAK ANIS CANTIK PAKAI BAJU KURUNG PINK ABANG WADY and ABANG IKHWAN KEMBAR KE KAK ZU BAIK BETULAH ABANG NAJIB SOMBONG AH KAK MIMI LUKISAN KAK MIMI CANTIKLAH ABANG IZI HANDSOM MACAM DAREAMON ABANG DIN POTONGLAH JANGUT MACAM SHIN CHANLAH TERIMA KASIH SEMUA KAKAK ABANG
Tanda Tangan: ZULAIKHA
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK INDAH (DARJAH 6 MAJU)
Tarikh: 20 ZULHIJAH 2007

1) Program ni bestlah juga tapi adalah yang sikit tak best.
2) Sikp abang2 dan kakak2 di sini baik lah juga. Terutama abang Buck dan kak Mawaddah.
3) Saya dapat berkenalan dengan rakan2 dan kakak yang menjadi mentor saya.
4) Dapat ilmu pengetahuan daripada ustaz dan dapat berkenalan dengannya.
5) Dapat mempersembahkan satu persembahan yang sederhana.
Tanda Tangan: (AFIQ)
Sekolah: S.K. Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007

Saya berasa seronok sekali dan saya mendapat tahu tentang ilmu yang menyeronokkan dan saya tak akan melupakan dan menjadi satu kenangan. Saya suka dengan satu aktiviti yang bernama fear factor. Saya suka dengan Abg.Roy kerana handsome dan Kak Syarah kerana comel, serperti baby.
Tanda Tangan: Asiah / sentiasa senyum selalu.
Sekolah: Sekolah Kebangsaan setapak indah
Tarikh: 20 Zulhijjah 2007

Boleh lah, sederhana. Kalau makanan, boleh lah.
Tanda Tangan: Suhaina by. Mohd Samsuddin
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20. Zulhijjah. 2007

ABANG ROY PALING HANDSOME, ABANG BUCK NIE TEMBAM LA. ABANG2 DISINI BAIK2 BELAKA. ABANG IKWAN DAN ABANG WADY KEMBAR KE MUKA SAMA JE. ABANG IZZI MUKA MACAM RUPA DORAEMON. KAK ANIS CANTIK BILA PAKAI BAJU KURUNG BERWARNA APA SAJA-SAJA. ABANG LAN TINGGI SANGAT.
Tanda Tangan: (tandatangan – sayidatul azura)
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK INDAH
Tarikh: 20 MEI 2007.

Saya mendapat banyak ilmu daripada abang2 dan kakak2. Abang2 dan kakak2 disini sungguh baik terhadap saya. Saya berasa selesa apabila tidur di masjid. Saya berasa sungguh gembira sepanjang program ini. Abang Roy sungguh baik terhadap Kumpulan 3.
Tanda Tangan: FARAH SYAKILA BT. MOHD RAZIFF
Sekolah: S.K. SETAPAK INDAH
Tarikh: 20 ZULHIJAH 2007

Saya dapat ilmu daripada kakak dan abang Kak Mawaddah ini baik.
Tanda Tangan: Shahril
Sekolah: Sekolah Kebangsaan BANDABARU

Saya rasa gembira. Masa saya di gulung dalam tikar saya dibuai macam saya dibuai macam bayi. saya rasa seronok apabila melakukan aktiviti ini. Kakak dan abang semua baik. Kakak Azu baik dan peramah. Saya sukakan Aktiviti ini.
Tanda Tangan: (tandatangan)
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU Sentul
Tarikh: 20/5/07

1. Saya rasa genbira.
2. Saya rasa memuaskan.
3. Kakak comel lah. tetapi abang wady suka buat lawak.
Tanda Tangan: hidayah
Sekolah: Sek.keb. Bandar Baru Sentul.
Tarikh: 20.5.2007

Makanan memang sedap dan best. Abang2 di sini sangat baik dan kakak di sini pun cantik dan baik lagi satu kak mimi comel, baik, cantik di LDK 5 saya dapat belajar dan berlakon saya sangat gembira.
Tanda Tangan: (tandatangan yg cun! Tak dapat baca..)
Sekolah: Bandar baru Sentul.
Tarikh: 20.5.2007

Saya amat berminat akan Kem IBADAH AKHI ini, kerana makanan disini memang sedap dan abang-abang, kakak-kakak disini semua baik. Saya memang suka akan kak mimi kerana ia guru yang mengajar dan tidak pernah marah kami.
Tanda Tangan: (tandatangan yg unik! Tak dapat baca..)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul.
Tarikh: 20/5/2007

1. Komen saya tentang disini ialah waktu saya pening kepala. Dapat tidur dalam aircorn. Saya suka LDK sebab best. SAya suka UIAM sebab abang dan kakak baik seperti Abang Roy, kakak Mimi, Abang Wadi sebab mereka tu best sangat dan suka buat lawak. Saya harap saya dapat jumpe lagi mereka.
Tanda Tangan: (NURUL AIN NAQUIAH)
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK Indah
Tarikh: 20/5/2007

Saya sangat seronok apabila berada di lDK1 kerana didalam sangat sejuk. Kakak dan abang disitu sangat baik. Saya berasa macam mahu pergi ke (uiam). Penginapan disini agak memuaskan. Makanan disana Juga memuaskan
Tanda Tangan: (Muzhaffar Syahmi)
Sekolah: Bandar Baru Sentul
Tarikh: 20.5.2007

Seronok. Suka masa pembukaan dan belakon makanan pun sedap. Saya suka abang dan kakak sebab baik. yang paling saya suka kakak fitra, kakak mimi, kak su dan kak nab dan Juga saya suka bermain.yang saya suka juga permainan pop quiz Islam. Fear factor-Factor.
Tanda Tangan: (tandatangan tersendiri! Tak leh baca..)
Sekolah: SKSI
Tarikh: 20/5/2007

Saya dapat ilmu daripada kakak dan abang. Kak Mawaddah ni baik..
Tanda Tangan: (Faiz)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah.
Tarikh:

Saya amat berminat akan seLamat. Saya suka waktu LDK, sebab kami bertaraining berlakon. Saya sangat suka kam ibadah uiam. Saya sukaLDK 1-5 Dam motivasi 1-3 Penutup. Saya suka kak mi dan Din.
Tanda Tangan: Syawal
Sekolah: Sekolak Keban
Tarikh: 20/5/2007

1. Abang dan kakak semua Ada yang garang ada yangbaik.
2. Abang ikwan ini memang best dan kakak mimi best.
3. ketika sembahyang subuh memang best
4. makanan memang tak best.
5. Dan masa makan Abang Ikwan garang.
Tanda Tangan: adila
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bandar baru Sentul.
Tarikh: 20.5.2007

Takda apa nak komen
Tanda Tangan: (tandatangan berbelit! Tak dapat baca..)
Sekolah:
Tarikh: 21 Mei 2007

Saya suka pergi kem ni sebab ramai kawan dekat sini. Saya suka pergi kem ni sebab ada kakak dan abang. Saya suka dekat abang dengan kakak. Saya tahu saya tak dek kakak tapi saya ada kakak dekat UIAM ni. Saya sanggat gembira.
Tanda Tangan: (YASMEEN) aaa
Sekolah: S.K. Bandar Sentul Kuala Lumpur
Tarikh:

1. Komen saya ialah Best sangat la…
2. Komen saya ialah suka sangat Belatih dan Best dengan kakak. Kakak yang saya Suka kak mimi, Nan, Zu, Sara, Azu dengan kak anis.
Tanda Tangan: Haziqah
Sekolah: SKSI
Tarikh: 20/5/2007

Saya rasa best, main explorace tarbawi. Kakak dan abang yang paling best, kakak Mimi dan abang roy. Saya rasa okey la kat sini.
Tanda Tangan: fatin Noorazlina
Sekolah: SK SETAPAK INDAH
Tarikh: 20/5/2007

Best ar dapat belajar jawi dan Main fear factor. Ok ar sampai di sini tak de komen .^_^. Lagi satu Harap2 selepas ini kalau cam akhi mesti lebih seronok. Abang ikhwan seronok ar.
Tanda Tangan: Ruzaini
Sekolah: SKSI
Tarikh: 20/5/2007

Memang best giler. Kakak Mimi baik sangat. Abang2 di sini boleh tahan laah kelakar. Asyik di sini boring tak ada tempat lain, kalau dekat sini tak boleh Jalan-jalan. dekat LDK 5 best. Abang wadi dan din ehsem lah.
Tanda Tangan: (tandatangan warna warni! Susah nak baca..)
Sekolah: Sek. Keb. Bandar Baru Sentul 5100 K.Lumpur
Tarikh: 20.5.2007

1. Saya suka pada waktu senaman 2.
2. Saya dapat pelajaran sesuatu.
3. Saya suka kat kanak-kanak semua.
4. Muka yang garang ialah abg mizi.
5. Saya dapa mengenali lebih ramai kawan-kawan.
Tanda Tangan: (tandatangan ringkas! Tak dapat diterjemah..)
Sekolah: S K Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007

1. menarik
2. bosan dan malu
3. menarik
4. menarik
Tanda Tangan: (tandatangan..)
Sekolah: SKBBS
Tarikh: 20/5/07

Saya amaat gebira kerana Boleh belajar
Tanda Tangan: (tandatangan dia je tau..)
Sekolah: Kebangsaan Bandar Baru Sentul.
Tarikh: 20. MEI. 2007

Saya belajar LDK. Saya rasa seronok belajar di sini. Saya suka belajar dengan kakak dan aban di sini. Saya suka sangat belajar di sini. Saya rasa saya akan datang kesini lagi
Tanda Tangan: Farisha
Sekolah: S.K Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007

(1) Alok mengenai Aurat memang bagus dipelajari
(2) Semua kakak memang baik.
(3) Abang ady selalu mengacau sahaja.
(4) Semua Abang Baik sanga.
(5) Bagus kalau datang sini setiap hari.
Tanda Tangan: (nur Afiqah Najihah)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20/Zulhijjah/2007

Saya sangat gembira kerana berpeluang mempelajari tentang bagaimana hendak beribadah dengan sempurna, dan saya juga gembira kerana mempelajari sesuatu ilmu yang baru iaitu kisah2 Nabi dan juga dapat beriadah. Saya ingin mengucapkan ribuan terim akasih kepada abang-abang dan mentor-mentor terutamanya kepada abang Roy Atau A-HAfIZ
Tanda Tangan: good cool
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007

Komen tentang LDK saya rasa dah banyak ilmu yang saya dapat dari LDK yang abang ikhwan. Komen tentang abang ikhwan. Sebelum persembahan abang ikhwan datang lambat tak sempat nak berlatih untuk persembahan. Lain kali buatlah satu minggu ke dua minggu ke ni tak 3 hari je.
Tanda Tangan: Nur Azzleenda Binti Mohd Razalee
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007

1. Adik suka dengan LDK 1, 2, 3, 4, 5 dan saya suka pelajarannya.
2. Sikap abang dan kakak sangat baik dgn saya sayang pada kak yusna dan lain-lain.
3. Saya dan kumpulan saya berkenalan dengan kakak dan abg.
4. Saya seronok duduk di sini selama 3 hari
5. Makanan di sini sedap saya sukakan nya.
Tanda Tangan: Syafikah
Sekolah: SK. Setapak Indah
Tarikh: 20 Mei 2007

1) Saya dapat Belaja Bayak Saya Suka Belaja
2) akak dan abang baiklah.
3) Saya berkenalan akak dan Abang dengan kumpulan
4) Saya suka apa-apa je
Tanda Tangan: Aminah
Sekolah: Sekolah Badar Baru SentuL
Tarikh: 20 Mei 2007

1. Saya dapat ilmu, pengajaran, seronok dan bagus.
2. kak Husna dan Abang izi selalu bagi ilmu dan pengajaran yang boleh saya faham.
3. kakak-kakak dan abang-abang membagi saya sau pengajaran
4. abang-abang dan kakak-kakak terima kasih kerana menjaga kami dengan bagus
5. Saya mengucapkan terima kasih kepada abang kakak dan ustaz
Tanda Tangan: (Muhammad Shafiq bin Md. Azam)
Sekolah: S.K Bandar Baru Sentul
Tarikh: 20.5.2007

Seronok pergi sana yang saya pergi Kem. saranok saya pergi kem.
Tanda Tangan: (tandatangan yg cantik! Tak leh baca..)
Sekolah: Bandar Baru Sentul
Tarikh: 20.5.2007


gambar saja2..

Saya amat gembira kerana dapat belajar ibadah dan kisah2 para nabi. Saya amat gembira kerana dapat memasuki kumpulan 3. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada abang dan kakak yang mengajar saya tentang ibadah.terutama abang roy. Thank you very much.
Tanda Tangan: (Syazwan/wan) (Kumpulan 3)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. (Kuala Lumpur 51000)
Tarikh: 20. MEI. 2007

saya seronok mendapat hampers Dan sebagainya. Sewaktu saya berlakon ramai orang bagi semangat Akhirnya saya mendapat tempat ke 2.
Tanda Tangan: WAN
Sekolah: s.k.b.b.s.
Tarikh: 20-5.07

(no komen at all dari mentee ni..)
Tanda Tangan: Haizun
Sekolah: Sekolah s.k.b.b.s bandar baru Sentul.
Tarikh:

Seronok nya belajar di UIA saya suka
Tanda Tangan: Mohd Nasir
Sekolah: banda baru sentul S.K.B.B.K
Tarikh: 20.5.2007

Program ini memang. Makanan semua memang sedap. Saya akan menhadiri program ini nanti. Memang seronok. Sikap abang2 dan kakak2 Memang baik. Motivasi dapat mendengar ceramah dari ustas di Masjid UIAM.
Tanda Tangan: Rezuan
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
Tarikh: 20/5/2007

Best tapi kena lama sikitlah kem nanti lepas tu kalau kem 5 hari Buat berlakon BI lah Best tu. Dan lepas tu buatlah aksi lawak sikit. Lepas tu bagilah saya kump power2 SIKIT. Dan kenapa tak ada muhasabah.
Tanda Tangan: (FAZLY)
Sekolah: S.K.SETAPAK INDAH
Tarikh: 20 MEI 2007

(no komen)
Tanda Tangan:
Sekolah: SEK. KEB. BANDAR BARU SENTUL
Tarikh: 20.5.2007

Ldk memang best. Abang mentor baik.
Tanda Tangan: Amirul
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK Indah
Tarikh: 20.5.2007

1. adik suka LDK 1 sebab berkenalan dengan budak SKBBS
2. sikap kak dan abg sangat baik Paling baik sekali abg roy dan semua
3. tentang berkenalan mula mula bes lama-lama boring
4. ini tentang menari kumpulan dua malu gila rasa nak menagis memang menagis.
5. tentang makanan semua sedap2 dan juga minuman.
Tanda Tangan:
Sekolah: SK Setapak Indah.
Tarikh: 20. Mei. 2007

1) komen saya, kakak-kakak yang ada disi baik.
2) Abang pun baik juga. Yang paling bestnya...
3) ketika semahyang subuh berjemaah dan mendengar ceramah ustaz2 yang hadir. Dan lagi satu menyanyi bersama-sama makan-makanan yang sedap kakak baik, dan abang juga baik.ini ajelah....
Tanda Tangan: (syakilla)
Sekolah: Sekolah kebangsaan Setapak Indah (S.k.S.I)
Tarikh: 20/5/2007 sekian terima kasih.

Seronok dekat sini, boleh makan bbq. Abang dengan kakak baik di sini.
Tanda Tangan: Rizuan Shah
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
Tarikh: 20/Mei/2007

Projek Akhi memang best. Saya suka pergi ke projek akhi. Sangat menyeronokkan. Saya berasa gembira. Kak Azu memang baik terhadap saya.
Tanda Tangan: Ashabal Khairi 2-2-50 kampung puah bahagia
Sekolah: S.K.B.B.S
Tarikh: 20.5

Saya rasa gembira kerana mendapat kakak Azu kerana dia baik.
Tanda Tangan: Nurul Shafieza Shuhaimi
Sekolah: S.K.S.I
Tarikh: 20.5.2007

saya berasa amat bembira mengikuti kem ini. Muka abang jai comel macam kucing. Saya dapat berkenalan dengan kakak dan Abang Fasi. Abang dan kakak semua baik.
Tanda Tangan: Adina
Sekolah: SKBBS
Tarikh: 20/5/2008 (haram sungguh budak ni! Ada ke patut tahun 2008?)

saya rasa gembira kerana kam
Tanda Tangan:
Sekolah: S.K.S.I
Tarikh: 20.5.2007

progm ini sagat dan dapatpelajarem dan makanan nya sagat sedap dan menarik dan dapat makan bbq ini sagat sedap dan saya pun Betambah.
Tanda Tangan: Akmal
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Banda Baru Sentur
Tarikh: 20/5/2007

saya berasa sangat gembira kerana dapat mengikkuti camp ini. Kakak fasi kami yang bernama kak Azu baik.
Tanda Tangan:NURHIDAYAH ROSULDAN
Sekolah: SKSI
Tarikh: 20/5/2007

abang bayik dan kakak bayik semung. Makanan ok. Senamanz. ok..
Tanda Tangan: Atiq (nur atiq Natasya)
Sekolah: Sekola S.K.B.B.S
Tarikh: 20.5.2007

1) LDK 1 sederhana boring dan mengantuk
2) LDK 2 sederhana boring dan mengantuk
3) motivasi 2 memuaskan tetapi ada boring juga
4) senaman 1 sederhana je
5) senaman 2 best sangat.
Tanda Tangan: (SITI HAZIRAH)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20.5.07

best dapat main. Ok dah tak de komen. .~v~.
Tanda Tangan:
Sekolah: SKSI
Tarikh: 20/5/2007

Komen saya tak ada semua seronek dan kakak, abang sagat baih ada yang tak bih.
Tanda Tangan: Intan
Sekolah: S.K.S.I
Tarikh: 20.5.07

Feor factor sangat hebat dan saya rasa bangga. Abg Hafiz, Abg Din, Abg Back, Kak Husnah dan dan izi. Baik sangat. Saya ucap terima kasih pada yang mengajar di sini kalau cikgu suruh pergi saya pergi. Buat la lagi tau. Sekian terima kasih
Tanda Tangan: HAIKAL
Sekolah: SK Bandar Baru Sentul – S.K.BBS
Tarikh: 20/May/2007

(no comment at all from her)
Tanda Tangan: Manja (Hayatun)
Sekolah: S.K. Bandar Baru SentuL
Tarikh:

saya sangat suka kem ibadah uiam. Saya suka LDK1-5 Dan Motivasi 1-3 Penutup sangat best Dan waktu berlakon.
Tanda Tangan:
Sekolah: s.k.b.b.s
Tarikh: 20.5.2007

tak cukup tidur.
Tanda Tangan: Noor maziani
Sekolah: Sk setapak
Tarikh: 20 zuhijjah 2007

Saya semua yang saya berlajar best. tentang kakak pulak dan abang Yusuf Baik hati lupa Pulak kakak zu sangat Baik. Saya berjalan-jalan di sekeliling masjid. Saya suka pergi kem ini kerana Banyak kawan. Saya suka kakak dan abang di sini
Tanda Tangan: (ku azizah
Sekolah: SK.B.B S.
Tarikh: 20 Zulhijarah 2007

bagus dalam semua ini. Baik-Baik seronok
Tanda Tangan: uniseviti Islam
Sekolah: Sekolah Bandar baru sentul
Tarikh:

1) Saya rasa saya dah berlajar macam-macam. 2) kakak Mawaddah baik, lemah lembut cantik! Abang lan baik kacak dan pelabagai lagi keranah Abg lan. 3) Bekelalang Abang, kak dan kawan-kawan yg lain. Kak ajar dengan baik. 4) Kita orangbuat baik apabila meming cang. 5) Tentan malam kebudayaani
Tanda Tangan: Siti Aminah
Sekolah: S.K.Bandar. Baru. Sentul. 51000 Kuala Lumpur.
Tarikh: 20. Mei. 2007

Semua kakak-kakak dan abang-abang baik.
Tanda Tangan: Syafika
Sekolah: SK setapak indah
Tarikh: 20 Zulhijjah 2007

1. lain kali buat la ujian. Lagi satu bawak la ehem-ehem.
2. buat la kem dekat hotel. Tak kisah hotel mana asalkan hotel. Pasal boring.
3. bila nak dapat sijil / Buat da dekat tempat lain.
4. boleh tak saya ajak awek saya. Kalau tak bagi saya ajak juga. ek. ek. Jangan marah
5. lain kali nak motivasi. Motivasi la macam nak dapat 5A UPSR
Tanda Tangan: (Mohd al-Syahidan B.Mohd Al-Latif)
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
Tarikh: 20.5.2007

Saya sangat gembira kerana di sini banyak boleh dilakukan. Saya juga gembira mendapat sembahyang berjemaah. Dan senaman pagi. Saya juga berada di LDK. Kerana di LDK ramai abang2 dan kakak2 yang pramah, bertanggungjawab dan baik Hati.
Tanda Tangan: (azni Hazira bte Abu Bakar)
Sekolah: SKBBS – Sekolah Rendah KeBangsaan BanDar BaRu sentuL)
Tarikh: 20.05.07

Friday, June 15, 2007

kahitna


Kau ungkapkan... kepadaku
‘Kan ada saatnya nanti engkau milikku satu
* Ku menunggu... dalam bimbang
Adakah sesungguhnya aku
Kasih yang kau inginkan

Reff: Biar aku pergi, bila tak juga pasti
Adakah selama ini, aku cinta sendiri
Biar aku menepi, bukan lelah menanti
Namun apalah artinya cinta pada bayangan

* * Pedih aku rasakan
Kenyataannya cinta tak harus s’lalu miliki

Jujur aku tak yakin bisa
Jalani hari tanpa dirimu ohh…

Namun apalah artinya cinta pada bayangan
Biar aku yang pergi, bila tak juga pasti
Adakah selama ini... aku cinta sendiri
Biar aku menepi
Namun apalah artinya cinta pada bayangan
Oh… pedih aku rasakan
Kenyataannya cinta tak harus s’lalu miliki

lagu ni: diperkenalkan oleh yanie..
gambar: tulisan cina kat pagar odw ke wisma methodist

Thursday, June 14, 2007

RAINBOW @ pelangi




baru-baru ni terbaca satu berita yang TPM sebuah negara membangun, cadangkan agar bahasa melayu ditukar kembali kepada bahasa MALAYSIA. ini kerana, bahasa tersebut adalah untuk semua kaum dan bukannya untuk kaum melayu sahaja..

tapi, aper cerita ngan penggunaan istilah bahasa inggeris dalam perkara yang selalu kita guna? satu contoh yang jelas; penggunaan Palace of Juctice.. kenapa tidak dinamakan Istana Keadilan yang lebih mencerminkan bahasa MALAYSIA?

dan, ada nama sesetengah tempat bercampur di antara bahasa melayu dan bahasa inggeris.. contoh; taman rainbow yang terletak di jalan ipoh.. kenapa taman rainbow, tapi bukan taman pelangi? ada lagi, sesetengah nama tempat 100% menggunakan bahasa inggeris, ada yang kata, nama tempat tersebut dibubuh sejah zaman pemerintahan British dahulu kala.. persoalannya, kenapa tidak tukar je nama tempat tersebut.. tahniah kepada teluk anson yang dah ditukar namanya menjadi teluk intan..

questionaire: adakah pembelajaran matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris memberi kesan yang lebih baik kepada pelajar sekolah? kalau lah dapat tengok statistik pencapaian murid2 skolah seluruh malaysia, dalam dan luar bandar, sebelum dan selepas menggunakan bahasa inggeris dalam pelajaram M3 dan sains, kan best..

pesanan: harap post ni tak masuk dalam perbincangan di p******n! mati aku kena buang negara..

serius, mamat forener sebelah ni baru je buang angin tanpa segan silu.. kuat giler bunyi dia.. tapi aku tak kisah sbb angin yang kuat bunyinya, baunya tidak mengganggu persekitaran! haha..

GAMBAR: anak2 abang syam.. iffah drjh2, anas drjh1, arwa tadika 5thn, farih 2thn..

berita harian..

tajuk2 utama berita harian 14 JUN 2007

NASIONAL

-Tambahan RM100j untuk projek tebatan banjir (Kabinet meluluskan peruntukan segera RM100 juta untuk melaksanakan pelbagai projek tebatan banjir tambahan di ibu negara bagi mengelak banjir teruk )
* banjir: satu bala dan peringatan dari Allah
-Alam Flora minta seminggu cuci kesan banjir (Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) memerlukan seminggu lagi bagi menyelesaikan kerja pembersihan jalan raya dan longkang yang tersumbat dan diselaputi pasir, lumpur serta sampah)
* xbaik buang sampah merata-rata.
-Gaya rambut ala-Johor diperkenal (Jabatan Pelajaran Johor memperkenalkan gaya rambut hampir sama dengan penyanyi, Mawi)
* jimat duit, potong rambut 3bulan skali
-Bomba tebuk simen selamat budak (kaki budak berumur 1 stengah tahun tersepit kat lubang air yang bergaris pusat kira-kira empat sentimeter)
* benda dah nak berlaku..
-Waris 2 pelatih PLKN terima pampasan (Kedua-dua pelatih tersebut meninggal dunia di luar kem latihan tetapi masih dalam tempoh perlindungan insurans)
* rezeki buat keluarga allahyarham

DUNIA

-Pepsi berperisa timun mula dijual
* nak rasa air ni!!!
-Wanita pilih suami ikut ciri bapa: Kajian
* my rumate selalu cakap pasal ni
-Guru hamil anak pelajar dipenjara
* iskh, iskh, iskh..
-AS sekat bayi guna nama Ahmed Yassin
* berumur 3tahun,tapi dicop pengganas!

SUKAN

-Brazil tak benar Robinho beraksi buat Real Madrid
* xbaik paksa orang, biar dia buat pilihan sendiri, baru la dia buat dgn ikhlas..

CITRA

-Tiada istilah bohong sunat
* hmm.. pernah dibicara dalam post sebelum ni..

HIP


-Demi Muallaf
*pompuan Islam botakkan kepala? huhu.. no komen! sensitif ma..!

Wednesday, June 13, 2007

same gender lagi better?


location: satu tempat ber'aircond'

no pc: ITD-FE-46

user percentage: 75% male n 25 female..
huhu..tiber aku tak suke ngan situasi tempat ni skrg!

hari ni: malas gila nak gi kerja.. masuk ofis lambat, kena marah kat big bos, tapi tak rasa bersalah sangat sbb ... (tak leh bagi tau!)

tudung: sedang pakai tudung warna hitam, pinjam (tak hantar2) dari umi kat kampung

brooch: amy punye, warna silver, ada diamond tiruan warna putih n pink.. tapi ada sebijik berlian yang jatuh.. mati la kena gantiyang baru kat minah amy suara sedap tu!

beg: warna hitam, ada gambar kiwi.. amek kat rumah di kampung, tak tau saper punyer, yang pasti abang syam beli kat *** ******* 2 tahun lepas. (hepi belated 34th beday to you abang syam, 7june07)

kasut: pun warna hitam.. beli 2tahun lepas dengan harga RM20 kat *******, serius! kasut ni dah banyak kali gi 'jumpe' tukang kasut.. kos upah khidmat tukang2 kasut melebihi harga asal.. ah! selagi boleh pakai n boleh repair, blasah je la..

sarung kaki: warna krim, hadiah dari kak salwa.. (mebi ni cara halus dia nak promote adik ipar dia agar pakai sarung kaki..)

buku Accounting - Theory & Practice A Malaysian Perspective: baru jer renew kat library on behalf FAM.. kena fine RM1.80, dua date tuk return tt book ialah 9days ago..

mata: tengah ngantuk tak giler.. hmm, hari ni ada orang tegur cara aku pandang dia.. sebenarnya bukan hari ni jer, tapi dah banyak kali dah dia tegur.. tapi aku still gak pandang dia dengan pandangan yang ___ (aku sendiri pun tak pasti macam mana cara aku pandang dia, adakah berbeza dengan cara aku pandang orang lain).. hehe..

R&R: abang man cakap, kat britain maksud dia Rest&Relax.. bila applt kat malaysia,jadilah Rehat&Rawat..

M&R: suke hati korang la nak bagi maksud ape! tapi, petang tadi ada orang tanya aku aper maksud M&R? then,fikiran aku terus kata maksud dia adalah MNR dan bukannya M&R

warna:walaupun hari ni aku banyak guna barang yang berwarna hitam, tak bermaksud aku obses ngan warna hitam.. yang aku tau, HITAM ITU MENAWAN.. tapi, adakah salinan fotostat yang bahagian tepi dia penuh ngan warna hitam yang tak dikehendaki tu menawan?

glory: bunga morning glory.. ada sorang budak kat KCN & Co. berjaya 'kuasai' KCN agar tak bawa balik file2 tuk di'study'kan di rumah.. kalau KCN bawa balik pun, dia bukan ada masa nak baca pun! rehat&rawat lagi penting.. KCN gi swimming hari ni..

morning kiss: dapat hadiah berus gigi dari sorang teman.. aku sengeh panjang masa tgk benda tu ada dalam paper bag yang ada macam2 benda lagi! kebetulan dua tiga hari before dapat berus gigi tersebut, aku selongkar barang2 yang disimpan dalam kotak kat bawah katil semata2 nak cari berus gigi baru (berus gigi lama aku tertinggal kat rumah oyen masa gi wedding dia!).. hehe.. thank you for da berus gigi..

gambar: cover album muse.. lagu2 dorang memang 'berhantu' and masyuk!

Tuesday, June 05, 2007

PIRAMID


sekarang ni aku obses ngan gambar2 yang terpampang kat iklan pepsi dalam LRT RAPID KL.. gambar2 tersebut amat menarik walaupun hanya berwarna biru n putih.. generally, aku suka tengok gambar2 yang terpampang dalam tren RAPID KL tersebut.. aku jamin, harga nak buat iklan ngan rapid kl mahal macam harga emas tujuh (7) kilo!

aku gak obses ngan tidorku.. balik jer keje, mesti tido tak ingat dunia.. if arra or akmar ada kat bilik aku pun, aku tak layan dorang sbb aku layan nak tido ku yang enak..

selain tu, aku obses ngan emosi aku yang berubah2.. macam2 aku pikir.. ape yang terbaik untukku? aper yang patut aku buat after this? macam mana aku nak settle that thing,macam mana nak jadi orang baik lagi positive? mengapa aku anis dan bukannya orang lain? kenapa aku dijadikan sebagai perempuan? dan macam2 lagi lah!

gambar: diambil oleh saudara N**** hensem kat dalam tren Rapid KL

3 permissible lies..

baru2 ni, dalam satu lecture yang dihadiri oleh lebih kurang 50orang, seorang lecturer telah berkata bahawa 3jenis tipu yang dibenarkan dalam Islam..

1. si suami menipu isteri dengan tujuan untuk mengelakkan isterinya lari dari rumah/wujudnya pergaduhan besar yang mengakibatkan keruntuhan rumah tangga.(suami je boleh tipu isteri,tapi dalam kes si suami curang, wallahu'alam..)

2. apabila ada dua pihak bergaduh, maka pihak ketiga dibenarkan untuk menipu bagi meleraikan pergaduhan tersebut yang berkemungkinan akan menjadi parah.(pihak ketiga jer dan bukannya pihak yang terlibat dengan pergaduhan tersebut..)

3. semasa perang berlaku, maka dibolehkan untuk menipu terutamanya pihak musuh agar kemenangan berpihak kepada barisan yang memperjuangkan Islam..(eg: si A tipu pasukan B[orang2 kafir] bahawa pasukan C [muslimin] telah mengaku kalah..)

komen penulis: jika dulu beliau hanya anti kepada orang yang mungkir janji dengannya, tapi sekarang beliau juga telah anti terhadap orang yang menipu beliau.

moral: berkatalah benar walaupun pahit..

Monday, June 04, 2007

macam macam telah berlaku

TOWEL:
satu pagi, aku dapati towel warna ungu kesayangan ku telah hilang.. ntah mana ntah dia "pergi".. yang pasti, aku ingat dan pasti last time aku guna that towel ialah pada pagi sehari sebelum kehilangannya..
then aku msg arra, intan n yanie; tanye dorang mana towel i pegi? arra reply "kan smlm cik anis selimut ngan towel tu.." aku reply balik; "no. not that one yang warna orange tu, tapi yang warna purple.." intan reply "u better be careful cik anis! barang asyik hilang jer.." yanie lak tak reply papepun..
pastu, aku tanye lak rumate aku; "shazia, ada nampak towel anis warna purple tak?" dia dgn pantas jawab "tak.."
esoknya, lepas balik dr attachment, aku ternamapak towel tersebut kat atas lantai level1.. OH! rupenya towel tersebut jatuh dari level4 le level1.

catatanku: towel tu hadiah dari kak mie n aku akan sidai towel kat luar bilik setiap kali lepas mandi..

LONGKANG:
satu malam lepas balik dari basuh kete kat taman melati, aku terjatuh ke dalam longkang kat car park nusaibah.. aku tak tau macam mana leh jatuh, sedar2 dah terbaring dalam longkang yang kering tersebut sambil mengerang kesakitan.. masa tu nak jer kol saper2 soh datang tolong aku kuar from longkang sedalam 5kaki tersebut, tapi malangnya hp aku tak der kredit n kalau ada kredit sekali pun, aku tak tau mana hp tu tercampak... lama gak aku "brehat" dalam longkang tu, agak2 dah hilang sakit, aku cuba bangun n berusaha gigih tuk panjat dinding longkang tersebut.. alhamdulillah, aku berjaya keluar.. oh ya, before jatuh aku teringat kat seseorang.. mebi sbb orang tu kot aku jatuh(aku tgh bc msg dia masa tu) tapi, yang pasti dia tak bersalah..

kesan jatuh: kedua-dua belah slipar aku putus dan aku terus buang ke dalam tong sampah, banyak giler lebam kat kali kiri ku, luka kecil kat kaki kiri gak, tudung tercabut dari kepala ku(masa jatuh), terseliuh kat lutut dan tulang dada ku sakit hingga ke hari ni..(aku malas nak gi jumpe doktor)

BAD MOOD:
satu hari aku bad mood.. hari tu agak tensen sbb banyak benda yang aku kena buat, tapi masa yang ada cukup terhad.. mood aku yang kurang enak ni disedari oleh isteri KCN.. tapi,hari tu gak aku terima elaun bulanan dari KCN sebagai "hadiah" aku buat attachment kat firm dia.. (aku gembira dapat duit hasil peluh sendiri)
tiber2, masa balik dari 'keje', KCN kejar aku dr belakang (n aku dapat dengar nafas dia yang tercungap2).. dia cakap cikgu (refer kpd isterinya) marah kat dia.. marah pasal aper pun aku tak tau, mebi cikgu ingat aku tak puas hati ngan jumpal RM yang aku dapat.. yang aku tau, KCN telah tambah lagi elaun aku sebanyak RM*0. alhamdulillah n tx a lot KCN.. lain kali boleh bagi lagi..

moral: hidup tak selalu indah, tapi tak juga selalu perit..


SANG KANCIL:
alhamdulillah, aku dapat lesen D2 pada august 2000. tahun ni genap 7tahun aku dapat lesen memandu kereta.. n tahun ni gak first time aku dapat accident ngan kereta kancil abah.. bagi aku kesan kemek tu teruk gak, tapi abah cakap tak la teruk sangat.. oleh kerana aku tak nak accident lagi sekali, aku telah menghulurkan sedikit wang kpd abah untuk repair pintu kancilnya.. abah refused to take it.. tapi aku paksa suh amek gak agar dijadikan pengajaran buat diri sendiri..

before accident: aku telah buat dosa ngan abah.. maaf zahir batin yer abah.. i love you very much!
after accident: duit aku melayang.. huhu.. n aku jugak agak fobia tuk bawa kete lebih2 lagi kat KL.. tapi hidup mesti diteruskan..

Sunday, June 03, 2007

tahniah asni!



she is my good friend when i was in standard one, standard two and standard three at SRK Zainab 2.. we went to school and back from school together.. i miss that moment very much!

komen:
dia memang cantik n genius sejak kecik lagi..

sedikit fakta:

1. kami kenal sbb naik bas sekolah yang sama ke sekolah (SRK Z(2), sessi petang)
2. asni selalu baca kamus semasa dalam bas n even masa jalan kaki dari tempat kami turun bas hingga ke pintu sekolah kami
3. mak asni cikgu kat sekolah menengah zainab (beberapa meter dari sekolah kami)
4. anak sulung (n bagi aku anak sulong semuanya bijak dan bergeliga!)
5. ada adik nama aslah, asna n asma
6. ayah asni, seorang pegawai kat MPKB
7. lepas habis blajar kat Z2, asni gi TKC n aku tercampak ke MMP. then kami jumpa balik kat UIA, tapi different batch..
8. setiap kali lalu kat depan rumah dia, mesti aku teringat zaman kami kecik2 dulu esp. bila abang lidan n kitorang yang berada dalam bas t'tunggu2 asni yang sedang pakai stokin dan seterusnya kasut skolah warna putih.. pastu, aslah n maid dia lambai2 kat asni n kitorang bila bas dah gerak..
9. tak pernah sekelas ngan asni sbb aku asyik duk kelas HIJAU (kelas kedua drp 5 bijik kelas for each batch) n asni kelas MERAH (kelas pertama)
10. well, jika ada buat reunion Z2 batch kitorang, aku nak join ma.. tapi aku tak pernah dapat invitation or information about it!

Friday, June 01, 2007

selamat pengantin busuk oying and am



she's my very good friend!

antara kenangan aku ngan oying..

1. form4/5: tido kat rumah yang disewa oleh abahnya khas tuk kitorang lepak sambil buat kerja2 jahit butang baju jubah warna putih dan iron.. serius, kitorang je yang kuasai rumah sewa tersebut dan baju jubah yang bermacam2 saiz tu banyak nak mati.. sakit jari jemari kitorang jait butang baju!

2. matrik UIA: oying datang dari kusza dan paksa anis,huda n aku teman dia gi genting highland.. kami pergi berempat n main sumer game walaupun takot nak mati!

3. form4: duk rumah sewa tok ma. kami masak, basuh baju, rewang n macam2 benda lagi kami buat bersama.. (oying pandai bodek tok ma ngan layanan baik dan urutannya yang melegakan tok ma)

4. form 4(17 tahun): baru dapat lesen keter, kitorang sewa kete kat CC MEGA n rewang sampai ngantuk kat bandar kb yang sunyi.

5. oying, satu2nya orang yang paham rentak dan gaya aku bila marah.. dia tahu macam mana nak 'cool'kan aku..

6. oying, suke gesek betis atas tilam yang tak ******** sampai tertidor. adakah habit tu akan berterusan?

7. first time aku gi kusza, oying tunjuk kat aku lelaki idaman dia iaitu AM(masa tu dorang tak kenal lagi). aku dengan slumber jerit 'AMMMMMM.....' dari kejauhan sbb aku nak kenal jantan yang berjaya buat oying muye.. tapi aku gagal kenal AM on that night sbb AM tak layan panggilan aku tu.. selepas beberapa bulan, oying bgtau aku yang AM masih ingat orang yang panggil dia malam tu, tapi tak kenal saper.. for me, AM seorang yang pemalu n tak bergaul ngan pompuan.. dan, oying mengiyakannya.. katenye AM hanya bercakap ngan adah n aku sbb kami banyak cakap!